Like My Facebook Page

Anda follow blog saya, saya akan follow blog anda kembali. =)

Tazkiyatun Nafs

Satu persoalan timbul dalam benakku,“ Layakkah kita menagih cinta insan seandainya cinta Tuhan belum tergapai?Sedangkan cinta Allah adalah segalanya, cinta Rasul lambang cinta kepada-Nya, cinta ibu bapa tulus selamanya, cinta saudara ukhwah kerana-Nya dan cinta pada’nya’ pelengkap kasih-Nya…Hamparkanlah cinta kepada Yang Selayaknya..Jadi,jika mengharap cinta sejati, dambalah kasih Ilahi, itulah cinta hakiki..tepuk dada, tanya iman, tanya akal fikiran, tanya hati, tanya diri sendiri…Sejauh manakah taraf cinta kita ini? ”
gravatar

Be Yourself

Be Yourself tak boleh pakai

Seorang muslim itu sepatutnya lebih baik harinya hari ini daripada semalam dan hari esoknya lebih baik daripada hari ini. Justeru dengan itu, islam menyuruh umatnya agar sentiasa menuju kepada kebaikan dan melakukan perubahan kepada yang lebih baik dari masa ke masa.

Dalam konteks tersebut, setiap muslim sepatutnya berusaha untuk menjadi lebih baik, lebih baik, dan lebih baik. Maka, istilah "be yourself" tidak boleh diguna pakai dalam hal keadaan ini. Sekiranya seseorang itu mendapat teguran atau nasihat tatkala dirinya melakukan kesilapan dan kesalahan, sepatutnya nasihat dan teguran itu diambil terima dan diaplikasikan dalam kehidupan.

Be Yourself boleh pakai

Namun, tidak ada seorang pun di dunia ini yang sempurna. Tiada manusia yang sempurna. Masing-masing mempunyai perangai, habit, tabiat, dan tingkah laku yang tersendiri. Selagi mana perkara-perkara tersebut tidak bertentangan dengan syariat dan garis panduan Islam, go on, buat la. Jangan pula yang dikejar tak dapat, yang digendong berciciran, niat dan matlamat pula jadi terpesong.

Dalam konteks ini, be yourself.

Salah Guna Be Yourself

Kebanyakan daripada kita menyalah gunakan konsep be your self untuk meneruskan tabiat kesukaan kita yang bertentangan dengan adab dan akhlak dalam islam. Tanpa mendengar dan memuhasabah diri, kadang-kadang kita terus menutup telinga daripada mendengar nasihat serta pandangan yang disuarakan akibat daripada kesilapan perbuatan kita sendiri.

Nilailah diri kita. Adakala kita perlu be our selves dan adakala kita perlu see ourselves.

Wallahu a'lam