Manusia Lebih Berbau Berbanding Haiwan
Tubuh manusia ternyata lebih bau daripada haiwan kerana aroma dilepaskan hampir dari seluruh bahagian tubuh. Penelitian yang diterbitkan dalam jurnal Trends in Parasitology mengungkapkan, bandingan dengan unggas dan haiwan mamalia lain, manusia menghasilkan lebih banyak senyawa organik yang mudah menguap.
Pada bulu ayam dan rambut jerapah, misalnya, hanya terdapat sedikit asam karbolik. Sementara itu, manusia memiliki sebatian yang mudah menguap yang menjadi faktor dominan dalam menyebarkan aroma.
“Mikroorganisme di kulit manusia menggunakan bahan-bahan yang ada di kulit dan peluh untuk metabolisme mereka. Mikroorganisme ini mengubah sebatian yang tidak mudah meruap menjadi mudah meruap,” ujar pemimpin studi Renate Smallegange.
Dalam kajian tersebut, peneliti membandingkan pengedaran, fungsi, dan pengeluaran pada beberapa jenis kelenjar kulit manusia dengan haiwan primate lain. Kulit haiwan seperti cimpanzi dan gorila, ternyata menghasilkan lebih banyak minyak yang dikatakan untuk memperkuatkan rambut di badan mereka.
Manusia menghasilkan air, protein, asid amino, urea, amonia, asid susu, dan garam. Sebahagian besar sebatian yang dikeluarkan itu beraroma. Sejak masa akil baligh, kelenjar mengeluarkan komponen-komponen ini bersama dengan bakteria.
Dengan mengetahui asal mula aroma manusia ini, para peneliti mengharapkan ia boleh mencegah penularan penyakit antara manusia dengan perantaraan serangga. Beberapa serangga, seperti nyamuk, tertarik pada aroma yang dihasilkan oleh manusia. Nyamuk boleh membawa perbagai penyakit yang boleh membawa kepada kematian, seperti demam berdarah dengi dan malaria.
Kajian yang dijalankan di lmakmal, para peneliti mendapati aroma asid karboksilik yang terkandung dalam keringat sangat menarik perhatian bagi nyamuk.