Like My Facebook Page

Anda follow blog saya, saya akan follow blog anda kembali. =)

Tazkiyatun Nafs

Satu persoalan timbul dalam benakku,“ Layakkah kita menagih cinta insan seandainya cinta Tuhan belum tergapai?Sedangkan cinta Allah adalah segalanya, cinta Rasul lambang cinta kepada-Nya, cinta ibu bapa tulus selamanya, cinta saudara ukhwah kerana-Nya dan cinta pada’nya’ pelengkap kasih-Nya…Hamparkanlah cinta kepada Yang Selayaknya..Jadi,jika mengharap cinta sejati, dambalah kasih Ilahi, itulah cinta hakiki..tepuk dada, tanya iman, tanya akal fikiran, tanya hati, tanya diri sendiri…Sejauh manakah taraf cinta kita ini? ”
gravatar

Gaza : Bagi rakyat Malaysia seolah-olah tiada apa-apa berlaku

" Assalamualaikum. Samada rakyat Malaysia tidak didedahkan oleh media arus perdana atau media alternatif tentang keadaan umat Islam di Gaza yang sekian lama ditindas Israel atau sikap rakyat kita tidak cakna pada saudara se Islam disana.

Setelah sekian lama di kepong dan disekat dari menerima bekalan makan kini diancam dengan serangan yang bakal dikenakan oleh Israel namun tiada kedengaran dimedia apa2 bentuk simpati yang ditunjukkan.


Disini beberapa keratan yang menceritakan kisah di Gaza ;

Ketua Tentera Rejim Zionis , Gabi Ashkenazi telah mengugut pada Khamis lepas akan mengerah seluruh kekuatan tentera bagi menyerang balas Gaza seperti yang di arahkan oleh kerajaan Israel . Beliau berkata serangan ini akan melibatkan kekuatan penuh ketenteraan ke atas fraksi pejuang Palestin di Gaza .sumber http://www.palestin kini.info/

In Gaza you can only find pale, angry and frustrated faces. If you visit my house you won't find power, while my neighbor is out of gas. Another neighbor seeks potable water as power outages have left him without for four days. A third neighbor desparately looks for milk for his child but does so in vain. Another friend who lives on the corner needs medicine that can't currently be found in Gaza.sumber http://www.uruknet. info/?p=m49898&s1=h1

Sehingga bila kah lagi kita patut berdiam diri tanpa berbuat suatu apa."

gravatar

Nikmat Datang Tiada Jemu

Di manakah kedudukan hati kita tatkala ujian duniawi rakus menyerang dari setiap penjuru menekan kuat pundah iman yang tidak berperisai ampuh,hanya sesekali sahaja tanda-tanda yang sering kabur kembali menyetap sedar dari lamunan berduri supaya mengingati dan menyelami tindakkan yang telah terlanjur kepada siapa kita akan dikembalikan kelak.Hari ini,manusia seolah-olah menjadi kaku dalam memilih hala tuju yang bisa menghubungkan jalan-jalan duniawi bersambung kukuh dengan jalan-jalan ukhrawi yang kekal abadi.Seorang sahabat pernah bertanya kepada penulis tentang masalah seumpama ini,yang jelas fenomena yang tidak sihat bakal membelenggu dan bersarang di dalam hati manusia jika keadah paling tepat tidak dicernakan dengan baik.

Setiap manusia seharusnya peka dalam mengingati serta bersyukur dengan segala nikmat-Nya yang bertandang.Kekadang melalui pemberian-Nya inilah dijelmakan bersama ujian yang menyikap tabir perwatakan sebenar manusia,sejauh manakah rasa terima kasih kita menjernihkan sesuap kurnian-Nya.

Allah Taala berfirman;
“…dan seandainya kalian menghintungkan nikmat Allah,nescaya kalian tidak dapat menilainya”
Ibrahim(14:34)

Terdapat banyak nikmat yang dianugerahkan oleh Allah Taala kepada manusia baik dalam keadaan tersedar mahupun sebaliknya.Dunia ini,merupakan ciptaan-Nya untuk menempatkan manusia yang mana di dalamnya terdapat halangan-halangan yang terpaksa ditempuhi dan disusuri untuk sampai ke penamatnya.Namun hanya ilmu dan akal yang sihat sahaja dapat menempuhnya tanpa sebarang kebimbangan dan ianya adalah pilihanraya yang paling dahsyat dalam menentukan keputusan yang baik dapat dipaksikan tika di akhirat kelak.

Allah Taala berfirman;
“Dia yang telah memberikan nikmat-nikmat-Nya secara sempurna kepada kamu baik yang zahir mahupun yang batin”
Luqman(31:20)

Apakah tergamak kita berfikir bahawa dengan berjalan menggunakan kedua-dua belah kaki itu sesuatu yang mengecewakan dibandingkan dengan mereka yang mampu meluncur laju dengan kenderaan tanpa rasa penat sambil mampu beristerehat sambil mengenakan alunan bait muzik yang mengasyikkan padahal di sana terdapat masih ramai manusia lain yang tidak berkaki mengerah segala kudrat untuk bergerak tidak pula mengeluh durja.Mereka pula bijak mengurus tadbir diri supaya sentiasa menuntunkan ucapan syukur kepada Allah Taala kerana masih memberi peluang kepada mereka untuk bergerak mencari sesuap nasi bagi menampung hidup.Mungkin sebab itulah tidak kasar mengatakan manusia tidak mempunyai sifat perikemanusian di ibaratkan seperti binatang.Amat pedih tuduhan itu ditujukan kepada mereka yang pandai berfikir namun mungkin itulah cara Allah Taala mendidik jiwa manusia supaya berwaspada dalam tindakkan.

Allah Taala berfirman;
“Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang layak kamu dustakan”
ar Rahman(55:13)

Apakah kita berfikir dengan hanya mampu berdiri tegak di atas kedua-dua belah paha dan kaki itu sesuatu yang biasa sedangkan masih ramai yang tidak dapat merealisasikannya.Apakah kita merasai nikmatnya tidur dengan memejamkan mata tanpa ada rasa kesangsian ditimpa sesuatu yang bisa menggangu gugat kepuasan semasa beradu dan bersemayan padahal masih ramai manusia lain yang tidak dapat merasai nikmat tidur kerana dibebani dilema mesteri yang meresahkan.Pernahkah kita merasai nista tatkala dapat menyatap makanan yang lazat dan minuman yang melegakan kondisi tubuh badan,sementara masih terdapat sebilangan mereka melihat sesama mereka apakah bisa mengisi sesuatu untuk mengalas keluhan perut yang merobek sakit pada hari tersebut.

Renunglah betapa indahnya ciptaan Allah Taala dengan keajaiban kejadian manusia yang begitu unik mengikut perspektif sains sehinggalah terbentuk dzat fizikal manusia yang cukup sifat dan tiada cacat celanya.Apakah kita merasakan dengan melakukan pembedahan plastik untuk merubah ciptaan asal daripada penciptanya merupakan sesuatu yang membanggakan kononnya untuk kelihatan lebih cantik dan bisa menawan hati sesiapa sahaja yang melihatnya.Apakah kita sanggup menukarkan segala sifat kesempurnaan yang dianugerahkan itu dengan nilai emas sebesar atau setinggi Bukit Uhud.Apakah kita sanggup menggadaikan pancaindera kita semata-mata untuk mendapat habuan dunia dengan cepat lagi lumayan sehingga menyukarkan kita melaksanakan tuntutan syara’ dan ibadat-ibadat lain yang memerlukan khidmat ikhlas dari pancaindera kita.Mereka yang hanya meletakkan akal di bawah tahap yang sebenarnya,sanggup melakukan semua itu tanpa panjang akal dalam membuat tindakkan,sedangkan mereka yang kurang siuman pun apabila ditanya perihal supaya membuat pilihan antara kekayaan harta dengan anggota pancaindera,bisa menentukan jawapan dengan tepat.

Percayalah walaupun dalam penderitaan dalam merencanakan perjalanan hidup,semua itu merupakan ujian daripada-Nya yang tahu apakah yang terbaik untuk dikurniakan kepada sekalian hamba-hamba-Nya yang pandai meletakkan nilai harga Islam pada tempat yang sepatutnya.Cuba peruntukkan masa selama lima minit hingga sepuluh minit dihamparan tilam sebelum mata dipejamkan untuk merenung sejenak,apakah khidmat yang telah kita abadikan sepanjang hari tersebut sebagai saham untuk kita petik hasilnya di akhirat kelak bagi menjamin tempat di mahligai indah atau akan menempah kesengsaran hidup yang pedih.

Allah Taala berfirman;
“Pada diri kalian juga terdapat tanda-tanda kekuasaan Allah.Apakah kalian tidak memperhatikannya?"
adz Zariat(51:21)

Jangan nodai diri dengan kesan kotoran degil sedangkan kita mengetahui segala nikmat itu adalah pemberian ikhlas daripada-Nya yang hanya ingin melihat kita mempersiapkan diri dengan amal pahala untuk dipersembahkan kepada-Nya di akhirat nanti.

Allah Taala berfirman;
“Mereka mengetahui bahawa semua nikmat yang ada berasal dari Allah,tetapi mengikarinya…”
an Nahl(16:83)

Renungkanlah…

gravatar

Tersungkur Menyembah Bumi

Sekelip Mata Bangunan Menyembah Bumi

“Terus bagaimana keadaan Adik Ana ketika itu?”Suara teragak-agak penulis terpancut mencelah.

“Bonda…Bonda…Bonda!”

“Ada sesiapa tahu ngap bonda saya lagi di mana?”

“Ngapain bonda saya ngap pulang-pulang lagi?”Teman penulis meneruskan sketsanya sendirian tanpa mempedulikan bebola mata yang memerhati.Beliau mengulangi dialog sama,yang pertama kali terjeluak keluar daripada mulut Adik Fatriana ketika matanya mula menampakkan sinar dunia dari lenaan panjang.

“Tahukah kalian,kenapa kita umat akhir zaman,sejak akhir-akhir ini sering kali ditimpa pelbagai musibah?”Teman penulis cuba menarik perhatian para tetamu lain yang duduk berhampiran dengannya.Penulis terus menangkap kemas setiap bait kata-katanya,yang dibiar hanyut bersama semangat sang perwira merubah ‘mood’ para tetamu disekelilingnya sambil menatap juadah yang terhidang.

Boleh dikatakan sambutan perayaan Eiduladha pada tahun ini cukup meriah berbanding tahun pertama penulis menjejak kaki di bumi penuh barakah ini.Penulis tidak merasakan kepenatan yang mula bermain culas di sendi-sendi dan otot-otot suatu yang harus diganti dengan metarial,namun kehadiran teman-teman di segenap daerah cawangan Institusi Pengajian Tinggi di Mesir ini baik mereka dari pengajian Islam mahupun perubatan,sudah cukup menjadi penawar yang tidak perlu meraih simpati.

Perjalanan pulang penulis selepas selesai berkunjung ke rumah terbuka bersempena sambutan Hari Raya Eiduladha,ditemani rasa penuh semangat yang tersirat disebalik tabir cerita yang telah dinaqalkan oleh teman tadi.Rasa ingin tahu dan sedih bagaikan awan mendung mula menyelubungi hati penulis lantas menjentiknya supaya sentiasa bersyukur dengan kehidupan yang dikecapi sekarang.Lantaran itu,terdetik di sudut hati penulis untuk menggarap satu artikel berkenaan suatu peristiwa besar yang pernah tercetus,mengakibatkan angka kematian manusia dalam rekod bencana alam yang tertinggi pernah dicatat dunia.Apakah ianya suatu bencana atau bahana?

Tsunami adalah satu nama yang menjadi ingatan dan paling ngeri untuk dibincangkan seolah-olah menjadi suatu perayaan disambut bagi mengingati peristiwa itu,apatah lagi dikalangan mereka yang pernah merasainya sendiri keperitan tatkala bumi tiba-tiba berubah menjadi asing dari keadaan asalnya.Jalanan menjadi alur untuk air mengalir deras,rumahan bagaikan pondok-pondok yang dibina di atas air,pokok-pokok semuanya menjadi bahtera yang tidak siap untuk dinaiki meluncur laju bagaikan hilang pengemudi,manusia tidak berdosa dikerah menjadi ikan-ikan besar di laut buatan tangan mereka sendiri,dan hasilnya bilamana air mula surut,bumi menjadi tandus berselut seperti “padang jarak padang terkukur”.Itulah keperitan dan kejerihan yang telah dialami oleh Adik Fatriana yang telah kehilangan keluarga tersayang terutama ibunya yang selama ini menjadi tempat dia bermanja serta meluahkan perasaan tatkala diri bimbang melihat gelagat mehnah dunia membunuh jiwanya dalam proses membina diri mengenal ‘puaka’ tua ini.

BENCANA tsunami masih menghantui seluruh kawasan yang dilanda sejak sebulan lalu memakan korban lebih 150,000 orang,malah statistik kian meningkat sepanjang tempoh usaha menyelamat dan pemulihan yang berterusan.Badan penyelamat antarabangsa menganggarkan jumlah kematian mungkin mencapai 300,000 orang kerana ramai mangsa yang terselamat tetapi menghadapi kecederaan serius.Keadaan boleh bertambah meruncing akibat jangkitan,kekurangan bekalan ubat,makanan,air bersih pakaian serta masalah psikologi persekitaran yang tidak dapat menjamin keadaan puIih dalam jangka masa singkat.


Gelombang kuat hasil gempa dasar laut membuka kawasan liputan yang cukup luas sehingga seribu kilometer.Keseluruhan persekitaran bencana yang bermula di Bandar Aceh Sumatera ke wilayah Phuket,Thailand ke utara Malaysia seterusnya ke Sri Lanka,India dan beberapa kepulauan kecil melengkapkan lagi suatu putaran ganas berbentuk fizikal yang sudah tentu akan lebih menjadikan mangsa miskin serta lebih mundur.

Kesan ini jauh lebih hebat dan menggerunkan berbanding putaran ganas kemiskinan yang sekian lama dimomokkan pakar ekonomi klasik Barat.Sementara itu,rintihan berpanjangan terhadap nasib mangsa dan persekitarannya akan hanya memberikan kesan lebih buruk terutama daripada aspek ekonomi dan sudah tentu kombinasi masalah itu akan memendamkan lagi negara miskin di Asia dalam proses pembangunan dan kemajuan.Hegomoni pembentukan jurang kemiskinan juga akan menjadi lebih ketara sedangkan perkembangan dan pertumbuhan ekonomi di Asia sedang memuncak dan berada di landasan betul untuk melonjak naik.

(Petikan sumber berita harian;bertarikh 26 Januari 2005)




Hukum Alam dan Sunnatullah


Saban tahun kita dikejutkan oleh kejadian bencana alam yang meragut banyak nyawa serta memusnahkan sejumlah besar harta benda.Bencana alam itu terjadi dalam bentuk ribut taufan, gempa bumi,letusan gunung berapi,banjir besar, kebakaran hutan, kemarau panjang, jerebu dan sebagainya. Bencana besar juga berlaku dalam bentuk penyakit berjangkit yang sukar diatasi seperti selesema burung,HIV/AIDS,serangan serangga perosak tanaman dan banyak lagi.Sejak akhir-akhir ini bencana tersebut nampak semakin kerap dan lebih besar daripada biasa.Ia juga melanda kawasan yang belum pernah di landa sebelum ini.Sebagai orang yang beriman, kita sentiasa dianjurkan supaya memerhatikan keajaiban alam ciptaan Allah Taala dan hikmah di sebalik sesuatu kejadian yang menimpa dengan mata hati.


Allah Taala berfirman;“Dia (Allah) menundukkan (memudahkan) bagi kamu apa yang ada di langit dan apa yang ada di bumi (sebagai kurnia) daripadaNya.Sesungguhnya pada yang demikian itu terdapat tanda (kebesaran Allah) bagi kaum yang berfikir”el Jashiat (45:13)


Apabila berlaku bencana besar pada alam ini,pemusatan fikiran kita bukan hanya kepada banyak mana kemalangan jiwa atau kerugian harta benda yang terlibat,malah pada sebab musabab yang membawa kepada bencana tersebut.Kita mungkin terfikir apakah bencana ini merupakan fenomena alam semulajadi atau ianya suatu bala yang ditimpakan ke atas manusia?


Ilmu manusia tentang rahsia alam amat terbatas.Melalui bantuan peralatan yang canggih mungkin kita mampu mengesan kelajuan angin,pergerakan awan,getaran bumi,ketinggian ombak dan lain-lain fenomena lagi.Namun,manusia tidak mampu menafsirkan kenapa angin bergerak pada kelajuan tertentu, kenapa bumi bergetar pada skala tertentu atau kenapa ombak bergelombang pada ketinggian tertentu.Persoalan ‘kenapa’ ini tidak mungkin dapat dijawab kerana ia adalah urusan Allah Taala.Kita hanya mampu meramalkan pada tahun ini akan berlaku gejala elnino.Namun,sudah ada yang menyanggah walaupun kita lihat lain pula yang berlaku.


Allah Taala mengutus el Quran untuk dibaca,diteliti diambil pengajaran dan dilaksanakan.Kisah-kisah di dalam el Quran ada menceritakan tentang beberapa kaum atau umat nabi-nabi yang terdahulu yang ditimpa bencana yang dahsyat sehingga ada yang terus berkubur bersama-sama tamadun yang mereka bina.Kesan-kesan peninggalan yang wujud sehingga hari ini menjadi bukti kebenaran kisah di dalam el Quran itu.Kaum Nuh di sekitar Iraq dan Mesir musnah dalam banjir dan ribut taufan.Kaum Luth di Sadum musnah setelah diterbalikkan bumi dan bertukar menjadi Laut Mati.Kaum Tsamud mati di dalam kota-kota yang dipahat di dalam bukit-bukit batu akibat bayu pembunuh yang dikirim oleh Allah Taala kepada mereka.


Bencana itu pula berlaku di hampir semua negara bermula dari China di utara hingga ke Australia di Selatan,di negara yang di diami umat Islam atau negara yang majoritinya bukan Islam.Lihatlah Tsunami yang melanda Bandar Aceh,Sri Lanka, Phuket dan Pantai Barat Malaysia.Sungguhpun bala itu tidak sehebat bala yang pernah menimpa kaum-kaum yang terdahulu,kita sudah pun merasakan betapa perit dan sengsaranya hidup selepas terjadinya malapetaka tersebut.


Allah Taala yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang tidak menyegerakan balasan ke atas kejahatan yang dilakukan oleh umat Muhammad.Balasan itu ditangguh atau diringankan supaya manusia sedar dan bertaubat.Adakalanya bala itu datang dalam bentuk kekurangan rezeki (setelah mengalami kemarau, banjir atau penyakit tanaman),rasa takut dan gelisah (kes-kes jenayah bertambah),malapetaka seperti kebakaran, tanah runtuh, kemalangan jalan raya dan sebagainya.






Tsunami Antara Bala dan Bencana

Tsunami adalah satu perkataan Jepun yang bermaksud ‘ombak laut pelauhan’.Tsunami merupakan perkataan dari bahasa Jepun yang membawa erti "ombak pelabuhan".Dalam bahasa Inggeris, gelombang tsunami dikenali sebagai ombak pasang surut (Tidal wave).Gelombang tsunami sebenarnya merujuk kepada ombak besar yang membawa kemusnahan kepada bangunan tepi pantai.

Tsunami merupakan ombak besar yang disebabkan oleh kejadian gempa bumi yang terjadi di dasar laut. Tanah runtuh, ledakan gunung berapi, letupan dan juga hentaman bahan kosmik seperti meteorit juga boleh menghasilkan tsunami. Ombak ini bergerak dengan laju beberapa ratus kilometer sejam dan dalam perjalanannya akan menaikkan dan menurunkan paras air laut.

Dalam lautan yang dalam,gelombang tsunami mempunyai amplitud ketinggiannya hanya beberapa sentimeter atau kurang sahaja.Oleh kerana jarak dari puncak ke puncak adalah ratusan batu, pergerakan turun naik tidak dapat dilihat dan dirasai oleh kapal yang belayar diatasnya dan mungkin tidak menyedari kejadiaanya.

(sumber artikel dipetik dari Pusat Khidmat Masyarakat)

Allah Taala berfirman;“Tidak ada kesusahan (atau bala bencana) yang menimpa (seseorang) melainkan dengan izin Allah dan sesiapa yang beriman kepada Allah,Allah akan memimpin hatinya (untuk menerima apa yang telah berlaku itu dengan tenang dan sabar) dan (ingatlah),Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu”et Taghabun (64:11)

Bumi merupakan suatu planet yang amat kecil dalam alam raya yang dijadikan oleh AllahTaala.Di sana terdapat berjuta-juta bintang,bulan dan planet-planet lain yang sentiasa berputar dan berpusing mengikut putaran dan pusingan yang telah ditetapkan oleh Yang Maha Mencipta.Jika disifatkan bumi ini suatu benda yang hidup,sudah pasti setiap yang hidup akan mengalami proses penyesuaian diri dengan persekitaran untuk mewujudkan keseimbangan yang menjadi syarat kelangsungan dan ketahanan.


Setiap pusingan dan putaran itu tentulah memberi kesan kepada kehidupan.Jika pusingan bulan mengelilingi bumi dan peredaran bumi mengelilingi matahari boleh mengakibatkan pasang surut paras laut, gerhana bulan dan bintang dan lain-lain fenomena lagi,maka sudah tentulah peredaran seluruh bintang-bintang itu akan memberi kesan kepada keseimbangan alam ini.Atas asas ini,maka fenomena yang terjadi kepada bumi ini tentulah mempunyai hubungkaitnya dengan alam di luar bumi,cuma manusia tidak dapat mengesannya. Semua pergerakan dan proses peyesuaian ini berada di bawah kuasa Allah Taala yang mencipta makhluk dengan fitrahnya sekali.Sepertimana makhluk-makhluk yang lain,bumi mempunyai sistem atau sunnah (perjalanan) hidup yang telah ditentukan oleh AllahTaala.


Jika makhluk lain mengalami proses kelahiran,pembesaran,kematangan dan akhirnya kematian,maka bumi juga mengalami proses yang sama dengan caranya yang tersendiri.Sungguhpun kita lihat secara zahirnya bumi tidak bergerak atau membesar,namun ia mengalami proses hakisan,luluhan,perubahan kepada struktur batu batan (terutamanya semasa letusan gunung berapi atau gempa bumi berlaku) dan kemendapan.Keadaan-keadaan ini memang telah ditetapkan oleh Allah Taala dan tidak berlaku dengan sendirinya.


Perbuatan manusia-manusia yang rakus dan tidak bertanggungjawab turut menyumbang kepada wujudnya keadaan yang tidak selesa kepada kehidupan masa kini.Pada masa sekarang,kita merasa bahang kepanasan apabila hutan-hutan ditebang,bukit bukau digondol,sumber air dan udara dicemari dan sebagainya.



Allah Taala berfirman;“Telah timbul kebinasaan (kerosakan) di daratan dan di lautan angkara tangan-tangan (kerja-kerja jahat) manusia sebagai suatu balasan terhadap apa yang mereka telah lakukan,supaya mereka kembali pada jalan yang benar”ar Rum (30:41)


Allah Taala Berfirman;“(Walaupun demikian),ada juga di antara manusia yang mengambil selain dari Allah (untuk menjadi) sekutu-sekutu (Allah), mereka mencintainya, (memuja dan mentaatinya) sebagaimana mereka mencintai Allah;sedang orang-orang yang beriman itu lebih cinta (taat) kepada Allah dan kalaulah orang-orang yang melakukan kezaliman (syirik) itu mengetahui ketika mereka melihat azab pada hari akhirat kelak, bahawa sesungguhnya kekuatan dan kekuasaan itu semuanya tertentu bagi Allah dan bahawa sesungguhnya Allah Maha berat azab seksa-Nya,(nescaya mereka tidak melakukan kezaliman itu)”el Baqarah (2:165)


Bencana tsunami yang berlaku seharusnya dinilai dengan mata hati,bahawa bencana tersebut merupakan amaran daripada Allah Taala, bukan sahaja kepada mereka yang berada di kawasan tersebut, tetapi juga kepada seluruh umat manusia dan terutamanya kepada mereka yang mengaku Islam, bahawa mereka haruslah kembali kepada Tuhannya dan ad Din iaitu Islam.Ramai dari kalangan umat Islam pada hari ini telah melakukan begitu banyak dosa dan ada diantara dosanya termasuk dosa-dosa besar,yang boleh membawa mereka terkeluar dari lingkungan Islam,manakala ada yang secara tidak sedar menjadi kufur.Kita melihat mereka yang melengah-lengahkan dan ada yang meninggalkan solat, memakan makanan dan meminum minuman yang haram, mengamalkan riba,tidak menunaikan amanah,melakukan kerja-kerja mungkar dan mencegah yang ma'aruf,memerintah dengan menggunakan undang-undang kufur,menyokong dan membuat alasan bagi pemerintah mereka yang murtad dan kerajaan mereka di bumi umat Islam, menyekutu sesuatu dengan Allah Taala sama ada dari nama-Nya,sifatnyanya dan perbuatannya,pergaulan bebas,mendedahkan aurat, mendengar irama dan lagu atau menonton filem yang melalaikan dan maksiat,meninggalkan el Quran dan Sunnah.Kesemua ini telah lama wujud dalam masyarakat kita.


Marilah kita bertakwa kepada Allah Taala dan menjadikan peristiwa yang berlaku ini sebagai amaran daripada Allah Talaa.Allah Taala memberi kita peluang dan janganlah kita lalai mengenainya.Apa yang telah berlaku mungkin akan berlaku lagi jika sekiranya kita mengikuti jejak langkah syaitan dan menjauhkan diri dari Allah yang Maha Pengasih.


Menerima Ketentuan Dengan Rasa Penuh Hikmah

Di dalam kehidupan ini,terdapat dua golongan manusia,iaitu golongan pertama ialah golongan yang tidak dikenakan ujian daripada Allah Taala.manakala golongan kedua ialah golongan yang ditimpakan oleh Allah Taala akan ujian semasa hidup mereka di dunia lagi.Kedua golongan ini mempunyai keyakinan diri berdasarkan latarbelakang kehidupan masing-masing.Bagi golongan yang tidak mendapat ujian seperti kejadian gempa bumi,letusan gunung berapai dan selamat dari lingkungan ombak besar (tsunami) boleh dikotegarikan dikalangan manusia yang bernasib baik,namun keyakinan terhadap Hari Akhirat dan kebesaran Ilahi akan menjadikan orang yang bernasib baik lebih sentiasa berwaspada dan berhati-hati,bahawa mereka tidak akan dilalaikan oleh kecintaan dunia dan kemewahan hidup sehingga lupa akhirat.Kita akan sentiasa menyedari bahawa segala nikmat yang sedang kita kecapi adalah berbentuk sementara untuk menguji setakat mana kesedaran kita mensyukuri nikmat tersebut dan amanah diberikan.

Disamping itu,dikalangan mereka yang diberi ujian pula,seperti mereka yang ditimpa bencana tsunami ini,berdiri di atas keyakinan kepada Hari Akhirat dan kebesaran Ilahi juga memberikan suntikan semangat untuk mereka terus berjuang membela nasib masa hadapan mereka,apa juga kekurangan tidak akan melemahkan semangat untuk terus membangunkan diri dan mempertingkatkan pengabdian diri kepada Allah Taala kerana mereka cukup yakin bahawa segala-gala yang terjadi sudah ditakdirkan oleh-Nya dan tentunya mempunyai hikmah.

Nabi bersabda;“Besarnya sesuatu balasan itu menurut besarnya sesuatu bencana ujian,dan bahawa Allah apabila mengasihi sesuatu kaum,diuji mereka dan kemudian setiap yang menerima ujian itu dengan redha maka mereka akan beroleh keredhaan Allah,dan barangsiapa yang berkeluh resah serta benci menerima ujian itu maka mereka akan mendapat kemurkaan Allah”(Hadith riwayat at Tarmidzi dan Ibn Majah)

Allah Taala berfirman;“Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk Syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang-orang yang terdahulu daripada kamu?Mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan hartabenda) dan serangan penyakit, serta digoncangkan (oleh ancaman bahaya musuh), sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman yang ada bersamanya:Bilakah (datangnya) pertolongan Allah?Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada agama Allah)”el Baqarah (2:214)

Allah Taala menciptakan manusia di atas satu konsep yang cukup penting supaya perjalanan hidup semasa di dunia,dipandu oleh satu sistem yang menjamin masa depan mereka agar tidak terus alpa kerana akan tiba suatu saat kelak,mereka pasti dijemput untuk menerima buku amal catatan dan pembalasan di atas apa yang mereka kerjakan.Konsep menyembah (dengan melakukan apa yang disuruh dan meninggalkan apa yang dilarang) dan bertindak sebagai khalifah di muka bumi merupakan dua agenda penting,yang harus dipikul oleh manusia sebagai suatu amanah besar dalam kehidupan yang sementara ini,dan bukan untuk berseronok semata-mata.Bahkan manusia tidak dijadikan hanya untuk hidup di dunia yang kecil dan binasa ini sahaja,tetapi mereka dijadikan untuk kehidupan yang kekal abadi,iaitu di akhirat.

Justeru itu,setiap pekerjaan kita di dunia ini perlu berteraskan konsep memperhambakan diri kepada Allah Taala dalam sebarang kegiatan sama ada politik,ekonomi,pendidikan,sosial,hiburan,sukan dan sebagainya.Menghambakan diri kepada Allah Taala dalam sesuatu pekerjaan di dunia mestilah antara lain mematuhi perkara-perkara berikut;

a)Pelaksanaan sesuatu pekerjaan hendaklah diniatkan kerana mencari keredhaan Allah Taala.

b)Hendaklah sesuatu pekerjaan yang dilakukan,adalah perkara yang diharuskan oleh syara’.Maka berdosa menjalankan kegiatan yang diharamkan oleh syara’.

c)Pekerjaan tersebut dilakukan hendaklah berprinsipkan rasa perhambaan diri kepada Allah Taala dan memetingkan kemaslahatan umat.Haram jika pekerjaan yang dilakukan dipengaruhi runtutan hawa nafsu dan tipu daya syaitan.

Dalam mencapai apa jua tujuan hidup dan matlamat di dalam kehidupan,Islam telah menetapkan panduan iaitu hendaklah bercirikan perhambaan diri kepada Allah dan ehsan menjadi kompas,memandu arah dalam menempuh suasana pilihanraya yang cukup dahsyat ini.

Allah Taala berfirman;”Dan tidaklah aku menciptakan sekalian jin dan manusia melainkan untuk mengabdikan diri kepada Aku”adz Dzaariat (51:56)

Adakah kita sudah sampai pada tahap yang dikehendaki oleh Allah Taala Dzat,Tuhan Maha Esa dalam mengemudi bahtera di lautan nafsu yang buas ini?

Maka jentiklah hati dan tanyakan Iman

gravatar

Remaja Disebalik Tamadun Islam

Generasi muda kini masih dibelenggu dengan krisis kurangnya budaya keilmuan dan keintelektualan yang merupakan asas kepada kemajuan dan pembangunan sesuatu tamadun.

Kejayaan tamadun-tamadun silam yang berjaya mempengaruhi dunia hingga hari ini ialah sebuah tamadun yang mampu menghasilkan idea, tulisan, ciptaan dan peloporan dalam sesuatu perkara baru hasil tercetusnya perkembangan ilmu dan dan intelektual.

Tamadun Yunani, China, India, Bizantin, Rom, Parsi, Mesir dan sebagainya terselah di sebalik tabir pembangunan sebuah sejarah tamadun kerana ketrampilan mereka memajukan produk seperti ilmu,dan idea-idea yang sihat.Apatah lagi Tamadun Islam amat gemilang sebagai pusat perkembangan ilmu pengetahuan.

Apabila kita memperhatikan secara lebih dekat mengikut kaca mata hati akan senario generasi muda kini yang ramai mempunyai Ijazah,Diploma, sijil-sijil kemahiran dan sebagainya tetapi tidak berupaya untuk memanfaatkan ilmu-ilmu yang diperolehi di menara gading untuk dikembangkan dengan menggunakan kreativiti dan inovasi di dalam diri.Ramai graduan-graduan yang menganggur gagal memanfaatkan potensi dan bakat pada diri untuk menciptakan peluang-peluang pekerjaan yang baru selain mengharapkan pekerjaan mengikut kelayakan yang tercatat pada sijil semata-mata. Manakala bagi mereka yang sudah berada di alam pekerjaan pun,wujud diantara mereka masih terbelenggu dengan cara kerja lama yang tiada produktaviti dan tidak pro-aktif kerana kurangnya daya kreativiti,inovasi dan keadah mengolah ilmu-ilmu yang telah dipelajari agar sesuai dengan keadaan realiti semasa.

Fenomena kegersangan asas keilmuan,kreativiti dan keintelektualan ini khususnya kepada generasi muda akan menyebabkan kelesuan daya fikir yang akhirnya menyebabkan kegagalan untuk memahami realiti semasa dalam masyarakat kini.Akibatnya lahirlah program-program pembangunan, projek-projek dan aktiviti-aktiviti meliputi soal ekonomi,politik dan sosial yang gagal mengubati ‘simptom’ sebenar yang menjadi puncanya.Banyak tenaga,wang dan keringat dihabiskan tetapi tiada kesan serta impak disebabkan ketiadaan penyelidikan, kajian dan meneliti punca pada lahirnya sesuatu masalah.

Tanpa pengukuhan ilmu yang utuh umat Islam akan menjadi lemah dan terus dijajah walaupun telah mencapai kemerdekaan kerana wujudnya penyakit yang dinyatakan oleh Malek Binnabi sebagai penyakit ‘colonsibilite’ yang bermaksud,suka merelakan diri diperhambakan lantaran daripada jiwa yang lemah.Penyakit ini akan menyebabkan para remaja khususnya dan masyarakat amnya terus dibelenggu dan dijajah hebat akibat lemah dari aspek pendidikan,keilmuan ,pembangunan dan sebagainya.

Allah Taala berfirman;
“Bacalah dengan nama Tuhamnu yang menciptakan. Dia telah menciptakan manusia daripada segumpal darah.Bacalah dan Tuhanmu yang Maha Mulia.Yang mengajar dengan mata pena.Dia mengajarkan kepada manusia apa yang tidak diketahuinya.”
el ‘Alaq (96:1-5)

Ilmu dan segala proses kearah pembinaannya adalah berpaksikan Tauhid.Pembinaan ilmu dalam konteks ini adalah ilmu yang sepadu dan menjurus kepada pembinaan tiga fakulti yang tersedia wujud dalam diri manusia iaitu akal,roh dan jasad.Ilmu bukan sekadar mendapat maklumat tetapi kemampuan untuk membudayakan dan memanfaatkannya. Natijah dan hasil dari pembangunan dimensi keilmuan ini akan membawa kepada peningkatan intelektualisme, pemikiran kritis,pembangunan akhlak dan budaya hidup yang akan menjadi cermin serta wadah untuk melahirkan generasi yang mampu membina “Tamadun Khairul Ummah”

Nabi bersabda;

"Menuntut ilmu menjadi suatu kewajipan kepada setiap muslim dan muslimah"
(Hadith riwayat Muslim)

Pencarian ilmu tidak terbatas kepada membaca dalam skop kursus tertentu,bidang akademik tertentu atau di atas faktor orientasi peperiksaan (exam oriented).Tetapi ianya perlu diperluaskan kepada pelbagai disiplin keilmuan.Tidak semestinya seorang Jurutera atau Akautan,tidak mampu atau tidak boleh menjadi pendakwah dan mendalami ilmu-ilmu agama.Kita sepatutnya wajar menjadikan para ulama’ dan cendikiawan Islam yang terangung seperti Ibn Sina.Ibn Rusyd,el Khawarizmi,Ibn Khaldun dan ramai lagi,bekerja keras mencapai kejayaan dalam pelbagai lapangan disamping mempunyai asas ilmu-ilmu agama yang kukuh.Mereka tidak menjadikan alasan dengan status sebagai seorang yang belajar ilmu agama untuk gagal dan tidak mahu mencuba mencetuskan idea baru dalam ilmu moden,dan sehingga kini banyak karya-karya mereka menjadi rujukan antarabangsa.

Sumbangan Generasi Muda Pada Tamadun

Agenda membina tamadun sepatutnya menjadi agenda asasi bagi semua peringkat dan generasi belia.Ini kerana sejarah banyak mencatatkan kesan-kesan yang hebat hasil dari gerak gempur generasi ini dalam pembinaan tamadun manusia di seluruh dunia,baik dari sudut pemikiran,reformasi akidah,budaya dan adat,bahkan yang berbentuk binaan dan kesan teknologi umat-umat terdahulu.
Sejarah Islam sahaja sudah cukup memaparkan sumbangan generasi ini untuk tontonan manusia sejagat,bermula dari kisah Habil anak Nabi Adam as yang memaparkan nilai-nilai ikhlas dan jujur dalam berkorban hinggakan dirinya menjadi korban saudaranya sendiri.Kisah Nabi Ibrahim ketika berumur belasan tahun,bersendirian mengajak kaumnya yang menyembah dan bertuhankan matahari,bulan, bintang kepada akidah tauhid melalui mantik akal,dan mengajak mereka secara berhikmah dengan membuka minda mereka supaya berfikir dengan kesedaran sendiri bilamana patung-patung yang mereka sanjungi sejak turun menurun sebagai tuhan yang tidak bernyawa hancur menjadi debu-debu berterbangan di ruang angkasa tanpa dapat berbuat apa-apa.Pada zaman Nabi Muhammad saw,hampir 95% dari pendokong tamadun Islam yang dibawa oleh Nabi saw dipelopori oleh golongan muda mudi.Mereka inilah yang setia berdiri di belakang panji-panji perjuangan Islam sehinggakan nabi berjaya membawa kegemilangan Islam di tanah arab pada masa itu,hasil sokongan yang tidak berbelah bahagi dari golongan muda.Lihat sahajalah nama-nama besar seperti Ali bin Abi Thalib,Zubair bin Awwam,Saad bin Abi Waqqas,Usamah bin Zaid,Bilal bin Rabbah,Ammar bin Yasir,Aisyah binti Abu Bakar,Asma’ binti Abu Bakar,Hafsah binti Umar,Fatimah binti Muhammad(anak baginda),Khaulah binti Tha’labah dan ramai lagi baik secara langsung mahupun sebaliknya dalam menjayakan visi dan misi agung serta amanah daripada Allah Taala.



Dr. Muhammad Said Ramadhan Bouti dalam kitabnya “Manhaj Hadharah Insaniah fil Quran” menyebut bahawa umat Islam pada hari ini mempunyai potensi dan kelebihan besar dari pelbagai sudut dan genap penjuru berbanding umat-umat lain,dengan memiliki segala elemen-elemen yang membawa kepada kebangkitan dan pembinaan tamadun baru seperti kaya dengan tenaga manusia,kaya dengan khazanah galian hasil bumi,kaya dengan ilmu dan kecanggihan teknologi,dan banyak lagi.Hanya tinggal beberapa perkara besar yang lain perlu digembelingkan jika mahu melonjakkan kelahiran tamadun Islam yang baru lagi gemilang.Beliau telah menyebut lima perkara asas yang difikir perlu diterapkan pada generasi muda pada hari ini sebagai kesinambungan sihat untuk melahirkan tamadun di atas tiket Islam:
1)Umat Islam perlu mempunyai kemahuan dan usaha yang kuat kearah pembinaannya.

2)Menghapuskan perpecahan dikalangan umat dan sebab-sebab yang membawa kearah tersebut.

3)Perlu mempunyai kestabilan jiwa dan kecergasan dari sudut pemikiran dikalangan umat.

4)Perlu mempunyai kepercayaan sesama umat,bermula dari barisan pimpinan sehinggalah ke akar umbinya.

5)Perlu menggerakkan seluruh jentera-jentera pendidikan dan sistemnya untuk mencorak dan membentuk umat yang berkualiti tinggi dan seterusnya bisa menjadi tonggak penegak tamadun ummah.

gravatar

Tanda-tanda Dunia Kita Mula Terbalik

Ada beberapa perkara menarik berlaku dalam minggu ini. Kejadian itu semua bolehlah disenaraikan dalam tanda-tanda 'dunia sudah terbalik'. Antaranya demonstrasi bantahan terhadap fatwa pengharaman pengkid.

Saya kurang pasti adakah dalam dunia ini mana-mana agama yang mengizinkan penganutnya yang perempuan menyerupai lelaki atau sebaliknya sehingga 'fatwa' tersebut dianggap menjejaskan hak mana-mana agama? Apatah lagi jika hukum tersebut hanya ditujukan kepada umat Islam semata. Atau mungkin mereka merasakan bahawa hukum itu menjejaskan hak asasi manusia.

Saya pun hairan apakah termasuk dalam hak manusia untuk menukar jantina? Ya, pada kaca mata aliran liberal tanpa sempadan keagamaan atau keinsanan, mungkin itu satu hak. Atau ia dianggap hak asasi bagi manusia yang menggunakan nama Tuhan menghalalkan apa yang bercanggah dengan ciptaan Tuhan.

Tetapi pada nilaian fitrah insani yang sejahtera perkara itu adalah satu pencemaran hak. Sama seperti jika ada kelompok yang menuntut hak untuk bertelanjang di jalanan atas alasan kebebasan. Hak yang seperti itu hanya mencemarkan hak orang lain yang akan terganggu dengan tindakan mereka dan merampas keselesaan ramai. Lebih daripada itu, ia terkeluar dari nilai insani yang normal.

Maka pemerintah di mana-mana negara pun jika membenarkan satu hak dalam masalah seperti ini, akan mencemarkan hak pihak yang lain. Sudah pasti neraca dalam masalah ini adalah nilaian agama dan fitrah insani yang lurus. Jika dibenarkan wanita menjadi lelaki atau lelaki menjadi wanita, maka hak kaum lelaki atau wanita yang normal akan tercemar. Akan berlaku kekeliruan gender yang meluas dalam masyarakat. Lalu lelaki atau wanita normal sukar mencari pasangan yang sebenar. Akan berlaku kecurangan yang luar biasa apabila ada kelompok manusia yang mencari pasangan sesama jantina.

Jika hal itu meluas, maka perkembangan masyarakat manusia juga akan tercemar disebabkan tidak mungkin 'hubungan seks' sesama jenis boleh melahirkan zuriat. Maka atas nama hak, apakah nanti kita mesti mengwujudkan tandas 'pengkid' atau 'tandas saudarai'. Atau apakah pengkid boleh masuk ke tandas lelaki, atau 'saudarai' boleh ke tandas perempuan? Dunia akan terbalik nanti dan banyak kekalutan akan berlaku.

Maka, tidak hairanlah jika Islam mengharamkan hal ini seperti hadis Ibn 'Abbas yang saya sebutkan pada minggu lepas Rasulullah melaknat lelaki yang menyerupai wanita, dan wanita yang menyerupai lelaki (Riwayat al-Bukhari).

Cumanya, seperti yang saya nyatakan bahawa isu lelaki menyerupai perempuan tidak memerlukan sidang fatwa khas untuk mengeluarkan hukum mengenainya. Hukum yang seperti ini diketahui oleh sesiapa sahaja yang mempunyai walaupun sedikit asas pengetahuan agama Islam. Seperti yang saya nyatakan, yang agak peliknya, dalam fatwa yang dikeluarkan itu ditegaskan tentang haramnya wanita menyerupai lelaki, sedangkan fenomena yang bertebaran kelihatan di sana-sini adalah lelaki yang menyerupai perempuan. Sama ada pada gaya bahasa, gaya berjalan, atau lebih-lebih lagi 'nafsu bercinta'.

Wanita tiruan ini kelihatan dan kedengaran bukan sahaja di jalanan, tetapi juga di media massa; radio, televisyen dan akhbar. Mereka kelihatan mendapat lesen yang besar tanpa dipertikaikan oleh sesiapa. Tiba-tiba muncul fatwa yang menegaskan tentang 'haram pengkid' dan tidak pula menonjolkan tentang haram lelaki cuba menjadi wanita. Perkara-perkara yang seperti inilah yang menjadikan manusia bersalah sangka lalu menganggap sesuatu fatwa yang dikeluarkan oleh 'insan-insan berjawatan' itu mengambil kira soal kedudukan dan 'keselesaan kerusi' masing-masing.

Ini semacam fatwa yang mengharamkan kanak-kanak bermain mercun kerana dikatakan membazir, tetapi dalam masa yang sama tidak pula mengharamkan mercun yang ratusan ribu ringgit yang dimainkan dalam berbagai-bagai keramaian atau tidak pula mengeluarkan fatwa mengharamkan pembaziran yang berlaku dalam pengurusan wang rakyat. Ini pun menunjukkan dunia kita memang nak terbalik..

Dalam celahan cerita wanita yang ingin menjadi lelaki, timbul pula kes kezaliman terhadap wanita di Kedah. Bagaimana seorang wanita mendakwa dirinya yang dizalimi oleh kecuaian Pejabat Agama. Dalam tempoh lapan tahun pihak Jabatan Agama tidak memberikan kepadanya surat cerai, tiba-tiba apabila beliau berkahwin dengan lelaki lain datang perintah mahkamah yang menyatakan perkahwinannya dengan suami yang kedua itu tidak sah dan dianggap 'bersuami dua'.

Ketika beliau berulang-alik ke Pejabat Agama meminta surat pengesahan cerai, mereka gagal memberikan kepadanya. Malangnya, apabila beliau berkahwin dengan suami yang kedua dan mempunyai dua anak, datang pula surat mahkamah syariah yang membatalkan perkahwinan dan menyuruhnya kembali kepada suami yang pertama. Hari ini beliau hidup penuh tekanan dan penderitaan jiwa.

Jika benar dakwaan beliau, alangkah kejamnya pengurusan yang diberi nama agama ini. Dahulu saya pernah mencadangkan agar kita mengurus perkara-perkara halal dengan baik dan mudah serta membendung perkara- perkara haram agak menjadi rumit susah untuk mendapatkannya. Malangnya, hal ini tidak berlaku. Sehingga ada negeri yang memenjarakan sesiapa yang berkahwin di luar negerinya.

Begitulah urusan perkahwinan disulitkan dengan berbagai-bagai 'karenah pengurusan' yang pelbagai. Sebahagiannya dijadikan bisnes dengan yuran yang menguntungkan. Lihat sahaja apakah sukatan dalam sesetengah kursus perkahwinan. Sementara kes talak tertangguh begitu banyak yang memakan masa bertahun-tahun. Ia menghalang wanita untuk berkahwin semula sedang tuntutan jiwa dan nafsu wujud apatah lagi bagi wanita muda. Mahkamah dengan mudah menangguhkan kes hanya kerana suami tidak datang walaupun sudah berkali-kali. Wanita-wanita yang dianiayai lelaki sebegini didera perasaan dan nafsu kelaminnya. Ini adalah kezaliman dan kemungkaran yang dilakukan terhadap wanita.

Malang sekali, kes-kes yang seperti ini tidak diselesaikan dengan kuasa hakim. Hakim sepatutnya boleh diberi kuasa fasakh yang lebih jelas dan tegas kepada suami zalim dan tidak bertanggungjawab. Keengganan hadir ke mahkamah tanpa alasan yang diterima boleh dianggap sebagai sebab untuk perkahwinan dibatalkan.

Dukacita, pihak pengurusan agama ini jika ditegur ada yang melenting. Padahal bukan sedikit kaum wanita yang menunggu bertahun-tahun untuk kesnya diselesaikan. Ini semua boleh menjadi faktor terdorongnya gejala maksiat akibat runtunan nafsu yang tidak dapat diluruskan secara yang kononnya dianggap 'berdasarkan undang-undang syarak'. Di manakah keindahan syariat hendak dilihat jika dikendalikan seperti ini? Benarlah kata al-Imam Ibn Qayyim al-Jauziyyah (meninggal 751H) yang selalu saya ulangi:

"Sesungguhnya syariah Islam itu binaan dan asasnya adalah atas segala hikmah dan kebaikan untuk manusia di dunia dan akhirat. Syariah Islam itu segalanya keadilan, kebaikan dan hikmat. Maka setiap perkara yang terkeluar dari keadilan kepada kezaliman, dari rahmat kepada yang berlawanan dengannya, dari kebaikan kepada kerosakan, dari hikmat kepada sia- sia maka ianya bukan syariah Islam sekalipun diberikan takwilan untuknya". (Ibn Qayyim al-Jauziyyah, I'lam al-Muwaqqi'in, 3/3, Beirut: Dar al-Jail).

Sebab itu saya pernah mencadangkan agar pihak berkuasa agama menumpukan kepada penyelesaian kes-kes yang seperti ini daripada menumpukan 'operasi mengintip' maksiat di dalam bilik-bilik hotel yang belum tentu ada. Selesaikanlah kes yang jelas wujud dari disibukkan diri dengan perkara yang tidak pasti. Namun dunia agaknya sudah terbalik..

Bercakap soal keadilan, ada yang bersungut dengan keputusan Jawatankuasa Syariah Negeri Perlis baru-baru ini yang memutuskan mengenai nasab anak yang tempoh perkahwinan ibu bapanya kurang daripada enam bulan seperti berikut; "Anak yang lahir kurang daripada enam bulan ibunya berkahwin, boleh dibinkan kepada suami ibunya, kecuali jika dinafikan oleh si suami". Keputusan ini telah disahkan oleh Mesyuarat Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis yang dipengerusikan oleh Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Ibn Tuanku Syed Sirajudin Jamalullail pada 4 November 2008.

Maksud fatwa ini adalah seorang wanita yang berkahwin dan melahirkan anak sekalipun tempoh perkahwinannya kurang daripada tempoh enam bulan tetap boleh menasabkan (membinkan) anak yang dilahirkan kepada suaminya dengan syarat si suami tidak membantahnya. Sebabnya, di Malaysia, pihak pendaftaran enggan mendaftarkan anak orang Islam secara di'bin'kan kepada bapanya jika tempoh perkahwinan mereka kurang daripada enam bulan. Dalam erti kata lain anak tersebut dianggap 'anak luar nikah'.

Hasil daripada peraturan ini maka ramai anak yang tidak dibinkan kepada bapa mereka.. Lebih menyedihkan apabila anak tersebut mendapati hanya dia yang tidak berbinkan bapanya sedangkan adik-beradiknya yang lain berbinkan bapanya. Ini merupakan satu tekanan kepadanya yang tidak berdosa dalam perkara tersebut sepanjang hayatnya.

Pihak ibu bapa pula, amat sukar untuk menerangkan hakikat sebenar kepada anak berkenaan kerana itu akan membuka 'aib yang telah cuba ditutup. Di samping boleh menghilangkan rasa hormat anak kepada ibu bapa yang telah insaf dan sedang membina dan mendidik keluarga. Atas keadaan tersebut maka, isu ini saya bincangkan dalam Fatwa Negeri Perlis.

Kita sedar, adanya perbezaan pendapat di kalangan sarjana fekah dalam hal ini. Namun, setelah meneliti dalil-dalil syarak dan alasan-alasan para sarjana yang berbagai-bagai, maka keputusan tersebut dibuat. Antara dalil yang dijadikan asas perbincangan dalam kes ini adalah sabda Nabi saw:

"Anak itu (nasabnya) kepada suami menyetubuhinya" (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Hadis ini disebutkan oleh Nabi saw apabila berlaku perebutan nasab anak pada zaman baginda antara Sa'd bin Abi Waqqas dengan 'Abd bin Zam'ah. Sa'd membuat tuntutan dengan mendakwa bahawa saudaranya 'Utbah bin Abi Waqqas memberitahu bahawa anak Zam'ah yang masih budak ketika itu sebenarnya adalah anaknya.

Namun 'Abd bin Zam'ah membantah dengan menyatakan itu ialah anak ayahnya Zam'ah yang mengahwini ibu anak berkenaan. Sa'd mengukuhkan dakwaannya dengan menyatakan anak berkenaan begitu jelas menyerupai saudaranya 'Utbah. Apabila kes ingin diangkat kepada Nabi SAW, baginda mendapati ternyata anak berkenaan jelas menyerupai 'Utbah bin Abi Waqqas, saudara Sa'd.

Namun baginda memutuskan anak itu ialah anak Zam'ah dengan bersabda: "Anak itu (nasabnya) kepada suami yang menyetubuhinya, sementara bagi perzinaan itu hanya kekecewaan (tiada hak yang dituntut)". Daripada hadis ini dapat disimpulkan bahawa Rasulullah saw memberikan hak nasab kepada suami si isteri sekalipun anak itu ada kemungkinan anak zina.

Juga hadis ini menunjukkan penyelesaian Nabi saw yang tidak ingin membongkar keburukan yang lepas. Jika baginda memutuskan kes seperti itu mesti diselidiki maka sudah pasti pelbagai keburukan peribadi akan terdedah dan menyebabkan keruntuhan kepada keluarga. Selagi mana si suami sendiri menerima anak itu adalah anaknya, maka tiada alasan untuk mereka yang tidak berkahwin secara sah dengan si ibu membuat tuntutan.

Bahkan di kalangan sarjana Islam ada yang berpegang bahawa anak zina boleh dinasabkan kepada bapa zinanya sekalipun jika wanita berkenaan tidak berkahwin dengan lelaki yang berzina dengannya. Namun syaratnya mestilah wanita tersebut juga tidak berkahwin dengan lelaki lain seperti dalam kes hadis di atas.

Kata Dr Yusuf al-Qaradawi:

"Lelaki dan wanita yang berzina jika bertaubat kepada Allah dan ingin keluar dari yang haram kepada yang halal, dari kehidupan yang dicemari kepada kehidupan yang bersih, berubah kehidupan mereka dari zina yang haram kepada persetubuhan yang halal, maka perkahwinan mereka sah dengan ijmak (sepakat tanpa kecuali seluruh para mujtahid)…beberapa tokoh fekah salaf; 'Urwah bin al-Zubair, al-Hasan al-Basri, Ishaq bin Rahuyah dan selain mereka berpendapat harus dinasabkan anak zina kepada bapa zinanya jika wanita berkenaan tidak pernah berkahwin (selepas itu). Pendapat ini disokong oleh Syeikhul Islam Ibn Taimiyyah dan muridnya Ibn al-Qayyim". (lihat: islamonline. net).

Namun, keputusan Fatwa Perlis hanya membincangkan tentang keharusan menasabkan anak kepada suami sekalipun perkahwinan itu kurang daripada enam bulan. Dengan itu maka mereka yang terlibat dalam perzinaan lalu bertaubat dan berkahwin, anak yang dikandung bolehlah dinasabkan kepada si suami sekalipun baru berkahwin dengan syarat tiada bantahan daripada suami.

Antara kebaikan fatwa ini; ia menutup keaiban lepas yang berlaku kepada pasangan yang sudah berkahwin dan bertaubat. Juga menghilangkan perasaan malu dan terasing anak yang selama ini tidak dibinkan kepada bapanya disebabkan faktor kekurangan tempoh perkahwinan serta membantu ibu bapa yang terlanjur meneruskan kehidupan dan pembinaan keluarga.

Ada yang kata; fatwa ini menggalakkan orang berzina. Saya kata tidak sama sekali; ia memberi orang bertaubat dan menyelamatkan maruah anak yang tidak berdosa. Yang menggalakkan maksiat adalah adegan-adegan panas dalam media, juga pengurusan yang menyusahkan kahwin dan talak. Fikiran anda jangan terbalik!

gravatar

Apa Istimewanya Artis Hingga Dikecualikan Dari PLKN???

" Untungnya menjadi artis....PLKN pun boleh dikecualikan. Jika anak saya atau anak anda ponteng PLKN...siaplah masuk lokap!!

Pagi tadi (27.12.2008) selepas joging bersama isteri dan anak perempuan saya di Taman Rimba, seperti biasa saya akan ke Pasar Tani berdekatan Stadium Darulaman, Alor Star. Ketika itu saya melihat banyak deretan bas memenuhi tempat lapang di luar stadium. Jalan yang biasanya tidak banyak kenderaan tiba-tiba menjadi sesak. Apabila mendekati deretan bas di situ, barulah saya tahu rupanya bas yang disediakan itu adalah untuk mengangkut peserta PLKN ke kem latihan masing-masing.

Ketika sedang minum sambil menjamah nasi kerabu di salah sebuah gerai berhampiran Pasar Tani saya mendengar celoteh seorang ibu yang turut menghantar anaknya untuk menghadiri PLKN:


"Anak saya pun ada tanggung jawab juga. Anak sulung lagi, kena sara 5 adik, suami saya dah meninggal. Tapi anak saya yang sulung tu pi juga PLKN. Tak pi takut kena tangkap polis. Tapi saya dengar ada artis kita dikecualikan dari PLKN!"


"Artis mana, kak dengar dari sapa?", tanya seorang wanita yang minum di sebelah kakak itu.


"Namanya Diana ....Diana Danielle. Tu la, artis yang dulu berkawan dengan anak Yusof Haslam tu! Dia pun patutnya hari ni pi PLKN juga, tapi dikecualikan, artis la katakan..." jawab wanita yang membahasakan dirinya sebagai kakak itu.


"Sapa bagitau kakak dia dikecualikan dari PLKN?"


"Kakak baca dalam surat khabar", jelas wanita itu, "Surat khabar kata dia sedang menjalani penggambaran filem, sebab itu dapat pengecualian. Yang anak kak tu pun kerja juga, dia tempat kami bergantung hidup, tapi pi juga dia. Yang kak tak puas hati ni, apa istimewanya artis kita ni hingga dikecualikan pula? Apa depa kentut tak busuk ka?"


Saya hampir tersedak teh tarik yang sedang diminum mendengar marah campur lawak wanita itu. Tapi dalam hati saya, saya bersetuju (jika berita yang didengari itu benar), apa istimewanya sangat Diana itu hingga dikecualikan dari menghadiri PLKN? Adakah kerana artis terkenal yang kebetulan sedang menjalani penggambaran filem, dia boleh dikecualikan? Apa bezanya Diana dengan anak kakak itu dan mungkin juga ramai lagi remaja di luar sana yang walaupun ada tanggung jawab lain tetapi terpaksa juga menjalani PLKN? Adakah mungkin kerana Diana itu artis yang kebetulan ada 'kabel' yang kuat dia boleh dikecualikan?

Setahu saya semua remaja yang terpilih perlu menghadiri PLKN, kecuali atas faktor-faktor berikut mereka boleh dipertimbangkan untuk dikecualikan:


i) Seseorang yang akan menduduki suatu peperiksaan penting dalam tahun yang mana dia dikehendaki menjalani PLKN;

ii) Seseorang yang sedang meneruskan pengajiannya dalam tempoh yang dia dikehendaki menjalani PLKN; dan

iii) Apa-apa keadaan lain yang boleh menimbulkan kesusahan yang luar biasa kepada orang tersebut jika dia menjalani PLKN.

Soalnya apakah artis yang dikecualikan itu termasuk dalam syarat pengecualian ketiga iaitu kehadirannya ke PLKN boleh menimbulkan "kesusahan luar biasa" kepadanya. Tetapi "kesusahan luar biasa" yang bagaimana yang dimaksudkan, adakah dia takut kulit kemerah-merahannya itu menjadi gelap dibakar cahaya matahari atau "kesusahan luar biasa" kepada syarikat perfilemannya yang mungkin kerugian tanpa kehadirannnya?

Tiba-tiba hati saya teringat kepada seorang pemuda miskin dari Perlis yang terpaksa meringkuk dalam lokap polis kerana gagal mendaftarkan diri sebagai pelatih PLKN beberapa tahun dahulu yang ceritanya ada tersiar dalam akhbar kita. Ketika itu baru saya sedar bahawa dalam hidup ini memang ada perbedaan darjat, seperti cerita P.Ramlee, "Antara Dua Darjat". Walaupun kakak tadi ada menyatakan kita sama-sama manusia yang kentut sama busuk baunya, tetapi belum tentu nasib kita sama. Ini kerana anak kakak tersebut dan pemuda dari Perlis yang pernah merengkok dalam lokap itu adalah anak orang biasa, manakala Diana adalah seorang artis terkenal!

Oleh : Pendikar Gunung Kriang
http://pendikargunung.blogspot.com

gravatar

Tahun Baru Kita dan Dia

"Selamat Tahun Baru kepada semua. Semoga dengan kedatangan tahun baru ini menguatkan lagi ketaatan kita kepada Allah dan menjauhkan diri kita daripada maksiat. Kerana apa? Kerana semakin bertambah tahun baru, makin bertambah umur kita dan makin bertambah dekat kita dengan mati. Dikala memperingati tahun baru 1430hijrah ini, kita berasa sedih dengan apa yang berlaku kepada saudara kita di Palestin khususnya Gaza. Gaza sejak beberapa bulan lalu menjadi penjara tebesar dunia apabila setiap penjuru negeri itu dikawal oleh tentera Israel. Tiada bekalan makanan, tiada barangan yang masuk, tiada ubat-ubatan kecuali mendapat kebenaran Israel. Pernah sekali ‘penjara’ ini dipecahkan apabila pos-pos sempadan dilanggar oleh penduduk Palestin, namun ia ditutup semula oleh Israel selepas beberapa hari. Kezaliman ini tidak dilihat dan dijeling langsung oleh kuasa-kuasa besar dunia, khususnya Amerika yang menguasai Majlis Keselamatan PBB. Yang dipersalahkan ialah Hamas dan pasukan-pasukan yang seangkatan dengannya.


Sehingga kini, sudah 200 nyawa melayang ‘free-free’ hasil tindakan Israel. Mereka mendakwa musuh mereka adalah Hamas, namun yang mereka bunuh ialah orang awam. Ramai orang menutup mata terhadap keadaan ini, khususnya orang Barat dan tak ketinggalan juga orang Islam yang tak ambil peduli. Walaupun dalam masa yang sama, media pro-Palestin terus menyiarkan apa yang berlaku, sikap tidak ambil peduli ini tidak dapat dipecahkan. Apa yang mengecewakan ialah sikap ini menghantui umat Islam sendiri.


Rasulullah ada berkata “Sesiapa yang tidak mengambil berat hal ehwal orang Islam, dia bukan dari kalangan mereka (orang Islam)”. Ajaran ini sepetutnya menjadi pegangan kepada semua orang Islam lebih-lebih lagi yang bergelar pejuang. Sikap mengambil berat, mengikuti perkembangan, memperjuangkan hak mereka dan memberi kesedaran kepada orang lain adalah antara usaha yang mampu kita lakukan bagi membantu mereka. Seeloknya juga andai kita mampu, kita memberi sumbangan berbentuk kewangan kepada orang yang bertanggungjawab terhadap isu-isu Palestin ini.


Semangat hijrah yang ada sepatutnya kita hayati… Nabi berhijrah untuk perkara yang lebih bak.Nabi berhijrah untuk membina ukhuwah dan persaudaraan. Nabi berhijrah kerana itu adalah nilai ketaatan. Nabi berhijrah kerana menaikkan nama Islam melebihi perkara-perkara lain.


Kita berharap permulaan tahun baru yang penuh kesedihan ini akan bertukar dengan perkara-perkara gembira dari sisi Allah S.W.T sedikit masa nanti. Kepada pejuang-pejuang di bumi Malaysia, teruskan usaha supaya P36 menjadi suntikan yang lebih kuat bagi mendaulatkan Islam di bumi Allah ini."

gravatar

Semua Makhluk Allah Bertasbih

Semua makhluk Allah berzikir dan bertasbih (subhanallah) mengingatinya.

Al-Israa [44] Langit yang tujuh dan bumi serta sekalian makhluk yang ada padanya, sentiasa mengucap tasbih bagi Allah dan tiada sesuatupun melainkan bertasbih dengan memujiNya; akan tetapi kamu tidak faham akan tasbih mereka. Sesungguhnya Dia adalah Maha Penyabar, lagi Maha Pengampun.

Semut dan katak juga berzikir kepada Allah. Dari Ibn Abbas bahawa nabi SAW telah melarang daripada membunuh 4 jenis binatang: semut, lebah, belatuk dan nuri.

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya: Dari Rasulullah s.a.w: Sesungguhnya pernah seekor semut menggigit salah seorang Nabi lalu Nabi tersebut menyuruh supaya membakar sarang semut tersebut, tetapi Allah menurunkan wahyu kepadanya: Apakah hanya gara-gara seekor semut menggigitmu lantas kamu akan binasakan satu umat yang selalu membaca tasbih.

Rasulullah (sallallahu alayhi wasallam) said : “Its croaking is Tasbeeh. Narrated by An-Nas’ai. (suara katak itu tasbih, memuji Allah, Riwayat An-Nasai). Hadis yang diriwayatkan oleh Ibn Umar “Janganlah kamu membunuh katak kerana bunyi menguaknya adalah tasbih”. Manakala hadis daripada Anas bin Malik pula “Kamu jangan membunuh katak kerana ia pernah melalui (melintasi) di atas api Ibrahim serta membawa air di dalam mulutnya dan menyemburkannya ke atas api”.

Dalam hadis disebut binatang yang tidak bertasbih memuji Allah akan menjadi buruan manusia, manakala pokok yang tidak bertasbih akan menjadi kering.

akan tetapi kamu tidak faham akan tasbih mereka.” . Hanya Nabi Sulaiman yang diberikan ilmu untuk memahami bahasa binatang.

An-Naml [16] Dan Nabi Sulaiman mewarisi (pangkat kenabian dan kerajaan) Nabi Daud dan (setelah itu) Nabi Sulaiman berkata: Wahai umat manusia, kami telah diajar mengerti bahasa pertuturan burung dan kami telah diberikan serba sedikit dari tiap-tiap sesuatu (yang diperlukan); sesungguhnya yang demikian ini adalah limpah kurnia (dari Allah) yang jelas nyata.

Malah anjing juga beriman kepada Allah dan menjadi pembela sahabat Nabi. Anjing juga digunakan oleh Allah untuk menasihati seorang wali.

Kisah orang yang memaki Abu Bakar dan Umar digigit anjing

Kisah Allah mengajar walinya melalui seekor anjing

Kiamat tidak akan berlaku selagi ada orang zikir, tasbih dan sebut nama Allah. Tidak berlaku kiamat sebelum Allah tamatkan perkhidmatan orang Islam. Allah buat dunia ini bulat supaya setiap masa (24 jam) ada sahaja orang beribadat dan mengingatinya. Sebab itulah waktu solat,puasa dan raya tidak sama di semua tempat. Dunia tidak boleh kosong dari hubungan dengan Allah. Kita (umat Islam) ini penawar kepada dunia. Selama mana kita patuh pada Allah, selama itulah dunia bertahan. Bila dekat kiamat, Allah matikan semua orang Islam, cabut Al-Quran dari hati orang Islam.

“Kiamat tidak akan berlaku selagi masih ada orang yang menyebut perkataan “Allah, Allah.” (Hadith Riwayat Imam Muslim)

gravatar

Inflasi Di Zimbabwe - Tahukah Anda?

Inilah kos biaya mimimum untuk makan tengah hari yang harus dikeluarkan oleh seorang rakyat Zimbabwe yang merupakan penduduk termiskin di dunia.

Wang pecahan 500 juta dollar Zimbabwe yang baru saja dicetak pada Mei 2008 ini hanya bernilai sekitar 2 dollar amerika atau hanya cukup untuk sekali makan saja.






Zimbabwe ketika ini pemegang rekod inflasi terbesar di dunia iaitu 2,200,000 % (2.2 juta persen!), parahnya, harga-harga melambung begitu cepat dengan hanya dalam beberapa minit sahaja, jadi tak hairan jika peniaga-peniaga di zimbabwe begitu sibuk mengganti label harga barangan mereka hampir setiap minit!


Pada tanggal 20 Julai 2008 ini bank Zimbabwe juga telah mengeluarkan pecahan wang sebesar 100 juta dollar! yang merupakan rekod pecahan wang dengan nominal terbesar di dunia.


Zimbabwe memang memegang banyak rekod dunia, tapi sayang semua rekod itu tidak ada yang membanggakan.


Harga-harga barang di pasar Zimbabwe


Barangan keperluan harian



Telur ayam




Wang yang diperlukan untuk makan sekeluarga di kedai makan.



Setiap bulan bila terima gaji, kena sewa teksi atau lori le gamaknya.



Pengemis yang boleh dianggap kaya sebab dapat juta-juta setiap hari.



Kalau anak orang kaya jangan cakap la.



Kalau susah nak bawak duit banyak-banyaj tukarkan ke USD, dapat sekeping.




Kilang buat wallet dengan handbag terpaksa tutup bisnes sebab orang tak guna lagi.

gravatar

Percaya Tuhan Tapi Tidak Kenal Tuhan

Orang yang percaya Tuhan, tidak kenal Tuhan
Tuhan tidak ada erti apa-apa kepadanya
Tuhan bukan tempat rujuk dan harapannya
Masing-masing akan bertawakkal dengan kerajaan

Apabila kerajaan tidak membelanya dia kecewa
Ada yang bersandar dengan kekuatan fizikalnya
Manakala fizikalnya sakit atau zaman tua dia putus asa

Tidak kurang yang bersandar dengan orang kaya yang menolongnya
Apabila orang itu mati dia tidak tahu hendak hidup
Dia mati akal, buntu fikirannya, mati jiwanya

Ada juga yang bertawakkal dengan usahanya
Apabila usahanya gagal, derita jiwanya, gelisah hidupnya

Ada yang bertawakkal dengan ilmu dan kebolehannya
Apabila ilmu dan kebolehannya orang tidak gunakan
Hilang akalnya, tidak tahu bagaimana mahu hidup, terseksa jiwanya

Ada pula yang bertawakkal dengan ibu bapanya
Kerana ibu bapanya kaya, ada harta
Jika kekayaan ibu bapanya sudah tiada dia kecewa mungkin putus asa

Tapi jika mereka-mereka yang bertawakkal dengan selain Allah itu berjaya
Datang sombongnya, angkuhnya sangat ketara
Ramai orang yang tersinggung dibuatnya

gravatar

Kenal Tuhan Dahulu Barulah Syariatnya

Di dalam ajaran Islam,mengenal Tuhan lebih dahulu adalah perkara yang pertama dan utama
Selepas itu barulah mengenal Tuhan agar hamba-hamba-Nya
Di kalangan manusia cinta kepada-Nya

Pepatah melayu ada berkata: Tidak kenal maka tidak cinta
Percaya sahaja adanya Tuhan tapi tidak kenal Tuhan sudah tentu cinta tidak berbunga
Tidak cinta kepada Tuhan,syariat-Nya tidak orang tidak akan menghormati

Mari kita mengenal Tuhan agar kita cinta kepada-Nya
Tuhan adalah Allah yang mencipta dunia Akhirat dan seluruh isi-Nya
Mencipta manusia bahkan mencipta segala-galanya
Dia adalah Maha Berkuasa,Maha Mengetahui,Maha Melihat,Maha Mendengar,
Maha Berkehendak dan kehendak-Nya tertunai segala-galanya

Tuhan adalah mengadakan dan mentiadakan,mematikan dan menghidupkan
Menghukum sama ada di dunia mahupun di Akhirat
Kerana keadilan-Nya

Tuhan adalah segala-galanya
Dialah yang memberi makan dan minum,
Dialah yang menyakitkan dan menyembuhkan
Dia juga menyenangkan dan menyusahkan,
Memiskinkan dan mengkayakan
Menjatuhkan dan menaikkan seseorang atau sesuatu bangsa

Memberi rahmat dan nikmat,memberi nikmat dan bala bencana
Mendidik, mengasuh, menjaga dan memberi keselamatan
Memberi petunjuk dan menyesatkan sesiapa yang Dia suka
Tapi semuanya berlaku dengan ketentuan dan hukuman-Nya

Siapa yang masuk Neraka adalah dengan keadilan-Nya
Siapa yang masuk syurga adalah dengan rahmat-Nya

Tuhan adalah Zat yang Maha Esa,
Tidak ada bandingan dan tandingan
Tidak ada penyamaan dan penyerupaan
Maha suci daripada penyerupaan dan Maha Suci daripada dapat dilintaskan

Hakikat Zat-Nya Dia sahaja yang mengetahui
Tiada di kalangan makhluk-Nya yang mengetahui
Sekalipun para malaikat yang suci daripada dosa dapat mengetahui

Kuasa atau kudrat-Nya bukan dengan tenaga
Kehendak-Nya bukan dari perasaan-Nya
Tuhan tidak ada perasaan macam manusia
Yang berkuasa dan berkendak adalah Zat-Nya

Begitu juga melihat,mengetahui,mendengar adalah zat-Nya
Yang mempunyai sifat-sifat itu adalah zat-Nya
Yang mempunyai sifat-sifat itu semuanya
Maha Pengasih lagi Maha Penyayang
Maha Qahhar dan Jabbar

gravatar

Rintihan Di Malam Hari -- Imam Bukhari

Di kala malam yang sunyi sepi bani insan tengah tenggelam dalam tidur dan mimpi
musafir yang malang ini tersentak bangun
pergi membasuh diri
untuk datang mengadap-Mu Tuhan.

Lemah lututku berdiri di hadapan-Mu
sedu sedan tangisku keharuan
hamba yang lemah juga mendekat
bersimpuh di bawah Duli Kebesaran.

Tuhan
Hamba tidak tahu pasti
bagaimana penerimaan-Mu
di kala mendengar pengaduan hamba
yang penuh dosa dan noda ini

Dalam wahyu yang Engkau nuzulkan
Engkau berjanji untuk sedia memberi menerima pengaduan
dan sudi memberi keampunan

Dan Muhammad Rasul-Mu yang mulia itu
ada mengatakan:
Ampunan Tuhan lebih besar dari kesalahan insan
hanba percaya pada tutur kepastian itu
sebab itu hamba datang wahai Tuhan
bukan tidak redha dengan ujian
cuma hendak mengadu pada-Mu
tempat hamba kembali nanti
memohon sekinah,maghrifah dan mutmainna.

~ Imam Bukhari

gravatar

ReSpEkS 2008..BeSt WiShEs 2009...

Hello To All ,
www.FunAndFunOnly.net
2008 is going 2 finish

www.FunAndFunOnly.net
Now, we need to face 2009

www.FunAndFunOnly.net
There may be risks involved

www.FunAndFunOnly.net
We may need to face roadblocks

www.FunAndFunOnly.net
So stay alert

www.FunAndFunOnly.net
Share time with friends

www.FunAndFunOnly.net
Jump over obstacles

www.FunAndFunOnly.net
With care

www.FunAndFunOnly.net
And caution

www.FunAndFunOnly.net
Face challenges

www.FunAndFunOnly.net
Remember to laugh

www.FunAndFunOnly.net
Cooperate

www.FunAndFunOnly.net
Discover

www.FunAndFunOnly.net
Make new friends

www.FunAndFunOnly.net
Above all...be ready for adventure

www.FunAndFunOnly.net
Stick together

www.FunAndFunOnly.net
And you will be able to go far

www.FunAndFunOnly.net

Very far.....

www.FunAndFunOnly.net
Well, not quite that far....

www.FunAndFunOnly.net
Always take time to smell the flowers

www.FunAndFunOnly.net
Don't forget to relax and enjoy

www.FunAndFunOnly.net
And dont forget those who likes u very much
Just few more days to GO
Advance New Year-2009 wishes