Like My Facebook Page

Anda follow blog saya, saya akan follow blog anda kembali. =)

Tazkiyatun Nafs

Satu persoalan timbul dalam benakku,“ Layakkah kita menagih cinta insan seandainya cinta Tuhan belum tergapai?Sedangkan cinta Allah adalah segalanya, cinta Rasul lambang cinta kepada-Nya, cinta ibu bapa tulus selamanya, cinta saudara ukhwah kerana-Nya dan cinta pada’nya’ pelengkap kasih-Nya…Hamparkanlah cinta kepada Yang Selayaknya..Jadi,jika mengharap cinta sejati, dambalah kasih Ilahi, itulah cinta hakiki..tepuk dada, tanya iman, tanya akal fikiran, tanya hati, tanya diri sendiri…Sejauh manakah taraf cinta kita ini? ”
gravatar

Mengapa Ketua Negara Kristian Lebih Berani Dari Ketua Negara Islam???

" Dua minggu lepas sebuah negara Kristian di Amerika Selatan - Venuezela - menghalau duta Israel dari negara itu kerana tidak bersetuju dengan pembunuhan beramai-ramai penduduk Gaza. Hari ini sebuah lagi negara Kristian jiran kepada Venuezela mengambil langkah yang lebih berani apabila Bolivia mengumumkan pihaknya telah memutuskan hubungan diplomtik yang telah terjalin dengan regim zionis itu sejak 50 tahun yang lalu.


Nampaknya dalam isu Gaza ini orang Kristian lebih berani menyatakan penentangannya terhadap dasar zionisme berbanding dengan sebahagian negara Islam. Lihat sahaja demonstrasi yang diadakan di negara-negara Barat, ia berupaya menarik kehadiran puluhan ribu orang seperti di Brusells, Belgium di mana 40,000 orang hadir, sedang di negara Islam termasuk Malaysia jumlah kehadiran sekitar 5,000 sahaja. Tapi jumlah yang hadir dalam demonstrasi tidak membawa erti apa-apa kepada dasar pekak badak regim. Mereka cuma takut kepada roket Hamas dan Hizbollah atau tindakan lain yang ada signifikan dengan ekonomi dan politik mereka.

Dan apabila Venuezela bertindak berani dengan mengusir duta Israel, manakala Bolivia jadi lebih berani dengan memutuskan terus hubungan diplomatik dengan Israel, maka ia adalah satu langkah seorang jantan yang patut dipuji. Tindakan itu membawa kesan signifikan terhadap ekonomi dan politik Israel. Malangnya bagi negara-negara Islam sendiri seperti Mesir dan Turki mengiktiraf Israel dan masih mengekalkan hubungan diplomatik dengan negara zionis itu. Mungkin ketua negaranya yang beragama Islam tidak ada kekuatan dan kejantanan untuk bertindak seberani Venuezela dan Bolivia. Menghalau duta Israel sudah cukup untuk memukul keangkuhan zionis dan memutuskan hubungan diplomatik pula seperti membunuh sebahagian dari sumber ekonomi negara itu.

Tapi adakah negara Islam berani melakukannya seperti dua negara Amerika Latin itu? Dan bagi negara Islam yang tiada hubungan diplomatik dengan Israel seperti Malaysia dan Indonesia beranikah mereka melakukannya terhadap 'bapa angkat' Israel iaitu Amerika? Soalan ini sukar untuk dijawab kerana hanya dengan keberanian dan kejantanan sahaja boleh melakukan sesuatu yang bermakna dalam hidup. Mungkin pemimpin-pemimpin Islam termasuk dari Malaysia belum mendapat kekuatan untuk menjadi berani dan jantan....