Like My Facebook Page

Anda follow blog saya, saya akan follow blog anda kembali. =)

Tazkiyatun Nafs

Satu persoalan timbul dalam benakku,“ Layakkah kita menagih cinta insan seandainya cinta Tuhan belum tergapai?Sedangkan cinta Allah adalah segalanya, cinta Rasul lambang cinta kepada-Nya, cinta ibu bapa tulus selamanya, cinta saudara ukhwah kerana-Nya dan cinta pada’nya’ pelengkap kasih-Nya…Hamparkanlah cinta kepada Yang Selayaknya..Jadi,jika mengharap cinta sejati, dambalah kasih Ilahi, itulah cinta hakiki..tepuk dada, tanya iman, tanya akal fikiran, tanya hati, tanya diri sendiri…Sejauh manakah taraf cinta kita ini? ”
gravatar

Jangan Pernah Menempah Tempat Di Neraka


Musim panas merupakan ujian yang cukup berat. Terutama bagi Muslimah, untuk tetap mempertahankan pakaian kesopanannnya. Keadaan yang panas tak lantas menjadikannya menggadaikan etika. Berbeza dengan musim dingin, dengan menutup telinga dan leher kehangatan badan boleh terjaga. Jilbab memang memiliki pelbagai fungsi.

Dalam sebuah perjalanan yang cukup panjang, dari Kaherah ke Alexandria; di sebuah mikrobus, ada seorang perempuan muda berpakaian kurang layak untuk dikatakan sebagai menutup aurat, kerana menantang kesopanan. Ia duduk dihujung kerusi dekat pintu keluar. Tentu saja dengan cara pakaian seperti itu mengundang ‘perhatian’.

Seorang lelaki setengah baya yang kebetulan duduk disampingnya mengingatkan bahawa pakaian yang dikenakannya boleh mengakibatkan sesuatu yang tak baik bagi dirinya sendiri. Disamping itu, pakaian tersebut juga melanggar peraturan agama dan norma kesopanan. Orang tua itu berbicara agak hati-hati, perlahan-perlahan, sebagaimana seorang ayah terhadap anaknya.

Apa respon perempuan muda tersebut? Rupanya dia tersinggung, lalu dia menunjukkan kemarahannya kerana merasa ianya dirusik. Hak berpakaian menurutnya adalah hak istimewa seseorang.

“Jika ayah mahu, ini telefon saya. Tolong pesankan saya, tempat di neraka!”

AstaghfirullahalAziem. Orang tua berjanggut itu hanya beristighfar. dia terus menggumam kalimat-kalimat Allah. berikutnya, suasana begitu senyap. Beberapa orang kelihatan kelelahan dan terlelap dalam mimpi, tak terkecuali perempuan muda itu.

Lalu sampailah perjalanan di penghujung tujuan, di terminal terakhir mikrobus Alexandria . Kini semua penumpang bersiap-siap untuk turun, tapi mereka dihalangi oleh perempuan muda tersebut yang masih tidur, kerana posisi tidurnya berada dekat pintu keluar.

“Bangunkan saja!” kata seorang penumpang.
“Iya, bangunkan saja!” teriak yang lainnya.

Gadis itu tetap diam, tidak bergerak. Salah seorang dari mereka cuba mendekatinya, dan menggerak-gerakkan tubuh si gadis agar posisinya berpindah. Namun, ASTAGHFIRULLAH!

Apakah yang terjadi? Perempuan muda tersebut benar-benar tidak bangun lagi. Ia menemui ajalnya dalam keadaan MENEMPAH NERAKA!

Keseluruhan para penumpang mikrobus beristighfar, kalimah tauhid serta menggumamkan kalimah Allah sebagaimana yang dilakukan ayah tua yang duduk di sampingnya. Ada pula yang meneriakkan Allahu Akbar dengan linangan air mata. Sebuah pengakhiran yang menakutkan.