Like My Facebook Page

Anda follow blog saya, saya akan follow blog anda kembali. =)

Tazkiyatun Nafs

Satu persoalan timbul dalam benakku,“ Layakkah kita menagih cinta insan seandainya cinta Tuhan belum tergapai?Sedangkan cinta Allah adalah segalanya, cinta Rasul lambang cinta kepada-Nya, cinta ibu bapa tulus selamanya, cinta saudara ukhwah kerana-Nya dan cinta pada’nya’ pelengkap kasih-Nya…Hamparkanlah cinta kepada Yang Selayaknya..Jadi,jika mengharap cinta sejati, dambalah kasih Ilahi, itulah cinta hakiki..tepuk dada, tanya iman, tanya akal fikiran, tanya hati, tanya diri sendiri…Sejauh manakah taraf cinta kita ini? ”
gravatar

Rahsia Diri Pada Hari Anda Dilahirkan

Tahukah anda, kajian yang dilakukan mendapati tarikh anda dilahirkan sedikit sebanyak mempengaruhi perangan dan tabiat anda dan juga sedikit sebanyak menunjukkan bagaimanakah diri anda yang sebenarnya.?

Tidak percaya.? cuba tengok entri bawah ini kemudian anda nilaikan sendiri dengan diri anda. Samada berbeza sama sekali, hampir² atau memang tepat untuk diri anda.

Entri bawah ini bukanlah merujuk kepada ramalan atau tilikan yang tepat sepenuhnya. Semuanya adalah kajian dan perbandingan semata².

1hb. Kamu seorang yang tidak tetap pendirian
terutamanya dalam soal cinta. Kadangkala pilihan yang
kamu buat itu bukanlah yang terbaik. Sebab itu cinta
kamu mudah beralih arah bila terasa tidak wujud
keserasian.

2hb. Berbeza dengan mereka yang dilahirkan pada 1hb,
kamu yang dilahirkan pada tanggal 2hb cukup tegas
orangnya dan keputusan kamu sukar digugat termasuklah
soal cinta. Sekali kamu mengatakan tidak, tiada siapa
yang mampu mengubahnya.

3hb. Kamu seorang yang cukup bersemangat dalam
menjalani kehidupan. Kamu memerlukan cinta dalam hidup
namun sikap kamu yang seolah tak endah dan sukar untuk
meluahkan apa yang kamu rasa membuatkan kamu segan
untuk didekati.

4hb. Dikatakan kamu yang dilahirkan pada 4hb ini
terlalu suka mengikut perasaan dan kata hati. Sebab
itulah tidak hairan bila kamu sering tersilap membuat
keputusan yang kadangkala kamu sendiri kesali. Selalu
saja cinta kamu hinggap pada tempat yang salah.

5hb. Awas! Kawal perasaan cemburu yang kamu miliki itu
kerana ia boleh memburukkan diri kamu sendiri. Namun
kebaikan kamu, bersifat pelindung kepada orang-orang
yang kamu sayangi.

6hb. Kamu disukai ramai kerana personaliti kamu yang
cukup menarik hati.Tidak hairanlah bila ramai yang
cuba menawan hati kamu. Walau bagaimanapun, bagi kamu
banyak lagi perkara penting selain cinta.

7hb. Kamu seorang yang 'happy go lucky' dan gemar
berseronok. Namun sikap kamu yang agak berhati-hati
dalam memilih teman membataskan pergaulan kamu. Begitu
juga soal percintaan. Kamu ni pemilih sangat!

8hb. Kamu seorang yang romantis. Wah! beruntungnya
siapa yang menjadi pasangan kamu nanti. Namun kamu
mementingkan cinta sejati bukannya nafsu semata-mata
saja!

9hb. Nampaknya kamu ni seorang yang amat menjaga
personaliti dan keterampilan diri di mata orang ramai.
"Maintain vouge" manjang! Dalam soal cinta, sudah
tentu kamu ingin yang 'setaraf' juga.


10hb. Kamu yang dilahirkan pada tarikh ini seorang
yang sangat mementingkan keluarga daripada
segala-galanya di dunia ini. Kamu gembira dalam
keriuhan keluarga yang besar. Namun sikap ini
kadangkala membuatkan buah hati terasa diri
terpinggir!

11hb. Nampaknya kamu ni seorang yang amat berdisiplin
dalam mengatur kehidupan kamu seharian. Sebab itulah
kamu juga mengharap si dia juga bersikap demikian.
Namun, tidakkah kamu terfikir, kadangkala hidup ini
terasa boring bila terlalu mengikut peraturan?????

12hb. Kamu seorang yang setia dalam perhubungan.
Sekali kamu memberikan komitmen, selamanya kamu akan
setia. Namun jangan tak tahu, ramai yang masih menaruh
minat padamu walaupun tahu kamu sudahpun berpunya!!

13hb. Kamu seorang yang sering berfikir ke arah yang
positif sahaja. Sebab itulah kamu disukai ramai. Namun
dalam masa yang sama, kamu sering tunduk dan tidak
tahan dengan tekanan! Dari segi hubungan cinta, kamu
amat pandai menjaga perhubungan.

14hb. Hebat! Bagi kamu, karier/pelajaran adalah
segalanya dalam hidup. Sebab itulah kamu tidak
menerima mana-mana huluran cinta daripada sesiapa.
Cinta dan perkahwinan adalah perkara terakhir dalam
senarai hidup kamu!!

15hb. Kamu yang dilahirkan pada tarikh ini suka
mengubah keputusan kamu secara tiba-tiba. Namun
apabila kamu membuat keputusan, kamu akan terus
bertindak. Punca pergaduhan antara kamu dan si dia,
sikap kamu ini yang suka membuat tindakan 'last
minutes'.

16hb. Kamu ini seorang yang moody rupanya....Sekejap
mood kamu okey dan sekejap pula kamu marah-marah. Ini
membuatkan tekanan dan si dia boring dengan sikap kamu
itu. Cuba kawal sikit.

17hb. Kamu lebih suka mejaga hati orang lain
berbanding hati kamu sendiri. Namun sikap penting yang
kamu tonjolkan membuatkan orang tidak tahu perasaan
sebenar kamu.

18hb. Kamu ni sangat perahsia orangnya lebih-lebih
lagi soal perasaan dan cinta. Kamu lebih suka memendam
perasaan hingga mendatangkan tekanan pada diri kamu.
Dalam perhubungan cinta, mereka sukar untuk melafazkan
kata sayang.

19hb. Kamu bersikap berhati-hati dalam setiap apa yang
kamu lakukan termasuklah menjalinkan perhubungan
cinta. Biasanya kamu lebih suka mulakan dengan
persahabatan sebelum menjadi serius.

20hb. Kamu ini terlalu banyak permintaan. Ada sahaja
yang kamu inginkan. Sebab itulah sering timbul
pergaduhan dengan si dia bila kamu asyik minta itu dan
ini. Kamu sepatutnya tengok dulu kemampuan si dia!!!

21hb. Sikap kamu yang cool, tenang dan seolah tak
kisah membuatkan orang lain 'ambil mudah' terhadap
diri kamu. Begitu juga si dia. Lebih baik kamu
berterus terang jika ada perbuatan si dia yang kamu
tidak suka sebelum terlambat.

22hb. Kamu yang lahir pada tanggal ini seorang yang
amat bercita-cita tinggi dan mempunyai impian hidup
sendiri. Dalam soal cinta, kamu akan memilih seseorang
yang kamu akan rasa' selamat' bila berada di
sampingnya.

23hb. Sikap kamu yang kelakar dan riang membuatkan
orang suka mendampingi kamu. Malangnya kamu sering
terasa bosan bila berada di samping teman-teman dan si
dia. Jangan begitu, kadangkala kita perlu serius dalam
hidup.

24hb. Kamu seorang yang mementingkan diri sendiri.
Dalam perhubungan cinta, kamu terlalu takut dilukai
hingga membuatkan kamu bersifat menggongkong si dia.

25hb. Bila menyentuh soal cinta, kamu sukar
mempercayai lelaki/perempuan yang bagi pendapat kamu
ramai yang lebih suka mempermainkan kaum sejenis kamu.
Kalau tak mencuba, bagaimana nak tau kan?????

26hb. Kamu harus ubah sikap kamu ini yang dikatakan
tidak serius dalam perhubungan yang dijalinkan. Malah
kamu lebih mementingkan keseronokan saja!!!!

27hb. Kamu sukar untuk menaruh kepercayaan kepada
orang lain walaupun kekasih kamu sendiri. Tak baik
wasangka !!!!

28hb. Kamu suka diri kamu menjadi perhatian ramai di
kalangan teman-teman. Namun kadangkala di dalam
keghairahan bila menjadi tumpuan, kamu meminggirkan si
dia tanpa disedari.

29hb. Kamu tidak akan menjalinkan sebarang komitmen
dengan sesiapa saja selagi kamu tidak puas hati dengan
apa yang kamu miliki.

30hb. Kamu seorang yang keras kepala. Ini juga punca
pergaduhan kamu dengan si dia kerana kamu sukar untuk
beralah!!!!

31hb. Terlalu banyak yang kamu impikan dalam hidup.
Jangan begitu, hargai apa yang kamu miliki sekarang
termasuk si dia yang setia!!!!

Ok, kalau anda sudah baca rahsia anda pada hari dilahirkan, apa kata anda baca pula rahsia bulan anda dilahirkan..sekadar untuk pengetahuan..:)
Rahsia bulan anda dilahirkan.