Like My Facebook Page

Anda follow blog saya, saya akan follow blog anda kembali. =)

Tazkiyatun Nafs

Satu persoalan timbul dalam benakku,“ Layakkah kita menagih cinta insan seandainya cinta Tuhan belum tergapai?Sedangkan cinta Allah adalah segalanya, cinta Rasul lambang cinta kepada-Nya, cinta ibu bapa tulus selamanya, cinta saudara ukhwah kerana-Nya dan cinta pada’nya’ pelengkap kasih-Nya…Hamparkanlah cinta kepada Yang Selayaknya..Jadi,jika mengharap cinta sejati, dambalah kasih Ilahi, itulah cinta hakiki..tepuk dada, tanya iman, tanya akal fikiran, tanya hati, tanya diri sendiri…Sejauh manakah taraf cinta kita ini? ”
gravatar

Cara-cara Nak Top-up RM10 Boleh Tahan Sebulan

Org kata pkai line lg save dr prepaid..tp korg msti trperanjat dgn ape yg bakal aku citerkan ni..

top-up RM 10 tp blh tahan smpi 1 bulan...
Top-Up RM20 ble tahan tiga bulan....
member2 aku boleh ketawakan aku masa mula2 aku cakap tips ni dulu...
tah2 korg pn sama jugak ketawakan aku....tak per!!!!!!! tak caya sudah!!!!
aku tak rugi sesen pn.....korg yg rugi sebab tak cuba try buat dulu....

tak kira la klau korg brgayut brape lama skalipun,hantar brape juta sms skalipun..
mgkin rezeki aku aritu kot!!,tapi tak jugak...aku dah cuba buat 4/5 kali dah, member ajr camne nk buat crossing account, coz dia keje kt bhgn System Development Telecom,
namanya dan syarikatnya terpaksa di rahsiakan atas sebab2 keselamatan.

kekdg aku tlg gak member trdekat topup, tp aku amik untung sket aar..
buat modal Top-Up untuk bulan depan....hehe

Ok lah!! secara simplenya aku terangkan kat korg, tp INGAT JGN BUAT LBIH DR 3 KALI
untuk 1 nombor, coz system akan auto detect & batalkan no korg aku tak tau, ingat??
orang tamak selalunya rugi (kata orang tua2).

timing nya, korg blh topup pertengahan ujung bulan between 25 hb keatas saja dlm kul antara 3am dan 4 am sahaja. (ingat tu!!)
coz dlm tempoh ni, system akan di selenggara, so ada loopholes. kene try & error.

1) beli topup RM 10...gesek & ready.
2) korg type <**REC RM10**# > , then send to 2888 (kalau Celcom ler)
3) tgu reply, kat skrin akn kuar satu serial number 6 digit, korg salin.
4) pastu korg type <**REC RM10**##> < *123456#> msuk kan 6 digit td, send 2888
5) pastu diorag akn reply "insert ur topup num", so korg type 14 digit topup number yg korg beli cntohnya ; <01234567891023> cuma tambah (*#) di no akhir topup number & send to 2888
6)tak lama pastu diorg akn reply;

>> "tengkorak kau berjambul.. ingat ni company Pak Lah Hang yg punya ke?
nk msuk toilet pun kene byr 20sen tau!!, ni senang2 kau nk topup 10 ringgit nak pakai seumur idup plak tu!! bnyk cantik muka kau"<<

hah.. tu aar, aku pun tak sngka diorg akn reply mcm tu..
boleh kecik ati kita tau!! ignore je msg tu... buat2 pekak jer...
kdg2 diorg reply lebih 'kesat' dari diatas dlm pelbagai bahasa yg ada dlm malaysia kita ni....
blh menitik air mata kita beb.... wa cakap lu....

ok!! teruskan membaca k?? ammaakkkk

gravatar

Kita dan Komputer

Komputer..
Suatu masa dahulu bukanlah sesuatu yang penting sangat bagi sesetengah orang.
Tetapi pada masa sekarang, komputer merupakan antara keperluan yang perlu ada selain daripada handphone.



Kalau dahulu suri rumah tidak tahu apa itu komputer, tetapi zaman sekarang komputer merupakan teman rapat suri rumah selain suami, anak-anak dan orang sekeliling.

Kalau dahulu, budak sekolah rendah masih lagi berlari-lari sana sini bermain dengan kawan-kawan, tetapi kini sudah ramai budak-budak diusia muda sudah mahir menggunakan komputer walaupun dengan tujuan bermain game.

Kalau dahulu, sesiapa yang bergelar pelajar ipt, hanya orang kaya yang mampu membeli komputer, tetapi kini, tanpa komputer, tidak lengkap rasanya untuk title pelajar ipt.

Kalau dahulu hanya kilang-kilang besar menggunakan komputer, sekarang kedai runcit pun merekodkan hasil jualan di dalam komputer.

Kalau dahulu sebuah komputer sebesar sebuah bilik, kini komputer boleh dibawa dengan mudah kemana-mana.

Tanpa komputer, tidak tenang kehidupan sekarang ini.
Sehari tanpa komputer, susah rasanya hidup ini, banyak kerja yang terbengkalai.
Terasa begitu pentingnya komputer pada masa kini.
Begitu hebatnya penangan teknologi masa kini. Itu belum ditambah lagi dengan kemudahan internet dicapai juga melalui medium sebuah komputer.

Komputer mempunyai banyak kesan baik, dan juga banyak kesan buruk.
Komputer antara salah satu teknologi yang semakin berkembang pesat mengiringi handphone. Bagi sesetengah orang, teknologi itu membawa kebaikan, tetapi bagi sesetengah orang, teknologi itu membawa kemusnahan.

Jangan pikir teknologi itu merosakkan, tetapi pikirlah bagaimana untuk menggunakan teknologi untuk kehidupan yang lebih baik. Kehidupan kita tidak boleh lari dari teknologi. Tanpa teknologi kita ketinggalan.

Dengan menggunakan 'teknologi'lah, aku menaip untuk blog aku, dan dengan menggunakan 'teknologi'lah korang membaca blog aku..:)

p/s: Sory la kalau aku mengarut sikit.ha3. Sebenarnya aku buat entri ini untuk menaikkan semangat aku untuk menaip tips pengurusan komputer.

gravatar

10 Animals With Human Faces

This hybrid species fish was born between a carp and a leather carp in the pond of a personal house in Chongju.

A Stink Bug



A Death's Head Hawk Moth




Heike Crab, native to Japan



A Sheild Bug



The axolotl, a neotenic species of salamander, a salamander that does not go through metamorphosis.





An Eucorysses grandis





Another stink bug




A Green Shield Bug





This stink bug from Singapore looks like it’s carrying a gorilla-mask on its back.

gravatar

Malam Pertama Kita...


Assalamualaikum


Satu hal sebagai bahan renungan Kita...
Tuk merenungkan indahnya malam pertama
Tapi bukan malam penuh kenikmatan duniawi semata
Bukan malam pertama masuk ke peraduan Adam Dan Hawa

Justeru malam pertama perkawinan kita dengan Sang Maut
Sebuah malam yang meninggalkan isak tangis sanak saudara

Hari itu... mempelai sangat dimanjakan
Mandipun...harus dimandikan
Seluruh badan Kita terbuka....
Tak ada sehelai benangpun menutupinya. .
Tak ada sedikitpun rasa malu...
Seluruh badan digosok dan dibersihkan
Kotoran dari lubang hidung dan anus dikeluarkan
Bahkan lubang-lubang itupun ditutupi kapas putih...

Itulah sosok Kita....
Itulah jasad Kita waktu itu

Setelah dimandikan.. ,
Kitapun kan dipakaikan gaun cantik berwarna putih
Kain itu ...jarang orang memakainya..
Karena sangat terkenal bernama Kafan
Wangian ditaburkan kebaju Kita...
Bahagian kepala..,badan. .., dan kaki diikatkan
Tataplah.... tataplah. .itulah wajah Kita
Keranda pelaminan... langsung disiapkan
Pengantin bersanding sendirian...

Mempelai diarak keliling kampung yang dihadiri tetangga
Menuju istana keabadian sebagai simbol asal usul
Kita diiringi langkah longlai seluruh keluarga
Serta rasa haru para handai taulan
Gamelan syahdu bersyairkan adzan dan kalimah Dzikir
Akad nikahnya bacaan talkin....
Berwalikan liang lahat..
Saksi-saksinya nisan-nisan. . . yang telah tiba duluan
Siraman air mawar.. pengantar akhir kerinduan
Dan akhirnya.... . tiba masa pengantin..
Menunggu dan ditinggal sendirian,
Tuk mempertanggungjawabkan seluruh langkah kehidupan

Malam pertama yang indah atau meresahkan.. .
Ditemani rayap-rayap dan cacing tanah
Di kamar bertilamkan tanah..

Dan ketika 7 langkah telah pergi....
Sang Malaikat lalu bertanya.
Kita tak tahu apakah akan memperoleh Nikmat Kubur...
Ataukah Kita kan memperoleh Siksa Kubur.....
Kita tak tahu...Dan tak seorangpun yang tahu....

gravatar

Bagaimana Kita Solat...




Seorang ahli ibadah bernama Isam Bin Yusuf, sangat warak dan khusyuk
solatnya. Namun, dia selalu khuatir kalau-kalau ibadahnya kurang khusyuk
dan selalu bertanya kepada orang yang dianggapnya lebih ibadahnya,
demi untuk memperbaiki dirinya yang selalu dirasainya kurang khusyuk.

Pada suatu hari, Isam menghadiri majlis seorang abid bernama Hatim Al-Assam
dan bertanya, "Wahai Aba Abdurrahman, bagaimanakah caranya tuan solat?"

Hatim berkata, "Apabila masuk waktu solat, aku berwudhu' zahir dan batin."

Isam bertanya, "Bagaimana wudhu' zahir dan batin itu?"

Hatim berkata, "Wudhu' zahir sebagaimana biasa iaitu membasuh semua
anggota wudhu' dengan air".

Sementara wudhu' batin ialah membasuh anggota dengan tujuh perkara :-
* Bertaubat
* Menyesali dosa yang telah dilakukan
* Tidak tergila-gilakan dunia
* Tidak mencari/mengharap pujian orang (riya')
* Tinggalkan sifat berbangga
* Tinggalkan sifat khianat dan menipu
* Meninggalkan sifat dengki.

Seterusnya Hatim berkata, "Kemudian aku pergi ke masjid, aku kemaskan
semua anggotaku dan menghadap kiblat.

Aku berdiri dengan penuh kewaspadaan dan aku rasakan:
1.aku sedang berhadapan dengan Allah,
2.Syurga di sebelah kananku,
3.Neraka di sebelah kiriku,
4.Malaikat Maut berada di belakangku, dan
5.aku bayangkan pula aku seolah-olah berdiri di atas titian 'Siratal
mustaqim' dan
menganggap bahawa solatku kali ini adalah solat terakhir bagiku,
kemudian aku berniat dan bertakbir dengan baik."

"Setiap bacaan dan doa didalam solat, aku faham maknanya kemudian aku
rukuk dan sujud dengan tawadhuk, aku bertasyahud dengan penuh
pengharapan dan aku memberi salam dengan ikhlas. Beginilah aku bersolat
selama 30 tahun."

Apabila Isam mendengar, menangislah dia kerana membayangkan ibadahnya
yang kurang baik bila dibandingkan dengan Hatim.

Untuk munafaat kita bersama, Tolong sampaikan email ini kepada
sahabat2. Sabda Nabi, ilmu itu milik Tuhan, barang siapa menyebarkan
ilmu demi kebaikan, insyaAllah Tuhan akan menggandakan 10 kali
kepadanya

gravatar

Mutiara Iman



Buat panduan bersama..... . Beberapa perkara yang perlu diketahui:-

1. Istimewanya menolong orang
Menolong orang adalah lebih baik daripada berikhtikaf selama sebulan di Masjid Nabawi.

2. Hebatnya akal
Manusia sentiasa ada kelebihan samaada didunia dan diakhirat.

3. Mendapat selawat malaikat
Seseorang muslim yang mengucapkan salam sesama muslim dan menjawab kembali salam itu, malaikat akan memberi selawat sebanyak 70 kali keatasnya

4. Perniagaan ibadat
Ibadat itu seperti berniaga dimana kedainya adalah bersunyi-sunyian, modalnya adalah takwa dan keuntungannya adalah syurga.


5. Jangan marah
Syaitan sangat suka menguasai anak Adam yang dalam keadaan marah.

6. Takwa yang dipandang
Tiada perbezaan diantara orang yang berkulit hitam atau putih, kaya atau miskin melainkan ketakwaan yang membezakannya.

7. Kesenangan di syurga.
Didalam syurga terdapat kesenangan yang tidak tergambar oleh mata, tidak terdengar oleh telinga dan tidak terlintas dihati manusia.

8. Jatuhlah dosa.
Seseorang yang sembahyang akan diletakkan semua dosa-dosanya diatas kepala dan kedua-dua belah bahunya, maka apabila rukuk/sujud maka berjatuhkanlah semua dosa dosa yang diletakkan itu.

9. Bacaan sebelum tidur.
Apabila duduk ditempat tidur, maka bacakanlah ayat Kursyi hingga akhir nescaya akan dilindungi Allah dari syaitan yang durjana hinggalah ke pagi.

10. Orang paling kuat
Orang paling kuat adalah orang yang boleh bangun pada tengah malam untuk bertahajjud kepada Allah dan boleh bangun untuk Subuh.

11. 2 nikmat
2 nikmat yang sering manusia tertipu tentangnya iaitu waktu sihat dan waktu lapang.


12. Istimewanya Jumaat
Hari Jumaat adalah hari Adam masuk syurga dan dikeluarkan dia darinya serta pada hari itu jugalah terjadinya Kiamat tidak pada hari-hari lain.

13. Tanda-tanda Kiamat
Tanda-tanda Kiamat ialah apabila hapusnya ilmu agama, berjangkitnya kejahilan, melimpahnya minuman keras dan bermaharajalelanya perzinaan.

14. Orang yang baik
Orang yang baik tidak dianggap baik sekiranya meninggalkan dunianya kerana Akhirat dan tidak juga meninggalkan Akhiratnya kerana dunianya. Sehinggalah mereka perolehi kedua-duanya sekali.

15. Istimewanya orang sakit
Sakit seorang hamba yang sakit lebih 3 hari ,maka keluar dosa-dosanya sebagaimana baru lahir dari kandungan ibunya.

16. Rumah dermawan
Rasulullah pernah bersabda sesungguhnya didalam syurga ada rumah yang bernama rumah orang yang dermawan.

17. Martabat disisi Allah
Siapa merendahkan martabat diri kepada Allah, maka Allah mengangkatnya kepada yang tinggi disisinya.

18. Dilarang prasangka
Jauhkanlah diri daripada buruk prasangka kerana prasangka itu adalah perbicaraan yang paling buruk.

19. Ubat hati
Ubat hati yang luka adalah iman yang kuat.

20. Supaya rezeki datang
Hubungkanlah kasih sayang sesamamu, nescaya rezekimu berdatangan dari jurusan yang tidak terduga.

21. Istimewanya al-Quran
5 macam unatuk mengubat hati iaitu duduk dekat orang soleh, membaca Al-Quran, mengosongkan perut, bangun waktu malam untuk bersujud kpd. Allah dan merendah diri kepada Allah. "

gravatar

Wahai Hati...Dengarlah...






Siapa yang tidak mengakui indahnya bunga? Dengan warna yang menarik dan bau yang harum, ia sering menjadi idaman. Kadang-kadang ia juga menjadi perhiasan. Indahnya wajah pula bergantung kepada mata yang melihatnya. Mata yang menilai pula mendapat tafsiran tentang keindahan dari akalnya. Akal yang baik dan cergas adalah akal yang dipandu oleh kasih kepada Allah dan Rasulnya. Bukankah ini yang dinamakan Iman?
Tidak seorang pun yang dapat menafikan betapa indahnya mega petang.
Warnanya yang begitu menawan, memukau setiap mata yang memandang, setiap hati
yang terusik dan setiap jiwa yang rindukan kedamaian. Namun, lebih indah lagi
sekiranya hati kecilnya berkata: "Maha Suci Allah, tidak engkau jadikan
semua ini sia-sia. Maha Suci Engkau Ya Allah, lindungilah aku dari api
neraka."

Begitu juga dengan keindahan jeram-jeram di kali, dedaun gugur dihembus angin. Peristiwa-peristiwa sebegini amat meninggalkan kesan kepada hati makhluk yang bergelar insan. Itulah hakikatnya, fitrah jiwa manusia. Jiwanya cenderung kepada keindahan dan kecantikan. Biar apapun pangkat dan kedudukannya.

Seorang kaya mungkin ingin
merasakan bahawa keindahan itu adalah rumahnya yang tersergam indah di atas
bukit dan potretnya dilukis hebat. Seorang fakir pula mungkin merasakan bahawa
keindahan itu adalah riak wajah anak-anak kecilnya yang menunggu kepulangannya.
Namun, tidak ramai yang mengetahuitentang wujudnya suatu keindahan hakiki.
Indahnya ia membuahkan perasaan kasih sayang kepada ibu dan ayah.

Indahnya ia melahirkan rasa kasih pada sahabat dan indahnya ia, memandu akal dan jiwa kepada ketenangan,
kedamaian, dan kerinduan kepada kebahagiaan. Itulah tanda kasih dan sayang pada
Maha Pencipta dan Maha Pengasih. Itulah tanda kasih dan sayang pada Allah dan
Rasulnya. Hatinya berbisik lagi..... "Ya Allah, banyaknya nikmatMu padaku.
Tapi, sedikitnya aku bersyukur. Ya Allah, hatiku tahu nafsu jahat itu musuhku,
tapi banyak jalan-jalannya yang telah aku turuti. Ya Allah, besarnya
pengorbanan ayah, tingginya nilai kasih dan mesra ibu, tapi aduhai.....
sedikitnya doaku untuk mereka.
Ampunkan, ampunkanlah wahai yang Maha Pengasih."

Marilah kita bersama-sama memiliki keindahan iman ini. Milikilah ia dengan banyak merenung dan memikirkan nikmat-nikmat Allah milikilah ia denagn ilmu yang mendalam, mudah-mudahan dengannya keindahan yang hakiki akan kita perolehi. Tidak seperti keindahan dunia ini, yang hanya bersifat sementara... ..

gravatar

Tanda Doa Dimakbulkan




TANDA DOA
DIMAKBULKAN


1. Terasa sesuatu yang menakutkan
2. Menangis tatkala berdoa (bukan dibuat-buat)
3. Terasa menggeletar beberapa ketika semasa berdoa

Disamping itu, doa-doa yang selalunya dimakbulkan Allah ialah doa-doa orang
yang dalam keadaan seperti berikut:

1. Orang yang terdesak
2. Orang yang kena zalim
3. Anak yang berbuat baik terhadap kedua ibu bapanya
4. Doa seorang Muslim yang tidak berbuat zalim dan tidak memutuskan hubungan silaturrahim.

gravatar

Wahai Anak Dajjal,Baca Ini!



Kepada sesiapa yang berkenaan!

Aku tidak tahu ko Islam atau pun Yahudi tapi apa yang ko dah buat ini tidak melambangkan ko seorang Islam. Malah lebih teruk dari kafir!! Ini sudah kali kedua forum kami dibanned dalam masa beberapa hari. Kami merasakan ada mata-mata di kalangan kita semua, mungkin beliau seorang Melayu Islam. Tidak dapat kami pastikan. Tapi yang pasti beliau telah melakukan sesuatu yang menghalang usaha kami menyedarkan umat Islam.
Sabda Rasullulah, dari Abdullah 'Amr.
Sampaikanlah pesanku walau satu ayat.

Tujuan kami baik, ingin menyedarkan umat Islam tetapi telah dihalang oleh tali barut Yahudi di kalangan kita. Ingatlah, tuhan kita adalah Allah, bukan dajal laknatullah! Jika kamu tidak mahu dengar atau terima apa yang kami perjuangkan ini janganlah melakukan sesuatu yang terkutuk ini!

Kumpulan kami telah berjaya menyedarkan sedikit sebanyak umat Islam, ramai antara ahli kumpulan kami yang dulunya leka dengan duniawi dajal kini telah mula sedar dan berusaha untuk berubah. Inilah yang mahu kami perjuangkan. Kesedaran dalam diri sendiri. Mungkin dajal akan datang pada generasi kita, mungkin tidak. Tapi masanya sudah hampir.


Sabda Rasullulah:
Sentiasa akan ada satu toifah dari kalangan umatku yang sanggup menzahirkan kebenaran. Mereka tidak dapat dirosakkan (dikalahkan) oleh orang-orang yang menentangnya, hinggalah datang perintah Allah (hari kiamat).



Kami tidak akan berputus asa walaupun telah dihack dan dibanned berkali-kali. Allah sentiasa ada bersama kami. Dan kepada mereka yang melakukan ini, aku harap sedarlah sebelum terlambat..

Kepada ahli Free Our Mind usaha kita tidak akan berhenti setakat ini, aku akan inform balik di blog aku tentang forum baru yang akan dibuka nanti. Stay tuned.

Sedarlah kepada sesiapa yang membuat perbuatan terkutuk ini. Kami doakan Allah memberi hidayah kepada kamu dan bertaubatlah sebelum terlambat.

Kami adalah hamba Allah, kamu semua adalah hamba The Hidden Hand yang cuba menyesatkan kita semua. Allah is only the god.. Remember that!



gravatar

SISTEM DAJJAL: Tenaga Ritual Bahagian 3

Definisi - Tenaga Ritual:

Daya yang terhasil kesan daripada perbuatan-perbuatan sengaja atau tidak sengaja yang bersifat ritualistik yang dilakukan secara langsung atau tidak langsung .” – Ensiklopedia Konspirasi Sepanjang Zaman.
Dalam kotak pemahaman umum, ritual dikaitkan dengan perbuatan yang dibuat bagi tujuan keagamaan secara tertib mengikut urutan-urutan tertentu bagi membolehkan ia disempurnakan.

Namun dalam keadaan tertentu juga, sesuatu perbuatan itu (kebanyakannya ialah perbuatan yang bukan amalan dalam Islam) boleh dianggap sebagai ritual walaupun dilakukan tanpa niat.

Menurut Collin Low dalam teorinya bertajuk Ritual Theory and Technique, setiap perbuatan boleh menjadi elemen penggalak dalam sesuatu ritual (biasanya sihir) kerana ritual itu adalah prosedur agama yang dicipta dengan ilham yang diberikan oleh sesuatu yang bukan manusia. Low menjelaskan, ritual bersifat jahat pula lazimnya dibuat berdasarkan budaya atau perbuatan-perbuatan jahat yang disukai manusia. Ia bagi membolehkan ritual itu dapat dijalankan setiap masa tanpa manusia sedar.

A difficulty in trying to understand traditional ritual is that, it is framed within the world view of a time and culture. An example of this was the belief throughout medieval times that magic operated through the agency of an evil power..” – Collin Low

Dalam penjelasan mudah, ritual bersifat jahat itu dibuat mengikut kesesuaian berdasarkan budaya yang disukai manusia. Ia dibuat sedemikian bertujuan untuk menggerakkan ritual itu sepanjang masa supaya ia mampu menjadi ‘daya sokongan’ kepada pengamal sihir penyembah syaitan ‘Dajjalism’ dalam ritual sebenar.

Global Satanic Ritual: Daya ritual kesyaitanan

Moloch atau Tuhan Lembu Matahari

Kita ambil satu ritual dalam amalan Satanism yang dipetik dari sumber pengikut Anton LaVey (pengasas agama syaitan moden) di New York iaitu ‘Ritual for Moloch’. Moloch ialah Tuhan Lembu Matahari dalam agama Satanism. (tahu kisah Samiri menyesatkan kaum Yahudi dengan patung lembu? mungkin inilah patung lembu itu yang masih disembah manusia sesat sehingga hari ini). Dalam ritual itu, pengamal sihir Satanism atau Dajjalism perlu meletakkan simbol pentagram di setiap titik utama di tempat upacara ritual mereka. Dikatakan, syaitan akan berada di tengah pentagram (pentagon) itu sepanjang ritual berlangsung. (Dalam upacara ritual Bohemian Grove, Moloch dirujuk sebagai patung burung hantu)
Ritual for Moloch


Ritual for Moloch

(syaitan dijadikan daripada api dan api pula hanya akan menyala jika ada objek untuk ia ‘menumpang’ seperti kayu atau sebagainya. Maka, dapat disimpulkan bahawa sifat syaitan itu sama seperti api iaitu akan menumpang bagi membolehkan ia bergantung. Samalah juga jika dikatakan kehadiran syaitan itu dapat dikesan apabila ada objek seperti langsir, pokok atau sebagainya yang tiba-tiba bergoyang tanpa sebab, ia adalah kerana syaitan hadir menumpang di objek-objek itu. Syaitan juga menumpang di hati kita, dia menumpang dalam susuk yang dipakai, menumpang dalam tangkal-tangkal, menumpang di setiap tempat yang selesa baginya. Dalam konteks ini, syaitan menumpang di dalam simbol pentagram)
Pentagram pada baju

Juga jika boleh, mereka mahu pentagram ditempatkan di setiap titik utama bumi (jajaran ley lines?) bagi membolehkan ‘raja syaitan’ keluar menyaksikan ritual itu. Pentagram normal pula ditempatkan secara berselang-seli dengan pentagram terbalik.

Realitinya, pentagram sudah pun ditempatkan di setiap pelusuk dunia, bukan sahaja di titik-titik utama yang kita andaikan di jajaran ley lines semata-mata. Pentagram kini sudah ditempatkan di seluruh dunia dengan jayanya tanpa mengira apa saja jenis titik. Bagaimana mereka melakukannya? Caranya mudah dan sangat berkesan, sudah tentu melalui projek masterpiece.. mind control.. menggunakan medium hiburan.

Mereka menyebarkan melalui muzik, kita ambil contoh paling dekat iaitu muzik-muzik bingit..metal (black metal, death metal dan seangkatan dengannya). Peminat muzik bingit ini pula lazimnya gemar memakai aksesori pentagram (mungkin terikut memakai pentagram disebabkan sudah terkena ‘potion’ mind control) bilangan mereka pula begitu ramai di seluruh dunia. Nampak pertalian ini? Mereka mempromosikan budaya memakai pentagram melalui medium muzik bingit bagi mewujudkan jiwa rebellious di kalangan manusia (bukankah jiwa yang memberontak tanpa berlandaskan iman itu amat disukai syaitan?), jiwa rebellious itu juga tenaga (ingat HEF dan UEF dalam ulasan chakra dalam bab Tenaga Ritual bahagian 2?) jiwa rebellious itu juga tenaga yang akan memudahkan proses pengaliran tenaga pasif yang dijana melalui pentagram yang dipakai. Pentagram ditempatkan di seluruh dunia melalui ‘penjana pasif’ yang menjadikan pentagram sebagai lambang identiti peminat muzik bingit itu. Di sini, kita bukan mahu menuduh semua peminat black metal melakukan ritual tapi mahu memberi gambaran yang kelihatan samar selama ini. Lihatlah, betapa pentagram sudah ditempatkan di seluruh dunia bagi menjadi ‘daya sokongan’ kepada Ritual for Moloch.

Pemakaian pentagram disifatkan sebagai ‘daya sokongan’ untuk melengkapkan ritual supaya ‘kawasan liputan’ ritual itu dapat diluaskan radius ke peringkat global. Apa sudah jadi sekarang? Seluruh dunia sekarang sudah menjadi ‘kawasan liputan’ terluas dalam menjayakan ritual-ritual Satanism. Ia adalah perbuatan tidak sengaja yang mempunyai sifat ritualistik.

Kita renungkan dengan hadis Rasulallah:

Rasulullah bersabda: "Barangsiapa yang menyerupai sesuatu kaum, maka dia akan tergolong di dalam kaum itu." (Hadis riwayat Abu Daud)

Kita selongkar lagi, kita ambil pula contoh ini iaitu bacaan pelik dalam bahasa bercampur aduk yang dibaca oleh segolongan penyembah syaitan dalam upacara ritual sebenar:

“Who hail thy name, but hail nay EL, tu satan Ave, Fenris y Ragnarok, shalt live Satan Empire. Tu Lex Talionis, Ha-Satan.”

(nay dalam bahasa Inggeris kuno bermaksud ‘no’. ‘thy’ dalam bahasa Inggeris kuno bermaksud ‘your’. ‘y’ atau disebut ‘e’ dalam bahasa Sepanyol bermaksud ‘and’ atau ‘dan’. shalt dalam sebutan Inggeris kuno bermaksud ‘shall’ atau ‘will’ atau ‘akan’ dalam bahasa Melayu. ‘tu’ dalam bahasa Sepanyol bermaksud ‘you’.)

(EL atau ELOAH juga bermaksud Allah, ini juga bermaksud mereka tahu bahawa Allah itu Tuhan yang wajib disembah, tetapi mereka sengaja memilih jalan syaitan. Jelas bahawa Dajjal dan syaitan ada penyembah setianya di kalangan manusia yang sanggup menderhaka terhadap Allah)

Ada perasan dengan ayat ‘who hail your names….live satan empire atau bermaksud.. ‘sesiapa yang menyeru/menyebut nama-nama engkau tetapi melupakan EL….akan menghidupkan empayar syaitan’ dan ada perasan dengan perkataan ‘Ragnarok’? Tidak perasan dengan video game ‘Ragnarok’ yang menjadi ‘sebutan’ sebilangan orang? Bukankan penyembah syaitan menganggap ia satu ritual walaupun hanya sekadar menyebut? Ia juga sebagai daya sokongan untuk melengkapkan ritual.

Berikut pula adalah prosedur dan bacaan dalam melengkapkan ritual syaitan yang diambil dari sumber yang sama, hanya sekadar maklumat:

1. Head to South, trace pentagram thrust through center and read the chant: Shaitan, devil jinn of the Burning Desert sands and Sun, thy stave and thy fork unto the flame that is my soul shall be illuminated, Shaitan the Adversary, my soul enflamed!


2. Head to East, trace pentagram thrust through center and call Lucifer, read the chant - Lucifer, bringer of Illumination and love who resides in Shadow and Light, cover and cloak my spirit with thy twelve wings of chosen men, serpent skin covered from the shedding of the Dragon, bring forth the serpent essence of my soul. Lucifer bringer of light and Illumination, I summon thee forth!


3. North, trace pentagram thrust through center and call Seth (Belial), read the chant - Seth, isolator and strengthening force of Storms, that chaos which I have tempered in thy elegance of darkness, Seth with the Eye of Algol. Seth, Lord of Storms and the Red Lands I summon thee forth! (Eye of Algol…eye bermaksud satu mata..bukan Eyes of Algol, tapi Eye of Algol)


4. Head West, trace pentagram thrust through center and call Leviathan, read the chant - Let now the Serpent encircle me, Leviathan the Coiling Serpent of timeless being, I summon your essence. Great chthonic daemon of endless being, I seek to drink of your cup and behold the mystery of the depths!


5. Turn to the East, completing the Circle, extend the arms forth and give the I’l Cornuto or Sign of the Horns, and say:


Before me Lucifer! I invoke the Powers of Air!
Behind me Leviathan! I invoke the Powers of Water!
On my right hand, Shaitan! I invoke the Powers of Fire!
On my left hand, Belial! I invoke the Powers of Earth!

For about me flames the Pentagrams,
And in the Column shines the
Six-rayed Star of Babalon-Lilith.
Repeat the
Qabalistic cross give the Sign of Silence.

Touch the forehead, say Ateh.
Touch the root chakra, say Malkuth.
Touch the right shoulder, say ve-Geburah.
Touching the left shoulder, say ve-Gedulah
.

Berdasarkan bacaan dan prosedur dalam ritual tersebut, dapat difahami bahawa ada pertalian antara pentagram, syaitan (rujuk sebagai shaitan), jin (rujuk sebagai jinn), illumination (illuminati), Seth (musuh Horus), Yahudi (rujuk pada baris twelve wings of chosen men), Dajjal (dirujuk sebagai Eye of Algol), Star of David (dirujuk sebagai Six-rayed Star of Babalon), simbol tangan (rujuk Sign of the Horns seperti gambar di bawah) dan Kabbalah (dirujuk sebagai Qabalistic, jika tidak salah). Nampak pertalian itu semua? Bukankan sudah jelas sistem ritual Dajjal ini?
Ukiran Quatzelcoatl menunjukkan simbol 'sign of the horns'.
Rujuk artikel Jejak-Jejak Dajjal Dalam Pentas Sejarah

Rasanya, ramai yang tahu mengenai fungsi Master Carpet atau Checkered Floor dalam menghidupkan ritual satanis dalam Freemason, Illum atau seangkatan dengannya. Maklumat mengenainya juga boleh dirujuk dalam blog-blog ilmiah berbahasa Melayu. Maka, tidak perlu dijelaskan secara terperinci di sini kerana blog-blog ilmiah berbahasa Melayu yang lain sudah menjelaskannya dengan baik sekali. Begitu juga dengan penjelasan mereka mengenai fungsi tiang Masonic iaitu Jachin dan Boaz.
Checkered Floor atau lantai berbentuk papan catur dalam Kuil Mason

Perkara yang perlu difahami di sini hanyalah mengenai getaran tenaga yang boleh terhasil, kesan daripada penggunaan elemen-elemen ritual tersebut. Kita tidak akan ketengahkan pendapat-pendapat atau kajian-kajian baru dalam artikel kali ini, sebaliknya kita akan mengutip semula hasil kajian-kajian yang telah diberitahu melalui artikel-artikel terdahulu dalam siri tajuk Tenaga Ritual. Kami berharap, pembaca masih ingat kandungan-kandungan hasil kajian yang pernah diketengahkan dalam artikel sebelum ini. Kita akan gunakan semula semua hasil kajian itu di sini untuk membuat satu kesimpulan lain.

Kita kutip semula pendapat Dr. Philip Calahan menerusi kajiannya bertajuk Kings Chamber of the Great Pyramids yang kemudiannya disokong oleh kajian yang dibuat Mary Hardy dan Dean Hardy dari American Institute of Electrical Engineering yang menemui penemuan menarik (tetapi tidak mengejutkan sesetengah pihak) iaitu piramid dan binaan berbucu mampu menjadi saluran untuk menjana tenaga bagi menghasilkan vortex. (rujuk artikel Tenaga Ritual Bahagian 1)

Kajian tersebut (khususnya subjek mengenai vortex) kemudian secara tidak langsung disokong pula oleh Ulf Leonhardt dan Paul Piwnicki dari Department of New Scientist di Royal Institute of Technology Sweden pada 2006 dengan penemuan mengenai blackhole tiruan yang mampu bertindak seperti terowong masa (terpulanglah jika anda selesa menyebut ia sebagai stargate, pintu dunia ghaib atau gerbang jin atau sebagainya).

Kita kutip juga pendapat Barbara Brennan mengenai gelombang tenaga yang terhasil daripada sistem Chakra yang melibatkan penyatuan unsur tenaga chakra iaitu Human Energy Field (HEF) dengan Universal Energy Field (UEF) ketika manusia berkoordinasi atau melakukan kontak dengan persekitarannya. Koordinasi HEF itu pula menghasilkan tenaga yang disebut aura yang akan bercantum dengan UEF, manakala tekanan atau getaran tenaga itu pula akan menghasilkan ‘daya penolakan ke atas’ menyerupai vortex bukaan dan ‘daya tolakan ke bawah’ menghasilkan vortex tutup sepanjang proses koordinasi tubuh manusia dengan persekitarannya. (rujuk Tenaga Ritual Bahagian 2).

Kutip semula pendapat-pendapat tersebut untuk mencari pertalian dengan perkara ini. Kemudian kita cuba pula untuk meneroka mistik dengan bantuan kajian sains. Cuba temukan satu kesimpulan berpandukan hasil-hasil kajian tersebut. Ada satu unsur yang serupa dalam semua kajian yang telah disebutkan iaitu tenaga, dan unsur yang serupa itulah yang kita jadikan medium untuk melakukan hubung kait secara mistik.

Dalam konteks monumen ritual, kita sudah mengetahui bahawa binaan-binaan tertentu mampu menjana vortex untuk menghasilkan pintu alam ghaib. Maka di sini, kita akan cuba memahami maksud binaan-binaan tersebut dengan sedikit pendedahan mengenai sacred geometry secara kasar, bukan melakukan pengiraan secara terperinci. Kita akan cuba mendalami sacred calculations atau mystical calculations (kaedah kiraan mistik) dalam artikel-artikel akan datang, bergantung kepada kehendak sesuatu artikel, insya-Allah. Yahudi dan Satanis sangat mahir dalam matematik. Ia sedikit memeningkan bagi yang kurang mahir matematik.
Jachin dan Boaz

Binaan-binaan yang mempunyai unsur Masonic seperti tiang berkembar mirip Jachin dan Boaz mempunyai variable atau pemboleh-ubah (istilah matematik) nisbah kiraan tertentu berpandukan model (hanya sekadar mengklasifikasikan ia sebagai model) dalam bentuk asal Jachin dan Boaz. Model asal ini pula kita boleh ambil daripada binaan-binaan monumen yang mempunyai sifat serupa dengan Jachin dan Boaz terutamanya binaan dalam tamadun-tamadun awal (hanya sekadar pendapat yang tidak disokong). Skala binaan itu dibesarkan atau dikecilkan mengikut nisbah-nisbah tertentu bagi membolehkan ia bertindak untuk memanipulasi tenaga yang berada disekelilingnya secara efektif atau berkesan.

Dalam tamadun Mesir, kita ambil contoh kuil-kuil firaun di mana tiang-tiang kuil tersebut menyerupai Jachin dan Boaz. Manakala kuil pula seperti sedia maklum, ia adalah tempat ritual firaun dijalankan. Maka, kaedah binaan tiang-tiang itu juga dibina berdasarkan keperluan ritual. Mohon maaf jika pendapat ini salah, tiang-tiang ini yang dibina hasil daripada pengaruh Greek dan Rom yang sampai di Mesir pada ketika tamadun awal menjadi model asas dalam konsep arkitektural Masonic yang kemudian dinamakan sebagai Jachin dan Boaz.
Kuil Horus dengan dua tiang di pintu gerbangnya


Lakaran Kuil Sulaiman yang akan dibina semula oleh
Yahudi juga ada Jachin dan Boaz


Tugu Freemason dengan Jachin dan Boaz


The Gate of the Nations yang dibina antara 486-465 SM di Persepolis, Iran


Unsur Jachin dan Boaz pada jambatan Pont du Gard yang
dibina pada 40-60M di Remoulins, France


Lagi kuil Mason


Kuil Mason yang mengaplikasikan unsur binaan Jachin dan Boaz

Ia mungkin menjadi model asas setelah arkitek-arkitek Mason mengambilkira nisbah kiraan tiang-tiang di lokasi ritual firaun tersebut. Berdasarkan rekod-rekod sejarah, ritual firaun selalunya melibatkan upacara sihir, manakala kisah firaun derhaka dalam al-Quran menjelaskan mengenai amalan sihir semasa pemerintahan firaun. Maka, binaan tiang-tiang atau rumah-rumah ritual yang dibina semasa pemerintahan firaun juga sudah tentu dipengaruhi oleh nasihat-nasihat tukang sihir kepada firaun. Tukang sihir menjadi penasihat paling berpengaruh dalam setiap keputusan yang dibuat oleh firaun. Sudah tentu juga tukang-tukang sihir itu mempunyai pengetahuan untuk membina binaan yang menepati kehendak raja sihir iaitu syaitan. Syaitan pula sudah tentu memerintahkan tukang sihir untuk membina kuil dan tiang-tiang mengikut saiz tertentu. Maka jika bercakap mengenai saiz, sudah tentulah melibatkan kiraan. Kiraan geometrik itu pula mungkin direkodkan oleh Yahudi satanis yang mengamalkan sihir sejak zaman tamadun Mesir lagi, lalu diwarisi sehingga hari ini untuk terus membina binaan bercirikan Mason sehingga hari ini.

Yahudi yang mewariskan pengetahuan sihir semasa zaman firaun pula mungkin daripada golongan yang menjadi hamba suruhan kepada tukang-tukang sihir, atau mungkin daripada golongan Yahudi yang enggan mengikut ajaran Nabi Musa. Maka, pengetahuan itu direkodkan untuk diwariskan kepada Yahudi-Yahudi seterusnya, itu pun mungkin selepas mereka melihat ‘nikmat dunia’ yang berikan syaitan kepada firaun, supaya generasi mereka yang mengamalkan sihir dapat menguasai dunia dengan bantuan syaitan seperti firaun pernah mengecapinya. Realiti sekarang, Yahudi sudah pun menguasai dunia.

Belum jelas mengenai pendapat bahawa sesebuah binaan untuk tujuan beragama itu perlukan kiraan tertentu dalam memenuhi keperluan mengikut amalan sesebuah agama? Kita kembali kepada Islam yang kita cintai, Allah memerintahkan Nabi Ibrahim untuk membina Kaabah bersama anaknya Nabi Ismail di sebuah kawasan di padang pasir Makkah. Lokasi untuk membina Kaabah itu pula sudah ditentukan oleh Allah, manakala bentuk dan saiz Kaabah juga mungkin sudah ditentukan oleh Allah. Maka, kiraan arkitektural yang diperlukan untuk membina Kaabah sudah ditentukan oleh Allah di atas lokasi yang juga sudah ditentukan. Bukankah tempat suci umat Islam itu ialah lokasi yang sudah ditetapkan oleh Allah? Begitulah juga dengan kawasan al-Aqsa yang mana keluasannya meliputi masjid as-Sakhra dan masjid al-Aqsa juga adalah lokasi yang ditentukan oleh Allah. Masjid al-Aqsa didirikan di atas sebuah kawasan yang dinamakan al-Aqsa, yang juga meliputi masjid as-Sakhra iaitu bangunan berkubah emas yang juga disebut sebagai Dome of the Rock. (hanya sekadar pendapat). Lokasi itu sudah ditentukan Allah kerana Allah lebih mengetahui segala rahsia yang dirancang-Nya di tempat-tempat suci itu.

Dalam kes rumah ritual satanis, maka tidak mustahilkah kiraan arkitektural sesebuah binaan itu ditentukan oleh syaitan? Kiraan itu kemudiannya menjadi asas kepada ilmu senibina arkitektural hari ini. Mungkin sebahagiannya (berdasarkan beberapa kes) juga telah diserap masuk ke dalam ilmu senibina yang kita panggil sebagai kejuruteraan awam. Manakala pengetahuan senibina yang mengamalkan kiraan-kiraan mistikal pula dimiliki sepenuhnya oleh Yahudi dan Freemason di kalangan manusia. Maka terbinalah binaan-binaan moden yang pelik tetapi kelihatan menarik di mata manusia seperti Burj Dubai dan sebagainya yang dibina dengan kepakaran jurutera dari Amerika dan Eropah. Ia mungkin dibina bagi melengkapkan sesuatu keperluan ritual di lokasi lain (tidak semestinya di kawasan berhampiran, boleh jadi juga di sempadan melintasi laut).
Burj Dubai


Burj Dubai kelihatan lebih kurang sama
dengan menara dalam filem ini


Eye of Sauron dalam filem Lord of the Rings




Eye of Horus pada kad Tarot

Malah jika diperhatikan pendapat-pendapat popular masyarakat dunia (street smart) mengenai peristiwa 9-11 yang meranapkan bangunan berkembar mirip Jachin dan Boaz di New York, ia juga dikaitkan dengan amalan ritual satanis. Melalui pendapat-pendapat itu, dikatakan kejadian itu sengaja dibuat pada 11-9-2001 kerana menurut susun lapis spiritual dalam ajaran sesat Yahudi iaitu Kabbalah, angka 9 ialah turutan sebelum (di bawah) Tempat Tertinggi iaitu Tuhan yang berada di turutan angka ke-10. Maka tiada lagi angka yang berada di atas 10, kerana 10 ialah angka tertinggi yang dianggap sebagai angka tuhan.

Susun lapis Kabbalah

Jadi menurut pendapat umum itu, ritual 9-11 ialah tindakan menidakkan kewujudan angka 10 selepas 9. Kedudukan angka 9 tidak dituruti angka seterusnya iaitu 10, tetapi terus naik ke angka 11, atau ‘skip’ atau ‘lompat’ terus ke angka 10 dengan maksud menidakkan tempat tertinggi iaitu 10. Ritual itu juga dikatakan bermaksud menidakkan atau menafikan kekuasaan tuhan dengan meletakkan sesuatu (di angka 11) sebagai kuasa yang lebih tinggi daripada tuhan. Peristiwa 9-11 adalah ritual untuk mencabar tuhan.

9 skip to 11 where 10 is denied like never exist.”

New York


Kuala Lumpur


Hoffmannstra├če, Jerman


Teori dari pendapat umum itu tidak terhenti di situ, bentuk bangunan WTC yang mirip bentuk Jachin dan Boaz juga menjadi medium untuk melengkapkan ritual. Malah, Jachin dan Boaz juga dianggap (secara ritual) sebagai ‘The Gate’ atau pintu gerbang bagi kemunculan semula raja mereka yang kita andaikan sebagai Dajjal.

Melalui teori yang sama. Pada hari yang sama peristiwa 9-11 juga, bangunan Pentagon turut ‘dikatakan’ diserang (atau sebenarnya dirancang oleh tangan ghaib?). Bentuk pentagon pula adalah segi lima seperti yang terdapat dalam pentagram, iaitu bintang (star) bucu lima yang menjadi medium ritual sihir dalam agama Wicca, Asatru dan lain-lain agama syaitan. Kebanyakan ritual pula menggunakan api (sifat syaitan).
Imej pelik pada kepulan asap dalam peristiwa 9-11


Perhatikan imej ini yang terdapat pada
kad Tarot ramalan dalam amalan sihir


Perhatikan pula ritual korban ini yang
berlaku dalam peristiwa 9-11, sama gambar di atas?

Jika diperhatikan di sini. Pada 9-11-2001, adalah ritual mencabar tuhan dimana berlaku pembakaran Star (bangunan Pentagon) dan juga berlaku pembakaran Gate (bangunan WTC) atau Star & Gate menggunakan api dengan mencabar tuhan supaya Dajjal dimunculkan semula untuk keluar dari stargate (pintu gerbang ghaib). Ia dikatakan upacara ritual terbesar yang pernah dilakukan dalam sejarah. Pendapat umum itu pula semakin mendapat perhatian oleh beberapa pengkaji agama di Amerika dan sebilangannya juga menyokong berdasarkan hujah-hujah yang boleh diterima. Malah, bukti penipuan George W.Bush mengenai konspirasi 9-11 juga sangat jelas melalui ucapan-ucapan yang kami sifatkan sebagai ‘terlepas cakap’. Bush memang selalu terlepas cakap, sebab itulah petualangnya semakin terserlah. Anda boleh menemui buktinya jika meneliti laporan-laporan akhbar sejak September 2001 hingga habis penggal pentadbiran Bush, buatlah penelitian secara bersungguh. Juga boleh lihat buktinya melalui klip-klip siaran berita televisyen Amerika, ia boleh ditonton di Youtube.

Itu adalah teori mengenai contoh ritual yang dilakukan tanpa kita semua sedar. Tapi, bagaimana pula dengan ritual-ritual lain yang dibuat secara terancang di peringkat global? Jika peristiwa 9-11 dianggap sebagai ritual terbesar, maka mana lebih besar jika kita melakukan sesuatu perbuatan yang menjadi ‘daya sokongan’ kepada ritual sebenar? Bukankah itu juga satu ritual terbesar?
Ritual seks pada paparan dinding di Rom. Maaf jika imej ini mengganggu
sesetengah pembaca, ia adalah untuk tujuan pembelajaran

Dalam satu peringkat, zina juga dikelaskan sebagai ritual di kalangan penganut agama pagan. Ia dikatakan ritual untuk mengagungkan Goddess of Sex and Love iaitu Athenna. Malah, keadaan tidak sedarkan diri akibat dipengaruhi dadah atau arak juga dianggap sebagai satu ritual satanis pada waktu-waktu ritual sebenar dijalankan walaupun jaraknya melintasi sempadan lautan. Penganut agama syaitan ini (Wicca, Asatru, Bohemian Grove dan seangkatan dengannya) merencanakan kelab-kelab malam sebagai tempat manusia menikmati arak, mencari pasangan untuk zina dan sebagainya.

Ia juga sebagai medium menjadikan manusia menurut segala keperluan mengikut kehendak mereka untuk menjana ‘daya sokongan’ bagi memenuhi keperluan ritual. Ia digerakkan secara global. Kita di Malaysia juga mampu menyumbang tenaga sekiranya ritual itu sedang dijalankan di England atau Perancis atau Scotland atau Amerika kerana titik-titik pentagram sudah disebarkan ke seluruh dunia. Pentagram pula berfungsi dengan cara yang sama seperti piramid. Maka tidak hairanlah jika manusia hari ini begitu mudah menurut nafsu akibat terlibat dalam upacara ritual satanis secara tidak sengaja.

Binaan bercirikan Mason yang terus dibina sehingga hari ini pula menjadi keperluan untuk mereka melakukan ritual sihir. Ia mungkin sebagai bayaran kepada syaitan yang telah memberi kedudukan kepada mereka di dunia ini.

Apabila dikombinasikan semua kajian tersebut dengan satu persamaan iaitu tenaga, dapat disimpulkan bahawa tenaga yang terhasil itu akan dijana melalui satu sistem janakuasa mistik.

Sistem daya sokongan pelengkap ritual ini dirancang dengan begitu baik bagi membolehkan tenaga-tenaga pasif di peringkat global bersatu dengan tenaga-tenaga aktif yang dijana dalam ritual sebenar. Ingat lagi dengan HEF dengan UEF dalam bab Tenaga Ritual Bahagian 2? Ia adalah koordinasi antara daya pasif dengan daya aktif.

Mengapa Dajjal mewujudkan sistem ini? Ia bagi membolehkan manusia melakukan ritual pasif terhadapnya dalam keadaan tidak sedar bagi menyokong ritual aktif. Ia adalah sistem Dajjal. Dajjal adalah pakar dalam amalan sihir, dia licik memanipulasi setiap perbuatan manusia supaya menjadi selari dengan kehendak ritual yang mendewakannya di samping syaitan. Dia mahu simbol-simbol yang diperlukan dalam ritual berdiri megah di serata dunia, dia memanipulasi kejahilan manusia.

Berhati-hatilah dalam setiap perbuatan...elemen sihir itu ada di mana-mana sahaja, sama ada kita sedar atau tidak..kita sedang menghadapinya..

...bersambung..insya-Allah

gravatar

SISTEM DAJJAL: Tenaga Ritual Bahagian 2

Bolehkah black hole (seperti stargate) wujud di bumi?

Kumpulan pakar fizik New Scientist dari Royal Institute of Technology Sweden terdiri daripada Ulf Leonhardt dan Paul Piwnicki pada 2006 telah menemui satu penemuan menarik dan direkod dalam kertas kajian yang diterbitkan universiti itu. Mereka berjaya mencipta prototaip mesin yang mampu bertindak seperti black hole. Dalam eksperimen mereka, mesin itu dihidupkan dengan bantuan tenaga magnetik dan elektrik bagi menguji tahap radiasi Hawking.

Cermin diletakkan dalam mesin itu bagi menguji pantulan sejumlah cahaya yang akan dihalakan ke arah mesin itu. Kesimpulan yang mereka buat ialah black hole boleh wujud di bumi berdasarkan penemuan iaitu, cahaya yang memasuki mesin itu tidak pernah memantul kembali, sebaliknya diserap terus. Satu-satunya komponen cahaya yang terpantul hanyalah kesan radiasi Hawking daripada sisa cahaya, dan bukan semua komponen dalam cahaya itu terpantul sepenuhnya.

Mereka juga membuat kesimpulan bahawa penemuan itu sangat bertentangan dengan hukum pantulan dan tersasar daripada hukum alam semulajadi. Satu-satunya komponen yang boleh memantul ialah radiasi Hawking. (Terdapat beberapa komponen dalam cahaya seperti ultraviolet, haba, radiasi dan sebagainya). *Cahaya hanya tidak akan terpantul jika dihalakan ke arah dinding atau objek yang diwarnakan hitam.

Eksperimen itu tidak terhenti di situ, mereka kemudian memasuki fasa pengujian kedua iaitu menguji tahap graviti quantum mesin tersebut melalui percubaan untuk menyatukan teori quantum fizik yang pernah dibangunkan Einstein untuk dipadankan dengan teori mereka sendiri. Cahaya sekali lagi menjadi subjek untuk diuji.

buku ini juga menjelaskan mengenai black hole
tiruan (stargate) yang boleh dihasilkan di bumi

Hasil pengujian itu, mereka kemudian membuat kesimpulan. Black hole yang berkemungkinan boleh wujud di bumi memiliki daya tarikan graviti yang sangat hebat, ia mampu bertindak seperti black hole yang ada di ruang angkasa lepas. Ia juga mampu menjadi medium untuk manusia mengembara merentas waktu. Pusat graviti dalam black hole itu mungkin mempunyai beberapa terowong masa. Itu hanya andaian mereka kerana yang terhasil itu bukan black hole sebenar, ia hanya proses terhasil yang menyerupai black hole.

Di bumi, elemen yang paling rapat dengan black hole ialah vortice (vortex) yang mempunyai persamaan dengan sifat puting beliung (tenaga angin). Puting beliung akan menyedut semua objek yang berhampiran dengannya sama seperti black hole, ia wujud disebabkan keadaan bertekanan rendah (suhu) di pusat kitaran udara bersuhu tinggi atau sederhana. Kita ambil sandaran ini, puting beliung (vortex) terhasil disebabkan wujudnya tekanan rendah di tengah-tengah kitaran udara bersuhu tinggi.

Menurut Leonhardt dan Piwnicki, vortex seharusnya mempunyai sifat yang sama dengan kemampuan menyedut cahaya dan benda fizikal. Cahaya pula seperti diketahui menjadi alat untuk mengukur masa disebabkan sifatnya yang pantas bergerak. Kemampuan vortex memerangkap cahaya juga menjadi petunjuk kepada kemungkinan cahaya itu mengembara ke dimensi lain. Jika vortex mampu berpusing (seperti puting beliung) dalam kiraan sama pantas seperti cahaya, maka ia mungkin mengandungi gas (udara) yang mampu memerangkap cahaya, ia mungkin gas yang mempunyai sifat graviti (tenaga), ia benar-benar memungkinkan black hole boleh terhasil di bumi.

Jadi, jelas bahawa vortex memerlukan elemen tenaga untuk terhasil, manakala cahaya mampu mengembara dalam vortex dan kajian tersebut pula hanya menjelaskan dari segi logik, bukan secara ghaib. Untuk mengkaji hubungkait antara tenaga yang dihasilkan manusia dengan bukaan pintu gerbang ghaib, kita perlu kembali kepada aspek ghaib yang sukar dijelaskan dengan penjelasan saintifik.


Bagaimana pula kita mahu menjelaskan vortex (dalam bulatan) yang terhasil seperti asap ini?

Mata terbahagi kepada dua mengikut kemampuan ia melihat. Satu jenis mata dinamakan mata zahir dan satu lagi dinamakan mata batin. Mata zahir adalah mata yang hanya mampu melihat bentuk fizikal secara nyata, manakala mata batin pula mampu melihat perkara-perkara ghaib seperti syaitan, iblis dan sebagainya.

Mata pula hanya mampu melihat apabila dibantu dengan kehadiran cahaya. Maka, ia sudah tentu mempunyai kaitan dalam memperjelaskan cahaya yang terperangkap dalam black hole, dan juga cahaya yang terpantul iaitu yang tidak dapat diserap oleh black hole.

Kita fahami ayat al-Quran untuk lebih memahami bahawa terowong stargate yang menjadi tempat keluar masuk jin serta syaitan itu sebenarnya wujud di bumi, mereka tidak datang dari angkasa lepas dengan UFO seperti sangkaan kebanyakan daripada kita. (Allah lebih mengetahui segala rahsia dalam al-Quran, manusia tidak pernah termampu untuk membongkar rahsia al-Quran kerana rahsia itu tetap menjadi milik Allah).

“Wahai sekalian jin dan manusia! Kalau kamu dapat menembus keluar dari kawasan-kawasan langit dan bumi (untuk melarikan diri dari balasan Allah), maka cubalah kamu menembus keluar. Kamu tidak akan menembus keluar melainkan dengan satu kekuasaan (dari Allah)” (Quran, ar-Rahman: 33)

Ayat al-Quran jelas memberitahu bahawa jin tidak mampu menembus keluar dari kawasan langit dan bumi. Jin pula hanya berlegar dan mengembara di kawasan bumi sahaja, tidak menembus keluar dari bumi. Atau langit juga membawa pengertian yang lebih luas iaitu alam semesta yang juga mustahil untuk ditembusi.

Maka teori dalam artikel sebelum ini bahawa UFO itu hanya keluar dari black hole yang terhasil di bumi, adalah munasabah dan boleh digunapakai. UFO yang didalangi jin dan syaitan itu tidak datang dari angkasa lepas, melainkan keluar dari pintu dunia ghaib yang terhasil di bumi. Itu pun jika benar jin dan syaitan akan keluar bersama UFO di akhir zaman nanti. Alam ghaib itu pula wujud di bumi, bezanya hanya ia tidak dapat dilihat manusia menggunakan mata kasar. Segalanya hanya berlaku di bumi dan hanya Allah lebih mengetahui.

Namun, apakah yang membuka pintu dimensi berlainan ini? Berbalik kepada kajian yang dilakukan Ulf Leonhardt dan Paul Piwnicki iaitu pintu dimensi dapat dibuka dengan bantuan tenaga yang mencukupi. Kita ambil pula pendekatan ghaib, dosa dan pahala terhasil daripada kesan penggunaan tenaga yang dimanfaatkan iaitu secara positif atau secara negatif. Ia walaupun berlainan sudut pandangan, masih tetap tertakluk kepada konsep penggunaan tenaga manusia yang dijana melalui perbuatan


Tenaga Ritual: Janakuasa Pasif dan Aktif


Dalam artikel bahagian pertama bab ini menjelaskan mengenai fungsi piramid dan binaan-binaan berbucu yang mampu memanipulasi tenaga bagi menghasilkan vortex yang seterusnya bertindak seperti stargate, malah ia juga dibuktikan dengan eksperimen-eksperimen yang dibuat oleh pakar-pakar fizik.

Namun apakah jenis sumber tenaga yang diperlukan sekiranya piramid dan binaan-binaan berbucu ini berfungsi secara mistik? Maka, kita juga wajar mengambil pendekatan mistik dalam menjelaskan hal ini. Kami hanya sekadar menyampaikan pandangan peribadi yang dipadankan dengan kajian pengkaji dari barat dan ia tidak semestinya betul 100 peratus.

Kita bukan mahu mengumpul puzzle dan mencantumkannya menjadi gambar yang jelas kerana hanya ALLAH LEBIH MENGETAHUI SEGALA JAWAPAN. Mencantum puzzle untuk menjadikan ia sebagai satu gambaran jelas hanyalah satu amalan para pemikir objektif. Di sini, kita masih berserah kepada Allah kerana Dia lebih mengetahui segala yang terahsia di langit dan di bumi.

Kita ambil sandaran ketiga, keempat dan kelima (rujuk bab Tenaga Ritual Bahagian 1). Cuba fahami bahawa setiap perbuatan itu memerlukan tenaga untuk disempurnakan. Ia pula mungkin terdiri daripada hasil tenaga pasif atau tenaga aktif yang sama ada bersifat negatif atau positif.

Allah menjelaskan dalam al-Quran melalui surah al-Zalzalah ayat 7 dan 8 bahawa setiap amalan itu akan dinilai walaupun sebesar zarah. Maka di sini, kita harus melihat kepada satu sandaran bahawa setiap perbuatan itu akan menghasilkan sama ada dosa atau pahala walaupun sekecil zarah. Maka, proses melakukan pahala atau dosa itu juga memerlukan tenaga.

Bersolat itu besar pahalanya, berjemaah pula lebih besar ganjaran pahalanya. Mengingati Allah dalam setiap keadaan juga mendatangkan pahala (sama ada ia berbentuk pahala kecil atau besar, hanya Allah yang menentukan).

Bersolat adalah amalan yang boleh kita anggap sebagai amalan mengikut tertib (aktif) (hanya sekadar pendapat, mohon maaf jika pendapat ini silap) kerana memerlukan kita memenuhi segala syarat sah solat seperti wuduk, suci dari sebarang hadas, memenuhi rukun-rukun sah solat dan beserta niat, juga bacaan-bacaan surah al-Quran. Kita melakukannya dengan niat, kita melakukannya dengan fokus, kita melakukannya secara aktif, dengan mengaktifkan setiap perkara rukun yang diwajibkan untuk menyempurnakan solat. Ia adalah hasil tenaga aktif yang berbentuk positif.

Manakala, bersedekah dan menjaga kebersihan pula kita boleh anggap sebagai amalan murni tanpa melalui proses tertib (pasif) yang juga mendatangkan pahala hasil penggunaan tenaga secara positif. Kita tidak perlu tertib mengikut rukun sepertimana solat dan haji untuk menyempurnakan amalan bersedekah dan menjaga kebersihan, hanya cukup dengan berniat ikhlas kerana Allah.

Kita lihat pula contoh tenaga pasif bersifat negatif. Ia adalah keadaan berlawanan dengan tenaga pasif positif. Contohnya kita mencerca orang lain dalam keadaan spontan, berpandangan serong dan enggan mengalah walaupun ternyata melakukan kesalahan, ia mungkin dilakukan secara tanpa niat tapi sudah cukup menyebabkan orang lain berkecil hati dan menyebabkan kita menanggung dosa (Allah Yang Maha Adil lebih mengetahui perihal dosa dan pahala). Kita boleh anggap bahawa ia adalah tenaga negatif yang pasif kerana kita melakukannya tanpa disedari.

Demikian adalah keadaan-keadaan yang menghasilkan tenaga pasif. Kembali pula kepada persoalan, mengapa Dajjal dan para syaitan iblis mahu kita membuat dosa walaupun sekecil-kecil dosa? Di sini, kita boleh membuat andaian bahawa Dajjal dan para iblis mengharapkan dosa dan tenaga negatif daripada kita sebagai kekuatan bagi mereka. Ia juga akan menghasilkan tenaga yang akan dimanipulasi oleh binaan-binaan yang diwariskan Dajjal. Bangunan itu pula dibina dengan kaedah geometri dan kejuruteraan yang khusus melalui kepakaran yang dipunyai oleh Dajjal, kaedah geometri dan kejuruteraan ‘Dajjalism’ itu pula diwarisi oleh keturunan penyembahnya yang terus membina binaan yang mempunyai karekter yang sama dengan konsep ‘sacred geometry’ dan ‘sacred mathematics’. Bangunan-bangunan itu dibina dengan pengetahuan kejuruteraan mistik, maka ia juga mempunyai fungsi yang mistik, ia adalah elemen yang diperlukan bagi membolehkan penjanaan tenaga dilakukan. Kami tidak akan membuat pengiraan matematik atau geometri di sini, kami tidak mahu memeningkan anda semua. (insya-Allah, kita akan mendalami sacred science, sacred geometri dan sacred mathematics dalam bab-bab akan datang).

Kami hanya mahu anda faham bagaimana tenaga pasif itu dihasilkan dan dijana bagi membuka vortex yang akhirnya memberi kemenangan kepada Dajjal.

Kita sudah faham apa itu chakra (rujuk bab Mind Control). Namun, dalam masa yang sama juga, chakra adalah contoh asas kepada penjelasan cara tubuh manusia menghasilkan tenaga (disebut aura). Ia bukan sahaja terhasil daripada perbuatan, malah cara minda berfikir juga sudah cukup untuk menghasilkan tenaga. Maka sama jugalah jika kita memperoleh pahala dengan hanya mengingati Allah, ia adalah hasil penggunaan tenaga secara minimum dengan menggunakan minda.

OK, apa jenis tenaga yang dimahukan Dajjal? Apa yang Dajjal buat supaya kita menyumbang tenaga kepadanya? Dajjal mengongkong minda kita melalui projek masterpiece mass-mind control supaya kita tidak henti-henti melakukan perbuatan yang menyumbang tenaga kepadanya untuk membuka pintu vortex. Dajjal mengongkong homunculus (fungsi memori sistem otak), Dajjal juga mengongkong jasad kita. Dia mahu kita jadi ‘tikus generator’ dalam sistem yang diciptanya.

Tikus generator

Menurut pakar kaji tenaga bernama Barbara Brennan, Human Energy Field (HEF) (juga disebut aura) dalam sistem chakra ialah kombinasi kompleks melibatkan corak tenaga spiritual, mental, emosi dan perbuatan fizikal seseorang individu. HEF juga adalah sebahagian daripada Universal Energy Field (UEF). HEF boleh diterjemahkan kepada tiga bentuk iaitu tenaga meridian, tujuh chakra dan tenaga tubuh. Setiap bentuk tersebut boleh dijana melalui teknik-teknik penjanaan secara terus (aktif) atau tidak terus (pasif).

Chakra juga menurut Brennan, berfungsi sebagai janakuasa dalam menggerakkan tenaga dan dibebaskan sebagai aura (HEF) yang akan bercantum dengan UEF bagi menjadikan seseorang itu lebih sensitif terhadap persekitarannya. Maka, jelas bahawa tenaga pasif manusia juga mempunyai hubung kait dengan penyatuan tenaga di peringkat universal. Ia akan bercantum dan menghasilkan tenaga yang lebih besar kuantitinya.

Tenaga spiritual tubuh termasuk semua getaran yang melebihi kemampuan minda mengandungi maklumat yang turut akan dibebaskan menjadi sebahagian komponen vortex. Ia berkisar mengenai sentimen, kepercayaan, perasaan dan sebagainya yang akan membentuk komponen vortex tersendiri.

Tambah Brennan lagi, setiap chakra mempunyai empat tenaga vortice (sebelum bertukar menjadi vortex) yang mana aura yang dihasilkan itu akan berpusing ke atas dan ke bawah (di luar tubuh manusia) setiap kali dijanakan. Tekanan ke atas akan menghasilkan ‘vortex bukaan’ dan tekanan ke bawah pula menghasilkan ‘vortex tutup’ bagi meningkatkan koordinasi tenaga tubuh manusia.

Kes ini sama seperti kewujudan piramid normal (bucu di atas) dan piramid terbalik (bucu di bawah) yang turut berfungsi sebagai alat menjana kekuatan ‘membuka’ dan ‘menutup’ vortex. Ringkasnya, piramid normal akan membuka vortex dan piramid terbaik akan menutup vortex selepas dibuka. Malah, kes ini juga sama dengan pentagram normal dan pentagram terbalik yang berfungsi sebagai medium amalan sihir di kalangan penganut agama Wicca. Fungsi piramid terbalik tetap sama seperti piramid normal yang mampu memanipulasi tenaga, ia adalah disebabkan bentuknya yang membolehkan ia bertindak sedemikian.

Namun ia masih perlu memenuhi ‘sacred geometry’ dengan menepati setiap nisbah kiraan mistik bagi membolehkan ia bertindak sedemikian, namun bangunan-bangunan moden di seluruh dunia hari ini kebanyakannya dibina oleh kepakaran kejuruteraan dari Barat yang sudah pasti mempunyai kiraan berunsur mistik sekiranya jurutera Barat itu menganut fahaman kejuruteraan Mason. Nampak? Dalam kes piramid terbalik, bezanya hanyalah arah tenaga itu dihalakan, ke atas ialah membuka dan ke bawah pula ialah menutup pintu vortex. (Hanya Allah lebih mengetahui)




sacred geometry and mathematics

Kiraan dalam sacred mathematics pula tidak hanya berkisar mengenai tambah, tolak, bahagi dan darab, ia memerlukan kaedah pengiraan yang sangat kompleks dan berpandukan formula-formula matematik pelik yang rumit dan sukar untuk difahami. Namun, formula ini kerap digunakan untuk membina binaan Masonic, piramid moden, ukiran batu dan sebagainya. Ia adalah asas pengiraan bagi membina monumen-monumen ritual para penyembah Dajjal. Pengiraan yang mampu menghasilkan bentuk binaan yang tepat dari segi nisbahnya dengan medan magnetik bumi, penggunaan formula sacred mathematics itu juga menjadikan sesuatu binaan berada pada titik yang tepat menghala kepada pusat vortex yang ada di ruang udara. Contoh paling mudah ialah merujuk kepada jajaran ley lines. (Allah lebih mengetahui segala rahsia).




Jajaran ley lines pula boleh ditentukan dengan menggunakan kaedah matematik moden melalui fungsi matrix equation atau persamaan matriks. Namun ia masih perlu berpandukan beberapa pertukaran fungsi dan diadaptasi ke dalam formula-formula sacred mathematics. Matrix yang dimaksudkan di sini bukanlah seperti matrix yang menjadi ilusi kehidupan dunia.






contoh fungsi persamaan matriks dalam matematik

Menurut pengkaji vortex bernama Richard Lefors Clarke, pengetahuan terhadap garisan grid bumi yang menjadikan medan magnetik sebagai titik-titik utama di setiap benua merupakan salah satu daripada pengetahuan yang sudah lama berkembang sejak zaman tamadun awal. Grid bumi terdiri daripada aliran garisan geometri di atas tenaga graviti yang terdapat di perut bumi.


Kita sudah tahu binaan berbucu mampu memanipulasi tenaga, tapi bagaimana pula dengan ‘spike’ yang berbentuk piramid yang dipakai pada tangan? Spike ini lazim dipakai anak-anak muda sekarang (lazim dipakai penggemar muzik black metal dan sealiran dengannya), ia juga berbentuk seperti piramid yang melekat pada tubuh setiap kali dipakai, ia juga mampu mengalirkan tenaga untuk digandakan dengan piramid yang lebih besar. Kemampuannya mengalirkan tenaga adalah disebabkan bentuknya yang membolehkan ia bertindak sedemikian.





Dajjal mencipta sistem, manakala manusia pula menggerakkan sistem itu tanpa sedar disebabkan ada keseronokan yang terpampang dalam sistem itu dan terpengaruh dengan agenda mind control. Sistem itu pula berteraskan seks, hiburan, keseronokan melampau dan menjauhkan manusia daripada mengenal Allah. Dan, sistem itu pula bertindak sebagai ‘generator’ yang memerlukan ‘tikus-tikus’ berlari di dalamnya untuk menghasilkan tenaga yang diperlukannya. Ini bukanlah satu pandangan ekstreme, tapi adalah wajar jika kita tidak melakukan perkara yang tidak berfaedah kepada diri sendiri dan paling penting kepada agama.

Jika tenaga pasif yang dihasilkan itu adalah secara spontan, ia sudah cukup untuk berfungsi sebagai input kecil bagi menghasilkan lot tenaga yang besar apabila bercantum dengan input-input kecil yang lain, bagaimana pula jika ia diiringi dengan perbuatan melampau yang boleh berubah bentuk menjadi tenaga aktif. Ia akan menjadi lebih berganda. Vortex akan jadi lebih besar.

Kelalaian manusia dalam menjaga perbuatannya juga akan menyebabkan manusia tergelincir daripada landasan dan menyumbang tenaga pasif negatif secara tidak langsung.

Satu sisi yang kita tidak harus pandang ringan, Dajjal sentiasa berusaha menjadikan manusia sebagai angkatan tenteranya dengan menggunakan kepakaran tipu daya yang dimilikinya. Ketika Dajjal keluar nanti, dia mungkin akan mencari penyumbang tenaga negatif terlebih dahulu, tidak kira yang kerap menyumbang secara pasif atau aktif. Ia adalah kerana lebih mudah untuk Dajjal memperdaya golongan yang tidak penah sedar akan agendanya. Dajjal kemudian akan berusaha pula mendekati golongan penyumbang tenaga positif untuk menyesatkan mereka. Dajjal hanya mahu memenangi hati manusia, walaupun dia tahu bahawa dia tidak akan menang menghadapi ketentuan Allah.

Kita kutip semula pendapat Brennan dan Clarke, manusia mampu menghasilkan tenaga vortex tidak kira walau di mana manusia itu berpijak. Tenaga itu pula akan berganda sekiranya kita berdiri di atas titik medan magnetik bumi. Maka, manusia sememangnya mempunyai keupayaan menyumbang tenaga bagi menghasilkan vortex.

Maka, mahukah kita menjadi orang yang dimenangi Dajjal? Kita akan dimenangi Dajjal jika berterusan menyumbang tenaga kepadanya. Dia pintar, dia tahu segala perihal mistik dan pandai memanipulasi segala peluang mistik yang ada dalam tidak kita sedar.

Apabila kita bercakap mengenai lokasi medan magnetik bumi, maka secara tidak langsung juga kita bercakap mengenai arah. Mari kita perhatikan arah-arah tenaga vortex semulajadi ini bergerak. Kita hanya ambil tenaga yang menyerupai vortex seperti puting beliung kerana ia adalah tenaga semulajadi yang diciptakan Allah supaya manusia dapat melihat hikmah daripada kekuasaan-Nya.






Ke mana arah puting beliung itu bergerak? Dalam kebanyakan rekod meteorologi di seluruh dunia, puting beliung bergerak mengikut pusingan berlawanan arah jam. Ia adalah vortex semulajadi yang ditunjukkan Allah kepada kita supaya kita berfikir. Kejadian puting beliung adalah fitrah alam semulajadi ciptaan Allah. Islam itu juga agama fitrah yang meletakkan manusia di atas landasan yang benar.


Maka, lihat pula arah ibadat tawaf yang dilakukan jemaah haji dan umrah di Tanah Haram, Baitullah, Kota Suci Makkah. Adakah arah tawaf itu sama dengan arah pusaran puting beliung? Berpusing berlawanan arah jam mengikut fitrah alam semulajadi? Bukankah jelas bahawa Islam itu adalah jalan yang meletakkan manusia di landasan yang difitrahkan? Bukankah tawaf juga memerlukan tenaga? Dan, adakah kita nampak seolah-olah ada pusaran tenaga positif di sekitar Kaabah? Amalan baik yang menghasilkan tenaga positif lah yang akan mengimbangi tenaga negatif yang terhasil. Inilah keseimbangan dalam konsep tenaga.

"Dan, Dia-lah yang telah meletakkan keseimbangan. Janganlah kalian melampaui batas keseimbangan." (Quran, ar-Rahman: 6-7)

Ikutlah jalan fitrah. Jangan ikut jalan yang bertentangan dengan fitrah manusia. Berhentilah daripada menjadi penyumbang tenaga kepada Dajjal, jangan biarkan dia memenangi kita. Sesungguhnya Dajjal sentiasa mencari jalan untuk menghapuskan keseimbangan tenaga ini bagi memastikan manusia mengikut jalan sesatnya.

Jika manusia terlalu mencintai hiburan dan keseronokan dunia akibat termakan taktik projek masterpiece mind control, maka hilanglah keseimbangan yang menjadi lebih terarah kepada negatif. Maka Dajjal sudah tentu memenangi lebih ramai manusia untuk memerangi Isa al-Masih dan al-Mahdi. Amalan kitalah yang menentukan di saf mana kita akan berdiri dalam perang akhir nanti.

(Allah lebih mengetahui segala rahsia di langit dan di bumi, kami hanya mahu anda berfikir bersama kami)

..bersambung..Tenaga Ritual Bahagian 3, insya-Allah..