Like My Facebook Page

Anda follow blog saya, saya akan follow blog anda kembali. =)

Tazkiyatun Nafs

Satu persoalan timbul dalam benakku,“ Layakkah kita menagih cinta insan seandainya cinta Tuhan belum tergapai?Sedangkan cinta Allah adalah segalanya, cinta Rasul lambang cinta kepada-Nya, cinta ibu bapa tulus selamanya, cinta saudara ukhwah kerana-Nya dan cinta pada’nya’ pelengkap kasih-Nya…Hamparkanlah cinta kepada Yang Selayaknya..Jadi,jika mengharap cinta sejati, dambalah kasih Ilahi, itulah cinta hakiki..tepuk dada, tanya iman, tanya akal fikiran, tanya hati, tanya diri sendiri…Sejauh manakah taraf cinta kita ini? ”

Showing posts with label petua. Show all posts

gravatar

APAKAH BENAR KITA CINTAKAN NABI SAW....JIKA BENAR..ADAKAH KITA..PERNAH BUAT SUNNAH...WALAU HANYA SEKECIL INI?

Hadis Nabi

Dari Abu Hurairah r.a, Rasulullah s.a.w bersabda:”Jika kamu memakai sandal (kasut), pakailah yang kanan terlebih dahulu. Tetapi jika membukanya, yang kiri dahulu dibuka. Maka yang kanan adalah yang mula-mula dipakai dan yang terakhir dibuka.”

(al-Bukhari)

Kadangkala kita susah untuk mengamalkan sunnah Nabi saw yang sekecil ini...apatah lagi nak mendaulatkan islam dan syariatnya...iaitu sunnah Nabi saw yang paling besar....!!!!

gravatar

Ikut Skema ALLAH & Rasul La Kawan !


Bila kita ikut suruhan agama, ada orang kata kita BERLAGAK ALIM... Bila kita langgar suruhan agama, ada orang kata "ASTAGHFIRULLAH.. APA LAA NAK JADI.. NAK KIAMAT KOT?..." Bila kita ikut peraturan, ada orang kata kita SKEMA... Bila kita langgar peraturan, ada orang kata kita ni macam TAKDE MASA DEPAN...


Alahai, if semua orang macam ni la . NA'UZUBILLAH ! Kita jawab balik . " Lepak ah , dah peraturan nak buat macam mana bro ? ALHAMDULILLAH la ada rules tu semua, kalo tak da , naya kita . Haru tu ! Sabaq na brader , kita ikut skema Allah SWT dan Rasulullah na . INSYA-ALLAH ada masa depan . HUSNUZHON la kawan .. :) "

p/s : Gempak tak ? Kita ikut flow 'orang' yang mengata tu tapi terselit nasihat dan nama-nama Allah , biar ada yang terasa sikit , bukan berniat nak menyakitkan hati , tapi kadang-kadang orang yang terasa sebab benda macam ni akan timbul satu perasaan untuk berubah dan ikut jejak anda ! Cubalah andai ada peluang ! ^^

gravatar

Kencing Malam (Enuresis)


Apakah Enuresis?
Enuresis ialah terma dalam perubatan untuk kencing malam. Ini adalah satu keadaan dimana kanak-kanak kencing tanpa disedari semasa tidur. Kebanyakan kanak-kanak berhenti kencing malam selepas berumur 5 atau 6 tahun tetapi ada juga kajian menunjukkkan yang 10%-15% daripada kanak-kanak yang berumur 5-12 tahun masih terus kencing malam walaupun mereka tiada masaalah dalam sistem buah pinggang Kajian menunjukkan di Malaysia masih terdapat lebih kurang 6.2% daripada kanak-kanak yang berumur 7-12 tahun masih lagi kencing malam.

Apakah sebab Enuresis?
Kencing malam selalu berlaku dalam sesebuah familli.
Kencing malam boleh disebabkan

* Ruang pundi kencing yang kecil.
* Gangguan tidur,kebanyakkan pesakit yang kencing malam dikatakan mereka tidur terlalu nyenyak. Walaupunbagaimapun tiada bukti yang kukuh untuk menyokong pernyataan ini.
* Kurang penghasilan hormon yang dipanggil vasopressin semasa tidur.Vassopressin adalah penting untuk mengurangkan penghasilan kencing diwaktu malam.

Jenis-jenis kencing malam?

* Kencing malam hanya diwaktu malam.(peringkat awal nokturnal enuresis)
* Kencing malam diwaktu malam dan siang hari(tidak boleh mengawal kencing)-hal ini perlu penilaian seterusnya oleh doktor untuk mengesan sebab yang lain.
* Sebab-sebab gangguan lain yang boleh menyebabkan kencing malam(secondary enuresis) ialah jangkitan pada pundi kencing,masalah saraf tunjang, pundi kencing yang tidak normal dan masalah metabolisma seperti kencing manis.Selalunya keadaan yang seperti ini akan menunjukkan tanda-tanda lain selain dari kencing malam.

Adakah kencing malam memerlukan ujian?

* Tidak semestinya jika sejarah kencing malam tanpa disedari ini hanya berlaku pada malam sahaja(Peringkat awal nocturnal enuresis) tanpa tanda-tanda penyakit lain.

Apakah pontensi komplikasi?

* Boleh mengakibatkan perasaan rendah diri didalam diri kanak-kanak dan perasaan itu sendiri boleh menyebabkan faktor risiko untuk masalah psikitrik dan masalah sosial yang lain.
* Tekanan didalam keluarga.

Cara rawatan

* Mengubah sikap- contohnya memberi ganjaran pada anak anda sekirannya dia tidak kencing malam.
* Loceng kencing malam yang mana membangunkan anak anda setiap kali bila ia kencing malam (tidak banyak terdapat di Malaysia)
* Ubatan untuk membantu anak anda kekal kering,dapatkan bantuan doktor anda mengenai perkara ini.
* Ingat : enuresis akan bertambah baik bila umurnya meningkat.

Cara lain yang boleh membantu.

* Jangan salahkan anak anda,ini bukanlah kesalahan dia. Bercakap tentang perkara ini secara terbuka dengan anak anda.
* Kurangkan minum diwaktu petang dan malam.
* Bangunkan atau angkat anak anda ditengah malam untuk kencing, ini boleh mengelak kencing malam tetapi tidak boleh menyembuhkan enuresis.
* Gunakan lapik tilam yang kalis air.
* Pewangi bilik.
* Mandi di waktu pagi sebelum kesekolah..

gravatar

Dan Aku Pun Hairan?

“Wahai manusia !

Aku hairan pada orang yang yakin akan kematian, tapi hidup bersuka ria.

Aku hairan pada orang yang yakin akan pertanggungjawaban segala amal perbuatan di akhirat, tapi asyik mengumpulkan dan menboroska harta.

Aku hairan pada orang yang yakin akan kubur, tapi ia tertawa terbahak-bahak.

Aku hairan pada orang yang yakin akan adanya alam akhirat, tapi ia menjalani hidupnya dengan bersantai-santai.

Aku hairan pada orang yang yakin akan kehancuran dunia, tapi ia merosakkannya.

Aku hairan pada intelektual, yang bodoh dalam soal moral.

Aku hairan pada orang yang bersuci dengan air, sementara hatinya masih tetap kotor.

Aku hairan pada orang yang sibuk mencari cacat dan aib orang lain, sementara ia tidak sedar sama sekali terhadap cacat yang ada pada dirinya.

Aku hairan pada orang yang yakin bahwa Allah SWT senantiasa mengawasi segala perilakunya tapi ia berbuat durjana.

Aku hairan pada orang yang sedar akan kematiannya, kemudian akan tinggal dalam kubur seorang diri, lalu diminta pertanggungjawaban seluruh amal perbuatannya, tapi berharap belas kasih orang lain.

Sungguh.. tiada Tuhan kecuali Aku.. dan Muhammad adalah hamba dan utusan-Ku.

Wahai manusia !

Hari demi hari usiamu kian berkurang, sementara engkau tidak pernah menyedarinya. Setiap hari Aku datangkan rezeki kepadamu, sementara engkau tidak pernah memujiKu. Dengan pemberian yang sedikit, engkau tidak pernah mahu lapang dada. Dengan pemberian yang banyak, engkau tidak juga pernah merasa kenyang.

Wahai manusia !

Setiap hari Aku mendatangkan rezeki untukmu. Sementara setiap malam malaikat datang kepada-Ku dengan membawa catatan perbuatan jelekmu. Engkau makan dengan lahap rezeki-Ku, namun engkau tidak segan-segan pula berbuat durjana kepada-Ku. Aku kabulkan jika engkau memohon kepada-Ku. Kebaikan-Ku tak putus-putus mengalir untukmu. Namun sebaliknya, catatan kejelekanmu sampai kepada-Ku tiada henti.

Akulah pelindung terbaik untukmu. Sedangkan engkau hamba terjelek bagi-Ku. Kau raup segala apa yang Ku-berikan untukmu. Kututupi kejelekan yang kau perbuat secara terang-terangan.

Aku sungguh sangat malu kepadamu, sementara engkau sedikitpun tak pernah merasa malu kepada-Ku. Engkau melupakan diri-Ku dan mengingat yang lain.

Kepada manusia engkau merasa takut, sedangkan kepada-Ku engkau merasa aman-aman saja.

Pada manusia engkau takut dimarahi, tetapi pada murka-Ku engkau tak peduli.”

Ikhwan fillah, bersujudlah dan bertaubatlah kepada Allah SWT serta menangislah.. betapa banyak dosa yang telah kita perbuat selama ini..lihatlah betapa banyak kelalaian yang telah kita lakukan selama ini.

“Ya Allah,

kami bukanlah hambaMu yang pantas memasuki syurga firdaus-Mu, tidak juga kami mampu akan seksa api neraka-Mu, berilah hamba-Mu ini ampunan, dan hapuskanlah dosa-dosa kami, sesungguhnya hanya Engkaulah Sang Maha Pengampun, Sang Maha Agung.

Ya Allah,

dosa-dosa kami seperti butiran pasir dipantai, anugerahilah kami ampunan wahai Yang Maha Agung, umur kami berkurang setiap hari, sedangkan dosa-dosa kami terus bertambah.

adakah jalan upaya bagi kami?

Ya Allah, hamba-Mu yang penuh maksiat ini bersimpuh menghadap-Mu mengakui dosa-dosanya dan memohon kepada-Mu, ampunilah, kerana hanya Engkaulah Sang Pemilik Ampunan, bila Engkau Campakkan kami, kepada siapa dan kemana kami mesti berharap selain dari-Mu”.

“Hisablah dirimu sebelum Allah menghisabmu”.

(Ali bin Abi Talib)



gravatar

KAJIAN terbaru berkaitan dengan mandi mendapati ia bukan saja bertujuan untuk membersihkan diri daripada kotoran, tetapi menjauhkan stress serta berperanan penting meningkatkan sistem kekebalan tubuh.

Penyelidikan yang diterbitkan dalam New England Journal of Medicine menunjukkan penderita diabetes yang menghabiskan masa selama setengah jam berendam dalam air suam dapat menurunkan tingkat gula darah sekitar 13 peratus.

Kajian di Jepun pula menunjukkan 10 minit berendam dalam air panas dapat memperbaiki kesihatan jantung terutamanya untuk lelaki.

Berikut beberapa manfaat mandi kepada individu yang mengamalkannya.

Mengeluarkan racun:Mandi air panas sekitar 32 hingga 35 darjah Celsius membuka ruang yang dapat membantu mengeluarkan toksin. Mandi air panas membantu menurunkan tingkat gula darah, menyembuhkan sakit otot dan membantu menjaga usus besar supaya bekerja dengan baik.

Waktu yang dianjurkan ialah selama 10 hingga 20 minit. tepat. Suhu yang dianjurkan ialah sekitar 12 hingga 18 darjah Celsius. Mandi air sejuk sangat baik untuk meredakan ketegangan. Ia dapat menyempitkan darah dan meningkatkan tingkat gula darah.

Jangkitan kulit:Penyakit kulit tertentu seperti ruam atau gatal-gatal boleh diatasidengan menambahkan soda penaik (sodium bicarbonate) ke dalam air mandian. Ia bertindak sebagai antiseptik. Isikan air ke bekas mandian dan tambahkan soda penaik dan aduk sehingga rata. Digalakkan untuk berendam selama 10 hingga 20 minit.

Selesema dan sakit kepala:Merendam kaki dalam air panas membantu menyembuhkan selsema, sakit kepala dan menyegarkan kembali kaki yang lelah. Masukkan air panas secukupnya dalam bekas sehingga menenggelamkan pergelangan kaki kemudian tambahkan beberapa titis minyak seperti lavender, peppermint atau lemon. Selepas basuh dengan air sejuk. Lakukannya selama 10 hingga 20 minit.

Insomnia: Merendamkan kaki dalam air dingin sangat baik kepada anda yang mempunyai masalah imsonia atau memiliki masalah tidur. Masukkan kaki sehingga ia merasa dingin. Perubatan ini berguna bagi kaki lelah, pendarahan hidung, selsema dan sembelit.

Pesanan:-
Tolong forwardkan e-mail ini.......kalau ramai org dpt baca artikelni....lg bagus kan ? Byk saham kita kt akhirat esok, kalau kitasebar2kan ilmu dan ilmu tu pula merupakan ilmu yg bermanfaat.

Tidak ada ape yg dpt tolong kita diakhirat nnti melainkan 3 perkara:-
1) anak yg soleh yg mendoakan kedua ibu bapanya
2) sedekah amal jariah
3) ilmu yg bermanfaat

Moga-moga kita semua bahagia hendaknya dgn amal mulia kita ini,

InsyaAllah.