Like My Facebook Page

Anda follow blog saya, saya akan follow blog anda kembali. =)

Tazkiyatun Nafs

Satu persoalan timbul dalam benakku,“ Layakkah kita menagih cinta insan seandainya cinta Tuhan belum tergapai?Sedangkan cinta Allah adalah segalanya, cinta Rasul lambang cinta kepada-Nya, cinta ibu bapa tulus selamanya, cinta saudara ukhwah kerana-Nya dan cinta pada’nya’ pelengkap kasih-Nya…Hamparkanlah cinta kepada Yang Selayaknya..Jadi,jika mengharap cinta sejati, dambalah kasih Ilahi, itulah cinta hakiki..tepuk dada, tanya iman, tanya akal fikiran, tanya hati, tanya diri sendiri…Sejauh manakah taraf cinta kita ini? ”
gravatar

Gembirakan Hati Untuk Gembirakan Orang Lain

“Risau di hati tidak surut-surut. Macam-macam hal perlu difikirkan untuk program kali ini”, luahnya.

Damai. Tiupan angin menyapa pipi. Tenang sekali air tasik serta pohon-pohon sekelilingnya. Namun, hati yang berbicara seakan bergelora.

“Maaf jika saya mengajukan soalan. Mungkin ada manfaatnya buat kerisauan yang melanda”, sahabat disebelah mengajukan.

Dia diam tanda akur. Matanya merenung jauh. Penuh harapan.

Mengapa Sibuk Berprogram?

“Apakah tujuan awak berprogram pada asalnya?” secara lembut sahabat bertanya. Biar jauh dari intonasi `menuduh` niat asalnya salah, melainkan intonasi untuk lebih memahami.

“Program ini satu amanah untuk saya usahakan sebaik mungkin”, jawabnya bersemangat. Semangat yang diusahakan dari kekuatan dalaman. Perkataan amanah itu berat sekali.

“Program juga tempat untuk kita memberi, bukan?” sengaja sahabatnya membawa sudut pandang yang berbeza.

“Melaksanakan amanah sambil memberi. Setuju”, responnya ringkas seperti memberikan isyarat agar sahabatnya mengulas lanjut.

“Hati perlu gembira tatkala memberi. Tidak saya nafikan amanah berat yang dipikul. Ditambah pula cabaran-cabaran berhadapan dengan masalah dan pelbagai peluang dalam melaksanakan program. Namun, semuanya menjadi lebih bermakna dengan hati yang gembira melakukannya”.

“Enjoy mengadakan program?” soalnya mendapatkan kepastian.

“Yeah, enjoy! Islamically anyway. Hati yang gembira akan menghasilkan suasana positif. Mencambah idea, meransang kreativiti. Jauh dari stress“, sahabatnya menambah sambil tersenyum ceria.

“Oh ya, fikir untuk memudahkan, bukan fikir mudah sambil lewa. Selain itu, don`t be perfectionist! Allah sentiasa mengingatkan kita untuk bergantung padaNya yang Maha Sempurna”, sahabatnya memberikan tips mudah yang biasa tetapi sering dilupa.

“Sedarlah saya, terlalu memandang `berat` amanah ini sehingga lupa untuk melakukannya dengan senang hati”, dia menutup bicara.

Hati Gembira Akan Menggembirakan

“Macamana dengan respon adik-adik semasa perasmian pagi tadi?”, soal saya.

“Hambar. Tidak bersemangat dan lansung tidak menunjukkan reaksi teruja”, dia mencebikkan muka. Mungkin yang merasmikan sedikit kecewa.

“Oh begitu”, ringkas saya nyatakan.

Bagi kekal positif, kata-katanya saya dengar sekali lalu sahaja. InsyaAllah, program belum bermula. Masih punya peluang untuk berusaha menghangatkan suasana. Bukan mengejar glamour. Niat supaya mesej program sampai buat yang hadir.

Justeru, semasa berkata-kata di hadapan, saya perlu punya hati yang gembira. Sekalipun gementar dan pelbagai kerisauan di fikiran, perasaan gembira perlu mengatasi segalanya. Gembira untuk memberi sekaligus membawa manusia mengingati padaNya. Hati yang gembira akan menggembirakan.

Samalah juga seperti seorang tukang masak yang menyediakan makanan. Apabila memasak dengan hati yang senang lagi berzikir padaNya, masakan yang dikategorikan `campak-campak` dan cukup simple boleh jadi cukup menyelerakan! Itulah kuasa hati gembira yang mampu menggembirakan. Dengan izin Allah jua.

Samada AJK modul, teknikaliti mahupun fasilitator, berprogramlah dengan hati yang gembira. Tidak perlu excited semacam atau buat-buat mesra. Just be youself. Hal yang buat-buat tidak akan bertahan lama. Hanya sementara dan tidak kekal andai tidak cuba menjadinya betul-betul mesra misalnya.

Ada yang gembira sambil energetic. Ada yang gembira sambil selamba dan sempoi. Ada juga yang gembira dengan wajah tenang ataupun suka tidur. Gembiralah dengan cara tersendiri asalkan Allah sentiasa di hati.

Buat peserta program pula, hadirlah dengan hati yang gembira. Hati gembira akan lapang menerima segala macam input sepanjang program. Selepas para AJK bertungkus lumus memberi, andai hati yang menerima tidak bersedia, sukar.

Moga Program Berterusan Membawa Kebaikan

“Video penutup, silalah tengok”, pelawa seorang junior.

Tersenyum simpul saya menghayatinya. Video yang cukup simple tetapi bermakna. Lebih-lebih lagi saya pernah turut serta pada satu masa dahulu. Kini giliran mereka pula.

Walau apa jua maklum balas yang diterima, samada positif, negatif yang membina sekalipun membunuh, team penganjur wajar menerima ucapan tahniah atas kejayaan menganjurkan untuk terus memberi. Jangan serik, tetapi carilah ruang untuk gembira memberi lagi. Anggaplah ini satu kejayaan peribadi sekalipun mungkin ada yang tidak hargai.

Akhirnya antara kita dengan Tuhan jua untuk menyentuh hati-hati manusia.