Like My Facebook Page

Anda follow blog saya, saya akan follow blog anda kembali. =)

Tazkiyatun Nafs

Satu persoalan timbul dalam benakku,“ Layakkah kita menagih cinta insan seandainya cinta Tuhan belum tergapai?Sedangkan cinta Allah adalah segalanya, cinta Rasul lambang cinta kepada-Nya, cinta ibu bapa tulus selamanya, cinta saudara ukhwah kerana-Nya dan cinta pada’nya’ pelengkap kasih-Nya…Hamparkanlah cinta kepada Yang Selayaknya..Jadi,jika mengharap cinta sejati, dambalah kasih Ilahi, itulah cinta hakiki..tepuk dada, tanya iman, tanya akal fikiran, tanya hati, tanya diri sendiri…Sejauh manakah taraf cinta kita ini? ”
gravatar

Aku Ada Musuh???

بسم الله الرحمن الرحم
Dengan Nama Allah yang
Maha Besar lagi Maha Berkuasa
Segala puji bagi Allah
dan Kesejahteraan ke atas
hamba-hamba-Nya...

Assalamualaikum dan salam ukhuwah buat semua sahabat yg dirahmati Allah SWT.Alhamdulillah bersyukur ke hadrat Illahi dengan izinNya dapat lagi saya berkongsi ilmu dengan semua.Walaupun kali ni nampk macam simple present tense tapi mungkin dapat bagi manfaat kepada kita semua,insyaAllah.Kalau sahabat2 perasan entry yang saya poskan lebih kepada perkongsian kan?hehe…sebab saya tak pandai sangat nak berdiskusi nihh, saya lebih suka berkongsi tapi bukan semua hal saya suka berkongsi ye..tettt..... ok lah terus kepada topik kali nihh...




Kome rasa kome ada musuh x??mungkin sesetengah orang rasa dia tiada musuh.Tak dinafikan laa yang tu,mungkin orang yang tiada musuh tu dia seorang yang baik, alim, tak pernah nak sakitkan hati orang lain, selalu menolong orang dan macam2 lagi laa.TAPI kalau saya cakap semua orang ada musuh macam mana???percaya tak??tak nak percaya sudahhh……

Mungkin secara mata kasarnya kita tak nampak siapa musuh kita.Tapi dalam diam musuh itu berusaha untuk menjatuhkan kita sedaya upayanyKalau kita lihat kesungguhannya memang menggagumkan.Fuhh,kalau la kita dapat semangat macam tu memang bagus lahhPower3,tapi apakan daya kita hanya manusia biasa yang selalu saja buat kesalahan akibat daripada pengaruh musuh ini…sapa ehhh??misteri betol…bakorr je musuh niii!!!.....IBLIS LAKNATULLAH…kome kenal dia nihh…kot2 la adik-beradik ka, bau2 bacang ka??hihihh…gurau je…dia ni laa musuh yang saya maksudkan.Tak kira pi tang mana semua dia ada, cuma kita je yang tak nampak…adeh3…selalunya kita nihh kutuk syaitan habis-habisan secara terang-terangan tapi diam2 pulak kita jadi kawan dia…(ape kess..?)…wallualam…

Jadi,jom kita kenal musuh kita ni btoi2.Lepas tu sama2 kita bantai dia cukup2 sampai dia jatuh merudum…!!
ALLAHU AKHBAR!

BIODATA IBLIS (musuh ketat)

Pengenalan diri

Nama penuh: Iblis Laknatullah
Tarikh kelahiran: sejak ia enggan sujud kpd Nabi Adam Alaihi Salam
Status diri: fasiq kelas pertama
Agama: kufur
Tempat tinggal: hati orang2 yang lalai
Kawasan/daerah: semua tempat yang tidak ada jalan untuk mengingati ALLAH SWT
Tunjuk arah perjalanan: bengkang-bengkok, tidak ada arah tujuan dan perjalanan
Isteri di dunia: setiap wanita yang tidak menutup aurat
Kaum kerabat: semua golongan thaghut

Status perniagaan

Modal pusingan: angan2 kosong
Tempat pertemuan: pasar
Musuh saingan: semua orang Islam
Dalil atau hujah: fatamorgana(maya)
Motto kerja: hipokrasi asas akhlak
Uniform kerja: segala warna seperti sesumpah
Kegemaran: semua orang yang lalai mengingati allah
Yang melemahkannya: istighfar
Lambang korporat: sebarang tatu
Pejabat tetap: tandas dan bilik air
Sifatnya: muzabzab, mengikut angin dan keperluan
Rakan kongsi: golongan munafik
Sumber pendapatan: harta yang haram
Bilik operasi: tempat2 najis dan maksiat
Jenis perkhidmatan: menyuruh orang kearah kejahatan dan menggalakkan kemungkaran
Jawatan: pengarah urusan golongan yang dimurkai oleh ALLAH SWT dan golongn yang sesat
Tempoh perkhidmatan: sampai kiamat

Kaedah operasi

Hala perjalanan: jalan ke neraka
Jenis kenderaan: pembohongan
Kaedah komunikasi: mengumpat, mengadu domba dan mengintip
Perangkapnya: semua wanita
Cita2nya: supaya semua orang menjadi kafir
Kerja yang paling disukai: homoseks dan lesbian
Para penghiburnya: seniman dan seniwati
Yang ditakuti:mukmin yang bertaqwa
Yang dibenci: orang yang selalu diberkati allah
Daya tahan: sesungguhnya tipu daya syaitan itu sangatlah lemah..
Yang menyebabkan ia meraung: bila mana orang sujud kepada ALLAH SWT
Menangis ajalnya: pada waktu tertentu menjelang kiamat.

Syaitan hanyalah fitnah dan tipu daya, ia akan kalah bila berhadapan dengan cahaya kebenaran (Al-Haq) dari Tuhan.


*Okey laa sahabat2 semua,macamana??dah kenal dengan baik musuh kita nihh?? dah tau cara nak jatuhkn dia?mulai dari detik nii saya nak ingatkan kepada semua supaya jangan biarkan diri anda diselubungi oleh misteriiii…ehhh silap2…jangan biarkan diri anda diselubungi musuh yang direjam ini..hehe..okey?bersama2 kita membanterasnya dengan amar makruf nahi mungkar…!

“BERSEMI UKHUWAH DIPUPUK KASIH”