Like My Facebook Page

Anda follow blog saya, saya akan follow blog anda kembali. =)

Tazkiyatun Nafs

Satu persoalan timbul dalam benakku,“ Layakkah kita menagih cinta insan seandainya cinta Tuhan belum tergapai?Sedangkan cinta Allah adalah segalanya, cinta Rasul lambang cinta kepada-Nya, cinta ibu bapa tulus selamanya, cinta saudara ukhwah kerana-Nya dan cinta pada’nya’ pelengkap kasih-Nya…Hamparkanlah cinta kepada Yang Selayaknya..Jadi,jika mengharap cinta sejati, dambalah kasih Ilahi, itulah cinta hakiki..tepuk dada, tanya iman, tanya akal fikiran, tanya hati, tanya diri sendiri…Sejauh manakah taraf cinta kita ini? ”
gravatar

16 Hukuman Tragis Dalam Sejarah Empayar China Kuno

Dalam sejarah hukuman kuno di negara China, terdapat 16 jenis hukuman yang paling terkenal.

1. Disiat

ketika disiat bermula dari tulang belakang, kulit punggung dibelah menjadi dua, perlahan-lahan pisahkan kulit dengan daging, dibuka seperti kupu-kupu yang mengembangkan sayapnya. Selain itu, ada sebuah cara lain untuk mengsiat. selain itu, terdapat cara lain. iaitu dengan menanam orangnya di tanah, hanya kelihatan kepalanya saja. Buat goresan berbentuk tanda (+) di atas kepala, lalu dibuka kulitnya, tuangkan mecury ke dalamnya.

kerana mercury sangat berat, maka ia akan dapat memisahkan kulit dan daging, orang yang ditanam di tanah akan merasa sangat sakit, namun tidak dapat melepaskan diri. Lalu akan melompat keluar dari lubang, meninggalkan selembar kulit di tanah... lalu kulit tersebut dijadikan gendang. digantungkan di depan pengadilan untuk memperingatkan kepada orang ramai. Pada awalnya, hukuman disiat dilakukan setelah mati, kemudian berkembang menjadi disiat dikuliti.

2. Penggal pinggang

memenggal pinggang adalah memisahkan tubuh seseorang dari bahagian tengah, sedangkan organ-organ penting berada pada tubuh bahagian atas, maka yang dihukum tidak akan segera mati, melainkan masih sadar dan memerlukan beberapa saat lagi hingga akhirnya mati. ketika Kaisar Chengzu dari dinasti Ming menghukum mati Fang Xiaoru, beliau menggunakan cara ini. Konon setelah dipenggal, Fang Xiaoru masih boleh merangkak dan menulis huruf "cuan" (= merebut ; biasanya untuk merebut tahta) di tanah. Setelah menulis 12 setengah huruf, baru akhirnya mati.

3. Pisahkan dengan kereta

Nama lainnya adalah "membelah mayat dengan 5 kuda". Sangat sederhana, iaitu dengan mengikat kepala, kedua tangan & kedua kaki dengan tali, lalu ditarik oleh 5 ekor kuda ke 5 arah yang berbeza, sehingga tubuhnya terbelah menjadi 6 bahagian. Shang Yang dihukum mati dengan cara ini. memerlukan tenaga besar jika ingin memisahkan tubuh orang menjadi 6 bahagian, apalagi jika dengan ditarik. maka dapat dibayangkan penderitaan si penerima hukuman. Pada ketika benar-benar sudah terpisah, mungkin ia sudah tidak merasakan penderitaan lagi. Kesakitannya adalah pada saat ditarik.

4. Lima hukuman

Gabungan dari penggal kepala, potong kaki, potong tangan, potong telinga dan hidung, "belah menjadi 8 bahagian". Biasanya setelah orangnya mati, baru dipotong kepala, tangan & kakinya, lalu tubuhnya dibelah jadi 3. Setelah Kaisar Gaozu dari Dinasti Han mangkat, Permaisuri Lv menangkap gundik kesayangannya, Nyonya Qi (ibu dari Liu Ruyi), memotong tangan dan kakinya, juga memotong hidung, telinga & lidahnya, mencungkil matanya, lalu dibuang ke kandang babi, diberi nama "ren zhi" (babi manusia). sampai-sampai anak Permaisuri Lv juga sangat terkejut melihatnya.

5. Hukuman mati perlahan-perlahan

Pada awalnya adalah setelah mati baru mayatnya dicincang jadi bubur daging, disebut "hai". yang pernah menerima hukuman ini adalah Zi Lu, dan putera sulung Zhou Wen Wang: Bo Yi Kao. Kemudian dalam perkambangannya, menjadi lebih terperinci, iaitu hukuman dilakukan ketika orangnya masih hidup, tujuannya agar yang dihukum menderita, maka ada ketentuan harus dibacok sampai berapa kali dulu sebelum mati.

Konon kemudiannya hukuman ini dilaksanakan oleh 2 pertanda, mulai ditetak dari kaki, terus hingga 1000 tetakkan, iaitu dengan dipotong dagingnya sekeping-sekeping sampai mati. Katanya jika belum sampai 1000 tetakkan sudah mati, maka pertandanya juga akan kena hukum.

Sebelum hukuman dijalankan, tubuhnya dililit dengan jala ikan agar daging-dagingnya menonjol keluar, lebih mudah untuk dipotong-potong. lalu dibawa keliling kota, ditonton oleh rakyat, dagingnya pun dimakan oleh rakyat. Penderitaan secara batin mungkin melebihi penderitaan secara fizikal. Ini adalah salah satu hukuman rasmi di zaman Ming - Qing.

6. Jerat / gantung

Hukuman jerat di Zhongguo biasanya menggunakan tali busur. iaitu dengan meletakkan ia pada leher yang akan dihukum, tali menghadap ke depan, penghukum berdiri di belakang sambil memutarkan busurnya semakin lama semakin kuatr. Yang dihukum akan mati perlahan-perlahan. Ayah-anak Yue Fei mati di Paviliun Fengbo dengan cara seperti ini. Raja Gui dari Dinasti Ming akhir juga dibunuh dengan cara jerat/gantung ini oleh Wu Sangui.

7. Dimasak / direbus

Pada zaman Dinasti Tang, zaman pemerintahan Wu Zetian, ada seorang lelaki bernama Lai Junchen yang suka menggunakan cara-cara hukuman yang kejam. Terhadap tawanan yang tidak mau mengaku, dia sering menyoal dengan memaksa menggunkan hukuman sadis. iaitu dengan menggunakan sebuah kuali dan menyuruh tawanan masuk ke dalamnya, lalu di bawah kuali dibakar api (seperti memasak). jika tawanan tetap tidak mahu mengakui kesalahannya, maka akan mati kepanasan.

Kemudian Wu Zetian mendengar hal ini dan memanggil Lai Junchen. dia bertanya pada Lai Junchen, apa yang dilakukan bila ada tawanan yang tidak mau mengaku? Lai Juunchen menceritakan cara ini dengan bangga. Wu Zetian pun berkata dengan tenang, “Persilakan dia masuk ke kuali.” … dan Lai Junchen pun mati dibakar.

8. Menyeksa kemaluan

Sima Qian pernah menerima hukuman ini sebelum menuliskan kitab sejarah (Shi Ji). Cara ini di Zhongguo sangat terperinci. ikat bahagian kemaluan agar darah tidak dapat mengalir, sehingga rosak, kemudian dipotong dengan pisau (seluruhanya) Setelah dipotong, diletakkan abu wangi untuk menghentikan darah, pasangkan bulu angsa pada lubang jalur kencing. Tunggu beberapa hari, bulu angsa itu akan dicabut. Kalau boleh kencing, bermakna proses ini berhasil.

Kalau tak boleh kencing, anggap saja gagal. jadi orang cacat. biasanya mereka akan mati keracunan kerana kencing yang tak boleh keluar. jika hukuman ini dijalankan, sebaiknya alat sulit masih kecil. jika semakin tua, risikonya akan menjadi semakin besar. Hukuman ini sering digunakan oleh kaum bangsawan untuk menggantikan hukuman mati. Sebaliknya, untuk wanita, adalah dengan cara tertutup.

9. Lumpuhkan kaki

Untuk potong kaki ini, ada beberapa penjelasan yang berbeza. Ada yang mengatakan dengan memotong kaki dari lutut ke bawah. Ada juga yang mengatakan dengan mengambil tulang lutut. Yang kedua nampaknya lebih dapat dipercayai. ini kerana ia adalah sejenis hukuman kejam dengan membuatkan orang jadi lumpuh. Pada zaman Zhan Guo, Sun Bin (孙宾) pernah menerima hukuman ini.

Jika tulang lutut diambil, maka antara kaki bahagian atas dan kaki bahagian bawah akan kehilangan hubungan, berdiri pun tidak boleh. dalam sejarah tidak rasmi, Sun Bin mengatakan akibatnya tidak boleh menunggang kuda ketika berperang.

10. Tusuk dengan jarum

iaitu dengan menusukkan jarum pada celah kuku. Biasa digunakan untuk tawanan wanita.

11. ditanam hidup-hidup

Sering digunakan pada zaman Zhan Guo. kerana khidmat tenaga, juga cepat. Hukuman ini biasanya tawanan perang disuruh menggali lubang sendiri, kemudian dibunuh dan dimasukkan ke dalam lubang itu. jika waktunya tidak cukup, terus sahaja dimasukkan ke dalam lubang dan ditanam hidup-hidup. Hukuman ini sudah ada sejak zaman kuno. Tapi belum pernah tercatat ada tokoh terkenal yang mati dihukum dengan cara ini. Yang lebih kejam ialah dengan ditanam dalam posisi berdiri, dengan kepala di atas permukaan tanah, dan disiksa dahulu.

12. Racun Zhen

Racun zhen sepertinya merupakan cara yang cukup berperikemanusiaan di antara hukuman-hukuman kejam ini. Di antara racun-racun jaman Zhongguo kuno, yang paling terkenal adalah racun zhen. Dari sinilah asal muasal dari peribahasa “minum zhen untuk menghilangkan haus”. Biasa digunakan untuk hukuman “diberi kematian” (maksudnya disuruh bunuh diri sendiri).

13. Hukuman tongkat

Yang dimaksudkan dengan tongkat, bukan bererti dipukul dengan tongkat. tongkat dimasukkan dari mulut sampai ke dalam tubuh hingga keseluruhannya masuk. ini akan mengakibatkan perut dan organ badan pecah dan yang dihukum akan mati dengan tragis. Dalam sejarah rasmi, tidak ada catatan tentang hukuman ini. Cara hukuman ini muncul pada novel Xia Ke Xing karya Jin Yong. Bahkan ada istilah indahnya iaitu “membuka mulut dan tertawa”.

14. Potong dengan gergaji

dengan menggergaji orang sampai mati. ia merupakan antara hukuman-hukuman kejam di neraka, yang ada tertulis tentang hukuman gergaji sampai mati ini. Sebenarnya, hukuman gergaji ini tidak hanya ada dalam dongengan, melainkan juga ada di dunia nyata.

Pengurus pasar, pejabat Chen Sheng adalah pejabat kesayangan Sun Hao. dia menangkap sang perampas dan dihukum. Sang selir melaporkan pada Sun Hao, Sun Hao marah, lalu mencari-cari alasan dan menangkap Chen Sheng atas kesalahan yang lain. Lalu memerintahkan penghukum membakar gergaji sampai merah, dan menggergaji kepala Chen Sheng.

15. Mematahkan tulang belakang

ketika seseorang punyai dendam yang mendalam pada musuhnya, maka dia akan berfikir cara mematahkan tulang belakang. cara ini memang merupakan salah satu cara untuk melampiaskan amarah, kerana apabila tulang belakang patah, orangnya pasti akan mati. Dalam sejarah Zhongguo, patahkan tulang belakang ini juga merupakan salah satu bentuk hukuman yang penting. pada zaman Chunqiu, Ji Chong'er bermaksud menentukan hukum tertulis secara jelas agar masyarakat patuh pada hukum, kemudian ia berunding dengan para penasihat.

Dian Jie datang lambat ke tempat kerja. Ada yang menganggap Dian Jie bersalah dan harus dihukum. Ji Chong'er setuju, dan Dian Jie dihukum dengan dipatahkan tulang belakangnya. Semua penasihat negara Jin sangat takut, mereka berkata: "Dian Jie yang sudah ikut Ji Chong'er mengembara ke negara-negara selama 19 tahun, memiliki jasa yang sangat besar, kerana kesalahan kecil saja dihukum dengan begitu berat. Bagaimana dengan kami?' Sejak itu, semua orang jadi sangat taat pada hukuman tersebut.

16. Sisir & bersihkan

Yang dimaksudkan dengan sisir & bersihkan, bukanlah anak gadis yang sedang bersolek, melainkan nama sebuah hukuman sadis. yang dimaksudkan adalah mengsiat kulit orang dengan sikat besi sehingga tinggal tulang & daging saja, sampai akhirnya mati. Pencetus pertama hukuman ini adalah Zhu Yuanzhang. Berdasarkan catatan karangan Shen Wen, pada saat menjalankan hukuman ini, penghukum melepaskan seluruh pakaian penerima hukuman, lalu dibaringkan di atas ranjang besi, tubuhnya disiram dengan air mendidih beberapa kali, lalu disiat dengan menggunakan sikat besi.

Sama halnya seperti menyiram ayam dengan air panas untuk dicabuti bulunya. Terus hingga kulit dan daging terkelupas habis & tulangnya terlihat. Penerima hukuman biasanya belum sampai selesai sudah mati duhulu. Sisir & bersihkan ini memiliki persamaan prinsip dengan hukuman mati perlahan-perlahan. Wu Sansi pernah menyuruh Zhou Lizhen untuk menangkap Heng Yanfan, kemudian diseret-seret di atas rakit bambu sampai dagingnya terkoyak & terlihat tulangnya, kemudian memukulnya dengan tongkat sampai mati.

hukuman-hukuman yang telah dinyatakan di atas amatlah perit. sedangkan orang yang menaip ini pun terasa, apatah lagi yang menerima hukuman-hukuman tersebut. huhuhu.... bagaimana pula dengan hukuman hudud??

gravatar

10 Manusia Paling Berbulu Di Dunia

Jom kita tengok 10 orang di dunia nie yang mengidap penyakit pelik iaitu seluruh tubuh badan, muka ditumbuhi bulu roma yang panjang dan tebal. Bersyukurlah korang tak kena camni, tapi ada jugak yang jadi popular sebab penyakit pelik nie. Penyakit pelik ni turut dikenali sebagai "Werewolf Syndrome".

1) Yu Zhenhuan

Lahir di bandar Anshan, China, pada tahun 1979 dan bulu mula tumbuh sewaktu usianya 2 tahun dan menutupi 96% daripada badannya.

2) Jesús Aceves

Jesús "Chuy" Aceves telh lahir di Loreto, Zacatecas, Mexico, dan merupakan anak ke-2 dalam keluarganya yang mengidap penyakit ini. Mukanya dipenuhi bulu sehingga ada yang menggelarnya Werewolf @ Monkey Man. Chuy sudah berkahwin dan mempunyai 2 orang anak perempuan (salah seorang mewarisi penyakitnya). Pada tahun 2007 dia pernah masuk dalam program Ripley's Believe It or Not! dan Guinness World Records.

3) Adik beradik Ramos Gomez brothers

Victor "Larry" dan Gabriel "Danny" Ramos Gomez sekarang menjadi ahli akrobatik. Mereka pernah berpeluang untuk memegang watak dalam siri The X-Files.

4) Stephan Bibrowski

Stephan Bibrowski (1891–1932) lahir di Warsaw, Poland, atau lebih dikenali sebagai Lionel the Lion-Faced Man, merupakan seorang penghibur. Seluruh tubuh badannya diseliputi bulu setebal inci seperti seekor singa.

5) Pruthviraj Patil

Pruthviraj Patil di Sangali berhampiran Mumbai dalam sebuah keluarga petani yang boleh dikatakan dikenali ramai. Dengan penyakit Werewolf Syndrome yang dihiapinya telah membuatkan seluruh mukanya ditumbuhi bulu. Keluarga telah mencuba pelbagai perubatan tradisional dan moden seperti pembedahan laser tetapi satu pon tidak berhasil.

6) Annie Jones

Annie Jones (1860 – 1902) adalah seorang wanita berbulu lebat di Amerika yang lahir di Virginia. Dia mengembara bersama P. T. Barnum sebagai tarikan pelancong ke sarkas. Setelah dewasa dia jadi semakin terkenal sehingga dapat mengembara ke Russia.

7) Supatra Sasuphan

Supatra Sasuphan adalah seorang gadis berusia 13 tahun di Thailand. Di sering diejek sebagai "monkey face" and "wolf girl" oleh kanak-kanak lain. Tetapi dapat berada dalam Guinness World Record sedikit sebanyak membanggakann dan mempopularkan dia kat sekolah.

8) Julia Pastrana

Julia Pastrana (1834–25 March 1860) adalah seorang wanita Mexico yang lahir dengan penyakit pelik nie. Bukan itu saja, malah telinga, hidung dan bentuk mukanya terlalu pelik.

9) Percilla Bejano

Percilla telah lahir pada 26 April 1911 di bandar Bayamon. Sejak kecil dia menarik minat orang ramai yang melihatnya serta doktor yang mengubatinya. Percilla telah meninggal dunia pada tahun 2011 pada usia 89tahun.

10) Fedor Jeftichew

Talah lahir pada tahun 1868 di St. Petersburg, Russia. Dia juga mengikut P.T. Barnum untuk mengembara sejak berusia 16 tahun. Dia boleh berkomunikasi dalam 3 bahasa iaitu Russian, German dan English.


gravatar

5 Makanan Paling Menjijikkan Di Dunia

Ada sesuatu yang tidak betul dengan dunia yang kita tinggal ini. Sebab ada manusia yang makan sesuatu yang menurut orang kebanyakan adalah sesuatu yang menjijikkan. Berikut adalah diantaranya..

Balut (Camboddia)

Telur-telur ini sengaja dibiarkan sehingga embrio di dalamnya wujud. Kemudian dimasukkan ke dalam air mendidih. cara untuk memakannya ialah dengan diletakkan sedikit garamt. Makanan ini dimakan untuk suatu upacara di daerah setempat.

Black Pudding (England)

Sosej ini dimasak dengan darah, lalu membeku ketika didinginkan. Ini adalah makanan untuk sarapan pagi.

Surstromming (Sweden)

Ikan yang dibusukkan di dalam tin dalam jangka waktu yang lama. Mereka mengatakan bahawa baunya sangat membangkitkan selera.

Baby Mice Wine (Korea)

Ini adalah minuman tradisional Korea dan China yang digunakan untuk kesihatan. Minuman ini dibuat dengan cara memasukkan hidup-hidup anak tikus yang baru lahir dan belum terbuka kelopak matanya ke dalam botol sake.

Scrapple (Amerika)

Pengisi roti ini adalah macam agar-agar yg dibuat dari bahagian tubuh babi (bibir, mulut, atau bahagian organ lainnya) yang dimasak sebentar lalu dituangkan dalam cetakan untuk dikeraskan.

gravatar

12 Manusia Dengan Keadaan Fizikal Terbesar Dunia

Manusia mempunyai bahagian tubuh yang normal dalam ukuran yang normal, namun bagaimana jika salah satu bahagian tersebut besar dan panjang? Pasti akan menjadi suatu keistimewaan dan menjadi perhatian di mata masyarakat. Berikut adalah 12 manusia dengan organ tubuh terbesar di dunia.

1. Stephen Taylor - lidah terpanjang di dunia

Deria rasa yang lazimnya kita miliki biasanya hanya sepanjang 5 hingga 6 sentimeter. Rekod lidah terpanjang di dunia dipegang oleh lelaki warganegara England bernama Stephen Taylor.

Beliau mempunyai lidah sepanjang 9,5 sentimeter dari hujung sehingga bahagian tengah lidah dalam keadaan mulut tertutup. Stephen menerima gelaran tersebut dalam acara 'Lo Show dei Record' di Milan, Itali pada 5 Januari 2006 yang lalu dan hingga sekarang ini belum ada yang berjaya memecahkan rekod tersebut.

2. Francisco Domingo Joaquim - mulut terbesar di dunia

Francisco Domingo Joaquim dari Sambizanga di Angola telah dianugerahi gelaran manusia dengan mulut terlebar di dunia. Dengan demikian Francisco Domingo Joaquim boleh juga menjadi manusia dengan mulut dan rahang terlebar di dunia.

Lelaki yang lebih popular dikenali dengan nama Chiquinho ini menyertai pertandingan mulut terbesar di dunia di Roma, Itali. Susah untuk dibayangkan sebuah tin minuman softdrink boleh dimasukan sepenuhnya dalam mulut lelaki yang berusia 20 tahun ini.

3. Mehmet Ozyurek - hidung terbesar di dunia

Semasa pertandingan hidung terbesar di dunia tahun 2005, Mehmet Ozyurek dari Turki tercatat mempunyai hidung terbesar di dunia dengan rekod 8.8 cm. Hujung hidung sahaja mencapai 3,5 cm.

4. Kim Goodman - mata terbesar di dunia

Namanya adalah Kim Goodman. Kim Goodman adalah seorang wanita yang mampu menonjolkan matanya keluar dari rongga mata sepanjang 12 milimeter (0,47 inci). Dia memegang rekod dunia untuk penonjolan bola mata paling jauh.

Beliau tinggal di Chicago, Illinois. Kim mengetahui bakatnya ini suatu hari ketika ia menerima pukulan di kepala dengan kayu hoki. Bola matanya melompat keluar lebih jauh daripada biasanya dan sejak hari itu dia boleh menonjolkannya dalam keadaan sedar, dan juga ketika ia menguap.

5. Leonard Traenkenschuh - alis mata terpanjang di dunia

Leonard Traenkenschuh dari Port Townsend, Washington, mempunya 3 setengah inci alis mata (dan masih terus memanjang). Untai terpanjangnya adalah 3 ½ inci.

"Saya tidak bertujuan untuk menyimpannya untuk memecahkan rekod," ujar lelaki yang tinggal di Port Townsend sejak tahun 1980 dan bekerja di rumah sakit sebagai petugas transkripsi catatan perubatan.

"Ini baru saja terjadi." Leonard, 56 tahun, bukan orang yang sangat berbulu. Dia tidak punya janggut dan tidak memiliki jambang tebal atau bermisai. "Saya hanya ada alis mata subur," katanya.

6. Badamsinh Juwansinh Gurjar - misai terpanjang di dunia.

Misai selalu menjadi bahagian penting dalam kehidupan lelaki. Beberapa dari mereka sangat berdedikasi dan bangga dengan misai, mereka akan sangat kecewa jika mereka kehilangan misai.

Bagi sesetengah lelaki misai adalah lambang kehormatan dan kelelakian. Beberapa dari mereka percaya bahawa mereka akan ditolak tanpa misai. Misai atau rambut wajah adalah sesuatu yang tumbuh selama bertahun-tahun dengan banyak perhatian dan kesabaran.

7. Sarwan Singh - janggut terpanjang di dunia

Rekod dunia janggut terpanjang dipegang oleh seorang lelaki bernama Sarwan Singh. Semasa satu upacara yang berlangsung di Surrey, Columbia, England. Singh mengukur panjang janggut yang dimilikinya.

Dia menginginkan panjang janggut yang ia miliki boleh memecahkan rekod Guiness Book Of Records. Setelah diukur, janggut Singh mempunyai panjang 189,5 cm dan memecah rekod dunia.

8. Radhakant Bajpai - bulu cuping telingga terpanjang di dunia.

Radhakant Bajpai, 50 tahun, mempunyai berhelai-helai rambut di telinga yang terbit keluar dari telinganya. Guinness Book kemudian mencatatnya setelah mendapat pengesahan dari doktor R.P. Gupta, penguji kedoktoran.

Ketika tercatat dalam Buku Guinness tahun 2003, panjang bulu telinganya 13.2 cm (5.19 inci.) Pada masa ini panjang bulu telinga Radhakant Bajpai sudah mencapai kira-kira 25 cm.

9. Chenq Shiquin - rambut terpanjang di dunia

Chenq Shiquin, wanita berasal dari Guangxi Cina mempunyai rambut dengan panjangnya mencapai 18 fit (atau lebih kurang 6 meter) pada tahun 2004. Dia mulai menyimpan rambutnya dari umur 13 tahun. Khabarnya beliau memiliki salon kecantikan sendiri.

10. Andre The Giant - kepala terbesar di dunia

Ahli gusti ini benar-benar luar biasa. Andre The Giant merupakan salah seorang ahli gusti dengan kepala terbesar dan disegani sepanjang sejarah WWE Smackdown. Andre mempunyai tinggi lebih dari 7 kaki dan 4 inch (2,24 meter) serta berat badan 520 pound (260kg).

Andre The Giant merupakan WWE Hall of Famer kerana pertandingan melibatkannya berlaku di kejohanan besar seperti melawan Hulk Hogan. Seperti Big Show, Andre mengidap sindrom Acromegaly, yang mengakibatkan badannya membesar sangat cepat. Acromegaly sendiri berhubungan dengan Gigantisme.

11. Greg Valentino - otot bisep terbesar di dunia

Greg Valentino adalah seorang ahli bina badan yang mempunyai ukuran bisep terbesar di dunia. Ia mulai latihan mengangkat beban pada usia 14 tahun. Ukuran bisepnya sekarang mencapai 28 inci (70 cm), dan ia dapat melakukan bicep curl seberat 300 lbs (136 kg).

Sayangnya untuk mendapatkan otot bisep sebesar itu, Greg telah menggunakan banyak steroid. Ia mengakui hal tersebut pada tulisannya, "Ramblin Freak, the biggest biceps in the world", di majalah Muscle Development.

12. Leonid Ivanovych Stadnyk - telapak tangan terbesar di dunia

Unik aneh dan menarik untuk lelaki ini. Bagaimana boleh telapak tangannya begitu besar, sehingga membuat orang di sekitar takjub dengan tangannya yang besar. Berjabat tangan pun sangat ketara kelihatan bahawa tangan orang ini sangat besar.

gravatar

10 Serangga Pemegang Rekod Di Dunia

Serangga adalah haiwan-haiwan kecil namun menyimpan beraneka ragam keunikan.Serangga adalah haiwan dengan spesies terbanyak di dunia. Ini 10 serangga pemegang rekod di dunia:

1. Serangga Paling Cantik: Sunset Moth from Malagasy

sayap serangga ini sebenarnya tidak mempunyai pigmentasi apa-apa. Warna yang muncul di sayapnya berasal dari pembiasan cahaya dari pita-pita mikro padasayapnya. Serangga ini aktif pada siang hari, ketika serangga dari family yang sama aktif pada malam hari. Mereka berasal dari Madagascar dan Amerika Selatan, dan sayapnya berganti warna dari biru ke hijau keemasan dan lalu ke warna kuning ketika dilihat dari sisi yang berbeza.

2. Semut Paling Berbahaya: Black Bulldog Ant of Australia

Secara literatur, semut ini diketahui pernah membunuh manusia. Serangga ini merupakan jenis yang paling primitif dari semua semut dan sangat agresif. Panjangnya sekitar 1 inchi dan dapat tumbuh hingga 2 inchi. Sesuai namanya, semut ini hanya ditemui di Australia dan gerakannya pun sangat cepat.

3. Serangga Terbang Tercepat: Horse Fly

Serangga ini boleh terbang dengan kelajuan 90 MPH (miles per hour). Ia juga mempunyai manuver yang sangat baik di udara. Ia dapat melencong dan berganti arah dengan kelajuan cahaya. Ia juga mempunyai mata yang sangat besar, dan dapat melihat dengan sudut hampir 360 darjah.

4. Serangga Terberat: Goliath Beetle

Serangga ini berasal dari keluarga scarab beetle, dan suka memakan tanaman mati. Ia mempunyai panjang 2 hingga 4,3 inchi dan berat sekitar 3 hingga 3.5 oz (sekitar 28,35gram). Mereka memainkan peranan penting dalam ekosistem sebagai dekomposer.

5. Serangga Paling Mengganggu: No-See-Um

Serangga ini merupakan lalat yang sangat kecil yang berkumpul dalam sebuah kumpulan dan terbang dalam arah yang tidak jelas. Mereka dapat melewati celah-celah pintu atau tingkap. Mereka biasanya hidup di tempat yang ada sumber airnya. Hanya yang betina yang menggigit dan menghisap darah, dengan tujuan untuk mendapatkan protein untuk membesarkan telur-telurnya.

6. Serangga Terpanjang: Giant Stick Insect

Panjangnya sekitar 163 mm, dan jika dikira ketika kakinya semua terentang,panjangnya menjadi 295 mm. Pada beberapa kes, panjangnya boleh mencapai 20inchi. Ada lebih dari 3.000 spesies serangga ini yang ditemui, dan beberapa dari mereka mempunyai sayap dan boleh terbang.

7. Serangga Ternyaring: Brevisana brevis

Spesies cengkerik ini bunyinya boleh terdengar hingga 1 batu jauhnya. Pada jarak dekat, bunyinya boleh mencapai 120 dB. Sebagai perbandingan, muzik pada diskotik'hanya' bersaiz 100 dB.

8. Serangga dengan Bentuk Teraneh: Thorn Bug

Saiz dan warna serangga ini sangat berbeza, namun biasanya, serangga dewasa berukuran tinggi sekitar 0,5 inchi dan berwarna hijau. Mereka ditemui di Amerika Tengah dan Selatan, Mexico, dan Florida Selatan.

9. Serangga dengan Waktu Hidup Terawal: Queen of Termites

Serangga ini diketahui telah hidup selama 50 tahun. Mereka telah ada di bumi sejak 200 juta tahun yang lalu. Serangga ini memakan kayu-kayu kering dan menyebabkan kerosakan pada rumah-rumah berbanding kebakaran dan badai. Ratunya boleh menghasilkan 5.000-7.000 butir telur per hari.

10. Serangga Paling Merosakkan: Desert Locus

Jika anai-anai seperti di atas menyebabkan banyak kerosakan pada rumah, itu tidakada artinya jika dibandingkan dengan kerosakan yang dihasilkan oleh Desert Locus.Mereka masing-masing makan dengan saiz yang sama dengan berat tubuhnya.Mereka memakan hampir semua jenis sayur-sayuran, daun, bunga, padi, buah, dan biji-bijian. Tahun 2003-2005 merupakan tempoh serangan desert locus yang paling buruk di Afrika Barat. Mereka telah menceroboh lebih daripada 20 buah negara, dan kos yang telah dikeluarkan untuk memerangi mereka melebihi $ 400 juta. Kerosakanyang dihasilkan pada ladang bernilai lebih daripada $ 2.5 bilion.

gravatar

Makanan Bukan Untuk Manusia Yang Tidak Waras

uhuhuuu..... loya tekak. anda berani menjamu selera??

gravatar

Binatang Ini Mengajar Kita Erti Kasih Sayang

Manusia makhluk terbaik dalam ciptaan Allah SWT. Tetapi di alam dunia ini, banyak yang telah Allah tunjukkan untuk pedoman manusia agar memperingati bahawa mereka adalah ciptaan yang lebih mulia, tidak melakukan perbuatan yang menurunkan martabat mereka dari seorang manusia.

huuu... cian dia..