Like My Facebook Page

Anda follow blog saya, saya akan follow blog anda kembali. =)

Tazkiyatun Nafs

Satu persoalan timbul dalam benakku,“ Layakkah kita menagih cinta insan seandainya cinta Tuhan belum tergapai?Sedangkan cinta Allah adalah segalanya, cinta Rasul lambang cinta kepada-Nya, cinta ibu bapa tulus selamanya, cinta saudara ukhwah kerana-Nya dan cinta pada’nya’ pelengkap kasih-Nya…Hamparkanlah cinta kepada Yang Selayaknya..Jadi,jika mengharap cinta sejati, dambalah kasih Ilahi, itulah cinta hakiki..tepuk dada, tanya iman, tanya akal fikiran, tanya hati, tanya diri sendiri…Sejauh manakah taraf cinta kita ini? ”
gravatar

Dajjal Akan Mengakui Dirinya Adalah Al-Mahdi , Seterusnya Nabi Dan Akhirnya Allah!



Tajuk : Dajjal Akan Mengakui Dirinya Adalah Al-Mahdi , Seterusnya Nabi Dan Akhirnya Allah!

Sumber : Armagedon 2012- Bencana Akhir Zaman, oleh Muhammad Alexander,
m/s 279 – 283.cetakan ke-4.


[[ Sulaiman bin Syihab berkata : “Suatu ketika, Abdullah bin Maghnam datang kerumah.Kemudian , dia menceritakan Nabi Muhammad saw pernah bersabda :

“ Tidak lagi ada kesamaran tentang Dajjal. Sesungguhnya dia akan muncul dari arah timur. Kemudian, dia menyeru atas namaku sehingga dia diikuti oleh ramai orang. Kemudian dia memerangi mereka dan berjaya menguasai mereka. Dan dia masih berbuat seperti itu hingga dia datang ke Kufah. Dia menampakkan agama Allah lalu mengamalkannya sehingga dia diikuti dan disenangi kerana itu. Kemudian Dajjal berkata : “Sesungguhnya aku adalah nabi”.Dengan ucapan itu, maka takutlah orang yang memiliki hati dan akal yang lurus lalu (mereka) meninggalkan Dajjal. Dajjal masih terus hidup hingga dia mengatakan “Aku adalah Allah”. Dengan itu, akhirnya matanya tertutup, telinganya terpotong dan antara kedua matanya tertulis KAFIR ..”

[ Hadis direkodkan oleh Tabrani ].


Beberapa perkara dapat difahami berdasarkan hadis diatas, iaitu :

1).Dajjal akan muncul dari Timur. “Sesungguhnya dia akan muncul dari arah timur".

2).Dajjal akan berdakwah dengan memperalatkan nama Nabi Muhammad. Ini adalah sebagaimana dalam hadis diatas: “kemudian dia akan menyeru atas namaku”. Ini mungkin berkaitan dengan gelaran Imam Mahdi (imam yang mendapat petunjuk) yang mana Rasulullah mengatakan nama al-Mahdi adalah seperti namanya, iaitu Muhammad Bin Abdullah. Ini bermakna Dajjal akan memanfaatkan maklumat dari hadis ini bagi menipu manusia dengan mengisytiharkan dirinya sebagai Imam Mahdi (al-Mahdi palsu) dengan nama Muhammad. Ini sekaligus adalah tindakan Dajjal bagi menyaingi dan memburukkan Imam Mahdi yang sebenarnya muncul di Makkah lebih awal dari itu.

3).Ramai orang yang terpesona dengan akhlak Dajjal yang baik, santun dan murah hati. Dalam hal ini, kita dapat mengambil peringatan daripada hadis Rasulullah tentang Syubhat iaitu perkara yang samar-samar, mencampur adukkan yang haq dan yang bathil atau melakukan kebaikan dengan tujuan menipu yang dibawa oleh Dajjal. Antara Syubhat yang dibawa oleh Dajjal adalah akhlak yang baik. Pada masa itu, Dajjal menerapkan ajaran islam dalam kehidupan seharian, sehingga beramai-ramai orang menjadi pengikutnya dan menyukainya. “Lalu dia(Dajjal) menunjukkan agama Allah dan mengamalkannya sehingga dia diikuti dan disenangi kerana amalannya itu”. Ini menjadi bukti pada fasa itu, Dajjal masih dalam keadaan normal malah berkarisma.Pada masa itu belum ada tulis “KAFIR” di dahinya dan salah satu matanya belum buta. Ini kerana jika Dajjal sudah sejak awal lagi mempamerkan keadaannya yang sebenar, maka sudah tentu tiada seorang pun yang menjadi pengikutnya.

4).Apabila pengikutnya mulai ramai, Dajjal mengisytiharkan dirinya sebagai nabi, “selepas itu, Dajjal berkata : sesungguhnya aku adalah nabi”. Mungkin Dajjal mengisytiharkan dirinya sebagai Nabi Isa yang dikatakan akan muncul pada akhir zaman. Dajjal akan cuba menonjolkan dirinya sebagai Nabi Isa dengan cara menyembuhkan orang yang sakit, menghidupkan orang mati dan sebagainya sehingga mereka yang lemah imannya segera mengiktiraf Dajjal sebagai Nabi Isa. Apabila ini berlaku, golongan yang selama ini menyembah Jesus akan menemui Nabi Palsu itu lalu menyembahnya. Itu adalah taktik Dajjal, iaitu mempergunakan keterangan teks al-Quran dan hadis tentang Imam Mahdi dan Nabi bagi menipu manusia.

5).Selepas pengikutnya bertambah ramai, Dajjal mengisytiharkan pula dia adalah Tuhan, “Dajjal masih terus hidup hingga dia mengatakan : Aku adalah Allah”.Bagi menghapuskan agama kebendaan yang dipimpin oleh Dajjal, Allah menurunkan Nabi Isa, iaitu manusia yang disebut-sebut sebagai orang yang paling zuhud. Akhirnya , Nabi Isa membunuh Dajjal di Gerbang Lod- Gerbang Lod mungkin merujuk kepada Lapangan Terbang Ben Gurion yang terletak di Kota Lud/Lydda, Israel.Hanya Allah yang mengetahuinya.

6).Berdasarkan hadis ini, kita dapat ketahui sebahagian daripada pengikut Dajjal terdiri daripada umat islam yang lemah imannya.Ini kerana mereka tidak tahu orang’warak’ itu adalah Dajjal. Ini bermakna pada masa itu, belum ada tulisan KAFIR di dahi Dajjal dan salah satu matanya belum buta. Ini kerana jika Dajjal awal-awal lagi sudah mempamerkan keadaannya yang sebenar, sudah tentu tiada seorang pun yang menjadi pengikutnya; dan

7).Kemuncak pendustaan Dajjal adalah apabila dia mengisytiharkan dirinya sebagai Tuhan, Allah menghukum Dajjal dengan bencana yang menyebabkan sebelah matanya buta dan pembentukan tulisan KAFIR di dahinya…. ]]


**************************************************

Amat menarik kupasan yang dibuat oleh penulis ( Muhammad Alexander @ Wisnu Sasongko) di atas. Jika sebelum ini kita hanya mendengar khabar bahawa Imam Mahdi akan muncul dari timur, namun dari hadis Nabi saw diatas , Dajjal juga akan muncul dari timur, malah ancaman Dajjal lebih hebat lagi kerana dia akan mengaku menjadi Imam Mahdi, seterusnya mengaku menjadi Nabi dan kemuncak pendustaannya ialah dia akan mengaku menjadi Tuhan pula!

Mungkin secara kebetulan, di bumi Malaysia saat ini heboh diperkatakan , ada seorang manusia yang mendakwa pemimpin akhir zaman iaitu al-Mahdi yang ditunggu-tunggu itu sudah muncul , kononnya sekarang ini sedang menghadapi ujian paling getir dalam hidupnya ( bala yang dicari dan dikorek sendiri ) sebagai persediaan menjadi pemimpin dan penyelamat akhir zaman! pemimpin ini juga pernah dijolok dengan gelaran “Anu- gerah Tuhan” oleh ahli keluarganya. Terkejut Omega sungguh saya dengan kenyataan terbaru dari manusia itu, sumpah… nak tergelak sakan pun ada…. He he he ! Anda bagaimana pula???

Mungkin secara kebetulan juga, sudah ada pentaksub dari sebuah “Parti gunakan Agama” yang mendakwa ularmak pujaan mereka setaraf dengan Nabi. Nasib baik ularmak yang empunya diri tidak mengaku dirinya Nabi.

Perlu diingatkan sekali lagi, bahawa akan ada Dajjal-Dajjal kecil sebelum munculnya Dajjal sebenar…. Dan siapakah Dajjal-Dajjal kecil itu ??? mereka mungkin dalam proses persediaan… dalam proses pembikinan.....


Logo dan lambang diatas sering dijumpai oleh kita dimana-mana.Ia amat disenangi dan telah menjadi ikutan ramai.Slogannya semuanya untuk kebajikan dan kesejahteraan rakyat!Ia sentiasa memberi harapan kepada rakyat! tapi AWAS!!!