Like My Facebook Page

Anda follow blog saya, saya akan follow blog anda kembali. =)

Tazkiyatun Nafs

Satu persoalan timbul dalam benakku,“ Layakkah kita menagih cinta insan seandainya cinta Tuhan belum tergapai?Sedangkan cinta Allah adalah segalanya, cinta Rasul lambang cinta kepada-Nya, cinta ibu bapa tulus selamanya, cinta saudara ukhwah kerana-Nya dan cinta pada’nya’ pelengkap kasih-Nya…Hamparkanlah cinta kepada Yang Selayaknya..Jadi,jika mengharap cinta sejati, dambalah kasih Ilahi, itulah cinta hakiki..tepuk dada, tanya iman, tanya akal fikiran, tanya hati, tanya diri sendiri…Sejauh manakah taraf cinta kita ini? ”

Showing posts with label cerpen. Show all posts

gravatar

Kisah Liberal Gurlz & Ustaz


Liberal Gurlz :

“Salam ustaz…..sorry for disturbing you…I just want to ask something from you…!!”

Ustaz :

“Ok silakan……what you want to know…”

Liberal Gurlz :

“Ustaz it is true……perempuan tak menutup aurat ni jahat….?

Ustaz :

“Hmmm kalau mengikut hukum tak menutup aurat tu….memang jahat la kerana tak patuh perintah Allah.!!

Liberal Gurlz :

“No no no ustaz you ‘re really wrong……pakaian tak melambangkan perangai dan tingkahlaku….kalau ustaz nak tahu….ramai perempuan yang pakai tudung labuh nampak aje sopan…tetapi sebenarnya mereka nilah yang berperangai jahat…mereka hanya berselindung di sebalik tudung mereka…. Tu hipokrit namanya ustaz…..”

Ustaz :

“Sekurang –kurang nya mereka menutup aurat….dosa tidak menutup aurat adalah termasuk di dalam dosa besar kerana perbuatan mendedahkan aurat itu akan membuka pintu kepada zina”

Liberal gurlz :

“Ha ha ha ha ……I don’t think like that ustaz………..sebenarnya..masalah zina…rogol..sumbang mahram…..dan sebagainya yang melibatkan kerosakan akhlak kaum wanita adalah berpunca dari lelaki yang jahat dan bernafsu buas…..bukan sebab kami berpakaian tidak bertudung dan berpurdah.!!!”
“Ustaz pun tahu kan….orang lelaki ni…alim macam mana pun tapi bila tengok orang pompuan…..tercabut serban mereka……ha ha ha ha…”

Ustaz :
“Hai….macam perli saya aje ni….?”

Liberal Gurlz :

“Ha ha ha ha….ustaz tak termasuk la…..saya percaya ustaz….. kalau tak saya takkan tanya soalan ni…….ha ha ha ha……!!”

Ustaz :

“Islam mengatakan….Fitnah yang membuka pintu zina itu adalah banyaknya berpunca dari wanita yang tidak menutup aurat dan menjaga kehormatan mereka”

Liberal Gurlz :

“Habis tu ustaz…salah orang perempuan lah ye kalau…..orang perempuan diperdaya..dirogol…diragut kesuciannya oleh seorang lelaki playboy….?”

Ustaz :

“Bukan itu maksud saya…….apa yang saya nak katakana ialah…orang perempuan sekiranya tidak mendedahkan diri dengan penyebab yang menyebabkan lelaki cenderung untuk melakukan perbuatan yang jahat…maka selamatlah dirinya..dari sebarang ancaman dan gangguan seksual.”….

“Perbuatan membuka aurat itu bukankah menarik ghairah lelaki untuk melakukan sesuatu yang tak senonoh kepada seorang perempuan?”Hilangnya sifat malu seorang perempuan menyebabkan dirinya bercampur gaul dengan lelaki yang bukan mahram….menyebab terjadinya perbuatan berjumpa…berdating…berdua-duaan …..sehingga pihak yang ketiganya adalah syaitan…lalu syaitan pun membisikkan bisikan syahwat menyebabkan berlakunya perbuatan zina antara dua pasangan sejoli…!!”

Liberal Gurlz :

“Alah ustaz …itu sebab orang lelaki lah yang mulakan dulu……orang perempuan ni insan yang lemah terpaksa mengikut kehendak lelaki”

Ustaz :

“Hmmmm…itulah yang tak betul tu…..seorang wanita yang baik….mestilah tegas menjaga maruah dan kehormatan dirinya…..Allah menjadikan wanita ini dari tulang rusuk Nabi Allah Adam a.s untuk hidup mulia sebagai seorang isteri yang mempunyai tugas yang mulia iaitu sebagai peneman suami dan sebagai insan yang berkongsi suka duka bersama suami..setia berkhidmat untuk suami dengan perasaan kasih sayang yang dibina atas dasar cinta…melalui perkahwinan yang sah”
“Bukanlah kasih sayang namanya jika seorang wanita membiarkan dirinya menjadi tempat memuaskan nafsu..lelaki yang jahat….bukan cinta namanya…apabila seorang wanita membiarkan maruahnya dimusnahkan……bukanlah bahagia namanya apabila seorang wanita bersama dengn lelaki tanpa ikatan yang sah.”

Liberal Gurlz :

“Ok…ok….ustaz menang……Cuma saya nak ulangi balik ustaz pendapat saya tadi……perempuan yang bertudung pun bukannya baik sangat….ada diantara mereka ni ustaz yang lebih teruk akhlaknya daripada kami yang tidak bertudung ni….?”

Ustaz :

“Ha ha ha….janganlah disalahkan tudung jika akhlak seseorang itu buruk…..!!!....menutup aurat itu perintah Allah…sama ada manusia itu baik atau jahat…kan itu perintah Allah…kita tak boleh pertikaikan……!!”
“Jika akhlak seseorang itu jahat…..maka dia akan dikira dosanya mengikut akhlaknya yang jahat….tetapi jika dia tidak memakai tudung menutup aurat…..maka dosanya akan bertambah lagi…janganlah kita melakukan satu dosa…kemudian kita tambah lagi dosa…akibatnya derita kita di akhirat..lama kita diazab di dalam neraka…..!!”

Liberal Gurlz :

“Baiklah ustaz…mungkin tak faham maksud saya…….beginilah saya buat contoh supaya ustaz mudah faham……ada seorang wanita yang tidak menutup aurat…tetapi dia baik..rajin..pemurah ..penyayang…hormat ibubapa…..suka menolong orang…dan ada pula seorang perempuan yang bertudung…tapi jahat…suka mencaci mengata orang…..sombong…pentingkan diri sendiri…kedekut…suka cari gaduh….yang mana lebih baik ustaz……?”

Ustaz :

“Saya faham maksud awak…..oklah….tentang perempuan tidak bertudung walaupun dia..baik…buat amalan baik….pemurah…menolong orang…sememangnya dia akan mendapat pahala dengan amalan baik yang dilakukan….tetapi ingat…Nabi saw pernah menerangkan di dalam satu riwayat….bahawa diakhirat nanti apabila kita dihadapkan di hadapan Allah swt…kita akan ditanya..tentang dosa dan pahala….jika ada dosa yang kita lakukan…maka pahala kita akan dipotong….jika kita banyak melakukan amalan baik sekalipun…tetapi jika tidak menutup aurat….pahala kita akan dipotong mengikut lama mana kita mendedahkan aurat ketika di dunia ini semasa kita hidup….sehingga tiada lagi pahala yang nak dipotong..kita tanggung pula dosa orang yang rosak matanya..akhlaknya…disebabkan oleh kita yang membuka aurat….sehingga kita menjadi manusia yang paling muflis di akhirat lalu dicampakkan kita ke dalam neraka.”

“Adapun perempuan yang bertudung…dia terlepas dari dosa mendedahkan aurat…. Dan jika dia melakukan dosa yang lain…yakni seperti mencaci..mengata…sombong..dan sebagainya…maka itu dosa lain yang dia kena memohon dari Allah keampunan …agar tidak di azab diakhirat….sekiranya tidak dia akan diazab mengikut dosa yang dilakukan…..cumanya tempoh diazab itu tidaklah selama tempoh azab dosa orang yang mendedahkan aurat..kerana tempoh tinggal di neraka disebabkan oleh dosa buka aurat ni… lama sangat.”

Liberal Gurlz :

“Oh ye ke ustaz…..maaflah ustaz… saya tak pandai agama……saya cuma dengar orang bercerita…dan ada kawan-kawan saya yang menggelarkan diri mereka “ the liberal gurlz”……yang menyatakan…kalau tak boleh buang sifat-sifat……jahat dalam diri…tak guna pakai tudung labuh……munafik namanya tu……tunggulah sehingga kita benar-benar dah bersedia dan menjadi benar-benar baik….barulah kita pakai tudung tutup aurat…..”

Ustaz :

“Ha ha ha ha ha bila la agaknya tu ….baru awak jadi benar-benar baik…..bila dah masuk kubur….?”
“Satu perkara yang mesti kita ingat…dan perbetulkan persepsi kita…..berubah jadi baik dan bertaubat adalah perkara yang tak boleh ditangguh-tangguh…….berubah dan bertaubat mesti dilakukan serta merta …kerana jika kita tangguh dan tunggu dulu…..maka dikhuatiri kita tidak sempat..bertaubat dan berubah…kerana ajal maut itu tidak kita tahu bila tibanya….apakah kita boleh menjamin umur kita panjang?apakah kita boleh hidup sehingga ke detik masa kita bertaubat dan berubah……”please don’t make your life as a gambling game”jangan perjudikan hidup awak dengan hanya bersandarkan harapan yang tak pasti…..” Jika kita menyatakan kita kena tunggu sehingga dah benar-benar baik dan bersedia baru kita pakai tudung menutup aurat……maka adakah umur kita sepanjang itu untuk sampai ke detik itu????? Jika kita dimatikan Allah bagaimana?”

“Samalah macam awak tidak mahu kahwin hanya kerana awak nak tunggu calon suami yang benar-benar perfect..hensem….macho…hmmm sampai ke tua la tak kahwin jawabnya”

Liberal Gurlz :

“Hu huh u ustaz…gerun saya dengar penerangan ustaz ni…..barulah saya faham……..saya ingat apa yang dikatakn oleh kawan-kawan saya tu betul…rupa-rupanya sesat larat kita dibuatnya……!! Terima kasih ustaz…barulah saya faham….dan insyaallah saya akan berubah ….cumanya mungkin ambil masa juga ustaz….maklumlah bukan senang kita nak mulakan perubahan dan benda baru ni…..kawan-kawan saya “The liberal gurlz” pasti terkejut dan mentertawakan saya bila saya berubah memakai tudung…..aduihhhh susahnya ustaz…kalau diorang kutuk saya…mau menangis saya nanti…..”

Ustaz :

“Biarlah kita menangis di dunia ini kerana mentaati perintah Allah dari kita menangis di akhirat kerana di azab akibat mengingkari perintah Allah”

Liberal Gurlz :

“Isk…Isk…..Isk…ye lah ustaz…terima kasih….terima kasih…….saya rasa insaf sangat…..terima kasih ustaz…..semoga Allah mengampunkan dosa saya…..”

Ustaz :

“Insyaallah semoga Allah berikan awak kekuatan dan berubah dari yang baik kepada yang lebih baik……..saya akan doakan…..!!”


gravatar

Cerpen Sedih

Lapang benar dada Pak Uwei bila pegawai yang bertugas di kaunter pejabat
Tabung Haji itu memberitahu nama dia dan isterinya turut tersenarai
dalam senarai jemaah yang akan menunaikan fardhu haji pada tahun ini.

"Tapi pak cik kena bayar segera bahagian makcik yang masih tak cukup
tiga ribu lagi tu. Selewat-lewatnya minggu depan bayaran mesti
dibuat,"beritahu pegawai itu lagi.

"Insya Allah encik. Saya akan bayar seberapa segera," janji Pak Uwei.
Berita gembira itu ingin segera dikongsi bersama isteri kesayangannya.

Sebaik keluar dari pejabat Tabung Haji dia terus balik ke rumah.

"Pah... oo..Pah!" teriak Pak Uwei sebaik turun dari keretanya.

"Apa bendanya terlolong-lolong ni bang?" tanya Mak Pah.

" Ada berita baik ni Pah, nampaknya hajat kita nak ke Mekah tahun ini
akan tertunai. Insya Allah dua bulan lagi kita akan ke sana.Tak sabar
betul saya, rasa macam Kaabah tu dah melambai-lambai, " cerita Pak Uwei
dengan wajah berseri-seri.

"Betul ke ni bang? Baru semalam si Johari beritahu dia dengan Minah
tak dapat pergi. Namanya tidak ada dalam senarai."

"Betullah Pah oii... saya ni baru je balik dari pejabat Tabung Haji.
Cuma duit bahagian awak tu, tiga ribu lagi kena bayar segera selewat-
lewatnya minggu depan."

"Mana kita nak cari duit banyak tu bang? Tiga ribu tu bukan sikit, itu
pun lepas duit tambang. Duit kocek mau juga sekurang-kurangnya dalam
seribu." Mak Pah merenung gusar wajah suaminya.

"Alah Pah, kita mintalah tolong dengan Muaz dan Balkis. Takkanlah
mereka tak nak beri. Bukannya banyak, cuma dua ribu seorang saja."
Wajah Pak Uwei semakin berseri-seri. Dia yakin anak- anaknya yang dua
orang itu tidak akan menghampakan harapannya.

"Lusa hari minggu, saya nak suruh budak-budak tu balik boleh kita
berunding," cadang Pak Uwei.

"Kalau tak cukup bahagian saya tu, awak ajelah yang pergi dulu. Tak
elok kita menyusahkan anak-anak bang, lagipun apa pula kata menantu kita
nanti nak ke Mekah minta duit anak-anak." Mak Pah tidak bersetuju dengan
rancangan Pak Uwei.

"Pah... Muaz dan Balkis tu kan anak-anak kita. Kita dah besarkan
mereka, hantar belajar tinggi-tinggi takkan nak hulur dua ribu pun tak boleh
lagipun selama ni kita tak pernah minta duit mereka. Tak usahlah awak
bimbang Pah, saya yakin anak-anak kita tu tak akan menghampakan kita
kali ni." Yakin benar Pak Uwei, harapan yang menggunung digantungkan kepada
anaknya.

"Tapi bang?... "

"Dahlah... pegi siapkan kerja awak tu, tak usah nak risau tak tentu hala.

Saya nak telefon budak-budak tu," pintas Pak Uwei sebelum Mak
Pah melahirkan kebimbangannya. Lega hati Pak Uwei bila Muaz menyatakan
yang dia akan pulang kemudian Pak Uwei menelefon Balkis pula di pejabatnya.
Dia hanya menyuruh mereka balik tanpa memberitahu hajatnya.

"Insya Allah Kis balik nanti abah. Emm... abah nak Kis suruh Intan
balik sama?" tanya Balkis.

"Ikut suka kaulah, bagi abah yang pentingnya kau dan Muaz. Intan tu
ada ke tidak ke, sama aje. Balik ya?... ," balas Pak Uwei.

Bukannya dia membeza-bezakan anak-anak tapi hati tuanya cepat benar
panas bila berhadapan dengan Intan. Sikap degil dan tak mahu mendengar kata
anaknya itu menyebabkan dia tersangat geram. Sudahlah malas belajar
tidak seperti Muaz dan Balkis yang berjaya memiliki ijazah. Kalau ditegur
sepatah, sepuluh patah tidak menjawab tidak sah. Masih Pak Uwei ingat
gara-gara sikap keras kepala Intan untuk bekerja kilang mereka
bertengkar besar tiga tahun lalu. Kini hubungan mereka seperti orang asing.

"Abah tak setuju kau nak kerja kilang kat KL tu. Abah mahu kau sambung
belajar lagi." Pak Uwei tidak bersetuju dengan niat Intan yang hendak
bekerja kilang.

"Intan dah tak minat nak belajar lagi abah, biarlah Intan kerja
kilang. Kerja kilang pun bukannya haram." bantah Intan menaikkan darah Pak uwei.

"Aku suruh kau belajar kau tak nak, kau nak kerja kilang. Kau tak
tengok berapa ramai anak gadis yang rosak akhlak kerja kilang duk kat KL jauh
dari mak bapak, bolehlah buat apa yang kau sukakan. Kau nak bebas macam tu?"

"Itulah abah, selalu nampak yang buruk aje. Bukan semua yang kerja
kilang duk kat KL tu jahat abah. Kerja apa dan kat mana pun sama aje, pokok
pangkalnya, hati. Kalau nak buat jahat dalam rumah pun boleh, abah."
Intan cuba membuat abahnya faham.

"Kenapalah kau seorang ni lain benar dari abang dan kakak kau. Cuba
kau tengok Balkis tu, tak pernah dia membantah cakap abah macam kau ni!"

"Intan memang tak sama dengan Kak Balkis abah, Intan suka berterus
terang, kalau tak kena Intan cakap depan-depan bukan membebel kat
belakang," balas Intan selamba menyemarakkan lagi bara dalam dada
abahnya.

"Anak tak mendengar kata!!, ikut suka kaulah. Kalau kau nak pergi,
pergi... aku dah tak larat nak larang. Nak terlentang ke?, telangkup
ke?, gasak kaulah. Kau buat apa yang kau suka, aku tak nak ambil tahu
lagi!!"

Sejak kejadian itu, Pak Uwei memang tidak memperdulikan langsung apa
yang Intan nak buat. Namun begitu Intan tetap pulang setiap kali cuti, dia
bersikap selamba biarpun abahnya tidak memperdulikannya.
Intan selalu menghulur duit tapi hanya kepada maknya sahaja.

Riang hati Pak Uwei bukan kepalang bila anak-anaknya pulang, tambahan
pula dia sudah rindu dengan cucu-cucunya. Malam itu selesai menikmati
makan malam dan berjemaah sembahyang Isya`, mereka duduk berborak di ruang
tamu.

"Sebenarnya ayah suruh kau orang balik ni, ada hajat sikit," Pak Uwei
memulakan bicara.

"Hajat apa pula abah?" tanya Muaz yang duduk di sebelahnya.

"Abah dan mak kau nak ke Mekah, nama dah ada dalam senarai.
Memandangkan bahagian mak kau masih belum cukup lagi abah nak minta Kau dan Balkis
bantu sikit. Tak banyak, dua ribu seorang cukuplah," Pak Uwei mengutarakan
hasratnya.

"Boleh tu boleh abah, tapi kena tunggu sebulan dua lagi. Az baru aje
keluarkan wang simpanan buat duit muka beli rumah. Sebulan dua lagi
bolehlah Az ikhtiarkan," ujar Muaz.

"Tapi... pegawai Tabung Haji tu minta bayaran dibuat segera selewat-
lewatnya minggu depan."

"Kalau dalam seminggu dua ni abah, memang rasanya tak dapat. Paling
tidak pun cukup bulan ni. Nak cukupkan duit muka tu pun habis duit simpanan
budak-budak ni Az keluarkan," jawab Muaz serba salah.

"Kau beli rumah lagi?., Rumah yang ada tu kau nak buat apa?" tanya
PakUwei melindungi kekecewaannya.

"Rumah baru tu besar sikit, abah. Selesalah buat kami sebab budak-
budak tu pun dah besar, masing-masing nak bilik sendiri. Lagipun beli rumah
tak rugi abah, pelaburan masa depan juga," sampuk Mira isteri Muaz.

Pak Uwei terdiam, harapannya kini cuma pada Balkis. "Kamu macam mana
Kis, boleh tolong abah? Nanti abah bayarlah balik duit kamu tu bila ada
rezeki durian berbuah kat dusun kita tu nanti," Pak Uwei berpaling Pada Balkis.

"Kis pun rasanya tak dapat nak tolong abah. Kis baru aje keluarkan
duit simpanan buat menambah modal perniagaan abang Man. Tengah gawat ni faham
ajelah... ni tak lama lagi nak bersalin nak pakai duit lagi."

Hancur berderai rasa hati Pak Uwei mendengar jawapan Balkis.

"Man bukan tak nak tolong abah. Kalau nak pinjam duit kad kredit
boleh. Tapi yelah, kata orang kalau nak ke Mekah ni tak elok pakai duit
pinjaman."

"Betul kata Man tu abah. Kalau nak ke Mekah mesti dengan kemampuan
sendiri baru elok," sokong Muaz. Kata-kata Azman dan Muaz bagaikan
sembilu yang menikam dada Pak Uwei. Bila dia bertemu pandang dengan Intan, Pak
Uwei terasa bagai ditertawakan oleh Intan bila kedua anak yang
diharap-harapkan menghampakannya.

"Tak apalah kalau kau orang tak ada duit. Biarlah abah kau pergi
seorang dulu, nanti kalau ada rezeki mak pula pergi," Mak Pah bersuara cuba
meredakan keadaan.

"Kalau nak pergi sendiri, dah lama saya pergi Pah!. Tak payah saya
tunggu lama-lama. Kalau awak tak pergi biarlah kita sama-sama tak
pergi... dah tak ada rezeki kita nak buat macam mana?" Pak Uwei bangun
masuk ke bilik meninggalkan anak-anaknya dengan rasa kesal.
Intan tahu abahnya benar-benar kecewa. Walaupun orang tua itu tidak
menunjukkan rasa kecewanya tapi Intan faham kecewa abahnya teramat
sangat kerana tidak menduga anak-anak yang selama ini disanjung akan
mengecewakannya begitu.

"Anak awak tu tak balik ke?" tanya Pak Uwei pada Mak Pah bila Intan
tidak turut serta balik bersama abang dan kakaknya.

"Tak, katanya cuti sampai hari Rabu nanti," balas Mak Pah sambil
mencapai kain selendangnya.

"Nak ke mana pulak tu?" tanya Pak Uwei melihat MakPah bersiap-siap.

"Nak ke kedai Long Semah tu nak belikan anak saya Intan, kuih lepat
ubi kegemarannya. " Sengaja Mak Pah menekan suara bila menyebut anaknya.
Bukan sekali dua dia menegur sikap Pak Uwei yang gemar membeza-bezakan anak.

Pagi Isnin tu selepas bersarapan Intan bersiap-siap hendak keluar.

"Nak ke mana Intan pagi-pagi lagi dah bersiap ni?"

"Intan ada hal sikit kat bandar mak. Intan pergi dulu ye."

"Kalau nak ke bandar suruhlah abah kau tu hantarkan," suruh Mak Pah.

"Tak payahlah mak, Intan nak pergi banyak tempat ni. Nanti bising pula
abah tu. Intan pergi dulu."sambil mencium tangan Mak Pah yang menggeleng
kepala memerhatikan Intan berlalu pergi.

Kadangkala sedih hatinya melihat sikap suaminya yang keras hati,
membuat anaknya itu menyisihkan diri.

Ketika Intan pulang dari bandar tengah hari itu mak dan abahnya sedang
menikmati juadah tengah hari.

"Kau ni Tan buat benda apa lama benar kat bandar tu? Mari makan sama.
Ni abah kau ada beli ikan baung salai, mak masak lemak cili api."

"Ingat lagi abah lauk kegemaran Intan rupanya," usik Intan tak
bertangguh mencapai pinggan.

"Mak bapak memang tak pernah lupakan anak-anak, cuma anak-anak aje
yang lupakan mak bapak," jawab Pak Uwei sinis.
Intan tersenyum pahit. Selesai mengemas pinggan mangkuk, Intan
menunaikan solat Zohor kemudian dia mendapatkan mak
dan abahnya yang sedang duduk di ruang tamu. Abahnya sedang membaca
suratkhabar. Mak Pah pula melipat kain.

"Mak, abah... Intan ada hal sikit nak cakap ni... ," ujar Intan
menghampiri mereka. Pak Uwei menurunkan suratkhabar
yang dipegangnya kemudian menanggalkan cermin mata yang digunakan untuk
membaca.

"Apa hal... kamu nak kahwin ke?" soal Pak Uwei merenung Intan. Tawa
Intan meledak tiba-tiba mendengar soalan abahnya.

Melihat Intan tergelak besar Pak Uwei turut tertawa. Mak Pah pun
tergelak sama, riang rasa hatinya melihat kemesraan yang
hilang dulu mula menyatu. "Abah ni... ke situ pulak...."

"Habis tu?"

"Ini... Buku Tabung Haji mak. Tadi Intan ambil dalam laci tu. Yang ni,
resit memasukkan duit ke akaun mak. Semuanya Intan dah uruskan. Dan ini
dua ribu untuk buat duit kocek mak dan abah. Yang dua ratus lagi ni untuk
buat kenduri doa selamat sebelum berangkat nanti."Intan memasukkan duit itu
dalam genggaman Pak Uwei.

"Apa??" Pak Uwei terkejut matanya merenung Intan dan duit di tangannya
bagai tidak percaya.
"Ini duit simpanan Intan sejak mula bekerja dulu. Duit hasil titik
peluh Intan yang halal abah, terimalah. Selama ini Intan banyak kali
kecewakan abah. Intan tak pernah dapat membahagiakan hati abah. Selama
ini pun Intan selalu sangat rasa kalah pada abang Az dan Kak
Balkis. Intan tak cantik dan baik macam Kak Balkis, apatah lagi bijak
seperti mereka. Intan tahu abah selalu kecewa dengan Intan. Hanya kali
ini Intan dapat tunaikan hasrat abah. Dah banyak kali abah tangguhkan hasrat
nak naik haji. Dulu kerana Kak Balkis nak kahwin, lepas tu mak pula tak
sihat. Sekarang ni masa yang sesuai. Intan harap, abah sudi terima
pemberian yang tak seberapa ini dari Intan,"
tutur Intan perlahan memerhatikan airmata menuruni pipi abahnya yang
sudah berkedut dimamah usia.

"Terima kasih Intan. Malu rasanya abah nak ambil duit kamu... dulu
abah selalu bangga dengan Balkis dan Muaz yang memegang jawatan tinggi tapi
akhirnya anak abah yang kerja kilang yang membantu abah," luah Pak Uwei
sambil mengesat airmata terharu atas keluhuran hati anak yang selama ini
dimusuhinya.

"Sudahlah abah. Yang lepas itu tak usahlah kita ungkit-ungkit lagi.
Intan gembira abah sudi terima pemberian Intan."

"Pemberian kau ni terlalu bernilai bagi abah dan mak kau Intan..."ujar
Pak Uwei. Intan peluk abahnya erat.

"Hah... tulah, jangan suka memperkecil- kecilkan anak saya ni," Mak Pah
mengusik Pak Uwei sambil mengesat airmata penuh kesyukuran.

"Mak ni... ," gelak Intan memandang abahnya yang tersengih.

Masa yang ditunggu-tunggu tiba dalam keriuhan sanak saudara yang
datang menziarahi Pak Uwei dan Mak Pah. Intan memerhati dengan perasaan
gembiran bercampur hiba.

"Semua dah siap ke mak?" tanya Intan menjenguk ke bilik emaknya
memerhatikan Mak Pah mengisi barang keperluan semasa di Mekah.

"Dah rasanya... ada apa-apa yang Intan nak pesan mak belikan di sana
nanti?"

"Tak ada mak. Mak janganlah fikir soal apa yang nak dibeli mak. Yang
penting mak dapat menunaikan ibadah dengan sempurna."

"Hah, awak dengar tu... kita ni nak pergi menunaikan ibadah, bukan nak
membeli-belah, " tambah Pak Uwei yang turut mendengar perbualan
dua-beranak itu.

"Intan tak nak mak dan abah belikan satu apa pun dari sana . Hanya
satu yang Intan mahu, doakan Intan bahagia di dunia dan akhirat,"
pesan Intan sambil memeluk emaknya. Mak Pah dan Pak Uwei berpandangan.
Tiba-tiba sebak dengan permintaan Intan itu.

............ ......... ......... .......

Hanya dua jam lagi kapal terbang akan mendarat di tanah air. Pak Uwei
mengerling Mak Pah yang lena di sebelahnya. Dalam keriangan telah
menunaikan ibadah haji tanpa sebarang kesulitan, terselit rasa tidak
sedap di hati. Perasaan rindu pada anak-anak terutama Intan bagai menyentap
tangkai hatinya. Pak Uwei terkenangkan mimpinya bertemu Intan di tanah
suci. Intan tidak berkata sepatah pun tapi bagai memberitahu yang dia
akan pergi jauh.

"Kenapa resah aje ni, bang?" Mak Pah terjaga.

"Entahlah Pah, saya teringat sangat dengan Intan dan anak-anak kita."

"Sabarlah, dah nak sampai dah ni," pujuk Mak Pah.

Dari jauh lagi Pak Uwei sudah melihat Muaz dan Azman menanti mereka.

"Mak... abah... ," Muaz meraih emaknya dalam pelukan dan kemudian
abahnya tanpa dapat menahan airmata menitis laju.

"Mana yang lain ni, kamu berdua aje?" Pak Uwei tertinjau-tinjau
mencari wajah Intan.

"Mereka menanti di rumah, abah," beritahu Azman suami Balkis sambil
mencium tangan Pak Uwei. "Intan pun tak datang juga ke?" Tanya PakUwei
terasa hampa.

"Awak ni... kan Man dah kata mereka menunggu di rumah." Mak Pah
menggeleng, dua tiga hari ini nama Intan tak terlepas dari mulut
suaminya. Perjalanan tiga jam dari KLIA untuk sampai ke rumah terasa
begitu lama oleh Pak Uwei. Mak Pah yang melihat kegelisahan suaminya
turut berasa bagai ada yang tak kena.

"Dua tiga malam sebelum balik, abah kau mengigau terjerit-jerit dia
panggil nama Intan. Kalau Intan dengar cerita ni tentu dia gelihati."
cerita Mak Pah pada Muaz dan Azman. Muaz diam sambil mengerling Azman
yang sedang memandu.

"Tentulah abah ingatkan Intan, sebab Intan yang bagi dia duit," balas
Muaz cuba bergurau walaupun terasa sayu.

"Tapi, abah rasa macam ada yang tak kena aje Az, dalam mimpi abah tu,
abah nampak Intan macam nak beritahu dia nak pergi jauh. Tapi dia tak
bercakap pun hanya renung abah. Intan tak ada cakap apa-apa dengan kau
Az?"


"Err... tak ada abah. Kita berhenti minum dulu abah, tentu mak haus,"
ajak Azman menukar tajuk perbualan.

"Tak payah, dah dekat ni. Abah tak sabar nak balik," tolak Pak Uwei.

Azman dan Muaz hanya berpandangan. Sebaik turun dari kereta, Balkis
meluru memeluk mereka dengan tangisan. Suara Pak Long
Basri yang bertakbir menambah sayu. Semua yang ada menitiskan air mata.

"Mak dengan abah sihat ke?" tanya Mira setelah bersalaman dengan
ibubapa mentuanya.

"Sihat, cuma batuk-batuk aje sikit. Intan mana, dia tak balik ke?" Mak
Pah mula berdebar bila Intan tidak kelihatan.

"Naik dulu Ngahnya...," suruh Long Semah.

"Intan mana?" Pak Uwei mula hilang sabar bila tak seorang pun
memberitahu di mana Intan. Pantas dia memanjat tanggu menuju bilik
Intan. Matanya terpaku pada bekas bara yang terletak di sebelah katil
yang bercadar kain batik lepas. Dadanya bergetar.

"Az... mana Intan? Mana adik kau Az?" tanya Pak Uwei dengan suara yang
menggeletar. Badannya terasa lemah, dia berpaut pada tepi pintu.

"Sabar abah... ," Muaz menggosok belakang abahnya.

" Kenapa Az ... kenapa?" Mak Pah menurunkan Syazwan cucunya dari
pangkuan dan melangkah laju ke bilik Intan.

"Mak... Intan dah tak ada mak," Balkis tersedu memeluk emaknya yang
terduduk lemah.

Pak Uwei terkulai tak bermaya menerima berita itu. Mak Pah terus
pengsan. Bila dia terjaga dia melihat anak menantu
mengelilingnya. Pak Uwei duduk di tepi kepalanya.

"Sabarlah Ngah, ini dugaan Allah pada kita. Intan pergipun dalam
keadaan tenang. Barangkali kerana hajatnya nak lihat kamu naik haji dah
tertunai," pujuk Long Semah yang masih belum pulang.

"Intan ada tinggalkan surat untuk kita. Dia memang dah tahu dia tak
akan hidup lama. Rupa-rupanya dia menghidap barah otak.
Dia minta maaf segala salah silap dan berpesan supaya kita jangan sedih
atas pemergiannya.

Dia minta kita doakan dia," Pak Uwei menepuk lembut bahu Mak Pah.

"Bila dia meninggal? Siapa yang mengadap masa nazaknya?" tanya Mak Pah
tersedu sedan.

"Kami semua ada mak. Dia begitu tabah menanti detik kematiannya mak.
Sebenarnya dia yang ajak kami balik ini, katanya nak kemaskan rumah
sebelum mak dan abah balik. Masa sampai tu dia sihat lagi tiba-tiba malam Khamis
tu lepas solat Isya` dia sakit kepala teruk sampai tak boleh bangun. Az nak
hantar ke hospital tapi katanya masa dia dah tiba.
Masa tulah baru dia ceritakan sakitnya. Dia meninggal subuh hari Jumaat
mak... tiga hari lepas. Dia pergi dalam keadaan yang cukup tenang mak,"
cerita Muaz.

Mak Pah mengenggam erat tangan suaminya, terkenangkan bagaimana Intan
memeluk erat mereka sebelum melepaskan pemergian mereka. Dan ketika itu
bagai terdengar-dengar suara Intan berpesan,"Intan tak nak mak dan abah
belikan satu apa pun dari sana . Hanya satu yang Intan mahu, mak dan
abah doakan Intan bahagia di dunia dan akhirat.."

gravatar

Cerpen - Pengorbanan Pencinta

Bahang matahari yang mula mendaki di dada langit dapat dirasai pada kulit sawo matang milik seorang gadis yang baru sahaja selesai menyiapkan diri sebaik sahaja dia membuka tingkap biliknya.
"Hmm satu lagi hari baru. Harap-harap hari ni akan menjadi lebih baik daripada semalam" Alia berkata sendirian kepada dirinya.
Tubuh Alia yang genit tampak anggun apabila dia mengenakan baju kurung. Dengan bantuan Mak Nab, ibu Alia, Alia telah memilih sepasang baju kurung merah berbuga putih.
Memang begitulah kelazimannya setiap kali Alia hendak memilih pakaiannya sejak Alia kehilangan deria penglihatannya sebaik sahaja dia tamat pengajian di universiti.
Masih segar dalam ingatan Alia bagaimana peristiwa yang telah meragut nyawa ayahnya dan penglihatannya 3 tahun dahulu.
Pada suatu malam, mereka sekeluarga hendak pulang selepas menikmati makan malam untuk meraikan kejayaan Alia yang baru sahaja menamatkan pengajiannya.
Tiba-tba kereta yang dinaiki oleh mereka dilanggar oleh sebuah kereta dari belakang dan menyebabkan kenderaan mereka terperosok di bawah lori di hadapan mereka mengakibatkan kereta mereka remuk teruk.
Takdir ALLAH menentukan segalanya. DIA lebih menyayangi ayah Alia. Manakala ibu dan adiknya, Aiman cedera parah. Mujurlah doktor mampu menyelamatkan mereka. Malangnya bagi Alia, penglihatannya yang dipinjamkan seketika telah diambil oleh ALLAH.
Sebulan sekali, Aiman, satu-satunya adik Alia akan membawanya bersiar-siar di taman rekreasi yang berhampiran dengan rumah mereka. Aiman merupakan pelajar tahun satu di sebuah universiti.
"Kak! Dah siap ke belum?" Aiman menjenguk ke bilik kakak kesayangannya.
Kakak aku ni kalau bersiap tak boleh sekejap. Kalau dah cun tu pakai apa pun tetap cun kak oii.
"Dah. Akak nak siap dah ni. Tunggu kejap. Sikit je lagi ni" Alia cepat-cepat membetulkan tudungnya agar selesa dipakai. "Budak ni kalau memang tak tau menyabar tau!"
Aiman tersengih riang menampakkan barisan giginya yang tersusun rapi. Menaikkan lagi seri wajahnya yang kacak.
"Yalah, akak tu kalau dah bersiap tak ingat dunia. Kalau tak digesa entah-entah sampai esok pun tak siap lagi" Aiman membebel.
Aiman merapati Alia lalu membetulkan sedikit tudung Alia yang agak herot agar kelihatan lebih cun. Alia sekadar membiarkan perlakuan Aiman.
"Ok kak. Dah terlebih cun dah ni. Silap-silap karang ada yang Man balik sorang-sorang" Aiman masih lagi ingin mengusik Alia.
"Asal pulak? Aiman nak tinggalkan akak ke?" Alia buntu dengan kata-kata Aiman.
"Takdelah karang ada orang terberkenan kat akak karang susah Man nak bawak balik akak" Kata-kata Aiman disambut dengan deraian ketawa kedua beradik itu. "Jomlah kak. Nanti jap lagi matahari dah ada kat atas kepala dah tak larat Man nak jogging"
"Man ni kan tak habis-habis membebel la. Banyak mulut betul. Patutlah awek pun tak nak dekat. Tak tahan agaknya dengan mulut Man tu"
"Eh mana akak tau? Sebab mulut nlah banyak awek nak dekat tau! Mulut manis"
Memang kalau bercakap dengan Aiman takde orang lain yag betul. Dia ajelah yang nak menang. Memang daripada kecil lagi Aiman petah berkata-kata. Disebabkan mulut itulah dia menjadi terkenal semasa bersekolah dahulu. Pendebat terbaiklah katakan. Alia tersengih sendirian.
Aiman memimpin tangan Alia dan mereka beriringan menuju ke taman rekreasi.


"What?! Tak jadi datang?!"
"I'm so sorry Azlan. I have work to do. You know how bad my job right?" Rahmah memujuk kekasihnya Azlan dengan suara yang paling manja. Selalunya lelaki akan cair kalau dipujuk macam ni.
"What everla" tanpa menanti kata-kata daripada Rahmah, Azlan menamatkan panggilannya. Rasa marah masih membara di hati mudanya.
Azlan berjalan dengan pantas untuk segera samai di keretanya. Tiba-tiba Azlan melanggar seorang gadis sehingga menyebabkan gadis itu jatuh terduduk.
"woi!!! Apa ni? Buta ke? Mata letak kat mana?". Azlan menghamburkan kata-katanya tanpa melihat ke arah gadis tersebut. Marah Azlan sudah tidak mampu ditahan lagi.
Dah ar aku tengah panas ni. Main langgar-langgar pulak. Ada yang makan penampar aku ni karang.
"Maafkan saya encik" terdapat sedikit nada takut pada kata-kata gadis itu. Alia meraba-raba untuk mencari tongkatnya yang hilang selepas dilanggar lelaki tersebut. Alia sudah lali dengan situasi begitu. Kerap kali dia dipersalahkan kerana kekurangan sifatnya.
"Banyaklah kau …." Mata Azlan terpaku pada keadaan Alia yang sedang teraba-raba mencari sesuatu. Azlan terpandang ke arah tongkat yang berhampiran dengan Alia. Azlan mengambil tongkat tersebut lalu diletakkan di tangan Alia. "maafkan saya. Saya tak tau yang awak ni…"
"Buta? Takpelah encik. Saya dah biasa" Alia berusaha untuk bangun. Tiba-tiba terasa tangannya dipegang oleh Azlan. Terasa pedih tangannya apabila disetuh oleh Azlan sehingga menyebabkan dia terjerit kesakitan.
"Tangan cik luka ni. Maafkan saya" Azlan memimpin Alia ke tempat duduk yang berhampiran. Azlan meniup pasir yang terlekat pada luka di tangan Alia. Rasa bersalah mula menyelubungi hatinya.
"Takpe encik. Sikit je ni" kata Alia sambil cuba untuk menarik tangannya daripada pegangan Azlan tapi cengkaman Azlan sungguh kejap lalu Alia membiarkannya sahaja.
"Berdarah ni. Mari saya bawak cik pergi klinik ye?" Azlan cuba untuk menebus kesalahannya.
"Takpe. Takpe sikit je. Nanti balik rumah saya letak ubat" apalah mamat ni. Aku tau la tangan aku. Bukan dia yang rasa.
Degil pulak minah sorang ni. Karang kalau bertambah teruk aku jugak yang kena. Hish! Aku bukannya nak buat apa-apa kat dia pun.
"If you say so. By the way saya Azlan. Nama cik?" kata Azlan seraya melepaskan pegangan tangannya. Ada satu perasaan halus yang membuatkan Azlan ingin mengetahui nama gadis itu.
"Alia" jawab Alia, ringkas.
"Erm. Nice name. Suit with your beautiful face" puji Azlan ikhlas.
"Thanks"
Cun jugak Alia ni. Tapi sayang dia buta. Buta-buta dia pun ada something yang menarik kat dia. Tapi apa ek? Ish aku ni berangan pulak. Hihi nampak macam pandai je budak ne.



"Ish! Mana pulak akak aku dah pergi merayap ni. Aku suruh dia duduk kat bench tu diam-diam dia pergi merayau pulak. Kaki berjalan betullah" Aiman membebel sendirian.
Hatinya risau apabila melihat bangku yang tadi diduduki oleh Alia kosong. Aiman terus berjalan mencari kelibat kakaknya.
Mata Aiman meliar mencari-cari kakanya. Tiba-tiba matanya menangkap susuk tubuh kakaknya yang sedang bersembang dengan seorang lelaki.
Amboi!! Dah pandai akak aku ni ye! Tunggulah aku kacau jap lagi.
Aiman tersengih sendirian. Kakinya pantas mendapatkan kakaknya.
Macam kenal je mamat yang kat sebelah kakak aku tu. Siapa ek? Kat mana aku penah jumpa dengan dia?
"Kak" Aiman menyapa kakaknya.
"Im!" Azlan menegur Aiman
Eh? Siapa pulak mamat ni. Setahu aku ada seorang je makhluk kat muka bumi ni panggil aku macam tu. Ahha! Abang Lan!
"Abang Lan!" Aiman terjerit kecil. Gembira hatinya bukan kepalang. Cepat-cepat dia menyalami tangan Azlan.
Azlan pernah menjadi senior kepada Aiman suatu masa dahulu. Azlan memang banyak membantu Aiman semasa dia baru menjejakkan kaki di menara gading.
"Man kenal Lan ke?" Alia bertanya untuk mendapatkan kepastian.
"Ye kak. Abang Lan ni dulu belajar kat universiti yang Man belajar sekarang ni"
Setelah agak lama bersembang, Alia dan Aiman meminta diri untuk pulang ke rumah. Azlan menawarkan diri untuk menghantar mereka tetapi ditolak lembut oleh Alia.
Alia tidak suka menyusahkan orang. Sebelum pulang, Azlan sempat meminta nombor telefeon Aiman supaya mereka tidak terputus hubungan lagi.


Hati Azlan bengkak. Sungguh sakit hati dan matanya melihatkan kemesraan teman wanitanya yang dahulu pernah mengetuk pintu hatinya. Rahmah dan pasangannya kelihatan sungguh mesra sehingga tidak menyedari akan kehadiran orang disekeliling mereka. Ibarat dunia ni mereka yang punya.
"Rahmah!!" jerit Azlan dengan perasaan marah. Matanya mencerlung diarahkan ke arah Rahmah.
Rahmah yang sedang bermesra dengan pasangannya terkejut melihat Azlan yang memandangya seperti ingin menerkamnya. Terkulat-kulat Rahmah menegur Azlan. "Az...Azlan. .."
Mampuslah aku macam ni. Macam mana pulak mamat ni boleh ada kat sini. Apa aku nak kelentong lagi. Dah betul-betul ada depan mata.

"ooo ni rupanya 'kerja' yang you sibuk-sibukkan rupanya. Sibuk benar nampaknya. Sampai I lalu pun boleh tak perasan?" kata Azlan dengan nada menyindir sambil tersenyum sinis. Sengaja dipertontonkan di hadapan Rahmah.
"So, this is Azlan?" pasangan Rahmah, Johan yang tadinya sekadar melihat drama yang sedang dilakonkan oleh Azlan dan Rahmah mula memainkan peranannya.
"Lan, meet my client, Johan" Rahmah masih cuba untuk berbohong. Sesungguhnya dia amat risau jika Azlan bertindak meninggalkannya. Selama ini Azlanlah yang memberinya wang untuk menyara hidupnya yang agak keterlaluan. Jika diharapkan dengan wang gaji Rahmah, alamatnya tak berbelanjalah dia.
"Ooo klien? You jangan nak fikir I bodoh Rahmah!!! Klien apa sampai peluk-peluk macam laki bini?! You know what? Right now it's over between us. Nothing!!" jerkahan Azlan menjadikan Rahmah sedikit kalut dan menyembunyikan dirinya di sebalik tubuh Johan yang agak besar itu.
Azlan bergerak meninggalkan Rahmah yang sudah mula menangis tersedu-sedan dan Johan yang berada di sisi Rahmah cuba untuk menenangkan kekasih hatinya. Tidak sanggup rasanya membiarkan Rahmah menangis sebegitu rupa.
"Ram, please don't cry. You still have me honey"
"This is all your fault. Nak sangat pergi kat sini. Dalam banyak-banyak tempat kat sini jugak you nak pergi" Rahmah menyalahkan Johan. Sememangnya Rahmah mencadangkan agar mereka pergi ke tempat lain. Tetapi atas desakan Johan, Rahmah terpaksa mengalah.
Nasib baik aku sayang gila kat kau Johan. Kalau nak diharapkan harta baik aku ambil Azlan buat suami aku. Biar tak cinta asal duit banyak. Hmm macamana aku boleh sayang sangat kat mamat ni?! Whateverlah.
"Okey...Okey. .. My fault. I'm sorry ok?" lembut suara Johan memujuk Rahmah. Bimbang rajuk Rahmah berpanjangan. Bahu Rahmah dirangkul kemas dan mereka bergerak meninggalkan shopping complex itu.



"Padan muka kau Rahmah! Playgirl! Kau ingat aku bodoh nak biarkan aje kau buat sesuka hati. Entah macam manalah dulu aku boleh jatuh cinta dengan kau. Perempuan mata duitan. Malang sungguh nasib aku. Nasib baik dah terlepas bala aku. Phew. Alhamdulillah" Azlan bermonolog dengan dirinya sendiri. Perasaannya terasa sungguh lega. Ibarat baru terlepas hukuman yang amat berat.
Fikiran Azlan sedang bekerja keras memikirkan perihal Alia. Seorang gadis yang kecil molek. Mukanya bujur sirih. Mulutnya yang comel begitu petah berkata-kata sama seperti Aiman. Tapi sayang matanya yang redup tidak dapat melihat keindahan alam ciptaan Yang Maha Esa.
Walaupun Alia kekurangan satu deria yang amat penting bagi manusia biasa, namun Azlan begitu senang melayani telatah Alia. Alia seorang yang sopan dan begitu menjaga tutur katanya agar tidak menyinggung perasaan orang lain. Tidak pernah Azlan berasa bosan ketika bersama dengan gadis itu.
Semakin lama Azlan mengenali Alia, semakin tebal perasaan Azlan terhadap Alia. Minda Azlan mencongak apakah perasaan itu. Adakah cinta atau sekadar simpati. Azlan melepaskan satu keluhan yang berat.

Dalam beberapa bulan ini, kehidupan Alia semakin hari semakin bermakna dan bertambah ceria dengan kehadiran Azlan. Azlan sentiasa menghubunginya melalui telefon dan kadangkala jika Aiman bercuti, Aiman akan membawa Alia untuk berjumpa dengan Azlan.
Emak Alia, Mak Nab juga turut berasa gembira kerana kini, Alia sudah mempunyai kawan biarpun hanya Azlan seorang. Hati seorang ibu mampu menyelami apa yang terkandung di dalam hati anaknya.
Sebelum Alia hilang penglihatan, Alia mempunyai ramai kawan kerana sifatnya yang peramah dan mudah mesra. Seringkali Alia memperkenalkan rakan-rakannya kepada keluarganya.
Namun sejak Alia buta, rakan-rakannya semakin hari semakin melupakannya. Benarlah kata orang, rakan ketawa senang ditemui tapi rakan menangis susah didapati. Mujurlah ada Aiman. Aimanlah adik dan Aimanlah rakan Alia.
Lamunan Alia terganggu apabila terdengar suara emaknya memanggil namanya.
"Alia...Alia. .. ada tetamu ni" ceria suara Mak Nab memanggil Alia.
"Siapa mak? Kejap lagi Lia turun" cepat-cepat Alia mengambil tudung yang memang tergantung pada dinding biliknya. Setelah mengemaskan sedikit tudungnya agar selesa dipakai, Alia pergi ke ruang tamu untuk bertemu dengan tetamu yang dimaksudkan oleh emaknya.
"Happy Birthday!!" kedengaran jelas di gegendang telinga Alia suara Azlan dan Aiman mengucapkan selamat.
Birthday aku ke hari ni? Ish...ish... ish... aku sendiri pun tak ingat. Tapi mana Azlan tahu? Rasanya kau tak pernah bagitau.
"Alia" Azlan menegur Alia apabila Alia senyap sahaja
"Terima kasih" hanya itu yang mampu terlahir dari bibirnya.
"Macam mana awak boleh tau hari ni birthday saya?"
"Tadi saya jalan-jalan kat shopping complex. Tiba-tiba terserempak dengan Aiman. Saya tanyalah dia nak buat apa. Katanya nak carikan hadiah untuk kakak kesayangan dia. Kebetulan saya pun takde apa nak buat saya ikutlah Aiman cari hadiah untuk awak. Boleh saya sambut sekali" panjang lebar Azlan menerangkan peristiwa yang berlaku kira-kira satu jam yang lalu.
"Nak sambut apa? Takde siapa yang jatuh pun" Alia berseloroh.
"Awak jatuhlah cepat nanti boleh saya sambut" jawab Azlan selamba. Serentak mereka ketawa. Aiman dan Mak Nab turut tersenyum melihat gelagat mereka.
"Kak. Ni Man ada belikan akak hadiah. Man tau dah lama dah akak nak benda ni. Tapi baru sekarang Man dapat beli. Nah" Aiman menghulurkan seekor teddy bear yang sederhana besar ke arah Alia.
"Terima kasih Man" sebaik sahaja tangannya menyentuh hadiah pemberian Aiman, Alia berasa terharu. Aiman sanggup menggunakan wangnya yang sepatutunya digunakan untuk pelajaran untuk membeli patung untuk Alia.
"Ni hadiah daripada saya pulak" kotak yang tadinya berada dalam pegangan Azlan kini sudah bertukar tuan.
"Awak ni Lan susah-susah je. Awak wish birthday kat saya pun saya dah cukup gembira dah" ikhlas Alia menuturkan katanya. Tangan Alia merasa-rasa isi kandungan hadiah Azlan. "Apa ni? Handphone?" Alia terkesima dengan pemberian Azlan.
"Yup. A handphone. It will be easier for me to call you" kata Azlan separuh berbisik. Malu jika Mak Nab mendengar butir bicaranya.
"Tapi saya tak mampu nak bayar bulan-bulan Lan. Takpelah awak bagi je kat awek awak" Alia menolak pemberian Azlan dengan penuh berhati-hati. Bimbang akan melukakan hati Azlan.
Azlan membiarkan huluran Alia tidak bersambut. Hatinya sedikit terasa dengan penolakan Alia. Tapi Azlan tahu niat Alia sekadar tidak mahu menyusahkan orang.
"Don't worry about that. Saya akan settlekan semuanya. Tugas awak cuma terima hadiah saya tu. Tu je. Yang lain tak payah nak fikir-fikirkan. Buat pening kepala je" Azlan masih memujuk.
Ambil jelah orang dah bagi. Senang aku nak melepas rindu wahai cik Alia intan payung kembang semangkuk.
"Takpe. Takpe. Saya tak perlukannya. Saya tak mahu menyusahkan Lan" Alia masih tidak mahu menerima pemberian Azlan.
Dahlah handphone dia bagi. Bil bulan-bulan pun dia yang bayar. Hish. Malulah aku. Si Azlan ni memang tak faham bahasalah.
"Tak baik tau tolak pemberian orang tanpa sebab. Kecil hati saya" Azlan pura-pura merajuk. Harapannya hanya satu agar Alia menerima pemberiannya.
Aik!! Lain macam je bunyi suara dia. Takkan merajuk kot. Ala bab-bab macam ni yang aku lemah sikit ni. Kalau dengar suara sayu macam dia ni yang buat aku lembbut hati. Haiii!!!
"Yalah. Yalah. Saya simpan buat harta mutlak. Terima kasih" Alia mengalah.
"Haaa!! Macam tulah" suara Azlan kembali ceria.
Mak Nab dan Aiman yang pergi ke dapur untuk menyediakan makanan sebentar tadi telah kembali ke ruang tamu dengan membawa kek dan burger yang dibeli oleh Azlan semasa Azlan dan Aiman singgah di McDonald.
"Dahlah tu. Akak ni kalau nak bermanja dengan abang Lan sikit-sikit dahlah" Aiman mengusik kakaknya. Muka Alia memerah kerana malu pada adik dan emaknya.
"Hish Aiman ni! Ada-ada saja akal untuk mengusik kak Alia dia tau! Jomlah makan. Ni ada kek hari jadi. Alia cepatlah potong. Aiman dah tak sabar sangat dah tu. kebulur" kata-kata Mak Nab di sambut oleh deraian ketawa mereka berempat yang menghuni di ruang tamu pada ketika itu.
Dalam hati Alia hanya TUHAN saja yang tahu betapa bersyukurnya Alia kepada AL-KHALIK kerana mengurniakannya nikmat di dunia yang fana' ini.



Deringan telefon bimbit yang diberi oleh Azlan dua bulan lalu semasa hari lahirnya menganggu konsentrasi Alia yang sedang asyik menaip di komputer kesayangannya. Pantas Alia meraba-raba meja yang menempatkan telefon bimbitnya.
"Assalamualaikum" suara yang menyapa gegendang telinga Alia di hujung talian cukup untuk membuatkan hati Alia berdegup dengan lebih kencang. Walaupun sudah berkali-kali Alia berbual dengan Azlan melalui telefon.
Sudah menjadi rutin harian dalam hidup Azlan untuk menelefon Alia. Entah mengapa sehari jika dia tidak mendengar suara Alia, hdupnya bagaikan tidak keruan. Adakah perasaan ini adalah perasaan cinta yang telah diciptakan untuk Adam dan Hawa?
"Waalaikumussalam" Alia cuba sedaya-upaya untuk menyembunyikan perasaan gembiranya.
Seganlah aku kalau dia tau aku menunggu dia telefon. Malu seyh. Jatuhlah pride aku sebagai seorang wanita Melayu terakhir. Huhu.
"Alia tengah buat apa tu?" Azlan memulakan bicara.
"Tengah nak siapkan cerpen ni"
"Owh, saya tak menganggu awak ke?"
"Agak-agak awak?" suaranya sengaja dibuat-buat resah.
"Bunyi macam kacau je? Hmm takpelah lain kali saya telefon lagi" Azlan seakan merajuk.
"Eh, mana ada! Saya gurau jela. Tak menganggu langsung" lembut suara Alia memujuk.
Gila ke apa. Aku memang dah rindu nak dengar suara kau Azlan! Tuhan aje yang tau.
Huhu. Tau takut. Baru merajuk sikit. Lembut sungguh hati kau Alia. Kan ke bagus kalau gadis macam kau ni jadi suri dalam hidup aku? Eh, apa yang aku merepek ne. Huhu.
"Banyak lagi ke yang tak siap Alia?" Azlan mengubah topik.
"Ada sikit lagi ne. Tak lama lagi siaplah"
"Dah siap nanti tunjuk kat saya, boleh?"Sememangnya Azlan kagum dengan kebolehan Alia. Meskipun buta namun dia mampu menekan kekunci pada keyboard komputer.
Semasa Alia masih boleh melihat, Alia sering menggunakan komputer itu untuk mencurahkan idea-idea kreatifnya sehinggakan Alia boleh menghafal kedudukan huruf pada papan kekunci tersebut.
"Boleh. Apa salahnya. Nanti awak bolehlah tolong betulkan mana-mana ejaan yang saya salah maklumlah tak cukup sifat" Alia merendah diri.
"Alia. Tak baik cakap macam tu. Macam awak tak redha pulak dengan ketentuan qada' dan qadar" tegur Azlan yang tidak senagng dengan sikap Alia yang terlalu pesimis.
Setelah agak lama berbual Azlan menamatkan panggilan. Mereka telah berjanji untuk bertemu pada hujung minggu nanti.


Hidup Alia kini amat riang. Hari-harinya kini sentiasa dipenuhi dengan bunga-bunga cinta yang sedang mekar di hatinya dan juga Azlan. Siapa sangka rupa-rupanya Azlan dan Alia masing-masing memenam perasaan yang sama. Cinta.
Jika dahulu Alia tidak berani untuk menaruh perasaan terhadap Azlan, tetapi kini Alia yakin dengan sepenuh hatinya untuk menyuburkan cinta yang telah lama berputik dalam hatinya untuk seorang jejaka bernama Azlan.

"Alia, i've something to tell you" kata azlan semasa mereka bertemu pada hari Ahad lepas seperti yang dijanjikan. Azlan menarik nafas panjang sebelum menyambung bicara "selama ni I'm not sure about my feeling towards you. Right now, I am very very sure that I had a crush on you. I love you Alia"
Bagaikan nak tercabut jantung Alia sebaik sahaja mendengar kata-kata yang terlahir daripada bibir Azlan.
"Az... Azlan are you sure abaout that? Maybe it's not love but nore to sympathy" Alia cuba untuk menimbulkan perasaan ragu-ragu dalam hati Alia.
"Nope. I am sure. Very very sure my dear," bersungguh-sungguh Azlan menyatakan perasaannya.
Pleaselah Alia. Dah lama aku syok kat kau. You're always there when I close my eyes, sayang. Huhu.
Kerongkong Alia bagaikan disumbat dengan batu kerikil sebaik sahaja mendengar perkataan 'my dear'. Alia membisu seribu bahasa.
"Will you accept my love Alia?"
"Er... er...." Alia tergagap-gagap.
Alamak sejak bila aku ada penyakit gagap ne. Susah susah. Hai Azlan kan ke senang kalo ko boleh baca je hati aku ne? Dah lama aku memndam perasaan untuk kau Azlan!!!
"Please Alia!" Azlan masih merayu dan mengharapkan cintanya berbalas.
Susah sangat ke nak terima cinta aku ni Alia? Bukan susah pun. Cakap jelah 'I love you too' apelah!!
"Awak tak malu ke nanti orang mengata awak bercinta dengan gadis buta macam saya?" teraga-agak Alia bertanya. Risau akan mengundang kemarahan Azlan kerana mengungkit kelemahan dirinya.
"Alia! Kan saya dah cakap? Jangan ungkit lagi tentang kekurangan awak? Saya tak suka!" Azlan membentak keras. Melihatkan wajah Alia yang terkejut, cepat-cepat Azlan mengendurkan kembali suaranya. "I'm Sorry. I didn't mean it. Yang bercinta dengan awak saya, bukan orang lain. Biarlah orang nak kata apa yang penting kita bahagia."
"Er... biar saya fikir jap ek?" Alia cuba untuk meneutralkan keadaan. "Read this" Alia membawa tangannya ke mata, dada dan akhirnya ke arah Azlan.
"Mata, dada, saya?!" soal Azlan, pelik dengan perlakuan Alia.
"Get it?" Alia bertanya memandangkan Azlan tidak berkata-kata.
Hisy! Apalah lembab sangat kau ni Azlan. Benda macam tu budak sekolah rendah pun tau la.
Sebenarnya, Azlan amat memahami perlakuan sebegitu. Seringkali Azlan menontonnya di dalam drama mahupun filem. Tapi sengaja Azlan ingin mendengar pengakuan tersebut dari mulut Alia sendiri.
"I love you! Faham?" muka Alia memerah sebaik sahaja menuturkan kata-kata itu. Segan.
"Faham sangat! Thanks Alia sayang!"
Bermula daripada saat itulah termeterainya cinta antara Azlan dan Alia.

"Azlan, please Azlan. Forgive me," suara manja Rahmah merayu kepada Azlan.
Kalau bukan sebab duit kau jangan harap aku nak melutut macam ni Lan! Kalau sebab cinta? Bolayan!
"No Rahmah! Please. Don't disturb me anymore. I hate you. Get out from my office. I've got loads of works to do!" Azlan merengus kasar. Perasaan benci dan meluat terhadap Rahmah memenuhi segenap ruang hati Azlan.
"Azlan! How could you? Don't you love me?"
"Love? Love taik kucing. No more love. I'd loved you once buy you had betrayed my love. Furthermore, i had found my true and sacred love,"
"Yeah right! Dengan perempuan buta tu kan? You takkan bahagia dengan si buta tu!" Rahmah menjerit bagaikan diserang histeria.
"Rahmah! Mind your mouth! You better get out from my office or i'll call the security" Azlan mengangkay gagang telefon dan bersedia untuk mendail. Panas hatinya mendengar Rahmah mencaci Alia.
Nasib baik aku ne penyabar Rahmah! Kalau tak dah lama kau merasa penampar aku ne.
Rahmah merengus geram dan keluar dari pejabat Azlan. Pintu pejabat Azlan dihempas kuat tanda protes.
Fuh! Nasib baik tak pecah pintu ofis aku. Siot betul minah tu. Kalau pecah nanti tak larat pulak kau nak bayar gantirugi. Orang dah tak ingin dahlah.



"Lan, I want to ask you something" Alia menarik nafas sedalam-dalamnya sebelum menyambung kata-katanya "Lan kenal Rahmah?"
Berdesing telinga Azlan sebaik sahaja mendengar nama Rahmah.
Apa pulak yang si Rahmah ne dah buat kat Alia? Memang tak malulah perempuan tu.
"Kenapa? Dia kacau Alia ke?" soalan Alia dijawab dengan pertanyaan.
"Takdelah. Tapi dia pernah jjumpa dengan Alia and we talke about you," begitu berhati-hati Alia menyusun kata.
"Habis, awak percaya ke apa yang dia cakap pasal saya?" hati Azlan mula digaru keresahan. Seakan dapat mengagak apa yang diperkatakan oleh Rahmah kepada kekasih hatinya.
Alia sekadar menggeleng. Senakal-nakal Azlan tak mungkin dia pernah meniduri Rahmah. Azlan seorang yang patuh pada agama. Azlan melepaskan keluhan yang berat. Lega rasanya dengan gelengan Alia.
"Awak macam tau je apa yang dia dah cakap kat saya?"
"Alah, siapalah yang tak kenal dengan mulut Rahmah tu. Bukan bercabang dua, dah bercabang sepuluh dah" kata-kata Azlan disambut dengan senyuman Alia yang amat manis.
"Rahmah tu ex-girlfriend awak ye?"
"Haah. Tapi dah takde pape dah sekarang ni," jelas Azlan, pendek. Malas hendak mengulas dengan lebih lanjut tentang perempuan yang menyakitkan hati itu.
"Jealous ye?" Azlan mengusik Alia.
"Hello, tolong sikit. Takde masa la nak jealous-jealous ne. Takpe kalau orang dah tak sayang kat kita," walaupun dalam hati Alia hanya Tuhan yang tahu.
"Merajuk la tu? Ala janganlah merajuk. Sekarang ne saya ada bolehlah nak pujuk. Kalau takde..." kata-kata Azlan terhenti disitu.
Sebak hati Alia mendengarnya. Tak sanggup rasanya Alia untuk berpisah dengan Azlan.
Kalau kau takde dengan siapa lagi aku nak bermanja-manja dan menumpang kasih, Lan!


"Aiman! Aiman!" Alia menjerit bagaikan histeria sebaik sahaja dia meletakkan gagang telefon.
"Ye kak. Kenapa ni?" tergesa-gesa Aiman mendapatkan Alia. Dilihatnya Alia tersenyum gembira.
Fuh. Lega. Ingatkan apesal la tadi. Terjerit-jerit. Lemah jantung aku dibuatnya.
"Guess what? Tadi Dr. Azim called. Dia kata ada orang yang sudi nak derma kornea pada akak," ceria wajah Alia memberitahu perkhabaran gembira itu. "Lagi satu, kos pun orang tu yang tanggung Man!"
"Alhamdulillah, " hanya itu ucapan yang paling sesuai untuk diucapkan untuk menggambarkan perasaan Aiman ketika ini.
Sebelum ini, bukannya tiada kornea yang hendak didermakan. Tetapi disebabkan oleh kosnya yang agak tinggi, Alia dan keluarganya terpaksa menolak tawaran tersebut. Gaji Mak Nab yang bekerja sebagai seorang kerani tidak mencukupi untuk menanggung kos tersebut.
"Kak! Nak Man beritahu Abang Lan?"
Wajah alia yang tadinya ceria berubah sayu. Aiman berasa pelik dengan perubahan wajah kakaknya.
Sedih hati Alia mengenangkan sikap Azlan dalam masa dua bulan ini. Azlan seperti sengaja mahu menajauhkan diri daripada Alia. Untuk telefon bertanyakan khabar juga jarang-jarang. Entah apa sebabnya, Alia sendiri tidak pasti.
"Tak payahlah Man. Nanti lepas akak dah dapat melihat kita pergi jumpa dia ye?" kata Alia dengan tenang. Cuba untuk menutup keresahan yang bersarang di hatinya.



Saat yang dinantikan oleh Alia dan keluarganya sejak 3 tahun yang lalu muncul jua akhirnya. Seminggu selepas mendapat panggilan telefon daripada Dr. Azim, Alia diberitahu agar bersedia untuk pembedahan.
Menurut Dr. Azim, hamba ALLAH yang hendak menderma kornea itu telah meninggal dunia lebih awal daripada jangkaan akibat penyakit barah. Manusia hanya merancang, yang selebihnya terserah kepada ALLAH S.W.T.
Hari ini, balutan di mata Alia akan dibuka. Hari ini jugalah Alia akan dapat melihat semula alam yang indah ciptaan YANG MAHA ESA.
Bagaikan hendak terlontar keluar jantung Alia pada saat Dr. Azim membuka balutan di matanya. Perasaan cemas, takut, dan gembira bercampur-baur dalam hati Alia. Begitu juga dengan Mak Nab dan Aiman. Dalam hati mereka tidak putus-putus berdoa.
"Cuba bukak mata awak Alia. Slow-slow sikit," Dr. Azim memberi arahan.
Alia mencuba sedaya-upaya untuk membuka kelopak matanya. Terasa pedih pada saat dia terlihat cahaya lalu ditutupnya semula. Namun kepedihan yang dirasa tidak dapat menandingi keazaman Alia untuk melihat semula. Akhirnya, Alia berjaya mendapatkan semula nikmat penglihatan yang pernah ditsrik oleh ALLAH seketika dahulu.
Alhamdulillah. Hanya itu ucapan yang memenuhi hati Alia, Aiman, Mak Nab dan juga Dr. Azim.
Hati Alia gembira bukan kepalang. Tidak sabar rasanya Alia untuk bertemu mata dengan kekasih hatinya. Hilang seketika perasaan sedihnya terhadap perbuatan Azlan. Yang ada hanyalah perasaan rindu dan sayang terhadap Azlan.
Air mata Alia megalir deras pada saat dia mengenangkan kembali peristiwa yang berlaku ketika Alia dan Aiman berkunjung ke rumah Azlan
Sebaik sahaja sampai di rumah Azlan, seorang wanita dalam lingkungan 50-an menyambut kedatangan mereka dengan ramah.
"Azlan ada mak cik?" tanya Alia selepas bersalaman dan memperkenalkan dirinya.
"Anak ni Alia ke?"
"Saya mak cik," kelopak mata mak cik itu mula digenangi dengan air mata.
"Tunggu sekejap ye," wanita itu berlalu pergi. Alia dan Aiman sekadar memerhati perlakuan wanita itu.
Tidak lama kemudian wanita itu keluar semula dengan membawa sebuah kotak yang sederhana besar lalu diserahkan kepa Alia.
"Azlan dah takde Alia. Kotak ni arwah yang suruh serahkan pada Alia. Tapi mak cik tak tahu macam mana nak serahkan pada Alia. Nasib baik Alia datang," kata wanita itu sambil mengesat air mata dengan hujung lengan bajunya.
Dunia dirasakan gelap seketika. Mujurlah Alia sedang duduk. Jika tidak dia pasti akan terjelepuk di lantai. Aiman mengurut belakang dan memujuk Alia agar kakanya bersabar.


Buat kesekian kalinya, Alia membaca surat yang pertama dan terakhir daripada Azlan.

Assalamualaikum Alia...
Tahniah Lan ucapkan kerana telah dapat melihat semula. Pada masa Lia membaca warkah ini, Lan telah pun pergi buat selama-lamanya.
Perjalanan yang Lan tempuhi di dunia yang fana' ini juga telah berakhir. Waktu yang dipinjamkan oleh-Nya untuk Lan terlalu pendek untuk Lan membuktikan betapa dalam dan luhurnya cinta Lan pada Lia. Hanya ini yang mampu Lan lakukan. Membenarkan mata Lan agar terus hidup di sisi orang yang amat Lan sayangi.
Lia,
Maafkan Lan sayang. Maafkan Lan kerana selama ini Lan menyembunyikan hal yang sebenar. Untuk pengetahuan Lia, dua bulan yang lalu, doktor telah mengesahkan bahawa Lan menghidapi penyakit barah larinks peringkat ketiga iaitu tahap yang terakhir.
Di sebabkan itu, Lan mengambil langkah untuk menjauhkan diri Lan daripada Lia agar Lia dapat membiasakan diri untuk hidup tanpa Lan di sisi Lia. Hanya TUHAN yang tahu betapa rindunya hati ini kepada seorang gadis bernam Alia.
Lan harap Lia tidak menjadikan pemergian Lan sebagai satu kesedihan yang berpanjangan, sebaliknya jadikanlah ia sebagai satu permulaan bagi kehidupan baru untuk Lia. Dengan pendidikan yang Lia pernag terima satu ketika dahulu, Lan yakin Lia dan keluarga mampu untuk mencapai kesenangan dan kebahagiaan dalam hidup.
Lia,
Tiada apa lagi yang Lan harapkan pada kerika ini melainkan doa Lia untuk Lan untuk 'kehidupan' di sana nanti. Jadikanlah kenangan indah yang pernah kita lalui bersama sebagai pendorong untuk Lia menempuhi hari-hari yang mendatang.
Ketahuilah oleh Lia bahawa sejak bertemu dengan Lia, Hidup Lan terasa amat bermkana dan ceria dengan cinta Lia. Ingatlah bahawa cinta Lan terhadap Lia tidak pernah pudar walaupun sedikit. Malah semakin hari semakin menebal dalam hati ini.
Selamat tinggal kekasihku Lia. I love you very much. Assalamualaikun.

Yang menyayangimu,

AZLAN AMIR


Alia menutup surat Azlan dengan cermat lalu disimpannya. Setiap kali perasaan rindu menerpa, surat Azlan ditatapnya dan pastinya akan megalir air mata. Air mata yang mengalir di pipi dikesat
. Pada saat itu, Alia berjanji pada dirinya bahawa dia akan kuat mengharungi kehidupan ini walaupun orang yang amat disayanginya telah pun pergi buat selamanya. Setiap kali selepas solat, Alia tidak akan lupa untuk berdoa agar roh Azlan dan ayahnya dicucuri rahmat.