Like My Facebook Page

Anda follow blog saya, saya akan follow blog anda kembali. =)

Tazkiyatun Nafs

Satu persoalan timbul dalam benakku,“ Layakkah kita menagih cinta insan seandainya cinta Tuhan belum tergapai?Sedangkan cinta Allah adalah segalanya, cinta Rasul lambang cinta kepada-Nya, cinta ibu bapa tulus selamanya, cinta saudara ukhwah kerana-Nya dan cinta pada’nya’ pelengkap kasih-Nya…Hamparkanlah cinta kepada Yang Selayaknya..Jadi,jika mengharap cinta sejati, dambalah kasih Ilahi, itulah cinta hakiki..tepuk dada, tanya iman, tanya akal fikiran, tanya hati, tanya diri sendiri…Sejauh manakah taraf cinta kita ini? ”
gravatar

Jom Tonton Live Streaming Maharaja Lawak Mega Akhir | Live Final Maharaja Lawak Mega 2011

Live Streaming Maharaja Lawak Mega Akhir | Live Final Maharaja Lawak Mega 2011

Malam ini kita akan menyaksikan pelawak2 dari 3 negara beraksi di final dalam Maharaja Lawak Mega akhir….Peserta Maharaja Lawak bakal mempersembahkan tugasan akhir mereka.. dari 4 peserta Maharaja Lawak Mega, peserta maner agaknyer menjadi Juara Maharajalawak Mega malam ini ek…kiter tunggu…..4 kumpulan atau peserta, dalam Maharaja Lawak Mega akhir akan berentap di pusingan akhir bagi merebut takhta Maharaja Lawak Mega pertama .Peserta-peserta Maharaja Lawak Mega yang berjaya mengharungi sehingga ke minggu terakhir adalah..Boboi,Osbon,Syok dan kumpulan tunggal dari Indonesia Saehu.

Hadiah lumayan yang bakal direbut oleh keempat2 peserta ini adalah wang tunai RM350,000 kepada Juara dimana yang tertinggi berbanding edisi Maharaja Lawak sebelum2 ini.

Dalam keempat2 peserta akhir Maharaja Lawak Mega ..kumpulan syok setakat minggu lepas menduduki tempat yang terbawah dari segi undian Saehu tempat ketiga manakala Boboi dan Osbon masing2 di tempat yang pertama dan kedua.

Kumpulan Osbon yang diwakili oleh OS dan Abon dikatakan mampu mencabar aksi dari kumpulan Boboi yang diwakili oleh Afdlin Shauki dan Harun Salim Bachik…(laju2 macam bersin sikit kalau sebut namanya..hehe).

Kumpulan Boboi sehingga ke minggu terakhir mendapat pujian oleh juri2 dengan menampilkan lawak yang berkualiti ringan tapi menghiburkan.Ternyata pengalaman kedua2 aflin dan Harun Salim Bachik digunakan dengan sebaik mungkin.Mereka ternyata melakukan “homework” sebelum sesuatu persembahan itu dilakukan.

Osbon,dan Syok pada permulaannya sedikit ketinggalan dari segi persembahan dalam Maharaja Lawak Mega namun Osbon semakin meningkat dari kualiti lawak dan persembahan mereka yang nampak seperti mampu menggugat kumpulan Boboi.

Sambil tidak menafikan peluang Saehu dan Syok yang juga mempunyai penyokong2 mereka sendiri,namun kelihatan sedikit sukar untuk mengugat Osbon dan Boboi,namun apapun boleh terjadi di minggu2 terakhir ini.

Jom Saksikan persaingan Maharaja Lawak Mega akhir pelawak ternama meraih gelaran Maharaja Lawak Mega. Himpunan pelawak ternama dalam pertandingan bagi mengetahui siapakah yang terbaik. Jadi sama2lah kita saksikan kehangatan Maharaja Lawak Mega Akhir Malam ini untuk mengetahui siapakah yang bakal menjuarainya dan seterusnya akan membawa pulang wang berjumlah RM350,000.

Live Streaming Maharaja Lawak Mega akhir BYOND PLAYER

klik ====>http://www.astro.bplayer

atau anda boleh menonton

Live Maharaja Lawak Mega akhir 30 Dec 2011 Astro Warna (Saluran 132) 10.00 malam

gravatar

Tiada Tajuk: Jangan Baca Artikel Ini!


Tajuk : Tiada Tajuk: Jangan Baca Artikel Ini!

Jangan baca artikel ini.
Jangan baca artikel ini.
Jangan baca artikel ini.
Jangan baca artikel ini.
Jangan baca artikel ini.
Jangan baca artikel ini.
Jangan baca artikel ini.

Tapi kenapa rasa nak baca juga,
Tapi kenapa rasa nak baca juga,
Tapi kenapa rasa nak baca juga,

tak ada apa-apa,
tak ada apa-apa,
tak ada apa-apa,
tak ada apa-apa,

cuma nak minta tolong anda semua,
Tolong cerita sikit tentang dua gambar kat atas.
cukup lah setakat ni je, jangan baca seterusnya....

jangan baca ayat dibawah,

jangan baca ayat dibawah,

jangan baca ayat dibawah,

maaf, selamat membaca dan berfikir!

Itulah sifat semulajadi manusia..... perasaan ingin tahu!!!!

perasaan ingin mengkaji, perasaan ingin menguji,

Jadi, jangan bunuh perasaan itu,

suburkanlah ia dengan sentiasa belajar : agar tahu!

wassalam!

gravatar

Bila Si Kafir Mentafsir Al-Quran




Tajuk : Bila Si Kafir Mentafsir Al-Quran!

Mengapa Umat Melayu-Islam juga telah tertipu dengan helah licik musuh-musuh Allah swt? .Tidak cukup dengan Ulamak peti undi berkiblatkan dunia menjaja dan mempergunakan ayat-ayat suci Al-Quran untuk tujuan politik peribadi sempit mereka dipentas-pentas ceramah, kini mereka juga telah merelakan dan bersekongkol dengan si kafir menggunakan ayat-ayat suci Al-Quran dengan sewenang-wenangnya, malah sudah ada si kafir yang berani membuat tafsiran sendiri yang sama sekali menyeleweng dengan tafsiran yang sebenar! Membangun bersama islamkah cara seperti ini???

Fikir-fikirkanlah sendiri!

Sudah berapa lama si kafir ini katanya telah memperdengarkan ayat-ayat suci Al-Quran kepada orang-orang islam ,namun mereka juga tetap kafir dan hati mereka tetap menolak kebenaran Islam dan mereka masih menyembah tuhan selain Allah swt.Ayat-ayat suci Al-Quran bagi mereka hanyalah umpan untuk memperbodohkan dan membeli undi melayu-islam, itu saja!

Terbaru, pentafsiran yang salah terhadap ayat-ayat suci Al-Quran telah dilakukan di satu majlis parti berlambang Mata Satu. Klik Sini untuk membaca sendiri bagaimana tafsiran ayat Al-Quran telah diselewengkan oleh mereka yang tidak bertanggungjawab.





Contoh-contoh lain orang bukan islam membaca dan mentafsir Al-Quran boleh dilihat seperti dibawah:










Akhir sekali,marilah kita sama-sama merenung sedalam-dalamnya maksud Firman Allah swt dibawah ini, dan marilah kita bersatu-padu menentang musuh-musuh Allah swt.Takutlah seksa Allah yang sangat pedih dan berdoalah semoga kita diredhai olehNya selalu.

“Janganlah orang-orang yang beriman mengambil orang-orang kafir menjadi teman rapat dengan meninggalkan orang-orang yang beriman. Dan sesiapa melakukan (larangan) yang demikian maka tiadalah ia (mendapat perlindungan) dari Allah dalam sesuatu apapun, kecuali kamu hendak menjaga diri dari sesuatu bahaya yang ditakuti dari pihak mereka (yang kafir itu). Dan Allah perintahkan supaya kamu beringat-ingat terhadap kekuasaan diriNya (menyeksa kamu). Dan kepada Allah jualah tempat kembali". [Surah Al-imran : 28]

gravatar

Kaum Yang Dijanjikan Allah Sesudah Ada Yang Murtad



Tajuk : Kaum Yang Dijanjikan Allah Sesudah Ada Yang Murtad.

Maha Suci Allah Swt telah menjanjikan kepada kita akan mendatangkan satu kaum yang sangat mencintai Allah swt dan Allah swt juga amat menyintai mereka sebagai pembela agama Allah swt setelah terjadinya banyak peristiwa murtad. Ini janji Allah swt, bukan mimpi!

Hayatilah Firman Allah swt dalam Surah Al-Maidah ayat 54 ini :

“Wahai orang-orang yang beriman! Sesiapa di antara kamu berpaling tadah dari agamanya ( jadi murtad), maka Allah akan mendatangkan suatu kaum yang Dia kasihkan mereka dan mereka juga kasihkan Dia; mereka pula bersifat lemah-lembut terhadap orang-orang yang beriman dan berlaku tegas gagah terhadap orang-orang kafir, mereka berjuang dengan bersungguh-sungguh pada jalan Allah dan mereka tidak takut kepada celaan orang yang mencela. Yang demikian itu adalah limpah kurnia Allah yang diberikanNya kepada sesiapa yang dikehendakiNya; kerana Allah Maha Luas limpah kurniaNya, lagi Meliputi PengetahuanNya” [ Al-Maidah : 54 ]

Semoga Allah swt mendatangkan kaum yang dijanjikan itu di zaman ini. Di zaman umat islam begitu lemah , dihina dan ditindas dimana-mana. Di zaman fitnah Dajjal semakin berleluasa.

Semoga Islam kembali gemilang ditangan mereka yang akan berjuang dengan gagah dan bersungguh-sungguh dijalan Allah swt.

Ya Allah, bantulah kami dalam agamaMu,

Perteguhkanlah dan tetapkanlah iman kami,

Bimbinglah kami menuju rahmat dan keredhaanMu.

Amin…..

gravatar

Dajjal Akan Mengakui Dirinya Adalah Al-Mahdi , Seterusnya Nabi Dan Akhirnya Allah!



Tajuk : Dajjal Akan Mengakui Dirinya Adalah Al-Mahdi , Seterusnya Nabi Dan Akhirnya Allah!

Sumber : Armagedon 2012- Bencana Akhir Zaman, oleh Muhammad Alexander,
m/s 279 – 283.cetakan ke-4.


[[ Sulaiman bin Syihab berkata : “Suatu ketika, Abdullah bin Maghnam datang kerumah.Kemudian , dia menceritakan Nabi Muhammad saw pernah bersabda :

“ Tidak lagi ada kesamaran tentang Dajjal. Sesungguhnya dia akan muncul dari arah timur. Kemudian, dia menyeru atas namaku sehingga dia diikuti oleh ramai orang. Kemudian dia memerangi mereka dan berjaya menguasai mereka. Dan dia masih berbuat seperti itu hingga dia datang ke Kufah. Dia menampakkan agama Allah lalu mengamalkannya sehingga dia diikuti dan disenangi kerana itu. Kemudian Dajjal berkata : “Sesungguhnya aku adalah nabi”.Dengan ucapan itu, maka takutlah orang yang memiliki hati dan akal yang lurus lalu (mereka) meninggalkan Dajjal. Dajjal masih terus hidup hingga dia mengatakan “Aku adalah Allah”. Dengan itu, akhirnya matanya tertutup, telinganya terpotong dan antara kedua matanya tertulis KAFIR ..”

[ Hadis direkodkan oleh Tabrani ].


Beberapa perkara dapat difahami berdasarkan hadis diatas, iaitu :

1).Dajjal akan muncul dari Timur. “Sesungguhnya dia akan muncul dari arah timur".

2).Dajjal akan berdakwah dengan memperalatkan nama Nabi Muhammad. Ini adalah sebagaimana dalam hadis diatas: “kemudian dia akan menyeru atas namaku”. Ini mungkin berkaitan dengan gelaran Imam Mahdi (imam yang mendapat petunjuk) yang mana Rasulullah mengatakan nama al-Mahdi adalah seperti namanya, iaitu Muhammad Bin Abdullah. Ini bermakna Dajjal akan memanfaatkan maklumat dari hadis ini bagi menipu manusia dengan mengisytiharkan dirinya sebagai Imam Mahdi (al-Mahdi palsu) dengan nama Muhammad. Ini sekaligus adalah tindakan Dajjal bagi menyaingi dan memburukkan Imam Mahdi yang sebenarnya muncul di Makkah lebih awal dari itu.

3).Ramai orang yang terpesona dengan akhlak Dajjal yang baik, santun dan murah hati. Dalam hal ini, kita dapat mengambil peringatan daripada hadis Rasulullah tentang Syubhat iaitu perkara yang samar-samar, mencampur adukkan yang haq dan yang bathil atau melakukan kebaikan dengan tujuan menipu yang dibawa oleh Dajjal. Antara Syubhat yang dibawa oleh Dajjal adalah akhlak yang baik. Pada masa itu, Dajjal menerapkan ajaran islam dalam kehidupan seharian, sehingga beramai-ramai orang menjadi pengikutnya dan menyukainya. “Lalu dia(Dajjal) menunjukkan agama Allah dan mengamalkannya sehingga dia diikuti dan disenangi kerana amalannya itu”. Ini menjadi bukti pada fasa itu, Dajjal masih dalam keadaan normal malah berkarisma.Pada masa itu belum ada tulis “KAFIR” di dahinya dan salah satu matanya belum buta. Ini kerana jika Dajjal sudah sejak awal lagi mempamerkan keadaannya yang sebenar, maka sudah tentu tiada seorang pun yang menjadi pengikutnya.

4).Apabila pengikutnya mulai ramai, Dajjal mengisytiharkan dirinya sebagai nabi, “selepas itu, Dajjal berkata : sesungguhnya aku adalah nabi”. Mungkin Dajjal mengisytiharkan dirinya sebagai Nabi Isa yang dikatakan akan muncul pada akhir zaman. Dajjal akan cuba menonjolkan dirinya sebagai Nabi Isa dengan cara menyembuhkan orang yang sakit, menghidupkan orang mati dan sebagainya sehingga mereka yang lemah imannya segera mengiktiraf Dajjal sebagai Nabi Isa. Apabila ini berlaku, golongan yang selama ini menyembah Jesus akan menemui Nabi Palsu itu lalu menyembahnya. Itu adalah taktik Dajjal, iaitu mempergunakan keterangan teks al-Quran dan hadis tentang Imam Mahdi dan Nabi bagi menipu manusia.

5).Selepas pengikutnya bertambah ramai, Dajjal mengisytiharkan pula dia adalah Tuhan, “Dajjal masih terus hidup hingga dia mengatakan : Aku adalah Allah”.Bagi menghapuskan agama kebendaan yang dipimpin oleh Dajjal, Allah menurunkan Nabi Isa, iaitu manusia yang disebut-sebut sebagai orang yang paling zuhud. Akhirnya , Nabi Isa membunuh Dajjal di Gerbang Lod- Gerbang Lod mungkin merujuk kepada Lapangan Terbang Ben Gurion yang terletak di Kota Lud/Lydda, Israel.Hanya Allah yang mengetahuinya.

6).Berdasarkan hadis ini, kita dapat ketahui sebahagian daripada pengikut Dajjal terdiri daripada umat islam yang lemah imannya.Ini kerana mereka tidak tahu orang’warak’ itu adalah Dajjal. Ini bermakna pada masa itu, belum ada tulisan KAFIR di dahi Dajjal dan salah satu matanya belum buta. Ini kerana jika Dajjal awal-awal lagi sudah mempamerkan keadaannya yang sebenar, sudah tentu tiada seorang pun yang menjadi pengikutnya; dan

7).Kemuncak pendustaan Dajjal adalah apabila dia mengisytiharkan dirinya sebagai Tuhan, Allah menghukum Dajjal dengan bencana yang menyebabkan sebelah matanya buta dan pembentukan tulisan KAFIR di dahinya…. ]]


**************************************************

Amat menarik kupasan yang dibuat oleh penulis ( Muhammad Alexander @ Wisnu Sasongko) di atas. Jika sebelum ini kita hanya mendengar khabar bahawa Imam Mahdi akan muncul dari timur, namun dari hadis Nabi saw diatas , Dajjal juga akan muncul dari timur, malah ancaman Dajjal lebih hebat lagi kerana dia akan mengaku menjadi Imam Mahdi, seterusnya mengaku menjadi Nabi dan kemuncak pendustaannya ialah dia akan mengaku menjadi Tuhan pula!

Mungkin secara kebetulan, di bumi Malaysia saat ini heboh diperkatakan , ada seorang manusia yang mendakwa pemimpin akhir zaman iaitu al-Mahdi yang ditunggu-tunggu itu sudah muncul , kononnya sekarang ini sedang menghadapi ujian paling getir dalam hidupnya ( bala yang dicari dan dikorek sendiri ) sebagai persediaan menjadi pemimpin dan penyelamat akhir zaman! pemimpin ini juga pernah dijolok dengan gelaran “Anu- gerah Tuhan” oleh ahli keluarganya. Terkejut Omega sungguh saya dengan kenyataan terbaru dari manusia itu, sumpah… nak tergelak sakan pun ada…. He he he ! Anda bagaimana pula???

Mungkin secara kebetulan juga, sudah ada pentaksub dari sebuah “Parti gunakan Agama” yang mendakwa ularmak pujaan mereka setaraf dengan Nabi. Nasib baik ularmak yang empunya diri tidak mengaku dirinya Nabi.

Perlu diingatkan sekali lagi, bahawa akan ada Dajjal-Dajjal kecil sebelum munculnya Dajjal sebenar…. Dan siapakah Dajjal-Dajjal kecil itu ??? mereka mungkin dalam proses persediaan… dalam proses pembikinan.....


Logo dan lambang diatas sering dijumpai oleh kita dimana-mana.Ia amat disenangi dan telah menjadi ikutan ramai.Slogannya semuanya untuk kebajikan dan kesejahteraan rakyat!Ia sentiasa memberi harapan kepada rakyat! tapi AWAS!!!

gravatar

Jom Download : Ombak Rindu (2011)


Ombak Rindu (2011) Mediafire Link

Sinopsis
Filem yang diadaptasikan daripada novel Ombak Rindu ini mengisahkan tentang perjalanan cinta dua insan, Izzah dan Hariz dari dua dunia yang berbezadan mereka terpaksa menempuh pelbagai rintangan sebelum menemui kebahagiaan. Izzah adalah gadis kampung yang telah dijual oleh bapa saudaranya kepada sebuah kelab hiburan di K.L untuk dijadikan pelacur. Seorang pemuda, Hariz anak Datuk Sufiah, pemilik empayar perniagaan SUFIAH CEMERLANG telah mermbeli Izzah dari pemilik kelab tersebut untuk dijadikan perempuan simpanan, namun Izzah telah merayu Hariz supaya menikahinya untuk menghalalkan hubungan mereka.

Hariz setuju dengan syarat Izzah tidak menuntut sebarang hak sebagai isteri. namun selepas itu, hariz yang kasar dan panas baran telah jatuh cinta dengan Izzah yang penuh dengan kelembutan. hariz kemudian terpaksa menikahi Mila, kawan zaman persekolahannya setelah didesak oleh Datuk Sufiah dan Mila yang amat mencintainya. Semasa Hariz koma dihospital akibat kemalangan jalan raya, Datuk Sufiah telah menghalau Izzah keluar dari bungalow Hariz dan merampas telefon bimbit Izzah.

Setelah keluar dari hospital, Datuk Sufiah memberitahu Hariz yang Izzah telah menjalani hubungan dengan lelaki lain. Hariz yang marah telah memberitahu Izzah bahawa dia akan digantung tidak bertali semasa terserempak dengan Izzah di rumah pak Dollah, pemandu keluarga Datuk Sufiah. Izzah kemudian kembali ke kampungnya. Pak Dollah yang marah dengan Datuk Sufiah telah memecahkan rahsia bahawa hariz adalah anaknya yang telah diserahkan kepada suami Datuk Sufiah untuk dijadikan anak angkat serta memberitahu Hariz bahawa Izzah tidak bersalah. Hariz yang menyesal dan amat rindukan Izzah telah pergi ke kampung Izzah untuk memujuk supaya kembali kepangkuannya. Mila datang ke kampung Izzah dan menuntut cerai dari Hariz. Filem ini berakhir dengan Izzah dan Hariz menjalani hidup bahagia tanpa rahsia lagi.

Pelakon
Aaron Aziz, Maya Karin, Lisa Surihani, Bront Palarae, Azizah Mahzan, Zaidi Omar, Normah Damanhuri

Trailer


MKV File (390Mb)
part 1 | http://www.mediafire.com/?xa4gm47da4yzj3t
part 2 | http://www.mediafire.com/?l1fjif0q1rc4mis

part 1 | http://www.mediafire.com/?ikqcppaqiqc32a4
part 2 | http://www.mediafire.com/?fc4q557w2p65bbk

part 1 | http://www.mediafire.com/?tar3xv3ldsae3vb
part 2 | http://www.mediafire.com/?1bdxos20yv5n7qh

RMVB File (350Mb)
part 1 | http://www.mediafire.com/?1tegbazp3aq3cgc
part 2 | http://www.mediafire.com/?c8l3662ie84c3cl

RMVB File (310Mb)
part 1 | http://www.mediafire.com/?csdagcpxyc7y5yb
part 2 | http://www.mediafire.com/?wxdyb8oqtvvjgcm

part 1 | http://www.mediafire.com/?j6w8vrj2pr3ortq
part 2 | http://www.mediafire.com/?s2dzm6xz60midd8

* Bagi file .001 sila join kan file tersebut menggunakan HjSplit. Bagi file .RAR sila extract dari part 1 menggunakan WinZip/WinRAR.

gravatar

Johan Filem Pendek Mahasiswa Malaysia di Mu'tah, Jordan - Dua Dunia



Assalamualaikum, kali ini aku ingin berkongsi sebuah filem pendek hasil lakonan daripada Mahasiswa Malaysia yang kini menuntut ilmu di University Mu'tah, Jordan. Mereka juga merupakan sahabat-sahabat lama aku sewaktu di sekolah menengah dahulu. Filem pendek ini juga berkisar tentang ukhuwah dalam persahabatan. Untuk pengetahuan, filem pendek ini dihasilkan bagi 'Short Movie Charity Contest' bersempena Mu'tah Charity Dinner 2.0 2011 (McD 2.0) pada 24 Disember 2011 yang lalu. Alhamdulillah, filem pendek ini telah mendapat Johan bagi 'Short Movie Charity Contest'.

Sinopsis
Filem pendek ini mengisahkan seorang Mahasiswa Malaysia bernama Mohamad Iezwan Bin Ielias yang kini sedang belajar di University Mu'tah, Jordan. Dia mempunyai ramai kawan di sana, namun masih terasa keseorangan kerana semua rakan rumahnya sangat sibuk dengan hal masing-masing sehingga dirinya rasa terpinggir.

Roommate nya, Pijoi sentiasa sibuk dengan laptop dan video sepanjang masa. Padey pula sentiasa sibuk dengan meeting. Amirul, dua pupu nya pula setiap hari basah me'repair' sakonah. Akhir sekali, Arsyad yang suka sangat murokib.

Apabila mereka semua pulang ke rumah, mereka tidak mengendahkan Iezwan yang bersusah-payah menyiapkan makanan untuk rakan-rakan serumahnya. Dengan rasa hati yang sedih dan sayu, dia menjamu juadah yang disediakannya sendirian tanpa ditemani rakan.

Untuk mengetahui kisah selanjutnya, tontonilah filem pendek bertajuk Dua Dunia di bawah ini.


gravatar

Taman Syurga Di UAE ?

Subhanallah, sungguh indah pemandangan di Taman Al-Ain Paradise di Emiriah Arab Bersatu (UAE).

Dalam 40 hadis peristiwa akhir zaman, Abu Hurairah ra berkata : "Bersabda Rasulullah SAW: "Tidak akan terjadi kiamat sehinggalah Tanah Arab (yang tandus itu) menjadi lembah yang subur dan di aliri sungai-sungai".

Sekarang kita telah mula menyaksikan kebenaran sabdaan junjungan kita ini. Kita banyak melihat tanah Arab yang dahulunya tandus dan kering kontang tetapi sekarang telah mulai menghijau dan ditumbuhi rumput-rumput dan pohon-pohon kayu.

Contohnya, Padang Arafah yang ada di Makkah al-Mukarramah yang dahulunya hanya dikenali sebagai padang yang tandus dan tiada pohon kayu. Sekarang ini Padang Arafah dipenuhi pohon-pohon kayu, sehingga kelihatan menghijau dan kita dapat berteduh di bawah naungannya.

*Jadi jangan terkejut kalau kat sana sekarang dah cantik sebab kiamat semakin menghampiri kita semua. Wallahu'alam.

gravatar

Awan Tsunami ?


Satu fenomena hebat ciptaan Ilahi iaitu awan yang membentuk seakan-akan gelombang ombak tsunami telah berjaya dirakamkan pada pagi Jumaat (16.12.2011) di langit Birmingham, Alabama, Amerika Syarikat.

Penduduk Alabama yang berasa kagum kemudiannya telah mengambil gambar awan terbabit dan menghantarnya ke stesen kaji cuaca tempatan mereka dengan soalan "Apakah ini tsunami di langit?".

Pakar mengatakan fenomena hebat ini berlaku apabila satu lapisan bahagian atas (udara) bergerak lebih pantas berbanding lapisan bahagian bawah (wap air).

Info lanjut sila ke: http://www.lifeslittlemysteries.com/2009-tsunami-clouds-alabama.html

gravatar

Jambatan Moses Terilham Daripada Kisah Nabi Musa a.s

LAZIMNYA jambatan dibina di atas permukaan air bagi membolehkan pengguna melintasi sungai, parit, tasik dan sebagainya untuk ke seberang.

Lain pula ceritanya di Belanda, disifatkan sebagai sebuah "jambatan halimunan" atau Jambatan Moses. Rekaan Jambatan Moses ini diilhamkan daripada sejarah Nabi Musa membelah laut merah ketika misi menyelamat Bani Israel daripada tentera Firaun, maka sebab itu ia dibina di bawah permukaan air.

Jurucakap pereka jambatan unik itu, Ad Kils berkata, konsep halimunan ini dapat menghalang musuh daripada melihat kita melintasi air dan konsep ini boleh dipraktikkan di dalam sistem pertahanan.

Jambatan ini terletak di Belanda dan direka khas menggunakan kayu Accoya yang tahan lasak.

Apabila diitanya bagaimanakah jika air melimpah masuk ke dalam ruangan jambatan, Ad Kils menjawab;

"anda tak perlu bimbang, kerana ia hanya risiko yang kecil".

gravatar

Kencing Malam (Enuresis)


Apakah Enuresis?
Enuresis ialah terma dalam perubatan untuk kencing malam. Ini adalah satu keadaan dimana kanak-kanak kencing tanpa disedari semasa tidur. Kebanyakan kanak-kanak berhenti kencing malam selepas berumur 5 atau 6 tahun tetapi ada juga kajian menunjukkkan yang 10%-15% daripada kanak-kanak yang berumur 5-12 tahun masih terus kencing malam walaupun mereka tiada masaalah dalam sistem buah pinggang Kajian menunjukkan di Malaysia masih terdapat lebih kurang 6.2% daripada kanak-kanak yang berumur 7-12 tahun masih lagi kencing malam.

Apakah sebab Enuresis?
Kencing malam selalu berlaku dalam sesebuah familli.
Kencing malam boleh disebabkan

* Ruang pundi kencing yang kecil.
* Gangguan tidur,kebanyakkan pesakit yang kencing malam dikatakan mereka tidur terlalu nyenyak. Walaupunbagaimapun tiada bukti yang kukuh untuk menyokong pernyataan ini.
* Kurang penghasilan hormon yang dipanggil vasopressin semasa tidur.Vassopressin adalah penting untuk mengurangkan penghasilan kencing diwaktu malam.

Jenis-jenis kencing malam?

* Kencing malam hanya diwaktu malam.(peringkat awal nokturnal enuresis)
* Kencing malam diwaktu malam dan siang hari(tidak boleh mengawal kencing)-hal ini perlu penilaian seterusnya oleh doktor untuk mengesan sebab yang lain.
* Sebab-sebab gangguan lain yang boleh menyebabkan kencing malam(secondary enuresis) ialah jangkitan pada pundi kencing,masalah saraf tunjang, pundi kencing yang tidak normal dan masalah metabolisma seperti kencing manis.Selalunya keadaan yang seperti ini akan menunjukkan tanda-tanda lain selain dari kencing malam.

Adakah kencing malam memerlukan ujian?

* Tidak semestinya jika sejarah kencing malam tanpa disedari ini hanya berlaku pada malam sahaja(Peringkat awal nocturnal enuresis) tanpa tanda-tanda penyakit lain.

Apakah pontensi komplikasi?

* Boleh mengakibatkan perasaan rendah diri didalam diri kanak-kanak dan perasaan itu sendiri boleh menyebabkan faktor risiko untuk masalah psikitrik dan masalah sosial yang lain.
* Tekanan didalam keluarga.

Cara rawatan

* Mengubah sikap- contohnya memberi ganjaran pada anak anda sekirannya dia tidak kencing malam.
* Loceng kencing malam yang mana membangunkan anak anda setiap kali bila ia kencing malam (tidak banyak terdapat di Malaysia)
* Ubatan untuk membantu anak anda kekal kering,dapatkan bantuan doktor anda mengenai perkara ini.
* Ingat : enuresis akan bertambah baik bila umurnya meningkat.

Cara lain yang boleh membantu.

* Jangan salahkan anak anda,ini bukanlah kesalahan dia. Bercakap tentang perkara ini secara terbuka dengan anak anda.
* Kurangkan minum diwaktu petang dan malam.
* Bangunkan atau angkat anak anda ditengah malam untuk kencing, ini boleh mengelak kencing malam tetapi tidak boleh menyembuhkan enuresis.
* Gunakan lapik tilam yang kalis air.
* Pewangi bilik.
* Mandi di waktu pagi sebelum kesekolah..

gravatar

JANGAN DIUCAP SELAMAT HARI KRISMAS JIKA ANDA SAYANGKAN AQIDAH ISLAM ANDA.


David: Selamat Pagi.. Ini adalah hari yang sangat indah dan bermakna..
Abdullah: Selamat pagi, jadi bagaimana dengan perayaan Krismas kamu hari ini?
David: Hebat dan saya akan menikmatinya dengan lebih baik lagi sekejap lagi...
Abdullah: Baguslah..
David: Kamu tidak mahu ucapkan Selamat Hari Krismas buat saya? ;-)
Abdullah: Islam menghormati agama lain, tetapi untuk menyambut perayaan agama lain adalah tidak dibenarkan.
David: Tetapi mengapa? bukankah ia hanya sekadar ucapan bukannya perbuatan..
Abdullah: =) bolehkah pula kamu mengucapkan dua kalimah syahadah??
David: Hmmm, tidak boleh kerana ia akan memberi kesan kepada iman saya..!
Abdullah: Tetapi kenapa? bukankah ia hanya sebuah ucapan dan bukannya perbuatan?
David: Owhh, sekarang barulah saya faham :)
Abdullah: Terima kasih kerana memahami =)

JANGAN DIUCAP SELAMAT HARI KRISMAS JIKA ANDA SAYANGKAN AQIDAH ISLAM ANDA. MENGHORMATI AGAMA MEREKA DITUNTUT DI DALAM ISLAM TETAPI JANGANLAH REDHA PADA AGAMA SELAIN ISLAM. TUGAS UMAT ISLAM ADALAH MENGEMBANGKAN AJARAN ISLAM DAN BUKANNYA MENYAMA RATAKAN (PLURALISME) SETIAP AGAMA APATAH LAGI MENYAMBUT BERSAMA PERAYAAN AGAMA MEREKA.

gravatar

Tak Tahan Asyik Diganggu Hantu Kak Limah !


MARANG – Berambut panjang dan kadangkala menutup kepala dengan kain batik, rupanya persis watak hantu Kak Limah dalam filem komedi Hantu Kak Limah Balik Rumah yang mencetus fenomena dalam dunia perfileman negara.

Kak Limah muncul di Marang. Itulah yang diperkatakan sebuah keluarga di Kampung Temiang, Pengkalan Berangan, apabila lima sekeluarga tertekan dan ketakutan akibat diganggu lembaga wanita tua berambut panjang itu sejak lebih seminggu lalu.

Wanita misteri itu dikatakan sering menjelma dan dilihat merayau-rayau sekitar kawasan rumah di situ. Malah, kelibat menyeramkan itu dapat dirakam secara kebetulan oleh salah seorang ahli keluarga terbabit.

Ketua keluarga, Mazlan Ali, 55, mendakwa, lembaga itu berpakaian batik lusuh dengan rambut mencecah paras pinggang, sering merayau sekitar rumah anaknya dari waktu malam hingga ke subuh, sebelum menghilangkan diri.

Hantu Kak Limah minta tolong

Menurutnya, kesemua lima keluarga yang tinggal di kawasan itu adalah anaknya dan tinggal secara berasingan di rumah masing-masing kerana sudah berumah tangga.

“Ada antara mereka juga pernah melihat kelibat seorang wanita berambut panjang berdiri berdekatan paip air dan sekitar rumah sebelum menghilangkan diri.

“Boleh dikatakan setiap hari pasti ada anak saya yang melihat kelibat wanita itu. Bukan itu saja, malah semalam, (kelmarin) saya sendiri terdengar lembaga itu menjerit meminta tolong,” katanya.

Dua bulan sebelum ini, katanya, kejadian menyeramkan itu tidak pernah dialami ahli keluarganya. Kemunculan lembaga wanita berambut panjang itu dikatakan bermula selepas dia membawa balik beberapa keping papan serta tiang rumah ke rumahnya.

Menurutnya, kepingan papan dan tiang rumah itu diperoleh dari rumah pusaka ayahnya di Jerangau, Dungun, untuk dijadikan dinding rumah anaknya, Mohd Syawal, 22.

Diganggu Selepas Bawa Balik Papan
“Saya membawa pulang beberapa papan dan tiang itu ke rumah ini pada November lalu dan sejak itu gangguan lembaga misteri itu, bermula dan kami kerap diganggu dan kini kami sudah tidak tahan lagi dengan gangguan ini dan perlukan bantuan,” katanya.

Menguatkan lagi dakwaan itu, Mohd Syawal turut me-nunjukkan imej lembaga misteri wanita tua seperti bertongkat yang dirakam secara tidak sengaja oleh ahli keluarganya beberapa hari lalu.

Bagaimanapun, kata Mohd Syawal, dia sendiri belum pernah melihat kelibat wanita misteri itu tetapi sering diganggu bunyi yang pelik dan menakutkan sehingga menyebabkan dua anaknya tidak dapat tidur serta asyik menangis.

“Bunyi seperti orang mencakar dinding kerap kedengaran di luar rumahnya pada sebelah malam, apabila saya turun tiada sesiapa di bawah. Kami buntu memikirkan cara untuk mengatasi gangguan ini,” katanya.
Imam nasihat buat solat Hajat

Sementara itu, Sinar Harian turut menemui beberapa penduduk berdekatan kawasan itu namun rata-rata memberitahu kelibat wanita misteri itu tidak pernah menggangu mereka.

Manakala, imam Mohamad Razak, 57, menasihatkan agar keluarga itu mengamalkan bacaan ayat suci al-Quran dan bersolat lebih tekun bagi mengelak diganggu selain mengadakan solat Hajat bersama penduduk setempat.

Berikutan itu, kesemua keluarga terbabit berharap ada pihak yang dapat membantu mereka menangkap atau mengusir lembaga menyerupai wanita itu kerana mereka tidak tahu cara menangani gangguan tersebut.

Keluarga ini boleh dihubungi menerusi talian 014-8120040 (Mohd Syawal) dan 013-9488025.

SUMBER: http://www.sinarharian.com.my/nasional/tidak-tahan-diganggu-hantu-kak-limah-1.14542

Karya X : Tak pasal-pasal Hantu Kak Limah yang dapat nama. :D