Like My Facebook Page

Anda follow blog saya, saya akan follow blog anda kembali. =)

Tazkiyatun Nafs

Satu persoalan timbul dalam benakku,“ Layakkah kita menagih cinta insan seandainya cinta Tuhan belum tergapai?Sedangkan cinta Allah adalah segalanya, cinta Rasul lambang cinta kepada-Nya, cinta ibu bapa tulus selamanya, cinta saudara ukhwah kerana-Nya dan cinta pada’nya’ pelengkap kasih-Nya…Hamparkanlah cinta kepada Yang Selayaknya..Jadi,jika mengharap cinta sejati, dambalah kasih Ilahi, itulah cinta hakiki..tepuk dada, tanya iman, tanya akal fikiran, tanya hati, tanya diri sendiri…Sejauh manakah taraf cinta kita ini? ”
gravatar

Bukan Kempen Henti Merokok Sahaja Yang Gagal!

1. Beberapa hari kebelakangan ini, di dada-dada akhbar terpampang hasil kajian terhadap kempen ‘tak nak merokok’ yang dimulakan sejak 4 tahun lalu, dikatakan kempen ini gagal sama sekali. Dan ada beberapa testimoni daripada perokok tegar di kalangan ahli politik terkemuka dan artis terkenal yang seolah-olah ‘bangga’ setelah sekian lama merokok, serta alasan yang diberikan untuk tidak membuang tabiat ini. Kempen ini sudah menelan jutaan ringgit.

2. Yang ketara ialah bilangan perokok baru di kalangan orang Melayu semakin bertambah, iaitu bangsa terbesar di Malaysia ini yang lebih membakar duit dan gagal untuk berhenti. Daripada remaja sekolah, pengawal keselamatan, buruh, kaum bapa, sehinggalah pegawai atasan, ahli politik, termasuk yang terhormat dalam masyarakat masih kekal merokok dan ianya satu pemandangan biasa di mana-mana sekali pun.

3. Lelaki Melayu yang tidak merokok, boleh dikira dengan jari dan wanita Melayu yang merokok pula semakin tidak terkira jumlahnya.

4. Jika diimbas semula, kempen apakah yang benar-benar berjaya? Jika kempen itu ditujukan kepada orang Melayu, maka hasilnya ternyata sangat mengecewakan. Contohnya kegagalan kempen membaca, yang mana orang Melayu adalah bangsa yang paling kurang membaca. Kempen perangi dadah yang sudah lama Melayu menjuarai penagihannya. Kempen hidup cergas, tetapi Melayu masih jarang kelihatan beriadah. Serta beberapa kempen lain yang terbukti kegagalannya seperti kempen mat rempit dan kempen anti-vandalisma. Dan umum mengetahui bahawa telah lama gagal dalam kempen untuk Melayu yang melibatkan perniagaan dan pertanian – yang berjaya cuma sekelumit sahaja.

5. Orang sudah ‘mual’ untuk bercakap tentang SIKAP, tetapi itulah kunci segala kegagalan kempen demi kempen ini. Sikap si Melayu dan sikap bukan Melayu memang berbeza dalam banyak hal, walaupun Melayu ini mengambil sikap untuk beriman dengan Allah dan Muhammad SAW sebagai ikutan. Memang menghairankan sikap dalam beragama ini tidak merubah sikap negatif yang sedia, dan menjadi stigma yang ada pada majoriti manusia yang bernama Melayu ini.

6. Benarkah Melayu secara kolektifnya belum mencipta sejarah hebat? Apakah adab beragama dan adab keMelayuan belum cukup untuk merubah paradigma?