Like My Facebook Page

Anda follow blog saya, saya akan follow blog anda kembali. =)

Tazkiyatun Nafs

Satu persoalan timbul dalam benakku,“ Layakkah kita menagih cinta insan seandainya cinta Tuhan belum tergapai?Sedangkan cinta Allah adalah segalanya, cinta Rasul lambang cinta kepada-Nya, cinta ibu bapa tulus selamanya, cinta saudara ukhwah kerana-Nya dan cinta pada’nya’ pelengkap kasih-Nya…Hamparkanlah cinta kepada Yang Selayaknya..Jadi,jika mengharap cinta sejati, dambalah kasih Ilahi, itulah cinta hakiki..tepuk dada, tanya iman, tanya akal fikiran, tanya hati, tanya diri sendiri…Sejauh manakah taraf cinta kita ini? ”
gravatar

SISTEM DAJJAL : Kemunculan Agama Sesat

Perjalanan Dajjal dalam pentas sejarah meninggalkan doktrin kekufuran di setiap lokasi yang disinggahnya. Manusia kufur yang dianugerahkan kepanjangan usia ini tidak pernah berhenti daripada terus berusaha untuk membuatkan manusia biasa percaya bahawa dialah tuhan yang akan muncul ketika saat dunia sudah kesuntukan masa. Sedangkan kita pada masa yang sama jarang sekali berusaha untuk meningkatkan iman, nikmat terbesar yang menjadikan seseorang manusia itu sebagai manusia.

What can save us in the end? There is nothing but the light (iman) which make human become human. My brothers and sisters, please try to gain the strength of iman with full of effort, dawn by dawn. Insya-Allah, our Lord, The Most Gracious and The Most Merciful, The Only One God, Allah will always guide us till the end of time,” – Yusuf Islam

Allah mencipta setiap hambanya menjadi makhluk yang taat, begitu juga syaitan. Pada asalnya, syaitan juga beriman kepada Allah. Namun, makhluk yang diciptakan daripada api ini ingkar kerana enggan sujud kepada manusia pertama bernama Adam. Lalu, syaitan disingkir dari syurga dengan kehendak Allah. Umat Islam tahu kisah yang diceritakan dalam al-Quran ini yang membawa kepada penyingkiran Adam dan Hawa akibat diperdaya syaitan, malah turut diceritakan dalam Bible bab Genesis.

Kita tidak boleh terus kata Dajjal itu diciptakan sebagai makhluk kufur sejak dari permulaan dia dilahirkan. Allah tidak mencipta makhluk yang dianugerahkan akal untuk diazab, azab itu hanya diturunkan selepas sesuatu makhluk itu ingkar setelah disampaikan petunjuk dan hidayah. Allah Maha Adil, Dia tidak sekali-kali akan menghukum sesuatu makhluk tanpa kesalahan.

Jadi, apa kesalahan Dajjal yang membuatkan dia kufur, lalu Allah jadikan dia sebagai janji terhadap ancaman paling besar kepada umat manusia di akhir waktu? Amat penting untuk merungkai persoalan ini dengan cuba mengesan Dajjal dengan menjadikan calon-calon manusia kufur yang direkodkan dalam sejarah sebagai petunjuk kepada jawapan. (Allah lebih mengetahui segala rahsia, penulis hanya menyampaikan pendapat peribadi).

Namun malangnya dalam tajuk ini, kami tidak dapat mengesan siapakah orang yang menyebarkan doktrin agama sesat sejak dari permulaan sejarah sehingga melahirkan agama pagan yang terus wujud sehingga hari ini. Orang itu begitu licik dalam menjalankan kerjanya. Kami hanya menemui kesan iaitu agama pagan yang ditinggalkannya sahaja. Lalu, kami hanya mampu membuat loncatan ‘jump to conclusion’ iaitu orang itu adalah Dajjal. Tetapi, kami tidak tahu dengan nama apakah Dajjal beroperasi ketika menyemai agama pagan di dunia pada ribuan tahun dahulu.

Jika ketika operasi meninggalkan kod-kod kehadirannya di seluruh dunia, Dajjal memperkenalkan dirinya sebagai Horus, Merlin dan sebagainya melalui mitos-mitos dan kisah-kisah lagenda. Namun, apakah nama yang digunakan manusia aneh ini ketika menyebarkan agama pagan? Tinggalkan persoalan ini sehingga bab-bab akan datang.

Kita semua sudah tahu tamadun Babilon mewariskan agama pagan kepada dunia, kesesatan yang menjadi ibu kepada kekufuran lagi syirik terhadap Tuhan Yang Satu. Babilon adalah kuasa besar dalam tamadun kuno, tamadun ini juga mewariskan ramai keturunan dari darah pemerintahnya yang menjadi pemimpin dunia hari ini. Keturunan Babilon ini terus hidup dengan semangat survival yang tinggi, menyelinap masuk ke dalam kaum-kaum nabi terdahulu berbekalkan sifat munafik dan fasiq, mereka sanggup berbuat apa saja untuk terus hidup dengan melahirkan generasi-generasi baru sehingga akhir zaman. Kuasa-kuasa besar dunia hari ini adalah New Babylon, Kingdom of Pagan yang sentiasa memerangi negara-negara Islam, Kingdom of Light.

Bangunlah, kita cipta sejarah baru, kita cipta sejarah baru mengenai umat yang gemilang, terbilang, bermaruah dan tidak menunduk segan di hadapan orang pagan. Jangan hanya duduk diam dan hanya mampu berbangga dengan sejarah kegemilangan generasi Islam terdahulu yang sudah menjadi bahan sejarah. Buatlah sesuatu, jika kita mampu buat sesuatu secara ‘think global’ , maka buatlah dengan berbekalkan segala sumber yang ada. Tetapi jika kita hanya mampu ‘think local’ , maka buatlah. Jangan berasa kecil dan membandingkan diri dengan ulama besar jika kita hanya mampu mengajak seorang sahaja jiran pergi ke surau setiap hari kerana kita hanya ‘think local’. Tetapi yakinlah, jika semua orang hanya mampu buat ‘think local’ secara serentak, maka ia juga akan menjadi ‘think global’.

– Admin.
---

Agama yang menyesatkan


Imej syaitan Baphomet, wakil tuhan dalam agama Wicca dan Asatru

Kita masuk kepada bab agama sesat. Kita tidak akan menyentuh mengenai agama Baha’i atau pecahan-pecahan agama Islam yang sudah menjadi sesat dan bergerak secara global, kita tidak akan menyentuh ajaran sesat yang menyimpang daripada ajaran Islam yang sebenar dalam bab ini. Untuk maklumat mengenai Baha’i dan sebagainya, anda boleh rujuk melalui buku-buku dan sumber-sumber internet. Untuk memahami perkara fardhu dan ibadah Islam sebenar, rujuklah guru yang bertauliah dan diiktiraf badan-badan agama Islam, bukan berguru dengan Qadiani, bukan Hasan Anak Rimau, bukan Ayah Pin atau seangkatan dengannya.

Kami bukanlah ahli bijak pandai dalam menjawab persoalan fardhu atau ilmu tasawuf atau ilmu usuluddin, tetapi berasa bertanggungjawab untuk menyampaikan semua yang kami tahu kepada semua kerana kami akan terus berasa terbeban selagi semua yang kami tahu ini tidak disampaikan kepada semua saudara seagama. Semoga usaha ini dinilai sebagai amal soleh oleh Allah. Elakkan diri daripada terjerumus ke kancah ajaran sesat. Mereka itu sesat, lagi menyesatkan.

Kita akan menyentuh hal berkaitan pagan. Kenali pagan supaya tidak terus hidup dalam amalan pagan tanpa sedar. Bab ini hanya sebagai untuk menyampaikan info, kita hanya akan menyelongkar agenda rahsia agama ini dalam bab khas nanti hasil pengalaman seorang rakan di London, bab Tenaga Ritual. Ini kerana, pergerakan dan kefahaman terhadap pagan masih belum jelas disebabkan agama ini tidak ada manuskrip dalam memperjelaskan konsep kepercayaannya kepada umum.

---------------------------------------------------------------------------
Nota dari Admin: maklumat hanya diperoleh secara lisan dari sumber rakan sekerja di London, kerana tiada maklumat dalam bentuk teks keagamaan atau manuskrip mengenai Wicca. (mungkin kami gagal menemui sekiranya memang ada maklumat teks keagamaan mengenai Wicca)(berhubung Kabbalah, terdapat banyak sumber teks dan manuskrip keagamaan yang boleh dijumpai dengan membeli buku/kitab secara online atau download dalam format pdf sebagai rujukan saudara/saudari semua)
--------------------------------------------------------------------------

New Pagan dalam dunia moden


Pentagram termasuk pentagram terbalik
adalah simbol agama Wicca dan Asatru

Wicca ialah agama New Pagan terbesar di dunia hari ini. Ajarannya pula hanya disampaikan secara lisan, melalui lisan, melalui lagu-lagu dan puisi-puisi purba. Penganutnya dipanggil Wiccan, Covens, Groves (Bohemian Groves) dan sebagainya. Penganut agama ini (Wiccan) percaya bahawa wakil tuhan mereka adalah manifestasi manusia berkepala kambing, bertanduk dan mempunyai dwi-jantina (mempunyai payudara wanita). Wakil tuhan mereka adalah imej syaitan yang selalu digunakan pengikut muzik black metal dan pentagram (termasuk yang diterbalikkan) juga adalah simbol agama ini yang menjadi medium mistik yang digunakan dalam menjana tenaga ritual. Namun…siapa sebenarnya tuhan mereka? Kami ada teorinya dalam bab akan datang.

Malah, mereka (Wiccan) mengiktiraf pengikut dan penggiat muzik black metal sebagai penganut (penganut pasif) agama mereka, inilah yang ramai tidak tahu. Pengiktirafan itu adalah berdasarkan lambang agama (pentagram, termasuk yang diterbalikkan) lazim digunakan oleh pengikut aliran muzik bingit ini. Kepada pengikut black metal, sedarlah bahawa anda adalah penganut pasif agama Wicca dalam anda tidak sedar walaupun anda tidak pernah melakukan ritual. Kami ada penjelasannya dalam bab akan datang. Kami seru anda mulakan langkah pertama untuk meninggalkan black metal. Jika memakai salib yang menjadi simbol agama Kristian sudah boleh menyebabkan kita murtad, samalah juga jika memakai simbol pentagram kerana ia adalah simbol agama Wicca.

Menurut maklumat lisan daripada sumber rakan sekerja kami di London, kemunculan agama ini bermula daripada amalan sihir sejak Zaman Babilon dan terus berkembang di Eropah yang dibawa oleh pecahan murid-murid rahsia (murid-murid Merlin) hingga Zaman Gelap di Eropah, dan terus berkembang ke seluruh dunia hingga hari ini. Malah, ia menjadi pegangan Illuminati, menjadi agama misteri dan ‘enggan’ mengiktiraf diri sebagai satu agama bagi menutup kerahsiaannya.

Wicca ialah agama yang diasaskan oleh sekumpulan ahli sihir di sekitar Eropah ketika Zaman Gelap (Dark Ages) dan bergerak secara rahsia. Walaupun bergerak dalam jejak rahsia, wakil Wicca tetap ada dalam barisan pembesar istana di kerajaan-kerajan pagan (Eropah). Sehingga dekad 1940-an, sebuah pertubuhan Wicca bernama Gardnerian Withes atau Gardnerian Witchcraft ditubuhkan di United Kingdom oleh kumpulan para pengamal sihir dalam agama Wicca ini yang dipanggil Witch (witches), Druid (druids) dan sebagainya yang wujud sejak zaman Celt purba. Masih ingat salah satu gelaran yang diberikan kepada Merlin dalam artikel Jejak-jejak Dajjal Dalam Pentas Sejarah? Merlin juga digelar ‘The Last Druid of Celt’ atau ‘Druid Celt Terakhir’.

Manakala agama Asatru yang turut berkembang seiring dengan Wicca juga adalah pecahan daripada komponen sumber doktrin yang sama. Gerakan Asatru dalam era moden direkodkan pada tahun 1970-an iaitu selepas para penganutnya (penganut Asatru dipanggil Astoruar,Astor Bloodline? atau juga dipanggil Astruar) melancarkan usaha mengembalikan agama Alemanic Pagan (Pagan Jerman) melalui Asatru Free Assembly yang diadakan di Amerika sebanyak beberapa kali sepanjang dekad 1970-an iaitu ketika masyarakat dunia tenggelam dengan trend hiburan melampau melalui budaya hippies. Astruar menyembah Odin The One-Eyed God of War, Thor (God of Thunder), Loki (God of Chaos) dan Freyja (Goddess of Sex). Asatru ada One-Eyed God…kebetulan?

Kebanyakan ritual dua agama ini pula mempunyai persamaan dengan komponen upacara Masonic dan Kabbalah yang mempunyai sejarah permulaan sejak zaman Babilon. Dalam kes ini, Wicca adalah agama yang mempunyai akar tunjang daripada sebuah agama dari Babilon yang terus berkembang sejak tiga millennium lalu di gugusan kepulauan Inggeris oleh orang Celt.


Imej Odin, The One-Eyed God of War

Konsep ketuhanan dalam agama ini mempunyai banyak pendefinisian yang tersendiri mengikut mazhab atau aliran berlainan:

Mazhab Monoteistik: Percaya bahawa penyelamat (disembah seperti tuhan) mereka adalah ‘The All’ atau ‘The One’ dari kalangan manusia/syaitan.
Mazhab Duoteistik: Percaya bahwa penyelamat mereka adalah berpasangan Dewa dan Dewi. Imej Dewa dan Dewi ini lazim diterjemahkan melalui imej lelaki dan wanita berbogel dan termasuk yang sedang melakukan seks dalam karya-karya lukisan atau ukiran zaman Renaissance.
Mazhab Henoteistik: Percaya bahawa penyelamat mereka lebih dari satu, tetapi ada satu tuhan yang menjadi raja kepada tuhan-tuhan yang lain. (sama seperti kepercayaan Hindu dan Buddha?)
Mazhab Satanism: Percaya bahawa tuhan hanya menghukum manusia, dan percaya bahawa syaitan lebih menyayangi manusia.
Mazhab Triteistik: Percaya bahawa tuhan itu berkeluarga, tiga sekeluarga, triniti

Jika diperhatikan dan difikirkan, elemen-elemen yang terdapat dalam setiap mazhab Wicca menyerupai agama-agama yang tidak mentauhidkan Allah atau tidak merujuk kepada SATU TUHAN YANG TIDAK MENYERUPAI SEBARANG MAKHLUK. Jika ada sekalipun dalam Wicca, ia merujuk kepada satu (yang mereka anggap layak disembah) dalam mazhab Monoteistik, iaitu merujuk kepada manusia/syaitan. Ia masih bertentangan dengan jalan lurus, Tauhid.

“Dan janganlah kamu mengikut langkah-langkah syaitan kerana sesungguhnya syaitan itu adalah musuh yang nyata bagimu. Sesungguhnya syaitan itu hanya menyuruh kamu berbuat jahat dan keji dan mengatakan terhadap Allah apa yang tidak kamu ketahui.” – (Quran, al-Baqarah: 168-169)

Agama dari Babilon inilah yang mencorakkan doktrin-doktrin sesat dalam mendefinisikan konsep ketuhanan dalam setiap agama (kecuali Islam) di sepanjang sejarah ketamadunan manusia. Wicca yang wujud hari ini menjadi alat terpenting untuk mengukur persamaannya (bench-mark) dengan setiap agama selain Islam berdasarkan konsep-konsep ketuhanan yang dibawa oleh agama Wicca ini.
Konsep-konsep dalam mendefinisikan tuhan dalam agama Wicca mempunyai persamaan dalam pendefinisian tuhan dalam Kristian, Buddha, Hindu dan sebagainya jika kita membandingkan agama-agama itu dengan mazhab-mazhab yang terkandung dalam agama Wicca.

Pendefinisian ini diubah suai sedikit dalam ‘agama mata satu’ iaitu Cao Dai di Vietnam yang menetapkan doktrin bahawa semua agama termasuk Kristian, Buddha, Hindu, Wicca, Baha’i, Islam dan semua agama di dunia adalah sama pada dasarnya, dan mempunyai satu tuhan yang sama yang menjadi ketua kepada semua tuhan dalam setiap agama yang disebutkan tadi. Namun ia sebenarnya masih berpegang kepada mazhab Wicca Henoteistik yang menyesatkan. Doktrin yang dibawa Cao Dai ini juga mempunyai persamaan dengan ajaran sesat Ayah Pin yang juga terkenal sebagai seorang yang pandai ilmu sihir (wakil Dajjal di alam Melayu?). Ajaran Ayah Pin juga berpegang kepada konsep yang serupa dengan Cao Dai. Jika doktrin ini diguna pakai dan berjaya mempengaruhi umat manusia, ia akan membawa kepada satu pemusatan kepercayaan yang berpaksikan doktrin ‘ada raja tuhan di kalangan semua tuhan’ (tuhan yang dimaksudkan itu mungkin Dajjal?). Jika ia berlaku, maka satu New World Order yang menyatukan manusia di jalan kesesatan akan berjaya dijadikan sebagai realiti. Ke mana Ayah Pin menghilang? Hilangnya secara misteri? Hilang seperti Merlin? Ini cuma teori saja.

Malah, Amerika dan Eropah pula sudah lama menjadikan patung-patung tuhan pagan sebagai hiasan di tempat awam. Statue of Liberty di Amerika (manifestasi Semiramis, tuhan pagan Babilon) dan patung Hercules di England (anak Zeus tuhan pagan Greek).

Imej dari Google Earth, perhatikan struktur jalan raya
di Washington, Amerika yang membentuk pentagram. White
House terletak di bucu paling bawah. Mustahil jika imej
pentagram terbentuk di atas struktur plan jalan raya
secara kebetulan.

Kita boleh membuat andaian bahawa doktrin ini dibawa oleh satu sumber kerana berdasarkan maklumat lisan, ia bermula di Babilon. Maka, kita boleh membuat andaian bahawa doktrin ini dicipta seseorang di Babilon. Namun, ketiadaan manuskrip sejarah yang menjelaskan mengenai individu ini di Babilon menjadikan proses pencarian jawapan menjadi sukar. Atau mungkin kami belum berjaya menemui manuskrip yang dicari-cari. Namun, masih ada sumber lisan yang boleh diterima pakai dan akan kami sampaikan kepada anda dalam tajuk khas nanti. Fikir dan jadikan al-Quran sebagai panduan hidup untuk kita sedar siapa musuh kita yang sebenarnya.

“Dan sesungguhnya Kami telah sediakan bagi (neraka) Jahanam itu beberapa banyak daripada golongan jin dan manusia. Mereka ada hati tetapi mereka tidak mahu berfikir dengannya. Mereka mempunyai mata tetapi mereka tidak mahu memerhatikan dengannya. Mereka mempunyai telinga tetapi tidak mahu mendengar dengannya. Mereka semua seperti binatang-binatang ternakan bahkan mereka itu lebih sesat, mereka itulah orang yang lalai.” (Quran, al-A'raf: 179)

“Hai anak Adam, janganlah sekali-kali kamu dapat ditipu oleh syaitan sebagaimana ia telah mengeluarkan kedua ibu bapa kamu dari syurga. Ia menanggalkan dari mereka berdua pakaian untuk memperlihatkan kepada keduanya auratnya. Sesungguhnya ia dan pengikut-pengikutnya melihat kamu dari satu tempat yang kamu tidak boleh lihat mereka. Sesungguhnya kami telah menjadikan syaitan-syaitan itu pemimpin-pemimpin bagi mereka yang tidak beriman.” – (Quran, al-A'raaf: 27)

Wicca dan Satanism adalah agama yang mempunyai pertalian. Syaitan dijadikan entiti penyembahan dan sihir dijadikan pelengkap proses ‘delivery’ amalan ritual, ia termasuk ritual-ritual pasif yang kebanyakan manusia lakukan tanpa disedari. Mereka mengiktiraf setiap amalan ritual pasif yang dilakukan manusia dan mengiktiraf sebagai penganut agama mereka. Jangan jadi hamba mereka yang melakukan ritual satanic tanpa kita sedari.

Agama sesat berpaksikan sihir yang dikenali sebagai Wicca pada hari ini dengan mendokong mazhab triniti serta mazhab-mazhabnya yang lain adalah asas kepada semua agama dalam tamadun manusia sejak zaman berzaman. Mazhab-mazhab dalam Wicca ini menjadi asas kepada proses ‘terbit’nya agama-agama dalam tamadun kuno. Ia sudah pasti dibawa oleh seseorang yang ‘rajin mengembara sepanjang hayatnya’. Lalu, agama-agama itu mewujudkan genre-genre sistem kepercayaan yang hanya ‘menunggu masa’ untuk disatukan dalam satu order yang terancang melalui agen-agen Dajjal (Cao Dai, Ayah Pin, Paulus dan sebagainya). Alasan penyatuan itu adalah berdasarkan persamaan yang terdapat dalam doktrin bawaan mazhab-mazhab Wicca.

Semoga info yang kami berikan ini akan menjadi panduan kepada semua untuk memahami topik akan datang.
(Allah lebih mengetahui segala yang di langit dan di bumi)

…bersambung…insya-Allah…