Like My Facebook Page

Anda follow blog saya, saya akan follow blog anda kembali. =)

Tazkiyatun Nafs

Satu persoalan timbul dalam benakku,“ Layakkah kita menagih cinta insan seandainya cinta Tuhan belum tergapai?Sedangkan cinta Allah adalah segalanya, cinta Rasul lambang cinta kepada-Nya, cinta ibu bapa tulus selamanya, cinta saudara ukhwah kerana-Nya dan cinta pada’nya’ pelengkap kasih-Nya…Hamparkanlah cinta kepada Yang Selayaknya..Jadi,jika mengharap cinta sejati, dambalah kasih Ilahi, itulah cinta hakiki..tepuk dada, tanya iman, tanya akal fikiran, tanya hati, tanya diri sendiri…Sejauh manakah taraf cinta kita ini? ”
gravatar

Punca Pancaran Laser Di Stadium Bukit Jalil Ditemui

Tahniah buat Malaysia misi membalas dendam dah selesai di laksanakan dengan baik..Malaysia membawa bekalan selesa setelah mengalahkan Indonesia 3-0.... Keeper indonesia nie kata depa kalah disebabkan....laser yang di pancarkan oleh malaysia...sebenarnya bukan orang malaysia yang melakukannya....nasib baik la lepas perlawanan pihak polis dapat menangkap seorang lelaki berpakaian merah putih yang juga merupakan pakaian bagi penyokong Indonesia...jom kita tengok muka orang yang laser semalam...
Inilah sebenarnya insan yang telah menimbulkan protes kepada penjaga gawang Indonesia,Markus pada perlawanan akhir pusingan pertama AFF Suzuki Cup 2010 di Stadium Bukit Jalil semalam.Perlawanan terpaksa dihentikan pada minit ke-53 selama lebih kurang 5 minit sebelum disambung semula pada minit ke-58.Seminit selepas perlawanan bersambung,pasukan Malaysia telah mula menunjukkan taring sebenar dengan menjaringkan gol pertama perlawanan hasil gerakan solo yang cantik daripada Norshahrul Idlan Talaha dari sudut penjuru kanan kotak penalti pasukan Indonesia dan disudahkan dengan tenang oleh penyerang Malaysia,Mohd.Safee Sali.8 minit kemudian Malaysia menambah derita Indonesia sekali lagi berpunca gerakan cantik dari Norshahrul dan disempurnakan dengan rembatan deras oleh Ashari Samsuddin yang masuk menggantikan Amirulhadi Zainal.Mohd.Safee Sali sekali lagi menjadi duri dalam daging buat Indonesia apabila menjaringkan gol ke-2 peribadi perlawanan dan ke-4 kejohanan sekaligus melonjakkan dirinya selaku penjaring terbanyak kejohanan pada minit ke-71.Malaysia menang perlawanan tersebut dengan membenam skuad Indonesia dengan jaringan 3-0 dan membawa bekal yang selesa ke Jakarta pada perlawanan akhir ke-2 pada 29 Disember 2010 (Rabu) ini.