Anda follow blog saya, saya akan follow blog anda kembali. =)
Tazkiyatun Nafs
Satu persoalan timbul dalam benakku,“ Layakkah kita menagih cinta insan seandainya cinta Tuhan belum tergapai?Sedangkan cinta Allah adalah segalanya, cinta Rasul lambang cinta kepada-Nya, cinta ibu bapa tulus selamanya, cinta saudara ukhwah kerana-Nya dan cinta pada’nya’ pelengkap kasih-Nya…Hamparkanlah cinta kepada Yang Selayaknya..Jadi,jika mengharap cinta sejati, dambalah kasih Ilahi, itulah cinta hakiki..tepuk dada, tanya iman, tanya akal fikiran, tanya hati, tanya diri sendiri…Sejauh manakah taraf cinta kita ini? ”
Kome perasan tak dalam filem Istanbul Aku Datang macam mengesahkan Malaysia ni 'bukan negara Islam'?
Ada satu scene time kat University tu mase Dian (Lisa Surihani) ngan Azad (Tomok) bersembang dan berpeluk, perasan tak dialog yang diucapkan Azad? Lebih kurang macamni laa bunyinya.
Azad: Janganlah peluk depan2 orang macam ni. Tak elok orang tengok.
Dian : Haa? U peluk I kat KL ok jer.
Azad : Tu lain. Kita kan kat negara orang. Negara Islam pulak tu. Hormatlah sikit.
Maaflah, ini ape yang aku perasan laa. Kot lah kome tak perasan. Tapi Malaysia pon negara Islam jugak kan ? Kat negara sendiri taknak hormat pulak, boleh je peluk2 bagai. Tapi, kat negara orang reti pulak nak hormat.
Jika
ada hantuuuuu...yang menganggu you...sapa you nak panggilllllll...?????
Datinnn Maimoooonnnnn.....jika ada hantuuuuu....yang nak cekik
youuuuu......sapa you nak panggilll........?datinnnnnn....Maimooooonnnn......ha ha ha ha.....
Memang hebat watak datin Maimon yg dibawa oleh Afdlin Syauki di dalam
rancangan realiti maharaja lawak....sehingga membekas di hati sesiapa
sahaja yg melihatnya.....dan ada pula pihak yang panas punggung..dan tidak suka......
Datin Maimoon seorang kenamaan yang kaya raya.....mempunyai taste yg
tinggi...suka bershopping...ingin glamour...minat nak berduet dengan
artis macam anuar zain...aktif dengan kegiatan surau dan keagamaan untuk
glamour dan pengaruh......suka juga majlis soaila perti poco-poco...dan
sebagainya....suatu pakej lengkap dari lakonan Afdlin Syauki...sebagai
peringatan pada mak-mak datin.......tahniah Afdlin.......saya paling
suka dialognya yang berbunyi.....
"Panggil saya datin Maimoon...atau I sue you.....(saya saman awak)....ha ha ha ha
“Salam ustaz…..sorry for disturbing you…I just want to ask something from you…!!”
Ustaz : “Ok silakan……what you want to know…”
Liberal Gurlz :
“Ustaz it is true……perempuan tak menutup aurat ni jahat….?
Ustaz :
“Hmmm kalau mengikut hukum tak menutup aurat tu….memang jahat la kerana tak patuh perintah Allah.!!
Liberal Gurlz :
“No no no ustaz you ‘re really wrong……pakaian tak melambangkan
perangai dan tingkahlaku….kalau ustaz nak tahu….ramai perempuan yang
pakai tudung labuh nampak aje sopan…tetapi sebenarnya mereka nilah
yang berperangai jahat…mereka hanya berselindung di sebalik tudung
mereka…. Tu hipokrit namanya ustaz…..”
Ustaz :
“Sekurang –kurang nya mereka menutup aurat….dosa tidak menutup aurat
adalah termasuk di dalam dosa besar kerana perbuatan mendedahkan aurat
itu akan membuka pintu kepada zina”
Liberal gurlz :
“Ha ha ha ha ……I don’t think like that ustaz………..sebenarnya..masalah
zina…rogol..sumbang mahram…..dan sebagainya yang melibatkan kerosakan
akhlak kaum wanita adalah berpunca dari lelaki yang jahat dan bernafsu
buas…..bukan sebab kami berpakaian tidak bertudung dan berpurdah.!!!” “Ustaz pun tahu kan….orang lelaki ni…alim macam mana pun tapi bila tengok orang pompuan…..tercabut serban mereka……ha ha ha ha…”
Ustaz : “Hai….macam perli saya aje ni….?”
Liberal Gurlz :
“Ha ha ha ha….ustaz tak termasuk la…..saya percaya ustaz….. kalau tak saya takkan tanya soalan ni…….ha ha ha ha……!!”
Ustaz :
“Islam mengatakan….Fitnah yang membuka pintu zina itu adalah
banyaknya berpunca dari wanita yang tidak menutup aurat dan menjaga
kehormatan mereka”
Liberal Gurlz :
“Habis tu ustaz…salah orang perempuan lah ye kalau…..orang perempuan diperdaya..dirogol…diragut kesuciannya oleh seorang lelaki playboy….?”
Ustaz :
“Bukan itu maksud saya…….apa yang saya nak katakana ialah…orang
perempuan sekiranya tidak mendedahkan diri dengan penyebab yang
menyebabkan lelaki cenderung untuk melakukan perbuatan yang jahat…maka
selamatlah dirinya..dari sebarang ancaman dan gangguan seksual.”….
“Perbuatan membuka aurat itu bukankah menarik ghairah lelaki untuk
melakukan sesuatu yang tak senonoh kepada seorang perempuan?”Hilangnya
sifat malu seorang perempuan menyebabkan dirinya bercampur gaul dengan
lelaki yang bukan mahram….menyebab terjadinya perbuatan
berjumpa…berdating…berdua-duaan
…..sehingga pihak yang ketiganya adalah syaitan…lalu syaitan pun
membisikkan bisikan syahwat menyebabkan berlakunya perbuatan zina antara
dua pasangan sejoli…!!”
Liberal Gurlz :
“Alah
ustaz …itu sebab orang lelaki lah yang mulakan dulu……orang perempuan ni
insan yang lemah terpaksa mengikut kehendak lelaki”
Ustaz :
“Hmmmm…itulah yang tak betul tu…..seorang wanita yang baik….mestilah
tegas menjaga maruah dan kehormatan dirinya…..Allah menjadikan wanita
ini dari tulang rusuk Nabi Allah Adam a.s untuk hidup mulia sebagai
seorang isteri yang mempunyai tugas yang mulia iaitu sebagai peneman
suami dan sebagai insan yang berkongsi suka duka bersama suami..setia
berkhidmat untuk suami dengan perasaan kasih sayang yang dibina atas
dasar cinta…melalui perkahwinan yang sah” “Bukanlah kasih sayang
namanya jika seorang wanita membiarkan dirinya menjadi tempat memuaskan
nafsu..lelaki yang jahat….bukan cinta namanya…apabila seorang wanita
membiarkan maruahnya dimusnahkan……bukanlah bahagia namanya apabila
seorang wanita bersama dengn lelaki tanpa ikatan yang sah.”
Liberal Gurlz :
“Ok…ok….ustaz menang……Cuma saya nak ulangi balik ustaz pendapat saya
tadi……perempuan yang bertudung pun bukannya baik sangat….ada diantara
mereka ni ustaz yang lebih teruk akhlaknya daripada kami yang tidak
bertudung ni….?”
Ustaz :
“Ha ha ha….janganlah
disalahkan tudung jika akhlak seseorang itu buruk…..!!!....menutup aurat
itu perintah Allah…sama ada manusia itu baik atau jahat…kan itu
perintah Allah…kita tak boleh pertikaikan……!!” “Jika akhlak
seseorang itu jahat…..maka dia akan dikira dosanya mengikut akhlaknya
yang jahat….tetapi jika dia tidak memakai tudung menutup aurat…..maka
dosanya akan bertambah lagi…janganlah kita melakukan satu dosa…kemudian
kita tambah lagi dosa…akibatnya derita kita di akhirat..lama kita diazab
di dalam neraka…..!!”
Liberal Gurlz :
“Baiklah ustaz…mungkin tak faham maksud saya…….beginilah saya buat
contoh supaya ustaz mudah faham……ada seorang wanita yang tidak menutup
aurat…tetapi dia baik..rajin..pemurah ..penyayang…hormat ibubapa…..suka
menolong orang…dan ada pula seorang perempuan yang bertudung…tapi
jahat…suka mencaci mengata orang…..sombong…pentingkan diri sendiri…kedekut…suka cari gaduh….yang mana lebih baik ustaz……?”
Ustaz :
“Saya faham maksud awak…..oklah….tentang perempuan tidak bertudung
walaupun dia..baik…buat amalan baik….pemurah…menolong orang…sememangnya
dia akan mendapat pahala dengan amalan baik yang dilakukan….tetapi
ingat…Nabi saw pernah menerangkan di dalam satu riwayat….bahawa
diakhirat nanti apabila kita dihadapkan di hadapan Allah swt…kita akan
ditanya..tentang dosa dan pahala….jika ada dosa yang kita lakukan…maka
pahala kita akan dipotong….jika kita banyak melakukan amalan baik
sekalipun…tetapi jika tidak menutup aurat….pahala kita akan dipotong
mengikut lama mana kita mendedahkan aurat ketika di dunia ini semasa
kita hidup….sehingga tiada lagi pahala yang nak dipotong..kita tanggung
pula dosa orang yang rosak matanya..akhlaknya…disebabkan
oleh kita yang membuka aurat….sehingga kita menjadi manusia yang paling
muflis di akhirat lalu dicampakkan kita ke dalam neraka.”
“Adapun perempuan yang bertudung…dia terlepas dari dosa mendedahkan
aurat…. Dan jika dia melakukan dosa yang lain…yakni seperti
mencaci..mengata…sombong..dan
sebagainya…maka itu dosa lain yang dia kena memohon dari Allah
keampunan …agar tidak di azab diakhirat….sekiranya tidak dia akan diazab
mengikut dosa yang dilakukan…..cumanya tempoh diazab itu tidaklah
selama tempoh azab dosa orang yang mendedahkan aurat..kerana tempoh
tinggal di neraka disebabkan oleh dosa buka aurat ni… lama sangat.”
Liberal Gurlz :
“Oh ye ke ustaz…..maaflah ustaz… saya tak pandai agama……saya cuma
dengar orang bercerita…dan ada kawan-kawan saya yang menggelarkan diri
mereka “ the liberal gurlz”……yang menyatakan…kalau tak boleh buang
sifat-sifat……jahat dalam diri…tak guna pakai tudung labuh……munafik
namanya tu……tunggulah sehingga kita benar-benar dah bersedia dan menjadi
benar-benar baik….barulah kita pakai tudung tutup aurat…..”
Ustaz :
“Ha ha ha ha ha bila la agaknya tu ….baru awak jadi benar-benar baik…..bila dah masuk kubur….?”
“Satu perkara yang mesti kita ingat…dan perbetulkan persepsi
kita…..berubah jadi baik dan bertaubat adalah perkara yang tak boleh
ditangguh-tangguh…….berubah
dan bertaubat mesti dilakukan serta merta …kerana jika kita tangguh dan
tunggu dulu…..maka dikhuatiri kita tidak sempat..bertaubat dan
berubah…kerana ajal maut itu tidak kita tahu bila tibanya….apakah kita
boleh menjamin umur kita panjang?apakah kita boleh hidup sehingga ke
detik masa kita bertaubat dan berubah……”please don’t make your life as a
gambling game”jangan perjudikan hidup awak dengan hanya bersandarkan
harapan yang tak pasti…..” Jika kita menyatakan kita kena tunggu
sehingga dah benar-benar baik dan bersedia baru kita pakai tudung
menutup aurat……maka adakah umur kita sepanjang itu untuk sampai ke detik
itu????? Jika kita dimatikan Allah bagaimana?”
“Samalah macam awak tidak mahu kahwin hanya kerana awak nak tunggu calon suami yang benar-benar perfect..hensem….macho…hmmm sampai ke tua la tak kahwin jawabnya”
Liberal Gurlz :
“Hu huh u ustaz…gerun saya dengar penerangan ustaz ni…..barulah saya
faham……..saya ingat apa yang dikatakn oleh kawan-kawan saya tu
betul…rupa-rupanya sesat larat kita dibuatnya……!! Terima kasih
ustaz…barulah saya faham….dan insyaallah saya akan berubah ….cumanya
mungkin ambil masa juga ustaz….maklumlah bukan senang kita nak mulakan
perubahan dan benda baru ni…..kawan-kawan saya “The liberal gurlz” pasti
terkejut dan mentertawakan saya bila saya berubah memakai
tudung…..aduihhhh susahnya ustaz…kalau diorang kutuk saya…mau menangis
saya nanti…..”
Ustaz :
“Biarlah kita menangis di
dunia ini kerana mentaati perintah Allah dari kita menangis di akhirat
kerana di azab akibat mengingkari perintah Allah”
Liberal Gurlz :
“Isk…Isk…..Isk…ye lah ustaz…terima kasih….terima kasih…….saya rasa
insaf sangat…..terima kasih ustaz…..semoga Allah mengampunkan dosa
saya…..”
Ustaz :
“Insyaallah semoga Allah berikan awak kekuatan dan berubah dari yang baik kepada yang lebih baik……..saya akan doakan…..!!”
KUALA LUMPUR, 28 SEPT 2011: Penyanyi muda, Najwa Latif, 16, yang baru menempa namanya dengan lagu Cinta Muka Buku telah didakwa menghina Tuhan menerusi lirik yang dinyanyikan dalam lagu tersebut.
Semuanya gara-gara karana sebaris lirik dalam lagu itu yang berbunyi: 'itulah cinta yang satu, cinta di muka buku' yang ditulis oleh kakaknya, Syafika Latif,22. Di sebabkan sebaris lirik tersebut, Najwa Latif telah dikritik oleh beberapa pihak termasuk pengunjung laman Youtube yang menonton video muziknya. .
Rata-ratanya tidak bersetuju dengan lirik yang dinyanyikan anak kelahiran Batu Pahat Johor ini kerana ia seolah-oleh telah menghina Tuhan dan mereka berpendapat cinta yang satu hanyalah pada Allah bukan kekasih. Namun, Najwa Latif ketika dihubungi murai.com.my sekeras-kerasnya menepis dakwaan tersebut kerana dia memberitahu lirik yang ditulis itu tidak bermaksud demikian, sebaliknya apa yang cuba disampaikannya itu adalah cinta sesama manusia.
"Pertama sekali terus-terang saya dan kakak memang tiada niat untuk menduakan Tuhan menerusi lirik yang ditulisnya dan dinyanyikan oleh saya itu. Sebagai orang Islam saya tahu cinta yang agung itu hanyalah kepada Allah.
"Tetapi apa yang saya faham, yang dimaksudkan oleh kakak saya dengan lirik tersebut adalah cinta sesama manusia yang kekal hingga ke akhir hayat. Dengan maksud lain, satu-satunya cinta kekasih yang kekal hingga membawa kepada perkahwinan.
"Yelah, lagipun saya pernah dengar banyak kisah orang yang bercinta dan kenal kekasih dalam facebook kekal hingga ke jinjang pelamin.
"Tambahan pula, orang tidak boleh kaitkan lagu ini dengan Tuhan kerana lagu ini pun mengenai cinta muka buku bukan cinta pada Allah. Jadi di situ maksudnya sudah jelas," katanya yang tidak akan mengambil tindakan untuk menukarkan lirik tersebut.
Tambah Najwa lagi, dia yakin tidak semua pihak akan suka dengan apa yang dilakukan. Oleh sebab itu dia juga tidak pernah mengendahkan page Najwalatif Haters yang pernah wujud sebelum ini. "Sehingga kini saya tak pasti siapa yang mewujudkan laman membenci saya di facebook. Bila saya dapat tahu mengenai perkara tersebut saya terus meminta nasihat ibu bapa saya.
"Mereka nasihatkan saya suapaya terima sahaja penerimaan orang kerana tidak semua orang sukakan diri dan cara kita. Bagaimanapun saya bersyukur kerana laman tersebut telah pun dihapuskan," tambah pelajar tingkatan 4 SMK Perempuan Temenggong Ibrahim Batu Pahat, Johor.
Apa yang pasti, Najwa yang mula popular lagu tersebut menerusi laman Youtube kini telah mengikat kontrak selama dua tahun bersama NAR Records sejak Mac lalu.
"Saya bersyukur kerana NAR Records nampak bakat saya. Mereka yang melihat bakat saya dalam laman Youtube pada Mac lalu terus memanggil saya untuk diujibakat. Kemudian mereka setuju untuk mengambil saya sebagai penyanyi di bawah syarikat mereka.
"Selepas mereka berjaya menonjolkan lagu Cinta Muka Buka, kami kini dalam proses untuk single kedua saya yangt berjudul Carta Hati. Single kedua dijangka akan keluar pada akhir tahun ini atau awal tahun hadapan," jelasnya yang bakal memperlahankan aktiviti seninya mulai tahun hadapan demi menumpukan perhatian pada Sijil Pelajaran Malaysia yang akan didudukinya.
Berikut merupakan lirik penuh Cinta Muka Buku nyanyian Najwa Latif:
Kita berkenalan hanya dalam laman muka buku Kau hantar petanda suruh aku terima kamu ooh.. Hati ku rasa sesuatu.. Dan pabila kau kata kau mahu jumpa aku Ku gelisah berdebar hati rasa tak menentu
oohh.. Kenakah rasa itu.. Bagaimana harus bersua Ku rasa gementar tapi bahagia Perlukah kita cari peluang pertama Walaupun kita tak pernah berjumpa
Banyak persoalan yang berada di minda Banyak tanda tanya dan juga kata kerja Otak kata jangan hati pula kata ya Hidup tak menentu adakah ini cinta Banyak soalan banyak juga jawapannya Kata hati dan rasa tak dibiar saja
Setiap yang berlaku ada kebaikannya Harus pejam mata dan cuba apa saja Pabila kau renung tajam-tajam mata aku Ku rasa sesuatu rasa yang ku tak tahu Oooo...
Ini cinta remajaku Dan pabila kau katakan kau suka aku Ku terdiam terkedu tak tahu mana nak tuju Oooo...
Itulah cinta yang satu, cinta di muka buku.. Bagaimana harus bersua Ku rasa gementar tapi bahagia Perlukah kita beri peluang pertama Walaupun kita tak pernah berjumpa Banyak persoalan yang berada di minda
Banyak tanda tanya dan juga kata cinta Otak kata jangan hati pula kata ya
Hidup tak menentu adakah ini cinta Banyak soalan banyak juga jawapannya Kata hati dan rasa tak dibiar saja
Setiap yang berlaku ada kebaikannya Harus pejam mata dan cuba apa saja Pabila kau katakan kau suka aku
Ku terdiam terkedu tak tahu mana nak tuju Oooo Itulah cinta yang satu Cinta di muka buku
Sumber : http://www.murai.com.my/article/default.asp?article_id=10555&c=1&s=1
Anda biasa bukan dengan lagu Negaraku.? Dari sekolah rendah, sekolah menengah sehinggalah ke upacara rasmi. Mesti ada lagu Negaraku.Kalau disuruh menyanyi sekarang pun rasanya tiada masalah. Tapi itu kalau dalam irama yang biasa.
Tetapi, pernahkah anda dengar lagu Negaraku versi metal.?.:)
Yang kita selalu dengar adalah seperti berikut.
Yang kita jarang dengar dan mungkin tidak pernah dengar langsung adalah seperti berikut..
Ok, anda belum pernah dengar bukan.?.:)
Lebih best atau kurang dari yang asal.?
Aku rasa cam berjiwa tentera pula tiba-tiba ni..:)
Penting.:
-Tujuan aku post pasal lagu Negaraku bukanlah bermaksud aku berniat untuk mempermainkan lagu Negaraku.Tujuan aku post kat sini adalah untuk menunjukkan lagu Negaraku versi metal ini WUJUD dan aku ingin berkongsi dengan orang ramai. Selain itu, aku tidak tahu siapakah yang mengubahnya menjadi metal...
Bahan di sini hanya bacaan ilmiah dalam genre konspirasi untuk bacaan umat Islam dan kami tidak pernah memaksa pembaca mempercayainya 100 peratus. Pembaca dinasihat menjadikan al-Quran dan Hadis Muhammad sebagai sumber rujukan tertinggi. Tujuan di sini hanya untuk pembelajaran dan bagi membangkitkan kesedaran di kalangan umat Islam.
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh saya ucapkan kepada sesiapa yang telah masuk ke blog saya ini.Di luar,boleh dikatakan saya seorang yang pendiam.Tetapi,di blog inilah tempat untuk saya menggoreng apa sahaja yang saya ketahui dan tujuan saya membikin blog ini adalah untuk menyampaikan informasi-informasi yang berguna kepada semua.Semoga dengan terciptanya blog ini dapat memberikan manfaat dan maklumat yang secukupnya kepada anda.Akhir kalam,doakan saya berjaya di dunia dan akhirat.Ameen.
Di sini hamba sediakan satu wadah perjuangan buat Melayu-Islam mengikut cara hamba yang tersendiri.
Perjuangan tidak semestinya dengan mengangkat senjata atau berperang.Cukuplah bagi hamba insan lemah dan serba kekurangan ini kiranya ada sedikit manfaat dari penulisan hamba di blog ini untuk anda semua.
Artikel yang tersiar di sini tidak semestinya dari hamba sendiri,kadang-kadang hamba mengambilnya dari sumber-sumber lain yang hamba kira berguna bagi diri hamba dan anda semua.
Ambillah apa-apa yang anda fikir berguna dan jangan ambil peduli dengan apa yang anda fikirkan tidak berguna.
Setiap insan pasti ada kekurangan pada dirinya dan hamba juga tidak terkecuali dari itu kerana hamba juga bukanlah orang yang paling sempurna.
Selamat membaca dan selamat berjuang untuk agama,bangsa dan negara !
“Setiap artikel yang tersiar di Blog Karya X ini dihasilkan untuk tujuan pendidikan , dakwah , perjuangan islam dan bersifat non-komersil. Pembaca bebas menyalin dan menyebarkan artikel yang terdapat di sini.Harap maklum."
Tiada Hak Cipta Di Dalam Islam (There Are No Copyright In Islam)