Like My Facebook Page

Anda follow blog saya, saya akan follow blog anda kembali. =)

Tazkiyatun Nafs

Satu persoalan timbul dalam benakku,“ Layakkah kita menagih cinta insan seandainya cinta Tuhan belum tergapai?Sedangkan cinta Allah adalah segalanya, cinta Rasul lambang cinta kepada-Nya, cinta ibu bapa tulus selamanya, cinta saudara ukhwah kerana-Nya dan cinta pada’nya’ pelengkap kasih-Nya…Hamparkanlah cinta kepada Yang Selayaknya..Jadi,jika mengharap cinta sejati, dambalah kasih Ilahi, itulah cinta hakiki..tepuk dada, tanya iman, tanya akal fikiran, tanya hati, tanya diri sendiri…Sejauh manakah taraf cinta kita ini? ”
gravatar

Tahun Baru Kita dan Dia

"Selamat Tahun Baru kepada semua. Semoga dengan kedatangan tahun baru ini menguatkan lagi ketaatan kita kepada Allah dan menjauhkan diri kita daripada maksiat. Kerana apa? Kerana semakin bertambah tahun baru, makin bertambah umur kita dan makin bertambah dekat kita dengan mati. Dikala memperingati tahun baru 1430hijrah ini, kita berasa sedih dengan apa yang berlaku kepada saudara kita di Palestin khususnya Gaza. Gaza sejak beberapa bulan lalu menjadi penjara tebesar dunia apabila setiap penjuru negeri itu dikawal oleh tentera Israel. Tiada bekalan makanan, tiada barangan yang masuk, tiada ubat-ubatan kecuali mendapat kebenaran Israel. Pernah sekali ‘penjara’ ini dipecahkan apabila pos-pos sempadan dilanggar oleh penduduk Palestin, namun ia ditutup semula oleh Israel selepas beberapa hari. Kezaliman ini tidak dilihat dan dijeling langsung oleh kuasa-kuasa besar dunia, khususnya Amerika yang menguasai Majlis Keselamatan PBB. Yang dipersalahkan ialah Hamas dan pasukan-pasukan yang seangkatan dengannya.


Sehingga kini, sudah 200 nyawa melayang ‘free-free’ hasil tindakan Israel. Mereka mendakwa musuh mereka adalah Hamas, namun yang mereka bunuh ialah orang awam. Ramai orang menutup mata terhadap keadaan ini, khususnya orang Barat dan tak ketinggalan juga orang Islam yang tak ambil peduli. Walaupun dalam masa yang sama, media pro-Palestin terus menyiarkan apa yang berlaku, sikap tidak ambil peduli ini tidak dapat dipecahkan. Apa yang mengecewakan ialah sikap ini menghantui umat Islam sendiri.


Rasulullah ada berkata “Sesiapa yang tidak mengambil berat hal ehwal orang Islam, dia bukan dari kalangan mereka (orang Islam)”. Ajaran ini sepetutnya menjadi pegangan kepada semua orang Islam lebih-lebih lagi yang bergelar pejuang. Sikap mengambil berat, mengikuti perkembangan, memperjuangkan hak mereka dan memberi kesedaran kepada orang lain adalah antara usaha yang mampu kita lakukan bagi membantu mereka. Seeloknya juga andai kita mampu, kita memberi sumbangan berbentuk kewangan kepada orang yang bertanggungjawab terhadap isu-isu Palestin ini.


Semangat hijrah yang ada sepatutnya kita hayati… Nabi berhijrah untuk perkara yang lebih bak.Nabi berhijrah untuk membina ukhuwah dan persaudaraan. Nabi berhijrah kerana itu adalah nilai ketaatan. Nabi berhijrah kerana menaikkan nama Islam melebihi perkara-perkara lain.


Kita berharap permulaan tahun baru yang penuh kesedihan ini akan bertukar dengan perkara-perkara gembira dari sisi Allah S.W.T sedikit masa nanti. Kepada pejuang-pejuang di bumi Malaysia, teruskan usaha supaya P36 menjadi suntikan yang lebih kuat bagi mendaulatkan Islam di bumi Allah ini."