Like My Facebook Page

Anda follow blog saya, saya akan follow blog anda kembali. =)

Tazkiyatun Nafs

Satu persoalan timbul dalam benakku,“ Layakkah kita menagih cinta insan seandainya cinta Tuhan belum tergapai?Sedangkan cinta Allah adalah segalanya, cinta Rasul lambang cinta kepada-Nya, cinta ibu bapa tulus selamanya, cinta saudara ukhwah kerana-Nya dan cinta pada’nya’ pelengkap kasih-Nya…Hamparkanlah cinta kepada Yang Selayaknya..Jadi,jika mengharap cinta sejati, dambalah kasih Ilahi, itulah cinta hakiki..tepuk dada, tanya iman, tanya akal fikiran, tanya hati, tanya diri sendiri…Sejauh manakah taraf cinta kita ini? ”
gravatar

SISTEM DAJJAL : UFO Dan Kod Hukum Graviti

Mereka mahu kita percaya UFO dan makhluk asing wujud kerana itulah yang mereka mahu kita percaya.

Objek terbang ciptaan Britain? Bukan, ini bukan UFO.


Fenomena UFO (unidentified flying object) yang berterbangan di ruang angkasa bukanlah petunjuk kepada kehadiran makhluk asing, tetapi ia diwujudkan dalam keadaan sedemikian bagi meledakkan pemikiran manusia ke arah mempersoalkan kewujudan Allah, iaitu Tuhan Maha Satu.


Sejak fenomena UFO mula tersebar di kalangan masyarakat umum, maka ramai yang mula membuat kajian mengenai dari mana datangnya dan dari mana asalnya objek terbang tersebut. Tidak kurang juga yang membuat teori dan tanggapan bahawa objek UFO tersebut datang dari galaksi berbeza atau lebih tepat, ia adalah dakwaan terhadap kebarangkalian wujud makhluk asing.

Prototaip UFO yang dirakam di Palmdale, California


Tiada yang mengejutkan, ia sengaja diwujudkan oleh sekutu The Deceiver bagi menggerakkan usaha kajian para saintis dan para ahli kaji bintang terhadap kemungkinan itu, galakan terhadap mempercayai sains dengan menolak elemen ketuhanan adalah motif utama. Maka timbul dakwaan di kalangan ‘the UFO believers’ yang sudah terpengaruh dengan perancangan halus ini dengan mengatakan bahawa Kerajaan Amerika sengaja menutup dan merahsiakan kebenaran terhadap kewujudan mahluk asing.

Ahli fizik dan jurutera aeronotik berbangsa Bulgaria, Vladimir Terziski dalam kajiannya mendedahkan, pihak Nazi menyimpan rahsia terhadap senjata sulit berbentuk seperti cakera terbang anti-graviti yang mampu mencapai kelajuan 1200 batu dalam hanya satu jam yang dibangunkan pada tahun 1939. Terziski turut menjelaskan bahawa terdapat satu lagi prototaip piring terbang dilengkapi senjata laser milik Nazi yang mampu mencapai kelajuan 2500 batu sejam dan dibina pada sekitar tahun 1941 iaitu ketika dunia berada di ambang Perang Dunia Kedua.


Jurutera Bulgaria itu melalui pendedahan kontroversi turut mendedahkan bahawa prototaip jentera terbang anti-graviti yang dijadual dibina pada 1941 tersebut kemudian dibangunkan untuk proses upgrade oleh pihak Amerika selepas tamat Perang Dunia Kedua. Prototaip itu kemudian dibawa ke Amerika dan menjadi asas kepada penciptaan lebih banyak senjata dan jentera perang yang canggih. Pada masa yang sama turut mencipta ‘spy probe’ berbentuk seperti UFO untuk tujuan intipan. Teknologi ini sudah berkembang di Amerika sejak akhir 1940-an.

Dokumen Prototaip UFO


Dokumen prototaip UFO



Lagi dokumen prototaip


Prototaip UFO yang cuba dibangunkan Vril Society


Malah, Terziski turut mengaitkan pembinaan prototaip piring terbang di Jerman itu mempunyai pertalian dengan satu gerakan sulit di negara itu, iaitu Vril Society yang turut dianggotai Hitler. Vril Society dikatakan menyediakan dana melalui ‘hidden financial group’ yang menyediakan dana kewangan dari sumber yang tidak diketahui bagi tujuan penyelidikan dan pembangunan piring terbang bagi kegunaan perang.


Fasa pengujian prototaip tersebut yang bermula pada 1934 bagaimanapun terhenti apabila isu holocaust mula tersebar di Eropah, penyebaran isu itu menyebabkan pihak Nazi terpaksa menggunakan segala dana kewangan bagi membaiyai usaha menjadikan peristiwa holocaust tampak benar, menjadikan ia kelihatan benar-benar dahsyat untuk mewujudkan kesan simpati masyarakat Eropah terhadap bangsa Yahudi yang membawa kepada kesudahan penubuhan negara Israel. Kesannya, proses penyelidikan dan naik taraf terhadap prototaip UFO terhenti disebabkan kekurangan dana (atau Jerman hanya ditugaskan untuk membangunkan prototaip sahaja) dan kerja upgrade terhadap UFO kemudian disambung oleh Amerika sebaik tamat Perang Dunia Kedua.


Perhatikan abjad '02' yang terpampang di bawah UFO, 02 itu tulisan
dalam bahasa manusia atau dalam bahasa makhluk asing?


Namun, teori konspirasi yang dibuat oleh kebanyakan pihak yang mengatakan bahawa UFO yang kerap dilihat di ruang angkasa adalah senjata ciptaan Jerman dan Amerika mula dinafikan oleh Amerika sendiri. Maka, timbul satu penjelasan di kalangan ahli kaji sejarah di Amerika yang menjelaskan bahawa UFO dan makhluk asing telah wujud sejak zaman awal sejarah lagi. Ia adalah usaha untuk menafikan penglibatan Amerika dan Jerman dalam projek pembinaan senjata rahsia.

Penjelasan daripada ahli kaji sejarah mengenai kehadiran UFO sejak zaman tamadun awal turut tidak terlepas daripada menjadi bahan kajian oleh ahli-ahli sejarah yang berfikiran skeptikal. Kajian terhadap UFO dalam tamadun awal yang dibuat oleh ahli sejarah berfikiran skeptik ini membuka kepada penemuan fakta yang menarik. Ia adalah penemuan terhadap kod yang menyerupai kod-kod seorang lelaki dari Atlantis. Kod-kod itu terpampang pada setiap ukiran dan tulisan purba, malah mengandungi formula sains yang sangat kompleks (pengetahuan rahsia?) yang melampaui zaman.


Pada tahun 1938, kisah mengenai artifak batu Dropa yang ditemui di pergunungan Baiankara-Ula di sempadan China dan Tibet mula menjadi tumpuan dunia arkeologi selepas berita mengenai artifak pelik yang ditemui penduduk tempatan di situ menimbulkan tanda tanya penduduk tempatan. Ekspedisi arkeologi yang diketuai Chi Pu Tei ke kawasan yang pernah dihuni masyarakat primitif menemui fakta bahawa ukiran berbentuk UFO yang ditemui di situ telah diukir pada kira-kira 10,000 hingga 12,000 tahun lalu.

Imej UFO Dropa Stone


Satu lagi ukiran konsep UFO di batu Dropa Stone


Imej pelik makhluk berkepala matahari dan satu mata
di tengahnya dikatakan makhluk asing seperti
dilukis pada dinding sebuah gua di Tibet


Di dinding gua itu pula diukir pictogram mengenai kedudukan matahari, bulan, bintang-bintang utama dan bumi dalam bacaan skala yang tepat. Chi Pu Tei melalui kertas kerjanya bertajuk “The Dropa Stone” berpendapat bahawa ukiran itu dilukis atau diilhamkan oleh seseorang yang berpengetahuan tinggi dalam ilmu kaji bintang. Kajian oleh Chi Pu Tei kemudian disokong oleh kumpulan arkeologis dari Perancis yang dianggotai Sarah Fishberg, James Langley dan Isaac Jacob melalui kajian mereka bertajuk Le Sacre Devoile dalam bahasa Perancis.

Kemudian pada tahun 1962, Dr Tsum Um Nui meneruskan kajian untuk mengkaji maksud tulisan motif kuno yang terdapat pada dinding Dropa. Um Nui turut berpendapat, ukiran berbentuk huruf dan perkataan yang berada di dinding yang sama dengan ukiran UFO diukir itu berusia kira-kira 12,000 tahun. Kajian terhadap batu Dropa tidak dapat disangkal lagi kerana sudah terdapat 3 pendapat yang selari sehingga tempoh kajian berterusan dilakukan sehingga 1962.

Sepanjang kajiannya, Um Nui berhadapan pelbagai persoalan terhadap imej UFO yang terpampang di dinding gua tersebut. Salah satunya ialah, bagaimana orang primitif mampu menulis huruf yang mengandungi mesej saintifik dalam saiz yang sangat kecil, hanya boleh dibaca apabila menggunakan mikroskop. Ia adalah tulisan bersaiz mikroskopik, sangat kecil.

Um Nui turut mengaitkan ukiran perkataan dan imej UFO tersebut dibuat oleh masyarakat primitif atas tujuan ritual dan keagamaan, malah turut mengaitkan ukiran tersebut dengan ‘tunjuk ajar’ daripada seseorang yang lebih maju dan terkehadapan.

Manakala dalam tamadun Mesir purba pula, mitos mengenai ‘bot terbang’ atau ‘bahtera terbang’ yang digunakan firaun-firaun untuk bergerak ke satu tempat ke tempat yang lain bukanlah sesuatu yang asing kepada pengkaji sejarah tamadun purba itu. Imej makhluk aneh menyerupai makhluk asing yang kita selalu lihat di televisyen hari ini juga terpampang di dinding-dinding piramid dan istana Mesir purba.

Imej makhluk asing di atas dinding di bangunan Mesir Kuno


Laporan yang dibuat oleh Discovery Channel mengenai kod-kod UFO dalam tamadun purba pula merumuskan bahawa, ukiran-ukiran yang mempunyai unsur UFO yang terdapat di Mesir mengandungi kod saintifik yang sangat terperinci dalam menjelaskan konsep hukum graviti. Malah, kod-kod tersebut banyak diselit pada dinding ukiran yang menceritakan riwayat Horus The One-Eyed Sun God, juga pada dinding ukiran yang menceritakan riwayat Ra, dan riwayat Osiris.


Di sini, kita boleh membuat kesimpulan dengan mengaitkan motif Merovingian memperluaskan empayar jajahan ketika zaman imperialism dan kolonialism adalah untuk menjejak pengetahuan-pengetahuan saintifik yang dimiliki tamadun kuno mengenai hukum graviti yang ditinggalkan Dajjal melalui artifak-artifak kuno. Dengan sebab itu jugalah kerja-kerja mengekstrak manuskrip sejarah giat dijalankan ketika era imperialism. Teori graviti ini kemudian dikembangkan Isaac Newton ketika era Enlightenment (perkataan enlightenment juga adalah sama maksud dengan illuminated) dalam penjelasan sains moden yang membawa kepada penciptaan jentera terbang moden sehingga membolehkan Wright Brothers mampu memecah hukum graviti melalui penciptaan kapal terbang.


Juga menjadi asas kepada Jerman untuk mengembangkan pengetahuan graviti dalam mencipta UFO. Mungkin dan tidak mustahil jika artifak kuno dari Sumeria, Babilon, Assyria, China dan Mayan juga mengandungi pengetahuan terhadap hukum graviti dijelaskan secara terperinci, melangkaui zaman. Kita melalui topik Jejak-jejak Dalam Sejarah sebelum ini juga sudah membongkar siapa yang berselindung di sebalik tamadun-tamadun itu, maka pengetahuan itu juga datang daripada sumber yang sama, ilmu yang diperturunkan Dajjal melalui mesej yang cryptic dan halus kepada pengikutnya. Mesej itu pula hanya difahami oleh keturunan pengikut setianya sejak zaman berzaman.

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------
Motif mewujudkan fenomena UFO dengan makhluk asing dibuat secara sengaja bagi membolehkan golongan penyembah Dajjal ini merencana rancangan yang lebih besar. Menurut satu sumber yang dipetik dari seorang penulis teori konspirasi Fritz Springmeir, beliau mendedahkan pendedahan yang dibuat Halbert Pike (bekas pengikut Illuminati) mengenai rancangan UFO, rancangan itu sengaja dibuat dan akan direalisasikan dengan memperlihatkan kehadiran ribuan UFO ‘menjajah’ dunia pada satu ketika nanti dan memusnahkan medan magnetik bumi.


Pada ketika itu juga, keadaan dunia digambarkan akan menjadi huru-hara sehingga menjejaskan segala sumber tenaga. Ia terus membawa kepada lupusnya semua sumber tenaga dan memaksa manusia hidup seperti ketika zaman dahulu kala akibat peralatan canggih yang menjadi kebergantungan manusia sudah tidak berfungsi lagi. Manusia pula akan hilang daya berdikari kerana ketiadaan mesin canggih yang pernah digunakan sebelum semua tenaga elektrik lupus.


Manusia pula digambarkan akan berperang dengan makhluk asing (atau jelmaan syaitan?). Pada masa itulah manusia amat bergantung harap kepada seorang penyelamat (Dajjal?) yang terlebih dahulu mahu melihat semua manusia bersatu (New World Order) untuk menentang makhluk asing. Ia tidak ubah seperti babak filem Independence Day lakonan Will Smith.


Dan melalui perancangan itu juga, selepas makhluk asing berjaya dikalahkan, dunia akan kelihatan tidak ubah seperti Zaman Pertengahan di mana tiada bekalan elektrik dan peralatan canggih akibat kesan kemusnahan peperangan dengan makhluk asing. Senjata perang seperti senapang dan meriam juga sudah tidak berfungsi akibat kerosakan yang berlaku di kawasan magnetik bumi disebabkan ‘serangan UFO’.


Pada masa itu juga, hero yang menyelamatkan dunia (Dajjal?) akan diagung-agungkan oleh manusia kerana keperwiraan dan kepintarannya, dan Dajjal akan menjadikan manusia-manusia ini sebagai orang suruhannya (angkatan tentera) yang berada di bawah pemerintahannya. Dan sebagai persiapan merekrut angkatan tentera baru yang kononnya sebagai persediaan menghadapi kemungkinan serangan kedua oleh makhluk asing. Walhal, ia adalah persediaan melengkapkan angkatan tentera untuk memerangi angkatan Tuhan (pimpinan al-Mahdi dan Isa al-Masih) ketika perang akhir zaman.


(ini hanya teori yang digambarkan oleh Pike kepada Springmeir, jangan terus terima bulat-bulat)
(Allah lebih mengetahui segala rahsia di langit dan juga di bumi)

(Berlaku kesalahan ejaan sebelum ini, timbul kekeliruan antara Albert dan Halbert kerana mempunyai sebutan hampir sama sedangkan kedua-dua itu adalah individu berbeza. Kesilapan sudah diperbetulkan. Harap Maaf)
--------------------------------------------------------------------------------------------------------

Agenda UFO digerakkan secara halus untuk memerangkap manusia supaya mempercayai kewujudan makhluk asing.


Mempercayai makhluk asing juga akan menjerumuskan manusia kepada mempersoalkan kewujudan Tuhan dan mempersoalkan bahawa ‘jika benar makhluk asing wujud, tuhan mana yang makhluk asing itu sembah?’ ATAU ‘jika makhluk asing itu tidak menyembah Tuhan, maka wujudkah Tuhan?’ ATAU ‘jika benar Tuhan wujud, mengapa tuhan tidak menceritakan mengenai makhluk asing melalui para nabi-nabi?’ DAN banyak lagi persoalan yang cuba disogok oleh Yahudi untuk menjadikan manusia ragu-ragu terhadap kewujudan Allah.


Usaha menjadikan manusia percaya terhadap makhluk asing ini sentiasa disogok Hollywood melalui cereka sains fiksyen angkasa lepas. Dan, pada masa yang sama Kerajaan Amerika bermain wayang menafikan kewujudan makhluk asing bagi menampakkan seolah-olah mereka menutup rahsia mengenai penemuan UFO dan makhluk asing. Ia adalah satu sistem untuk memaksa kita mempersoal kerajaan Amerika yang dilihat seolah menutup rahsia UFO, dan menjadikan kita percaya kepada kewujudan makhluk asing secara tidak langsung hasil daripada pertikaian yang timbul akibat mempersoalkan hal kerahsiaan kerajaan Amerika.


Dalam satu laporan di laman web News Kerala pada 18 Disember 2009, mendedahkan mengenai objek terbang di angkasa menyerupai UFO di sekitar ruang udara di Moscow, Rusia yang berjaya dirakam Russian TV Network. Berdasarkan maklumat orang awam yang menyaksikan UFO tersebut, ia menyerupai kapal angkasa berbentuk seperti piramid yang terbang bebas melintasi Moscow.


Imej UFO piramid di Moscow



Imej UFO ketika ujian peluru berpandu Shahab III di Iran

Manakala dalam laporan FOX News Online dan akhbar The Sun di United Kingdom pula melaporkan sebuah UFO dikesan di satu kawasan di Iran ketika negara itu melakukan ujian peluru berpandu Shahab III pada 6 Oktober 2009.

Buatlah pertimbangan sendiri, sama ada UFO itu jentera makhluk asing atau senjata yang digunakan untuk tujuan intipan ketenteraan yang turut berfungsi sebagai medium menjadikan manusia percaya kepada kewujudan makhluk asing.

Fikir..dengan kehendak anda sendiri, bukan berfikir mengikut acuan kehendak 'mereka'.

Keliru? jangan ambil serius, cuma jadikan ini sebagai info awal dan jangan terlalu skeptikal dalam semua perkara.


…bersambung..insya-Allah..