Like My Facebook Page

Anda follow blog saya, saya akan follow blog anda kembali. =)

Tazkiyatun Nafs

Satu persoalan timbul dalam benakku,“ Layakkah kita menagih cinta insan seandainya cinta Tuhan belum tergapai?Sedangkan cinta Allah adalah segalanya, cinta Rasul lambang cinta kepada-Nya, cinta ibu bapa tulus selamanya, cinta saudara ukhwah kerana-Nya dan cinta pada’nya’ pelengkap kasih-Nya…Hamparkanlah cinta kepada Yang Selayaknya..Jadi,jika mengharap cinta sejati, dambalah kasih Ilahi, itulah cinta hakiki..tepuk dada, tanya iman, tanya akal fikiran, tanya hati, tanya diri sendiri…Sejauh manakah taraf cinta kita ini? ”
gravatar

Animasi Perakboy Akan Datang Jun 2011!!!

Perakboy

Hasil usaha Team 3D modeling: Robot pengawal dan Perakboy
Novel Perakboy yang akan terbit tidak lama lagi



DALAM SEPULUH TAPAK HAMPIR DENGAN ASHRAF, TIBA TIBA ASHRAF PURA-PURA MENJATUHKAN TIN MINUMAN (tualang booster) KE LANTAI JALAN, KE ARAH PENJAHAT BERLARI. PENJAHAT TERPIJAK TIN MINUMAN (DALAM IFEK SLOW MOTION) DAN MENGGELONSOR JATUH TERUS TERPERUK KE DINDING KEDAI. ....


Objektif melahirkan siri Animasi Perakboy

Memperkembangkan dan mempelbagaikan cerita animasi 3D tempatan di Malaysia dan seterusnya membolehkan Malaysia mampu berdaya saing dengan siri animasi dari luar negara. Cerita animasi yang berkonsep 3D ini akan mampu memberi hiburan yang berinformasi, unsure-unsur modal insan yang positif serta pengajaran kepada kanak kanak mengenai nilai-nilai murni dalam kehidupan bermasyarakat disamping menerapkan konsep satu Malaysia.

Konsep penceritaan yang santai dan tidak membebankan penonton cilik akan menceriakan suasana dan diselitkan juga ciri-ciri humor agar dapat memperkuatkan lagi cerita. Elemen-elemen sains fizik juga ditonjolkan agar dapat memberi pengetahuan kepada penonton-penonton cilik. Sesuai ditonton oleh semua lapisan masyarakat dan pelbagai kaum. Projek animasi 3D ini menonjolkan reka bentuk karektor Malaysia yang comel, kemas dan bijak serta latar belakang yang menarik bagi menjadikan siri animasi ini lebih menghiburkan.



Konsep penceritaan siri animasi Perakboy

Konsep penceritaan untuk siri animasi ‘Perak Boy’ ini mengisahkan kehidupan seorang budak lelaki yang berumur 11 tahun yang mempunyai kuasa yang menakjubkan setelah dia jatuh ke dalam lombong bijih selama 3 hari 3 malam. Cerita ini kebanyakan berkisar di kawasan perumahan, bandar, luar bandar, tempat-tempat pelancongan negeri Perak dan sekolah. Ianya amat menarik bagi kanak-kanak kerana ‘Perak Boy’ merupakan seorang ‘super hero’ yang membantu kearah kebaikan. Konsep cerita yang berteraskan nilai murni dalam kehidupan bermasyarakat, persahabatan, kejiranan, keagamaan dan berkonsepkan satu Malaysia. Siri animasi ini juga memaparkan isu isu positif, pengajaran dan pembelajaran serta informasi tentang sains fizikal kepada penonton.


Promo Video


Tak sabar rasanya menunggu Perakboy The Series : Lagenda Alam Semesta ni keluar.