Like My Facebook Page

Anda follow blog saya, saya akan follow blog anda kembali. =)

Tazkiyatun Nafs

Satu persoalan timbul dalam benakku,“ Layakkah kita menagih cinta insan seandainya cinta Tuhan belum tergapai?Sedangkan cinta Allah adalah segalanya, cinta Rasul lambang cinta kepada-Nya, cinta ibu bapa tulus selamanya, cinta saudara ukhwah kerana-Nya dan cinta pada’nya’ pelengkap kasih-Nya…Hamparkanlah cinta kepada Yang Selayaknya..Jadi,jika mengharap cinta sejati, dambalah kasih Ilahi, itulah cinta hakiki..tepuk dada, tanya iman, tanya akal fikiran, tanya hati, tanya diri sendiri…Sejauh manakah taraf cinta kita ini? ”

Showing posts with label moral. Show all posts

gravatar

Jom Download : SeeFood (2012)




Seefood, sebuah filem animasi berbahasa Inggeris pertama di Malaysia hasil terbitan Studio Animasi tersohor di Malaysia iaitu Silver Ant Sdn Bhd dan edaran oleh Grand Brilliance Sdn Bhd. Filem ini berlatar belakangkan eko-sistem laut sama seperti filem Nemo yang pernah ditayangkan beberapa tahun dahulu. Jom layan filem animasi ini, sangat menarik. Terbaik!!

Format .MKV (270Mb)
part 1 | http://www.mediafire.com/?y8nuu8s5aobo980
part 2 | http://www.mediafire.com/?7ds4lsdljrrux0f

Format .MKV (400Mb) *Tunggu 5 saat,klik "Skip ad".
part 1| http://adf.ly/7nEnO
part 2| http://adf.ly/7nEq6

Format .MKV (350Mb)
part 1 | http://leechmf.com/?nGymLGA6LwHkLJZ4AmH5
part 2 | http://leechmf.com/?rKuvq2IzrGWmnGykL3um

Format .MKV (515Mb) *Tunggu 5 saat,klik "Skip ad".

part 1 | http://adf.ly/7nArf
part 2 | http://adf.ly/7nAuw
part 3 | http://adf.ly/7nAuT

Format .RMVB (290Mb) *Tunggu 5 saat, klik "Skip ad".
part 1 | http://adf.ly/7nBHl
part 2 | http://adf.ly/7nBTe

#Sila join file .001 menggunakan HjSplit (http://hjsplit.org/) dan extract file menggunakan WinRAR/WinZip bagi file .rar .

SINOPSIS: Filem Seefood berlatar-belakangkan eko-sistem sekitar kita dimana karakter utamanya, Pup dan Julius akan membawa penonton menyertai mereka ke alam pengambaraan penuh misteri yang tidak berpenghujung, ditemani watak lain yang penuh warna.

Apabila berdozen telur dari terumbu Pup dicuri oleh pemburu haram, Pup nekad untuk menyelamatkan abang-abang dan kakak-kakaknya, tanpa mengambil kira akan bahaya misi tersebut.

Tekadnya untuk membetulkan keadaan membawa Pup ke dunia daratan, atau dunia Man, dengan kawasan yang indah tetapi penuh dengan bahaya – destinasi yang tak pernah terlintas di benak seekor jerung.

Khuatir akan keselamatan Pup, Julius, seekor jerung berinsang putih muncul dengan misinya yang tersendiri untuk menyelamatkan kawan karibnya.

Dengan sut istimewa mereka, keupayaan jerung untuk mengembara di daratan dalam animasi aksi penuh ketawa ini pasti akan mempesonakan anda!

gravatar

Kan ke cantik ??

Hahaha, semalam ada makcik dok sembang dengan saya sewaktu Forum Perdana Hal Ehwal Islam di IPD Perak Tengah sambil merungut-rungut pasal hari ini ramai anak-anak gadis yang pakai seksi hingga boleh nampak seluar dalam dan warnanya sekali. hehehe (hanya mampu tersengih je.), dan makcik tu pon bagitau kalau muka tu lawa ok la jugak tapi, muka kalau budak kecik tengok mengigau malam? Kan Islam dah kata tutup la aurat, sekiranya kita tutup yang tak lawa pun akan nampak lawa. Apa komen kome?

gravatar

YA ALLAH JAUHKANLAH AKU DARI SIFAT KESYAITANAN INI…

Sedar tak sedar…kadangkala diri kita bergelumang dengan sifat yang Allah murkai dan laknati sehingga sifat inilah yang menyebabkan Iblis dilaknati dan dihinakan Allah.
Sifat membesarkan diri…..menyombongkan diri……bongkak….. itulah sifat buruk,..yang sesiapa sahaja yang mendewakan sifat ini di dalam dirinya…… maka mereka akan dihina dan dimurkai Allah.

Seorang wali Allah yang terkenal Sufyan At-Tsauri ada menyatakan:

عَنْ سُفْيَانِ الثَّوْرِى كُلُّ مَعْصِيَةٍ عَنِ شَهْوَةٍ فَإنَّهُ يُرْجىَ غُفْرَانُهَا وَ كُلُّ مَعْصِيَةٍ عَنِ الْكِبْرِ فَإنَّهُ لايُرْجىَ غُفْرَانُهَا لأنَّ مَعْصِيَةَ إبْلِيسَ كَانَ آصْلُهَا مِنَ الْكِبْرِ وَزَلَّةُ آدَمَ كَانَ آصْلُهَا مِنَ الشَّهْوَةِ .

Ertinya:
Setiap maksiat yang disebabkan oleh syahwat…maka masih boleh diharapkan keampunan dari Allah…tetapi setiap maksiat yang disebabkan oleh sifat membesarkan diri(sombong) tidak dapat diharapkan keampunan dari Allah…..kerana maksiat yang dilakukan oleh Iblis itu adalah disebabkan oleh sifat membesarkan diri (sombong)sedangkan tergodanya Adam adalah kerana syahwat.

Ada ulamak tasawuf yang menyatakan apabila kita merasa kagum dengan diri kita …maka kita sudah menjadikan diri kita ini bergelumang dengan sifat riak……
Setiap kali kita melihat cermin memandang wajah kita… dan kita akan katakan yang kita ini hensem…kacak….macho…..maka kita sudah menjadi riak…..

Setiap kali kita menggayakan pakaian kita ..dan kita rasa pakaian kita cantik…elegan…mahal….hebat dari orang lain….maka kita sudah menjadi riak….
Setiap kali kita membandingkan kebaikan dan kebajikan kita..dengan orang lain….dan kita rasakan kita lebih….pemurah dan banyak buat pahala…..maka kita sudah menjadi riak…….

Setiap kali kita…..merasakan kita lebih mulia dari orang lain dan orang lain itu rendah standardnya daripada kita…takde class……maka kita sudah menjadi riak……
Setiap kali kita menolak …..hukum Allah dan merasakan ada hukum yang lebih baik daripada hukum Allah maka kitalah manusia yang riak dan yang membesarkan diri dengan Allah.

Jauhilah sifat riak ….ini….kerana jika anda mendewakannya dan menjadikannya sebagai gaya hidup anda….maka anda.. akan menjadi saudara syaitan dan bakal berjiran dengannya di dalam neraka...setelah mendapat gelaran “ yang dilaknat Allah”….dengan pangkat kepujian di dalam bab “dimurkai Allah”…………

waliyazubillah….!!!

gravatar

Kisah Si Kucing Kecil






Seekor anak kucing yang kecil mungil sedang berjalan-jalan di ladang pemiliknya. Ketika dia mendekati kandang kuda, dia mendengar binatang besar itu memanggilnya. “Kamu mesti masih baru di sini, cepat atau lambat kamu akan mengetahui bahawa pemilik ladang ini mencintai saya lebih dari binatang lainnya. Kerana saya mampu mengangkut banyak barang untuknya, saya kira binatang sekecil kamu tidak akan bernilai sama sekali baginya”, ujarnya dengan sinis.

kucing kecil itu menundukkan kepalanya dan pergi. Tapi, dari kandang sebelah, ia mendengar suara seekor lembu. “Saya adalah binatang yang paling terhormat di sini sebab puan di sini membuat keju dan mentega dari susu saya. Kamu tentu tidak berguna bagi keluarga di sini”, dengan nada mencemuh.

Belum lagi kesedihannya hilang, ia mendengar teriakan biri-biri. “Hai lembu, kedudukanmu tidak lebih tinggi dari saya. Aku memberi bulu kepada pemilik ladang ini. Saya memberi kehangatan kepada seluruh keluarga. Tapi kata-katamu soal kucing kecil itu, memang benar. Dia sama sekali tidak ada manfaatnya di sini.”

Satu demi satu binatang di situ ikut serta dalam pencemuhan itu, sambil menceritakan betapa tingginya kedudukan mereka di ladang itu. Ayam pun berkata bagaimana dia telah memberikan telur, Semua binatang sepakat kalau si kucing kecil itu adalah makhluk tak berguna dan tidak sanggup memberikan sumbangan apapun kepada keluarga itu.

Terpukul oleh kecaman binatang-binatang lain, kucing kecil itu pergi ke tempat sepi dan mulai menangis menyesali nasibnya. Sedih rasanya, sudah yatim piatu, dianggap tak berguna, disingkirkan dari pergaulan pula…

Ada seekor kucing tua di situ mendengar tangisan tersebut, lalu mendengar keluh kesah si kucing kecil itu. “Saya tidak dapat memberikan sumbangan kepada keluarga di sini, sayalah haiwan yang paling tidak berguna di sini…”

Terharu, kucing tua berkata, “Memang benar bahwa kamu terlalu kecil untuk menarik pedati. Kamu tidak berupaya memberikan telur, susu ataupun bulu. Tetapi bodoh sekali jika kamu menangisi sesuatu yang tidak mampu kamu lakukan. Kamu harus menggunakan kemampuan yang diberikan oleh Tuhan untuk membawa kegembiraan.”

Malam itu ketika pemilik ladang baru pulang dan kelihatan amat lelah Kerana perjalanan jauh di panas terik matahari, kucing kecil itu lari menghampirinya, menjilat kakinya dan melompat ke pelukannya. Sambil menjatuhkan diri ke tanah, pemilik ladang dan kucing kecil itu berguling-guling di rumput disertai tawa ria.

Akhirnya pemilik ladang itu memeluk dia erat-erat dan mengelus-elus kepalanya, dan berkata, “Meskipun saya pulang dalam keadaan letih, tapi rasanya semua jadi sirna, bila kau menyambutku semesra ini. Kamulah yang paling berharga di antara semua binatang di ladang ini. Kamu kecil, tapi sangat mengerti ertinya kasih…”


Moral:

Jangan sedih sekiranya kita tidak mampu melakukan sesuatu perkara di luar kemampuan kita..buatlah sesuatu yang kita mampu..asalkan ikhlas kerana Allah...orang yg sombong dengan kebolehannya akan direndahkan martabatnya di hadapan manusia ..tetapi orang yang merendah diri..tawaduk akan dimuliakan Allah.Ada perkara yang orang lemah boleh lakukan..dan perkara itu tidak boleh dilakukan oleh orang yang kuat.