Azam Tahun Baru Sebelum dan Selepas
Assalamualaikum dan selamat pagi cucu den sekalian. Amacam? Dah sarap lum? Kalau lum, baik sarap dulu sobab dengan sarap tulah yang akan memberi kito tenago sampai tengah hari karang. Ok, sekang ni tibo giliran atok untuk membuat huraian bagi segmen "Dulu dan Sekarang". Topik yang atok nak bincang an pado arini adolah berkisar tentang azam sebelum dan selepas. Haaaa, yang ni bukan Azzam Idola Kecil 2 tu yo. Ini bukan cito Amareka Next Top Model atau geek to beauty ke apo k!. Yang ni azam tahun baru. Tak lamo lagi kan kito nak sambut tahun baru 2011. Ha, apo azam anda? Ok, kito teruskan pada topik kito...
1.Nak kuruskan badan
Sebelum
Peah : Haku ni nak cakap gedabak macam mak gajah, kira aku ni bawah sikitlah. Hampir-hampir nak jadi mak gajah. Kalau boleh tahun 2011 ni nanti aku berAZAM nak jadi slim macam Naomi Campbell.
Joyah : Tak apo. Aku sokong kau. Jangan lupo boli Jas Met Pai den yo!
Selepas
Peah : Aiyak, aku rasa memang tak boleh jadi macam Naomi Campbell la Joyah. Aku rasa dapat achieved bawah sikit macam mak lembu pun kira pencapaian memberangsangkan.
Joyah : Tak apo. Mak lombu pun mak lombu lah. Jangan lupo boli Jas Met Pai den yo!
2. Nak kumpul duit banyak-banyak
Sebelum
Ali : Aku nekad. AZAM aku tahun baru ni aku nak kompol duit banyak-banyak. Tahun dopan bolehlah aku masuk minang anak haji Ngok Ngek hidung besar kepala kemek!
Abu : Ek'eleh. Duit topup pun mintak kat mak kau lagi, ado hati!
Selepas
Ali : Aku rasa dalam akaun ASB aku tu pun cukup-cukup nak boli beskal BMX yo. Tunggu lagilah azam tahun dopan.
Abu : Kan aku dah cakap. Silap-silap tayar beskal pun ko tak mampu nak boli lagi. Ko ado???
3. Kerja rajin-rajin dapat pekerja cemerlang
Sebelum
Kulop : Aku berjanji, tahun ni aku berAZAM untuk menjadi pekerja cemerlang kat opis aku!
Chot : Aku sokong kau azam....eh! eh!...kulop!
Selepas
Chot : Kulop! kulop! Mano pulak poie eh budak ni??
Kulop : ZzzZZzZzZzzzz ( kat bilik rahsia)
4. Pencapaian cemerlang dalam peperiksaan
Sebelum
Neng Yatimah : Dengan ini bahawasanya saya berjanji dan berAZAM akan belajar bersungguh-sungguh untun semester akhir akan datang!!!
Jalandah : Gambathe!!! Chaiyok chaiyok!
Selepas
Neng Yatimah : Adooooi, beku dah kepala hotak aku nak stadi. Takpelah, bapak aku kayo. Lepas ni kojo ngan perniagaan bapak akulah. Kodai runcit Cik Mat So'ot sdn bhd.
Jalandah : Gampang! Poyo poyo!
5. Menjadi penulis blog terkenal
Sebelum
Suhami : Azam aku tahun depan kan, aku nak kalahkan blog Ben Ashahri dengan Hanis Zalikha!
Atok : Iyoo, den sokong ponuh ngan cucu kesayangan den ni.
Selepas
Suhami : Err....den raso takkan tercapai dek akal den tu. Tak apolah tahun dopan dapek beat blog Ben 10 dengan Zulaikha yolah, bleh???
Atok : BOOoooOOooooOOOoleh.............. boleh BLAH!