Cinta Ibu
Gambar Hiasan.
( Ibu Sedang Menanti Kepulangan Kita Di Hari Raya. Rumah Yang Sepi Akan Meriah Bersama Cucu Dan Anak)
"Ibu insan mulia yang melahirkan kita,membelai kita mengasuh kita rasanya tidak terbalas jasa ibu kerana ibu tidak ada tempat penggantinya.
Di dunia setiap manusia dikurniakan satu je ibu,kalau takde maka hilanglah seri hidup.
Sementara ibu kita hidup hargai ibu kita dengan kasih sayang dan cinta sebagai balasan kepada cinta mereka yang mengasuh dan melahirkan kita dimuka bumi.
Adakah ibu harapkan wang ringgit?Tidak cukuplah kau membahagiakan mereka,bertanya khabar,menjenguk mereka ketika ada ruang.
Ramai sekadar hanya menghantar wang ke rumah namun diri sendiri tidak kelihatan akibat sikap merasakan wang sudah cukup membahagiakan ibu.
Namun disudut hati ibu beliau rindu akan anak mereka.
Moga hari ibu bukan diamalkan sikap tahunan,tanya khabar sekadar setahun sekali. Keraplah hubungi ibu anda,jangan biarkan dirinya tertanya-tanya. Anak ku dimana?Sihat kah dia?Sudah makan kah dia?
Kita sebagai anak?pernah kah pertanyaan begitu terpacul dimulut kita?Jika sudah Alhamdulillah,jika belum mulakan lah pertanyaan begitu sebagai penghargaan selagi nyawa ibu masih lagi ada.