Like My Facebook Page

Anda follow blog saya, saya akan follow blog anda kembali. =)

Tazkiyatun Nafs

Satu persoalan timbul dalam benakku,“ Layakkah kita menagih cinta insan seandainya cinta Tuhan belum tergapai?Sedangkan cinta Allah adalah segalanya, cinta Rasul lambang cinta kepada-Nya, cinta ibu bapa tulus selamanya, cinta saudara ukhwah kerana-Nya dan cinta pada’nya’ pelengkap kasih-Nya…Hamparkanlah cinta kepada Yang Selayaknya..Jadi,jika mengharap cinta sejati, dambalah kasih Ilahi, itulah cinta hakiki..tepuk dada, tanya iman, tanya akal fikiran, tanya hati, tanya diri sendiri…Sejauh manakah taraf cinta kita ini? ”
gravatar

Celcom tekad Bantu Yahudi dan galak Maksiat


"

boycott202Nampaknya teguran pemudawilayah melalui kenyataan yang dibuat berhubung isu Konsert Rihanna dipandang ringan oleh pihak Celcom (M) Berhad. Celcom yang bekerjasama dengan Syarikat Pineapple Concert Sdn Bhd untuk mengadakan konsert ternyata tidak peka terhadap sensitiviti rakyat negara ini yang sedang dilanda gejala sosial yang melampau.

Dengan begitu yakin mereka menyatakan bahawa Rihanna merupakan seorang artis yang berdisiplin dan bersih.


Walaubagaimana pun media pernah mendedahkan tentang kontraversi sebuah lagu beliau yang dianggap lucah dan menghairahkan iaitu lagu yang bertajuk -Sexuality.

Liriknya sememang mengambarkan pujukkan bagi perlakuan seksual dan ketika menyampaikan lagu berkenaan juga gaya-gaya erotik digunakan.Celcom mungkin boleh beri jaminan bahawa beliau mungkin tidak akan menyanyikan lagu berkenaan di sini, tapi muda mudi kita tahu akan kewujudan lagu ini.

Rihanna mania yang sering berlaku ketika beliau mengadakan konsert juga sering menjadi tumpuan dimana para remaja dan muda mudi begitu taksub kepada artis ini. Inilah dia bentuk pengalihan pemikiran dimana muda mudi kita menerima hiburan itu sebagai satu cara hidup bukan sekadar hiburan.

Hiburan yang dibawakan ini juga tidak memberikan apa-apa manfaat buat masa depan muda muda ini.

Kenyataan Pengerusi Eksekutif Celcom, Datuk Shazali Ramli yang menganggap konsert ini diadakan sebagai tanda perhargaan buat pelanggan Celcom Xpax khususnya remaja hanyalah suatu strategi pemasaran bagi menarik golongan ini bersama Celcom.

Kelainan berhibur yang dijanjikan juga terlalu abstrak untuk digambarkan tetapi berdasar latarbelakang artis yang dijemput kita sudah dapat mengambarkan bentuk kelainan itu.

Jika Celcom ingin mengaut untung sekalipun, ini bukanlah cara terbaik kerana ianya akan meninggalkan gejala sosial yang tidak terkawal dalam masyarakat.

Rihanna akan kembali membawa wang yang banyak hasil tajaan Celcom dan duit itu akan turut masuk ke dalam akaun Kerajaan Amerika yang akhirnya akan menaja kezaliman Israel di Palestine.

Sementara itu remaja kita yang tinggal akan terkontang kanting mencari hala tuju. Celcom hanya meraih untung tetapi yang rosak, yang rugi adalah remaja kita.

Maka dimanakah rasa tanggungjawab korporat yang seharusnya terpikul dibahu Celcom untuk membantu mengurangkan masalah sosial dinegara ini.

Celcom sebagai sebuah syarikat tempatan sewajar mengutamakan produk hiburan tempatan yang lebih menepati selera tempatan. Malah kita masih boleh mengawal artis tempatan dengan mudah berbanding artis luar yang selalu bersikap over dan tidak terkawal bila di atas pentas.

Pada tahun 2006 penganjur Konsert bagi kumpulan penyanyi wanita dari Amerika, *****cat Dolls telah didenda sebanyak RM10,000 atau US$3,00 kerana melanggar etika dan syarat yang dikenakan.

Bagi penganjur, mereka tak rugi apa sebab RM 10,000 itu kecil dan mereka boleh bayar. Masalahnya adalah remaja kita yang melihat konsert lucah yang menghairahkan itu. Mereka telah dirosakkan dengan kecelaruan sistem hiburan yang ada.

Artis-artis wanita khususnya yang dihasilkan di Amerika kini cenderung kepada persembahan erotik dan penyampaian lagu yang begitu seksi.

Pada pandangan barat, artis yang bersih itu adalah artis yang tidak ambil dadah, jenayah dan alkohol sahaja. Walaubagai mana pun artis yang mengamalkan seks bebas, menyanyikan lagu lucah dan beraksi erotik masih dianggap bersih jika tidak melakukan tiga perkara yang disebutkan tadi.

Maka kami melihat bahawa pandangan Pengerusi Eksekutif Celcom juga di dasari dengan cara yang sama. Oleh itu kami bertegas untuk menolak kehadiran artis ini bagi menjaga akhlak dan juga masa depan belia dinegara ini.

Kami juga bertegas untuk menolak kehadiran Rihanna yang turut menjadi penyumbang kepada kezaliman Israel di Gaza.

Pemudawilayah akan menghantar memorandum bantahan pada esok petang (23 Januari) jam 3 petang di Ibupejabat Celcom di Jalan Raja Muda Abdul Aziz dan juga pejabat Puspal di Bangunan TH Perdana, Jalan Sultan Ismail pada jam 4 petang.

Sehubungan dengan itu mereka yang berminat untuk membuat bantahan dan wartawan dijemput hadir."