Like My Facebook Page

Anda follow blog saya, saya akan follow blog anda kembali. =)

Tazkiyatun Nafs

Satu persoalan timbul dalam benakku,“ Layakkah kita menagih cinta insan seandainya cinta Tuhan belum tergapai?Sedangkan cinta Allah adalah segalanya, cinta Rasul lambang cinta kepada-Nya, cinta ibu bapa tulus selamanya, cinta saudara ukhwah kerana-Nya dan cinta pada’nya’ pelengkap kasih-Nya…Hamparkanlah cinta kepada Yang Selayaknya..Jadi,jika mengharap cinta sejati, dambalah kasih Ilahi, itulah cinta hakiki..tepuk dada, tanya iman, tanya akal fikiran, tanya hati, tanya diri sendiri…Sejauh manakah taraf cinta kita ini? ”
gravatar

10 Serangga Pemegang Rekod Di Dunia

Serangga adalah haiwan-haiwan kecil namun menyimpan beraneka ragam keunikan.Serangga adalah haiwan dengan spesies terbanyak di dunia. Ini 10 serangga pemegang rekod di dunia:

1. Serangga Paling Cantik: Sunset Moth from Malagasy

sayap serangga ini sebenarnya tidak mempunyai pigmentasi apa-apa. Warna yang muncul di sayapnya berasal dari pembiasan cahaya dari pita-pita mikro padasayapnya. Serangga ini aktif pada siang hari, ketika serangga dari family yang sama aktif pada malam hari. Mereka berasal dari Madagascar dan Amerika Selatan, dan sayapnya berganti warna dari biru ke hijau keemasan dan lalu ke warna kuning ketika dilihat dari sisi yang berbeza.

2. Semut Paling Berbahaya: Black Bulldog Ant of Australia

Secara literatur, semut ini diketahui pernah membunuh manusia. Serangga ini merupakan jenis yang paling primitif dari semua semut dan sangat agresif. Panjangnya sekitar 1 inchi dan dapat tumbuh hingga 2 inchi. Sesuai namanya, semut ini hanya ditemui di Australia dan gerakannya pun sangat cepat.

3. Serangga Terbang Tercepat: Horse Fly

Serangga ini boleh terbang dengan kelajuan 90 MPH (miles per hour). Ia juga mempunyai manuver yang sangat baik di udara. Ia dapat melencong dan berganti arah dengan kelajuan cahaya. Ia juga mempunyai mata yang sangat besar, dan dapat melihat dengan sudut hampir 360 darjah.

4. Serangga Terberat: Goliath Beetle

Serangga ini berasal dari keluarga scarab beetle, dan suka memakan tanaman mati. Ia mempunyai panjang 2 hingga 4,3 inchi dan berat sekitar 3 hingga 3.5 oz (sekitar 28,35gram). Mereka memainkan peranan penting dalam ekosistem sebagai dekomposer.

5. Serangga Paling Mengganggu: No-See-Um

Serangga ini merupakan lalat yang sangat kecil yang berkumpul dalam sebuah kumpulan dan terbang dalam arah yang tidak jelas. Mereka dapat melewati celah-celah pintu atau tingkap. Mereka biasanya hidup di tempat yang ada sumber airnya. Hanya yang betina yang menggigit dan menghisap darah, dengan tujuan untuk mendapatkan protein untuk membesarkan telur-telurnya.

6. Serangga Terpanjang: Giant Stick Insect

Panjangnya sekitar 163 mm, dan jika dikira ketika kakinya semua terentang,panjangnya menjadi 295 mm. Pada beberapa kes, panjangnya boleh mencapai 20inchi. Ada lebih dari 3.000 spesies serangga ini yang ditemui, dan beberapa dari mereka mempunyai sayap dan boleh terbang.

7. Serangga Ternyaring: Brevisana brevis

Spesies cengkerik ini bunyinya boleh terdengar hingga 1 batu jauhnya. Pada jarak dekat, bunyinya boleh mencapai 120 dB. Sebagai perbandingan, muzik pada diskotik'hanya' bersaiz 100 dB.

8. Serangga dengan Bentuk Teraneh: Thorn Bug

Saiz dan warna serangga ini sangat berbeza, namun biasanya, serangga dewasa berukuran tinggi sekitar 0,5 inchi dan berwarna hijau. Mereka ditemui di Amerika Tengah dan Selatan, Mexico, dan Florida Selatan.

9. Serangga dengan Waktu Hidup Terawal: Queen of Termites

Serangga ini diketahui telah hidup selama 50 tahun. Mereka telah ada di bumi sejak 200 juta tahun yang lalu. Serangga ini memakan kayu-kayu kering dan menyebabkan kerosakan pada rumah-rumah berbanding kebakaran dan badai. Ratunya boleh menghasilkan 5.000-7.000 butir telur per hari.

10. Serangga Paling Merosakkan: Desert Locus

Jika anai-anai seperti di atas menyebabkan banyak kerosakan pada rumah, itu tidakada artinya jika dibandingkan dengan kerosakan yang dihasilkan oleh Desert Locus.Mereka masing-masing makan dengan saiz yang sama dengan berat tubuhnya.Mereka memakan hampir semua jenis sayur-sayuran, daun, bunga, padi, buah, dan biji-bijian. Tahun 2003-2005 merupakan tempoh serangan desert locus yang paling buruk di Afrika Barat. Mereka telah menceroboh lebih daripada 20 buah negara, dan kos yang telah dikeluarkan untuk memerangi mereka melebihi $ 400 juta. Kerosakanyang dihasilkan pada ladang bernilai lebih daripada $ 2.5 bilion.