Like My Facebook Page

Anda follow blog saya, saya akan follow blog anda kembali. =)

Tazkiyatun Nafs

Satu persoalan timbul dalam benakku,“ Layakkah kita menagih cinta insan seandainya cinta Tuhan belum tergapai?Sedangkan cinta Allah adalah segalanya, cinta Rasul lambang cinta kepada-Nya, cinta ibu bapa tulus selamanya, cinta saudara ukhwah kerana-Nya dan cinta pada’nya’ pelengkap kasih-Nya…Hamparkanlah cinta kepada Yang Selayaknya..Jadi,jika mengharap cinta sejati, dambalah kasih Ilahi, itulah cinta hakiki..tepuk dada, tanya iman, tanya akal fikiran, tanya hati, tanya diri sendiri…Sejauh manakah taraf cinta kita ini? ”
gravatar

Tarikan Nafas Terakhir

Kini saat yang terakhir

Ku pinta maaf kepadamu

Jauh dari lubuk hatiku

Tak pernah ku dendam padamu



Bila engkau tak percaya

Ku rela korban jiwa raga

Kini saat yang penghabisan

Ku harap kau datang padaku



Chorus

Berulang kali ku nyatakan

Aku sayang padamu

Berulang kali ku meminta

Peluklah belailah daku oh.......



Itu tak pernah terjadi

Semua harapan belaka

Nafasku yang terakhir ini

Hanyalah kutujukan padamu



Bukan aku tak ingin memelukmu

Bukan aku tak cinta kepadamu

Tapi maafkanlah bahawa sesungguhnya

Aku baru tahu disaat terakhir ini

Kau mengucapkan cinta kepadaku

Maafkan aku sayang



Repeat Chorus





Suasana menjadi sepi, muram dan dingin. Tanpa di duga, aku

sedang berdiri tegak, segak, seperti orang muda kembali. Telingaku

tidak kedengaran apa-apa suara hanya kelihatan anak-anakku

memeluk erat jasadku, menangis atas kepergianku. Aku hanya

mampu berdiri di sebelah jasadku yang terpaku di katil hospital

dengan tubuh yang kecil dan lemah, dengan mata ditutup rapat,

mulut terbuka sedikit menampakkan gigiku yang jarang dimamah

usia. Pilu rasa hatinya melihat tubuh yang dahulunya segak, aktif

dan mampu melakukan apa sahaja yang diingini. Pilu juga rasa hati

melihat anak-anak meratapi jasadku yang sudah tidak bernyawa

lagi. Ingin sekali aku menakap pipi anakku dan menciumnya sepuas

hati tapi apakan daya aku hanyalah sebuah roh. Ciuman yang diberi

ke pipiku tidak dapat dirasai lagi hanya dapat kulihat dari jauh.

Beberapa minit kemudian doktor dan dua orang jururawat mula

belari ke arah jasadku, cuba untuk memberi ku nafas kembali. Ah!

Sia-sia sahaja, nyawaku sudah diragut. Malaikat maut baru sahaja

menarik roh ku atas perintah Tuhanku.



Apabila mereka menyedari bahawa aku telah kembali ke

Rahmatullah, seluruh jasadku termasuk mukaku yang sembab

ditutupi dengan selimut putih. Tanpa disedari air mataku mengalir.

Pilu rasanya kerana terpaksa meninggalkan dunia, meninggalkan

keluarga yang tercinta. Tapi apakan daya, dunia ini hanya

sementara, setiap manusia pasti akan kembali ke tanah. Dari tanah

ku muncul ke tanah juga ku kembali. Tangisan teresak-esak

semakin banyak mengalir dari anak-anak dan cucu-cucuku. Terharu

ku rasa melihat betapa sayangnya mereka padaku.



Jam menunjukkan tepat pukul 9.00 malam. Jasadku kini sedang tidur

lena di katil rumahku. Aku hanya berdiri di sudut bilikku sambil

meratapi wajah jasadku yang ditutupi dengan kain putih dan sambil

menghayati Surah Yassin yang sedang berkumandang memenuhi

bilikku itu. Bacaan ayat-ayat Al Quran tidak henti-henti dibaca.

Sungguh sayup dan merdu bacaan itu tambahan dengan isinya

yang begitu mendalam. Kata-kata Allah SWT yang menyedarkanku

atas kewajiban ku sebagai seorang islam, menginsafi diriku. Tiba-

tiba aku mula menyedari apakah cukup amalan ku selama ini?

Dapatkah aku menjawab pertanyaan mungkar dan nangkir kelak

dengan ilmu yang aku perolehi? Aku merasakan sungguh sedikit

balasanku terhadap Allah selama hidupku. Oh Tuhan, Lindungilah

aku dari seksa kuburmu. Lindungilah aku dari api nerakamu.



Tetamu semakin ramai yang datang untuk melawat jasadku.

Setiapkali kain yang menutupi mukaku dibuka, mengalirlah tangisan

air mata, sedih atas kematianku. Wahai saudara-saudaraku, tiada

gunanya menangis atas kepergianku. Setiap manusia akan pergi

juga sepertiku. Hanya tunggu masa. ada yang muda ada yang tua

sudah menyahut panggilan Illahi. Namun aku bersyukur kerana

penderitaan ku sewaktu aku sakit di dunia selama beberapa bulan

yang telah membebani anak-anakku berakhir di sini.



Kadang-kala, sambil merenung jasadku, aku terkenangkan masa

silam ku, sedih dan kesal ku rasakan. Aku mula terbayang-bayang

dosa-dosa ku yang pernah aku lakukan semasa hidupku dan

penyeksaan yang akan ku perolehi di akhirat kelak. Hati ini ingin

sekali masa diputarkan kembali, dihidupkan kembali, muda kembali

supaya aku dapat menjalankan tanggungjawabku sebagai seorang

muslimah yang solehah, berbakti, berkorban kepada Penciptaku

yang satu tapi apakan daya nasi sudah menjadi bubur. Masaku di

dunia sudah tamat. Aku harus kembali kepada Allah SWT. Ingin

sekali aku membisikkan di telinga anak-anakku supaya jangan

mensia-siakan hidup dengan mengejar keduniaan, jangan renggang

menjalankan tugas mereka sebagai seorang Muslim dan jangan

sekali jauhkan ingatan terhadap Allah Yang Maha Esa. Kejayaan

duniawi adalah sementara yang mana tidak semua orang Allah

izinkan mencapainya. Sedangkan kejayaan akhirat itu adalah lebih

kekal lagi abadi dan boleh dicapai jika kita bersungguh-sungguh

melaluinya.



Mengingati mereka bahawa mati boleh terjadi pada mereka semua

bila bila masa jika dikehendakinya. tiada guna menyesal dan tiada

guna bertaubat jika nyawa sudah diragut. Ingin sekali aku membuat

pengumuman pada semua yang ada tetapi apakan dayaku,

jeritanku hanya dapat didengari oleh tuhaku.



Keesokan pagi, jasadku dibawa untuk dimandikan. Seluruh tubuhku

diberus dan disabun sebersih-bersihnya. Harapanku, jasadku

dibasuh dengan perlahan, dibuat seperti orang yang hidup kerana

walaupun jasadku sudah menjadi mayat, kekerasan masih dapat ku

rasai dan kesakitanku hanya Tuhan sahaja yang tahu. Alhamdulillah

mayatku dikendalikan dengan penuh lembut dan tertib. Akhir sekali

jasadku diwudhukan. Sebagai roh, walaupun jasadku yang

disucikan, aku masih merasakan kesucian itu. Tubuhku rasa

sungguh segar selepas dimandikan.



Process seterusnya sungguh menyayat hati. Saat inilah kali terakhir

anak-anakku, saudara maraku, teman-temanku dapat meratapi

wajahku. Dengan begitu teliti dan bersih, jasadku dikapankan

dengan kain putih tetapi mukaku dibuka supaya anggota keluargaku

dapat meratapi, menciumiku buat kali terakhirnya. Suasana begitu

pilu, wajah setiap seorang yang melawatku kelihatan begitu sedih

terutama sanak saudaraku yang pernah merapati diriku sewaktu

aku hidup dahulu. Setiapkali dahiku dicium, pasti air mata akan

mengalir membasahi pipi mereka. Namun tidak setitik pun yang

jatuh tertimpa jasadku. Tanpa disedari air mataku mengalir. Terlalu

sedih kurasakan melihat diriku akan berjauhan dengan semua.



Dengan diiringi Al Fatihah, jasadku dibawa ke tanah perkuburan.

Saat ini yang amat menggerunkanku. Tidak lama lagi, malaikat

mungkar dan nangkir akan mendampingiku dan aku akan disoal.

Hanya ilmu dan amalan ku sahaja yang dapat membantuku di kubur

kelak. Bukan anak-anakku, bukan guru-guruku tetapi ilmu agamaku

dan amalan ku sahaja. Di tanah perkuburan inilah kali terakhir

anggota keluargaku dapat melihat jasadku. Perlahan-lahan jasadku

di masukkan ke dalam liang lahad dan sejurus selepas jasadku

ditindih dengan tanah-tanah yang masih merah, kubur ku dikelilingi

dan dibacakan beberapa ayat Al Quran. Inilah gelombang

perpindahan ku yang ketiga iaitu alam kubur. Penghijrahan yang

kedua terakhir sebelum hari kiamat. Sebelum aku berhijrah ke alam

yang kekal abadi, liang lahad lah menjadi tempat kediamanku.

Dengan hati yang penuh debaran dan kerisauan, aku menunggu

kedatangan kedua malaikat yang akan menyoalku, yang akan

menentukan adakah aku akan hidup dengan aman di alam kubur ini

atau pun akan diseksa