Like My Facebook Page

Anda follow blog saya, saya akan follow blog anda kembali. =)

Tazkiyatun Nafs

Satu persoalan timbul dalam benakku,“ Layakkah kita menagih cinta insan seandainya cinta Tuhan belum tergapai?Sedangkan cinta Allah adalah segalanya, cinta Rasul lambang cinta kepada-Nya, cinta ibu bapa tulus selamanya, cinta saudara ukhwah kerana-Nya dan cinta pada’nya’ pelengkap kasih-Nya…Hamparkanlah cinta kepada Yang Selayaknya..Jadi,jika mengharap cinta sejati, dambalah kasih Ilahi, itulah cinta hakiki..tepuk dada, tanya iman, tanya akal fikiran, tanya hati, tanya diri sendiri…Sejauh manakah taraf cinta kita ini? ”
gravatar

Jom Tonton Live Streaming Maharaja Lawak Mega Akhir | Live Final Maharaja Lawak Mega 2011

Live Streaming Maharaja Lawak Mega Akhir | Live Final Maharaja Lawak Mega 2011

Malam ini kita akan menyaksikan pelawak2 dari 3 negara beraksi di final dalam Maharaja Lawak Mega akhir….Peserta Maharaja Lawak bakal mempersembahkan tugasan akhir mereka.. dari 4 peserta Maharaja Lawak Mega, peserta maner agaknyer menjadi Juara Maharajalawak Mega malam ini ek…kiter tunggu…..4 kumpulan atau peserta, dalam Maharaja Lawak Mega akhir akan berentap di pusingan akhir bagi merebut takhta Maharaja Lawak Mega pertama .Peserta-peserta Maharaja Lawak Mega yang berjaya mengharungi sehingga ke minggu terakhir adalah..Boboi,Osbon,Syok dan kumpulan tunggal dari Indonesia Saehu.

Hadiah lumayan yang bakal direbut oleh keempat2 peserta ini adalah wang tunai RM350,000 kepada Juara dimana yang tertinggi berbanding edisi Maharaja Lawak sebelum2 ini.

Dalam keempat2 peserta akhir Maharaja Lawak Mega ..kumpulan syok setakat minggu lepas menduduki tempat yang terbawah dari segi undian Saehu tempat ketiga manakala Boboi dan Osbon masing2 di tempat yang pertama dan kedua.

Kumpulan Osbon yang diwakili oleh OS dan Abon dikatakan mampu mencabar aksi dari kumpulan Boboi yang diwakili oleh Afdlin Shauki dan Harun Salim Bachik…(laju2 macam bersin sikit kalau sebut namanya..hehe).

Kumpulan Boboi sehingga ke minggu terakhir mendapat pujian oleh juri2 dengan menampilkan lawak yang berkualiti ringan tapi menghiburkan.Ternyata pengalaman kedua2 aflin dan Harun Salim Bachik digunakan dengan sebaik mungkin.Mereka ternyata melakukan “homework” sebelum sesuatu persembahan itu dilakukan.

Osbon,dan Syok pada permulaannya sedikit ketinggalan dari segi persembahan dalam Maharaja Lawak Mega namun Osbon semakin meningkat dari kualiti lawak dan persembahan mereka yang nampak seperti mampu menggugat kumpulan Boboi.

Sambil tidak menafikan peluang Saehu dan Syok yang juga mempunyai penyokong2 mereka sendiri,namun kelihatan sedikit sukar untuk mengugat Osbon dan Boboi,namun apapun boleh terjadi di minggu2 terakhir ini.

Jom Saksikan persaingan Maharaja Lawak Mega akhir pelawak ternama meraih gelaran Maharaja Lawak Mega. Himpunan pelawak ternama dalam pertandingan bagi mengetahui siapakah yang terbaik. Jadi sama2lah kita saksikan kehangatan Maharaja Lawak Mega Akhir Malam ini untuk mengetahui siapakah yang bakal menjuarainya dan seterusnya akan membawa pulang wang berjumlah RM350,000.

Live Streaming Maharaja Lawak Mega akhir BYOND PLAYER

klik ====>http://www.astro.bplayer

atau anda boleh menonton

Live Maharaja Lawak Mega akhir 30 Dec 2011 Astro Warna (Saluran 132) 10.00 malam