Tazkiyatun Nafs
Satu persoalan timbul dalam benakku,“ Layakkah kita menagih cinta insan seandainya cinta Tuhan belum tergapai?Sedangkan cinta Allah adalah segalanya, cinta Rasul lambang cinta kepada-Nya, cinta ibu bapa tulus selamanya, cinta saudara ukhwah kerana-Nya dan cinta pada’nya’ pelengkap kasih-Nya…Hamparkanlah cinta kepada Yang Selayaknya..Jadi,jika mengharap cinta sejati, dambalah kasih Ilahi, itulah cinta hakiki..tepuk dada, tanya iman, tanya akal fikiran, tanya hati, tanya diri sendiri…Sejauh manakah taraf cinta kita ini? ”
Kebiasaanya mat-mat rempit yang berkonvoi. Tetapi kali ini ulat bulu pula yang berkonvoi. Mari kita saksikan bagaimana rupanya ulat bulu berkonvoi ^_^
Waaaahhhhhhh lurusnya barisan. Kalau lah orang-orang yang konvoi itu barisannya lurus seperti ini, alangkah cantiknya. Gambar ini ditangkap oleh Jamie Rooney di Taman Nasional Kruger yang terkenal di Afirika Selatan. Tahniah kepada ulat bulu kerana berkonvoi dengan kemas.