Like My Facebook Page

Anda follow blog saya, saya akan follow blog anda kembali. =)

Tazkiyatun Nafs

Satu persoalan timbul dalam benakku,“ Layakkah kita menagih cinta insan seandainya cinta Tuhan belum tergapai?Sedangkan cinta Allah adalah segalanya, cinta Rasul lambang cinta kepada-Nya, cinta ibu bapa tulus selamanya, cinta saudara ukhwah kerana-Nya dan cinta pada’nya’ pelengkap kasih-Nya…Hamparkanlah cinta kepada Yang Selayaknya..Jadi,jika mengharap cinta sejati, dambalah kasih Ilahi, itulah cinta hakiki..tepuk dada, tanya iman, tanya akal fikiran, tanya hati, tanya diri sendiri…Sejauh manakah taraf cinta kita ini? ”
gravatar

Fahami Al-Quran Untuk Berdepan Yahudi

Kemelut Palestin angkara kekejaman rejim Zionist masih tidak menampakkan kesudahannya. Dengan dilengkapi senjata canggih dan dibantu 'abang besar'Amerika di belakang, rejim Zionist terus membunuh rakyat Gaza sewenang-wenangnya.


Iklan




Apa masyarakat dunia mampu buat setakat ini hanya sekadar mengutuk tindakan Israel melalui rakyat secara berdemonstrasi manakala pemimpin-pemimpin sekadar bermesyuarat menghasilkan pelbagai ketetapan dan resolusi.


Namun ia sikit tidak menjejaskan kekejaman pihak Zionis ini dari terus mengganas. Mungkin bantuan dunia dari segi makanan, perubatan dan kewangan dapat membantu mengurangkan penderitaan mereka apabila perperangan ini tamat. Namun sifat kebinatangan rejim Zionis ini pasti berulang demi untuk meluaskan kawasan dan pengaruh mereka. Tidak mustahil mungkin suatu hari nanti negara kita juga akan menerima nasib yang sama seperti Palestin.


Persoalannya ialah, apakah kita akan buat untuk sekurang-kurangnya mempertahankan diri jika tindakan sebegini dilakukan terhadap kita? Adakah hanya cukup sekadar berdoa tanpa ada sebarang usaha dan ikhtiar?


Apa yang saya ingin utarakan di sini ialah kita perlu mengembleng tenaga dan pemikiran untuk memahami dan mengkaji al-Quran dengan konteks yang lebih mendalam. Ia memerlukan kepakaran para ulama dan juga para saintis dan pakar-pakar ilmu duniawi untuk meneliti ayat-ayat suci al-Quran dan menghasilkan sesuatu yang dapat mengalahkan pihak Yahudi ini secara total.


Terdapat banyak ayat-ayat suci al-Quran menceritakan tentang kaum Yahudi sebelum ini yang mungkin boleh diterjemahkan ke suatu bentuk pertahanan umat Islam di masa ini. Kita telah mendengar pelbagai rekaan dan ciptaan manusia terutamanya dari Barat yang mencedok idea-idea tersebut dari al-Quran. Mengapa tidak kita sendiri sebagai umat Islam?