Like My Facebook Page

Anda follow blog saya, saya akan follow blog anda kembali. =)

Tazkiyatun Nafs

Satu persoalan timbul dalam benakku,“ Layakkah kita menagih cinta insan seandainya cinta Tuhan belum tergapai?Sedangkan cinta Allah adalah segalanya, cinta Rasul lambang cinta kepada-Nya, cinta ibu bapa tulus selamanya, cinta saudara ukhwah kerana-Nya dan cinta pada’nya’ pelengkap kasih-Nya…Hamparkanlah cinta kepada Yang Selayaknya..Jadi,jika mengharap cinta sejati, dambalah kasih Ilahi, itulah cinta hakiki..tepuk dada, tanya iman, tanya akal fikiran, tanya hati, tanya diri sendiri…Sejauh manakah taraf cinta kita ini? ”
gravatar

Piala Suzuki AFF : Pertahanan Malaysia Kian Matang

Pasukan Bola Sepak Malaysia


KUALA LUMPUR:--BARISAN pertahanan muda negara seharusnya diberikan pujian apabila bangkit mempelajari sesuatu selepas dimalukan Indonesia pada perlawanan pembukaan Piala Suzuki AFF pada awal bulan ini.

Apa tidaknya, barisan pertahanan dibarisi Mohd Asraruddin Putra Omar, Mohd Muslim Ahmad, Mohd Fadhli Shas dan Mahali Jasuli dilihat lebih matang terutama selepas menyingkirkan dua gergasi Asia Tenggara, Thailand dan Vietnam untuk mara ke perlawanan akhir.

Kecekalan dan kesungguhan mereka terutamanya Mohd Muslim dan Mohd Fadhli yang berturut mendapat pujian ketua jurulatih kebangsaan, K Rajagobal yang semakin yakin dengan persembahan mereka namun menegaskan masih ada ruang untuk meningkatkan permainan.

Bagi Mohd Muslim yang baru berusia 21 tahun, dia berjanji akan mempamerkan persembahan terbaik pada perlawanan akhir selain mengelakkan sebarang kesilapan yang boleh memberikan kelebihan kepada lawan.

“Inilah peluang terbaik menebus kekalahan tempoh hari. Kami akan mengikut segala arahan jurulatih bagi memastikan strategi direncanakan berjaya dicapai.

“Penyerang Indonesia kelahiran Uruguay, Christian Gonzales yang kini sudah menjaringkan tiga gol perlu diberikan perhatian yang lebih kerana dia adalah kunci utama kepada kekuatan Indonesia sehingga berjaya mara ke perlawanan akhir,” katanya yang kembali berlatih di Wisma FAM hari ini.

Menurut pemain kelahiran Terengganu itu, pengalaman beraksi buat kali pertama di kejohanan itu amat berguna kepadanya sekalipun pernah mendapat pendedahan di Slovakia bersama skuad Harimau Muda sebelum ini.