Like My Facebook Page

Anda follow blog saya, saya akan follow blog anda kembali. =)

Tazkiyatun Nafs

Satu persoalan timbul dalam benakku,“ Layakkah kita menagih cinta insan seandainya cinta Tuhan belum tergapai?Sedangkan cinta Allah adalah segalanya, cinta Rasul lambang cinta kepada-Nya, cinta ibu bapa tulus selamanya, cinta saudara ukhwah kerana-Nya dan cinta pada’nya’ pelengkap kasih-Nya…Hamparkanlah cinta kepada Yang Selayaknya..Jadi,jika mengharap cinta sejati, dambalah kasih Ilahi, itulah cinta hakiki..tepuk dada, tanya iman, tanya akal fikiran, tanya hati, tanya diri sendiri…Sejauh manakah taraf cinta kita ini? ”
gravatar

Kenapa Jururawat Cantik?

Bila sebut jururawat, atau nurse terbayang seorang perempuan dengan wajah yang cantik, muka yang manis dengan senyuman yang menawan. Terbayang semuanya muda² belaka. Walaupun sebenarnya jururawat ramai je yang sudah berusia..:)

(Aku blurkan muka sebab tak best pula ambil gambar yang mungkin persendirian ni. )
(Kredit: google)

Pernahkah anda terpikir, kenapa jururawat cantik.? Kerana jururawat tidak seperti pramugari yang syarat hendak masuk perlu cantik dan menarik. Jururawat lebih umum dan seseorang masuk bidang kejururawatan bukan disebabkan kecantikan semata-mata.

Jadi disini aku huraikan sedikit point² yang aku terpikir, kenapa jururawat nampak cantik.:)


1. Jururawat bekerja ditempat ber'aircond'.

Bekerja di kawasan berhawa dingin semestinya tidak sama kalau bekerja di kawasan yang terdedah dengan cahaya matahari ataupun bekerja di kedai² makan. Keadaan yang dingin juga mempengaruhi kecantikan seseorang. Suhu yang dingin secara tidak langsung akan mengurangkan masalah² seperti minyak di muka. So mereka berkerja di persekitaran yang baik tubuh badan, tetapi juga untuk muka mereka..:)


2. Persekitaran yang bersih.

Persekitaran juga mempengaruhi kecantikan. Cuba bayang jika orang seperti jururawat bekerja di bengkel. Comot juga mereka nanti. Oleh itu, apabila mereka bekerja di persekitaran yang bersih, secara tidak langsung keadaan mereka sentiasa bersih. Cadar, sarung bantal, meja, kerusi, dan lain² semuanya bersih. Anda juga semestinya tahu perkaitan kebersihan dan kecantikan kan.:)


3. Persekitaran yang tenang.

Apabila bekerja di persekitaran yang tenang, ia dapat mempengaruhi emosi. Tekanan juga tidak banyak seperti bekerja di tempat² lain. Mungkin tekanan sekali sekala jika ada kes kecemasan. Jadi apabila bekerja di tempat yang tenang, jiwa akan rasa aman, muka akan jarang berkerut, selalu tersenyum, dan diri berasa tenang. Mereka kelihatan cantik kerana jarang nampak mereka marah² atau berada dalam keadaan tertekan seperti kerja² lain.


4. Mereka tahu aspek kesihatan.

Mereka jururawat, sudah tentu mereka tahu apa yang ok dan tidak ok. Boleh dikatakan pengetahuan mereka berkaitan kesihatan adalah lebih baik berbanding kita orang biasa. Mereka mungkin tahu sesuatu perkara baik atau tidak berdasarkan penjelasan saintifik, bukan hanya dengar² cakap orang. Jadi mereka tahu apa yang baik untuk kesihatan kulit, muka, tubuh badan dan lain².


5. Pakaian seragam.

Percaya atau tidak, pakaian seragam yang dipakai jururawat menampakkan mereka lebih cantik.?.:)Pakaian yang mereka pakai menampakkan mereka lebih kemas. Dan ditambah lagi dengan pakaian mereka yang berwarna putih, semangnya menampakkan lagi kesucian mereka..cuba bayang jururawat pakai baju kurung yang pelbagai warna, kan kurang cantik berbanding pakai baju seragam berwarna putih.. Jadi pakaian mereka sebenarnya mempengaruhi penampilan mereka untuk nampak lebih cantik, anggun dan kemas.


6. Dah mereka memang cantik. Hendak buat macam mana.:)

Ini memang tidak dapat disangkal lagi. Jika sememangnya sebelum mereka masuk jururawat lagi, mereka sudah cantik, semestinya apabila mereka masuk jururawat akan kekal cantik dan bertambah cantik.:). Untuk point ini, point² di atas menambahkan seri mereka selain sememangnya mereka adalah seorang yang memang cantik.:). Hendak buat macam mana kan.:)


------------------------------------

Point² yang aku lemparkan di atas adalah berdasarkan apa yang aku pikirkan semata². Dan aku tidak terlibat secara langsung dengan bidang kejururawatan..:). Mungkin anda ada buah pikiran yang lain.?.:) Dan aku rasa kalau ada jururawat yang baca, apa kata bagitahu buah pikiran korang betul atau tidak apa yang aku pikirkan ini.he3.

Dan satu lagi, perempuan dengan kerjaya sebagai jururawat adalah salah satu pilihan kegemaran bagi lelaki untuk dijadikan isteri.. Betul atau tidak.?. Orang laki cuba bagitahu sikit.ha3.

p/s: Tengok muka jururawat dengan muka cantik,senyuman menawan dan suara gemersik, kesakitan berkurangan separuh..:). Jangan buat² sakit sudah la ye.ha3