Perkara Yang Perlu DIkurangkan Semasa Ber'Facebook'
Mempunyai akaun facebook, ada membawa perkara negatif, dan jika digunakan seeloknya akan membawa kepada perkara yang positif. Untuk entri kali ini, aku tidak ingin memperkatakan tentang perkara yang negatif atau positif, tetapi aku hendak buat entri yang aku rasakan perkara yang perlu DIKURANGKAN ketika anda ber'facebook'.
Sebab aku kata kurangkan dan bukannya jangan langsung, kerana boleh dikatakan perkara yang aku pikir ini statusnya berada ditengah². Antara negati dan positif. Tidak terlalu negatif, tidak terlalu negatif. Dan anda juga boleh nilaikan point² aku ini.:)
1. Kurangkan Terlalu Kerapa Update Status.
Update status penting untuk facebook. Rakan² boleh mengikuti perkembangan anda dan berbalas komen. Tetapi juga penting untuk diketahui, kurangkan untuk update status terlalu kerap.
Contoh, anda mungkin buat banyak perkara dalam sehari dan beberapa kali update status anda dan salah satunya pergi ke bandar. Anda boleh update pergi ke bandar seperti " Hendak ke bandar. Siapa mahu ikut.?.:)".
Tetapi jangan pula tak sampai seminit keluar pula status lain, "tengah tunggu bas", lepas tu "berada dalam bas", lagi " ramai la orang dalam bas"..bla.bla..bal.. Bukan apa, nanti orang pikir 'serabut la status dia ni. setiap masa nak update.'. kan tak elok tu. Jadi kurangkan untuk update status terlalu kerap.
2. Kurangkan Status Luahan Perasaan Bersifat Negatif.
Facebook sesuai untuk dijadikan medium untuk luahan perasaan. Apa yang aku maksudkan bersifat negatif ni seperti 'bosan la petang ni', benci la malam ni'. dan lain². Kalau yang mengutuk orang lain baik tak payah ye.:).
Dan status bersifat negatif ni perlu dikurangkan di wall facebook anda. Jadi bila orang buka wall anda, tidak la asyik baca update pasal bosan, benci, marah, bengang dan pelbagai lagi.
Kalau sekali sekala terasa juga hendak bagi kata-kata semangat. Tapi kalau setiap jam bosan, yang nak bagi kata semangat pun bosan.:) Oleh itu, status bersifat negatif perlu dikurangkan.:)
3. Kurangkan Gambar Tak OK.
Berfacebook selain daripada update status juga update gambar² terbaru. Apa yang aku kata perlu dikurangkan apabila upload gambar ini adalah, kurangkan upload gambar yang tidak menarik atau dalam bahasa lainnya gambar yang tidak menjadi atau kurang menjadi.
Contoh anda pergi berkelah dan ada ambil banyak gambar. Nanti apabila balik rumah, jangan la upload semua sekali terus. Pilih dahulu mana satu gambar yang menarik dan yang anda rasa orang suka hendak tengok atau anda tengok sendiri.
Bayangkan kalau ada 50 keping gambar, 20 gambar tidak menjadi/kurang menjadi. Serabut juga kawan² anda yang menengok. Kan elok kalau pilih dan letak gambar yang ok² sahaja.:)
------------------------------------------------------------------
Sebenarnya apabila bercakap tentang facebook ini, banyak perkara yang boleh dikupaskan lagi. Tetapi untuk entri ini cukuplah dahulu dengan 3 point yang aku rasakan perlu dikurangkan semasa berfacebook. Kerana aku juga pengguna facebook, dan aku pun menilai profile rakan², dan rakan² juga menilai profile aku.:)
Dan kalau korang ada lagi point² atau komen berkaitan bolehlah hantar di ruangan komen di bawah ni ye.:). sebarang cadangan dan pandangan dialukan.:).
Dan sebelum habis,
KURANG dan JANGAN adalah 2 perkara yang berbeza ye.:).
Happy blogging n Happy facebooking..:)