Like My Facebook Page

Anda follow blog saya, saya akan follow blog anda kembali. =)

Tazkiyatun Nafs

Satu persoalan timbul dalam benakku,“ Layakkah kita menagih cinta insan seandainya cinta Tuhan belum tergapai?Sedangkan cinta Allah adalah segalanya, cinta Rasul lambang cinta kepada-Nya, cinta ibu bapa tulus selamanya, cinta saudara ukhwah kerana-Nya dan cinta pada’nya’ pelengkap kasih-Nya…Hamparkanlah cinta kepada Yang Selayaknya..Jadi,jika mengharap cinta sejati, dambalah kasih Ilahi, itulah cinta hakiki..tepuk dada, tanya iman, tanya akal fikiran, tanya hati, tanya diri sendiri…Sejauh manakah taraf cinta kita ini? ”
gravatar

Tahniah!!!Malaysia Kuasa Baru Bola Sepak ASEAN.Juara AFF Suzuki Cup 2010.


Ehsan dari mStar Online

Sejak semalam hingga pagi ini, kebanyakan blogger bercerita tentang kejayaan Malaysia menjadi juara Piala Suzuki AFF 2010 edisi ke 8. Topik terhangat dipasaran sejak seminggu lepas. Pergilah ke mana-mana tempat pun baik dalam pejabat, kedai kopi ataupun dalam newspaper, semuanya bercerita tentang bola. Tak syak lagi ramai yang tidur bola semalam. Sekiranya korang alahan dengan kisah bola ini, dinasihatkan jangan jenguk blog dan baca newspaper buat seketika...hehehe

Sesuatu yang cukup manis apabila berjaya menjadi juara buat kali pertama dalam masa 14 tahun sejarah kejohanan. Perjalanan yang pada peringkat awalnya nampak berliku di akhiri dengan catatan manis setelah dinobatkan sebagai juara baru Piala Suzuki AFF setelah menewaskan Indonesia dengan agreget 4-2. Safee Sali dan Khairul Fahmi adalah watak penting kejayaan semalam. Tapi semua ini takkan tercapai seandainya tiada kerjasama, kesungguhan dan semangat dari semua anggota dalam pasukan.

Apa pun kisah semalam menutup tahun 2010 dengan kenangan manis buat rakyat Malaysia. Kejayaan semalam juga mendapat perhatian pemain-pemain bertaraf dunia. Pertahanan England sempat mengucapkan tahniah dan memuji pasukan Malaysia dalam laman twitter. Serius, tak tipu... Kalau korang peminat bola sepak, mesti kenal Rio Ferdinand yang sebati dengan Manchester United.
Klik pada gambar untuk besarkan gambar.

See, kan dah cakap tadi pemain bertaraf dunia pun memuji pasukan Malaysia. Harap-harap lepas ni lebih banyak kejayaan dilakar oleh pasukan negara.Dunia mula mengenali Malaysia!!!



TAHNIAH..TAHNIAH..TAHNIAH

Indonesia menang final kedua Piala AFF.Tapi kemenangan itu tidak bermakna sikit habuk pong buat tuan rumah untuk merebut trofi AFF untuk pertama kalinya..

Malam ini,full time Malaysia vs Indonesia,1-2 dan menjadikan agregat 4-2.Di akhir pertama,pasukan bimbingan Alfred Riedl kalah 3-0.

Ulasan Penuh Piala Suzuki AFF 2010 Malaysia vs Indonesia

Di akhir kedua,Malaysia mendahului 1-0 dengan jaringan cun dari Safee Sali pada minit ke 56.

Gol penyamaan Indonesia muncul pada minit ke 71 apabila Nasuha menendang kemas bola muntah tendangan Bustomi dan gagal diselamatkan keeper Malaysia,Khairul Fahmi.

Gol kedua Indonesia dijaringkan pada minit ke 87 oleh jaringan sendiri apabila tendangan Ridwan terkena pertahanan Malaysia dan masuk gol..kalo x kene bek,kompom apek dapat save bola tuh.

Full time Malaysia 1-2 Indonesia.


Nilah kesebelasan utama Malaysia dan Indonesia serta pertukaran pemain...

Malaysia (4-4-2)
Khairul Fahmi Che Mat; Mohd Asrarrudin Putra Omar, Mohd Muslim Ahmad, Mohd Fadhli Mohd Shas, Mohd Sabre bin Mat Abu; Ashari Bin Samsudin (Mohd Amri Yahyah '78), Mohd Safiq Rahim, Amar bin Rohidan (Razman Roslan '61), Kunanlan Subramaniam; Norshahrul Idlan Talaha, Mohd Safee bin Mohd Sali (Izzaq Faris Ramlan '90).

Indonesia (4-4-2)
Markus Haris Maulana; Zulkifli Syukur, Maman Abdurrahman, Hamka Hamzah, M Nasuha; M Ridwan, Firman Utina (Eka Ramdani '57), Ahmad Bustomi, Arif Suyono (Tony Sucipto '70); Cristian Gonzales, Irfan Bachdim (Bambang Pamungkas'57).


Penjaring Terbanyak Piala AFF Suzuki




Kejuaraan inilah yang paling bermakna buat Malaysia..first time tuuu..

Ok, setakat ni saja cerita tentang bola sepak. Tutup buku! Kita semua pun patut mengatur langkah untuk melakar kejayaan dalam hidup. Jadikan tahun baru sebagai titik permulaan untuk mencipta perubahan dalam apa jua perkara. Yang penting semua perubahan itu bersifat positif, bukan negatif.

Kerajaan pun dah umumkan esok bersamaan 31 Disember 2010 sebagai cuti umum sempena kejayaan Malaysia menjadi juara Piala Suzuki AFF 2010. Tapi kat Terengganu, Kelantan dan Kedah memang hari jumaat tu hari cuti setiap minggu.