Like My Facebook Page

Anda follow blog saya, saya akan follow blog anda kembali. =)

Tazkiyatun Nafs

Satu persoalan timbul dalam benakku,“ Layakkah kita menagih cinta insan seandainya cinta Tuhan belum tergapai?Sedangkan cinta Allah adalah segalanya, cinta Rasul lambang cinta kepada-Nya, cinta ibu bapa tulus selamanya, cinta saudara ukhwah kerana-Nya dan cinta pada’nya’ pelengkap kasih-Nya…Hamparkanlah cinta kepada Yang Selayaknya..Jadi,jika mengharap cinta sejati, dambalah kasih Ilahi, itulah cinta hakiki..tepuk dada, tanya iman, tanya akal fikiran, tanya hati, tanya diri sendiri…Sejauh manakah taraf cinta kita ini? ”
gravatar

Johan Filem Pendek Mahasiswa Malaysia di Mu'tah, Jordan - Dua Dunia



Assalamualaikum, kali ini aku ingin berkongsi sebuah filem pendek hasil lakonan daripada Mahasiswa Malaysia yang kini menuntut ilmu di University Mu'tah, Jordan. Mereka juga merupakan sahabat-sahabat lama aku sewaktu di sekolah menengah dahulu. Filem pendek ini juga berkisar tentang ukhuwah dalam persahabatan. Untuk pengetahuan, filem pendek ini dihasilkan bagi 'Short Movie Charity Contest' bersempena Mu'tah Charity Dinner 2.0 2011 (McD 2.0) pada 24 Disember 2011 yang lalu. Alhamdulillah, filem pendek ini telah mendapat Johan bagi 'Short Movie Charity Contest'.

Sinopsis
Filem pendek ini mengisahkan seorang Mahasiswa Malaysia bernama Mohamad Iezwan Bin Ielias yang kini sedang belajar di University Mu'tah, Jordan. Dia mempunyai ramai kawan di sana, namun masih terasa keseorangan kerana semua rakan rumahnya sangat sibuk dengan hal masing-masing sehingga dirinya rasa terpinggir.

Roommate nya, Pijoi sentiasa sibuk dengan laptop dan video sepanjang masa. Padey pula sentiasa sibuk dengan meeting. Amirul, dua pupu nya pula setiap hari basah me'repair' sakonah. Akhir sekali, Arsyad yang suka sangat murokib.

Apabila mereka semua pulang ke rumah, mereka tidak mengendahkan Iezwan yang bersusah-payah menyiapkan makanan untuk rakan-rakan serumahnya. Dengan rasa hati yang sedih dan sayu, dia menjamu juadah yang disediakannya sendirian tanpa ditemani rakan.

Untuk mengetahui kisah selanjutnya, tontonilah filem pendek bertajuk Dua Dunia di bawah ini.