Like My Facebook Page

Anda follow blog saya, saya akan follow blog anda kembali. =)

Tazkiyatun Nafs

Satu persoalan timbul dalam benakku,“ Layakkah kita menagih cinta insan seandainya cinta Tuhan belum tergapai?Sedangkan cinta Allah adalah segalanya, cinta Rasul lambang cinta kepada-Nya, cinta ibu bapa tulus selamanya, cinta saudara ukhwah kerana-Nya dan cinta pada’nya’ pelengkap kasih-Nya…Hamparkanlah cinta kepada Yang Selayaknya..Jadi,jika mengharap cinta sejati, dambalah kasih Ilahi, itulah cinta hakiki..tepuk dada, tanya iman, tanya akal fikiran, tanya hati, tanya diri sendiri…Sejauh manakah taraf cinta kita ini? ”
gravatar

Anda Kepenatan?

Manusia manakah yang tidak pernah merasa penat? Sekiranya ada yang tidak pernah terasa penat, kemungkinan besar dia bukan manusia. Saya berani menyatakan demikian kerana manusia memang telah disifatkan oleh Allah yang Maha Pencipta dengan sifat penat, semenjak daripada kejadian manusia yang pertama.

"sesungguhnya kami telah jadikan manusia dalam kepenatan" (al-Balad;4) Dalam sesetengah terjemahan, "kabad" di terjemahkan sebagai menghadapi kesulitan dan kesukaran (jasmani dan rohaninya).

Benarlah janji Allah.

Manusia kepenatan dalam apa sahaja yang mereka lakukan. Pernah dengar ada orang yang penat makan, penat tidur, penat bermain, penat berhibur, penat bekerja dan lain-lain aktiviti yang akhirnya menjadikan seseorang itu penat. Adakah satu aktiviti yang tidak menjadikan sesorang itu penat? Walau seminat mana pun seseorang itu dengan sesuatu aktiviti, dia akan tetap penat. Dia akan perlukan rehat, perlu berhenti daripada aktiviti itu dan memulakan sesuatu aktiviti lain. Cuma satu jalan keluar daripada kepenatan. Mati. Itupun kalau kematian itu kematian yang baik. Jika tidak, akan lebih penatlah lagi.

Persoalannya, apakah yang memenatkan anda? Berbaloikah kepenatan itu? Ke manakah kepenatan itu akan membawa anda?

Berpenatlah dalam perkara yang menjanjikan keamanan di alam yang kekal. Tujuilah kerehatan yang abadi!

gravatar

Manusia Yang Berhubung Dengan Kesilapan

"Tiga perbuatan yang termasuk sangat baik, yaitu berzikir kepada Allah dalam segala situasi dan kondisi, saling menyadarkan (menasihati) satu sama lain, dan menyantuni saudara-saudaranya (yang memerlukan)." (Hadis Riwayat Ad-Dailami)

Manusia ini satu perkara menariknya adalah kita dicipta dengan mempunyai ‘radar' sendiri yang mengesan ketidakselesaan apabila bertemu dengan seseorang yang menghantar mesej negatif. Tak perlu mengucapkan dengan kata-kata, riak muka telah memberitahu segala-galanya.

Mesej yang membenci, tidak suka, marah, tak puas hati, itu kadang-kadang memberikan impulse ‘radar' pihak yang satu lagi. Kata orang, action speaks louder than words. Itulah hakikatnya, tak perlu nak mengatakan aku sakit hati, aku benci, geram, tak puas hati, dan sebagainya.

Riak muka yang sedikit ‘lain' itu cukup memberi gambaran tersebut.

Jika anda tidak suka, tidak puas hati atau membenci, adakah anda akan berbuat demikian? Tak perlu sebut tentang bermasam muka, atau berkerut, tak samakah ‘muka tak tahu' itu sudah cukup menggambarkan bahasa fed up.


PUAS BERSABAR

"Selama ini aku dah puas bersabar dengan kau!", luahan seorang rakan terhadap rakannya yang menyakitkan itu.

Saya memberikan 2 situasi di sini.

Yang pertama, orang yang berkata dia ‘bersabar' itu sebenarnya masih belum lagi cukup sabarnya. Orang yang sabar tidak akan berkata dia bersabar. Orang yang bersabar tidak meluahkan rasa hatinya yang panas itu. Hanya orang yang berdendam melepaskan segala kemarahannya.

Dalam situasi seperti ini, ia adalah lebih menakutkan daripada kesilapan asal orang yang menyakitkan. Memang pada asalnya ibarat ada sebab yang menjadikan gunung berapi emosi itu meletup, sehingga segala-gala laharnya dimuntahkan sepuas-puasnya. Tetapi yang keluar adalah api.

Api yang menghangus semangat dan membakar rasa.

Mungkin yang disakiti sanggup melakukan demikian kerana yang menyakiti patut menerimanya sedang selama ini dia tidak pernah-pernah sedar. Tetapi sebaliknya, melakukan luahan sedemikian bukanlah tindakan yang bijak. Kenapa tidak ditegur sejak awal, berbanding compile kesalahan semua dan diluahkan dalam satu saat?

Batu itu kalau setitis demi setitis air jatuh ke atasnya pasti akan lekuk, biarlah ambil masa yang lama sekalipun. Tetapi air yang bergelen-gelen disimbah ke batu dalam masa sesaat, sudah tentulah batu itu tidak terkesan apa-apa, melainkan mengalihkan keadaannya ketempat lain. Begitulah keadaannya seperti manusia yang ingin ditegur.

Saya teringat ketika sewaktu saya berada di zaman persekolahan memegang tampuk kepimpinan. Ketika itu seluruh jawatankuasa dikumpulkan untuk sesi post mortem. Post mortem itu bertujuan untuk mengubah dan memperbaiki. Tetapi cara memperbaikinya adalah dengan menyebut segala kesalahan dan kelemahan setiap dari kami.

Semua menunduk.

Malam itu, semua berubah suhu. Ada yang bertukar watak terus, malah ada yang patah semangat untuk meneruskan kepimpinannya.

Ini bukan cerita mereka tak kuat dan tak larat.

Ini adalah soal sebab dan akibat.

Ada yang mula berminta maaf dari bilik ke bilik. Ada juga yang saya bertegur sapa, tak mahu sebut lagi soal kepimpinan. Yang saya nasihati, ada yang menangis kerana tak sanggup menahannya.

Sedangkan mereka semua pada asalnya orang yang semangat.

Begitulah keadaannya, menyimpan yang meluahkan bukanlah tindakan yang bijak. Melakukan sedemikian adalah orang cara orang yang berlagak.

Berlagak seolah-olah yang tindakannya cukup betul, dan apa yang dikatanya cukup betul.

Sebab, ketika itu yang difokus kesalahan adalah orang lain. Ia takkan berlaku satu situasi yang mana kedua-dua menyalahi antara satu sama lain, melainkan itu satu pergaduhan.

Situasi yang kedua, orang yang memang bersalah, tidak sedar-sedar bahawa dia bersalah. Dalam hal ini, katakan dia tak tahu bahawa dia tak tahu. Ketika anda mula memberitahu, barulah dia akan tahu.

Bagaimana jika anda menghukum tahunya dalam keadaan dia seperti itu?

Memang secara logiknya dia wajar menerima kemarahan dan luahan lahar gunung berapi itu. Bukankah lebih baik membimbingnya mengenal kesilapannya sendiri?

Lainlah jika beberapa kali diberitahu, tidak mahu, maka kaedah yang lain perlu mengetuk si ‘paku' ini.

CARA MENEGUR

Saya teringat dalam sirah, seorang Badwi yang kencing di kawasan Masjid. Ketika itu ada sahabat yang tak tahan melihat ingin memukul lelaki itu kerana mencemarkan masjid.

Rasulullah melarang.

Nabi s.a.w membiarkan arab badwi tersebut menyelesaikan urusannya. Setelah itu nabi menyuruh sahabat untuk membersihkan kawasan itu dengan air kemudian memanggil badwi itu ketepi. Nabi memberitahu bahawa itu bukanlah tempat untuk membuang air.

Subhanallah.

Pendekatan Nabi itu memberikan satu impak sangat besar. Arab Badwi itu akhirnya memeluk Islam.

Nak dikatakan di sini bahawa walaupun jelas kesilapan itu di mata sahabat dan nabi, pada arab badwi itu tidak salah, sedang dia tidak tahu. Bukan sekadar dia diberitahu, dia kemudiannya merasa mahu, kepada Islam akhirnya dia tuju.

Adalah lebih baik kita menegur dengan pendekatan yang baik. Setiap orang buat kesilapan, dan setiap orang dilatih untuk menjauhi kesilapannya. Ingatlah, jika seseorang itu tidak buat silap, bererti dia tidak buat apa-apa.

Kita dihantar ke sekolah untuk belajar, belajar untuk menambahkan ilmu juga belajar untuk mengurangkan kesilapan. Begitu juga kita yang berada di sekolah kehidupan ini, kita perlu menambahkan amal yang baik dan kurangkan kesilapan.

Jika ada orang lain buat salah silap, mungkin menyakitkan hati kita, jika mampu kita betulkan. Jika tidak abaikan atau lupakan semua yang mungkin menjadikan kita sangsi terhadapnya.

Adakalanya memperbaiki kehidupan di dunia ini dengan hanya kesilapan dan kesalahan sendiri tidak cukup, kadang-kadang dengan adanya orang lain membuat silap cukup mengajar kita untuk tidak mengulangi kesilapan itu.

Raikanlah mereka. Bukankah mereka juga banyak melakukan kebaikan?

MENGAPA PERLU MEMBENCI?

Saya pernah tertanya-tanya, dalam keadaan kita bersosial dan berkomunikasi ini, mengapa jika 5-6 tahun rapat dan baik, tetapi kerana satu kesilapan kata dan kesalahan menghancurkan apa yang dibina begitu lama dalam masa sesaat. Begitu juga, dalam sebuah perniagaan, jika kita mempercayai mereka sekian lama, setelah satu saat ditipu, selama-lamanya kita menjauhkan diri dari bermuamalah darinya.

Mengapa?

Akhirnya saya menemukan jawapannya bahawa sebenarnya hidup kita didominasi dengan sifat kepercayaan yang sangat tinggi. Membina kepercayaan itu mengambil masa yang agak lama, tetapi meruntuhkannya begitu mudah.

Sebab itulah dari Islam saya menemukan kaedah yang terbaik mengubat hakikat ini. Itulah bersangka baik.

Buat apa susah-susah kita memikirkan buruk orang lain, sedangkan kita ada pilihan untuk berbaik sangka?

Teringat saya isu Ustaz Akil Hayy. Beliau merupakan seorang pendakwah yang sangat menarik perhatian masyarakat dari semua umur. Bayangkan bakatnya memikatnya manusia bertahun-tahun ke jalan Islam itu dijatuhkan hanya satu kesilapan yang dimediakan?

"Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa;

dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang; dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya.

(Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertaqwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha mengasihani." (Surah Al Hujurat : 12)

KITA HAKIKATNYA MANUSIA INI

Ambil dua helai kertas. Satu kertas tuliskan segala kelebihan dan kebaikan anda. Satu lagi kertas tuliskan keburukan dan kelemahan anda. Tulis sejujur-jujurnya.

Pastinya anda akan mendapati bahawa sebenarnya anda boleh menulis kebaikan dan kelebihan itu cukup sebahagian kertas itu. Tentu sekali yang buruk dan lemah dalam diri anda tidak akan cukup dengan satu kertas. Mungkin jika ditambah satu helai lagi pun masih tidak cukup.

Kita memang penuh dengan lemah, itulah hakikat kehidupan kita. Meskipun sejauh mana kita menuju kebaikan dan pembaikian diri.

Itu yang berlaku di sekeliling kita.

Manusia yang penuh dengan kelemahan.

Jika kita membenci mereka, sesaudara kita yang melakukan kesilapan dengan cara yang mudah, bererti sendiri yang tidak menyukai diri kita, atau lebih patut dikatakan lupa diri. Ingatlah, kita beruntung menjadi hamba yang berbuat silap, sebab itulah Allah maha pengampun.

gravatar

KEM C.U.D.I.P.T 2010



Halatuju selepas SPM ?


Pemilihan bidang ?


Pengurusan dan peluang biasiswa?


Cabaran di IPT ?


Kenali potensi diri !


Tips dan panduan Universiti dalam dan luar negara !


Ukhuwah dan berkenalan !


Segalanya di KEM C.U.D.I.P.T !!!


DAFTAR SEGERA !!!


Saudara Khalil : 013-4335561


Saudari Ku Hasna : 017-5941556


Saudara Amar : 012-2630700 (Perlis)










gravatar

Konvensyen Pemikiran Hasan Al-Banna Dalam Melakar Agenda Bangsa

Sebagai sebuah NGO Islam, ISMA merasa amat terpanggil untuk mengemukakan pandangan dan kerangka fikrah dari perspektif yang bebas dan berasaskan kepentingan survival Islam dan umat Melayu. Oleh itu satu konvensyen pemikiran As-Syahid Imam Hasan Al-Banna akan diadakan pada bulan Januari 2010. Semua orang dijemput hadir.

Photobucket

TARIKH: 30 JANUARI 2010
TEMPAT: DEWAN SRI SARJANA, UNIVERSITI TENAGA NASIONAL (UNITEN), KAMPUS PUTRAJAYA
ANJURAN: IKATAN MUSLIMIN MALAYSIA

OBJEKTIF

i. Memberikan kefahaman tentang manhaj perubahan Islam.
ii. Memberi kesedaran tentang kepentingan aspek Maqasid Syarak dalam menilai situasi politik semasa.
iii. Memberikan tasawur agenda perubahan yang jelas, praktikal dan berkesan.
iv. Mengukuhkan kesedaran dan keyakinan mengenai pilihan penyelesaian Islam terhadap kemelut umat.

PEMBENTANG KERTAS KERJA

Ustaz Muhammad Fauzi bin Asmuni
Naib Presiden II
Ikatan Muslimin Malaysia

Ustaz Hj Mohd Hazizi bin Hj Ab. Rahman
Timbalan Setiausaha Agung
Ikatan Muslimin Malaysia

Ustaz Hj Mohd Rusdi bin Hj Alias
Ketua Biro Pembangunan Sumber Manusia
Ikatan Muslimin Malaysia

Photobucket

Layari http://kobanna.ismaweb.net/ untuk maklumat lanjut.

gravatar

Membina Sebuah Bangsa

Melahirkan sebuah generasi harapan, yang boleh melahirkan pula generasi kemenangan, akan menatijahkan kelahiran satu mercu kejayaan bagi sejarah sesuatu bangsa. Sejarah mana-mana bangsa mengalami pasang surutnya, maka melahirkan satu generasi harapan adalah salah satu pusingan perjuangan menuju ke era gemilang.

Bangsa bagi saya mempunyai dua maksud. Bangsa dengan erti kata kaum dan ras. Satu lagi ialah bangsa berasaskan negara dan watan. Kaum adalah berasaskan keturunan. Tetapi dalam kes Arab dan Melayu, seolah-olah terdapat kesamaan apabila Rasulullah S.A.W. telah mengungkapkan Arab ini sebagai bahasa dan agama Islam.

Al-Hafiz Ibnu Asakir ada meriwayatkan dalam musnadnya daripada Malik bahawa Nabi s.a.w. pernah bersabda: “Wahai manusia, tuhan itu satu, bapa itu satu, agama itu satu. Arab itu bukan kerana hubungan kamu dengan bapa atau ibu kamu tetapi Arab itu adalah bahasa. Sesiapa yang berbahasa Arab dia adalah orang Arab” (Koleksi Risalah Hasan al-Banna, 1990).

Ungkapan hampir serupa untuk orang Melayu ialah “seseorang yang menganuti agama Islam, lazim bercakap bahasa Melayu, menurut adat Melayu” (Perkara 160 (2) Perlembagaan Persekutuan).

Jika mengambil kira bangsa berasaskan watan pula, bagi umat Islam kita mempunyai dua watan. Pertama ialah watan asal usul dan tempat tumpah darah kita, dan kedua ialah watan Islam di serata dunia, yang pernah dimiliki oleh umat Islam. Sudah tentu watan tempat tumpah darahnya adalah lebih utama untuk seseorang muslim mencurahkan segala sumbangan, tenaga, harta, masa dan pengorbanannya, bahkan nyawanya. Kekuatan watan tumpah darah secara langsung menyumbang ke arah kebangkitan semula watan Islam seantero dunia.

Membangunkan dan membina lebih baik daripada membaiki. Begitu juga mencegah lebih baik daripada merawat. Itu satu hakikat yang tidak boleh dinafikan, sehingga dipahatkan dalam bentuk peribahasa. Jika begitu dikatakan bagi sesuatu barangan yang rosak atau manusia yang berpenyakit, maka sudah tentu ia lebih sesuai bagi sebuah masyarakat dan negara yang menghadapi pelbagai kemelut.

Bahkan itulah yang wajib dilakukan. Ini kerana masalah-masalah yang berlaku dalam masyarakat dan negara bersifat kompleks dan sukar untuk dirungkai satu persatu tanpa menyentuh yang lain.

Jika kita mahu membuat pelan membina sebuah rumah atau bangunan, kita hanya perlu berjumpa dengan seorang arkitek. Kemudian jurutera akan mengetuai kerja-kerja pembinaan. Kebiasaannya, sesebuah rumah atau bangunan kecil hanya diserahkan kepada tukang untuk menyiapkan bangunan tersebut. Betapa kerja untuk membina bangunan itu mudah. Asal siap ongkosnya, kita hanya perlu tunggu masa saja untuk masuk ke rumah baru.

Tetapi bagaimana agaknya pelan untuk membina sebuah bangsa? Dan bangsa yang hendak kita bina itu upayanya ialah memimpin bangsa-bangsa yang lain. Sudah tentu terbayang di fikiran kita betapa sukarnya untuk menjawab persoalan ini.

Bagaimanapun petua untuk menjawab persoalan di atas ada dalam lipatan sejarah. Sejarah manusia umumnya dan sejarah Islam secara khusus. Sejarah sentiasa berulang dan manusia mesti mengambil pengajaran daripada peristiwa yang pernah berlaku.

“History is a people’s memory, and without a memory, man is demoted to the lower animals”, (Malcolm X, 1965).

Tetapi malangnya tidak ramai orang kita yang mahu mempelajari sejarah di bangku sekolah. Mungkin kerana faktor tidak glamor, tidak seperti subjek sains dan matematik yang menjanjikan kerjaya sebagai saintis, doktor, jurutera dan sebagainya, subjek sejarah dilihat membosankan oleh kebanyakan pelajar kita.

Untuk kita mempelajari cara untuk membangunkan sebuah bangsa, kita harus belajar cara pemimpin dahulu membangunkan bangsa mereka, tidak kira pengalaman mereka yang berjaya atau yang gagal, kerana kedua-duanya mengandungi pengajaran yang tersendiri. Tidak kira pemimpin yang muslim atau pun pemimpin yang kafir, kerana terdapat di sana pengajaran yang amat berharga.

Bagaimanapun, sejarah Rasulullah S.A.W. sudah tentu menjadi satu subjek yang paling menarik untuk dipelajari. Pertama, kerana baginda adalah junjungan besar Nabi kita. Kedua, kerana sejarah baginda adalah sejarah kita jua sebagai umat Islam yang beriman dengan baginda S.A.W. Ketiga, kerana sejarah baginda dikira sebagai sejarah pembangunan sebuah bangsa yang terunggul dalam sejarah umat manusia secara keseluruhannya.

Perkara kedua yang perlu kita perhati, pelajari, teliti dan amati ialah realiti yang ada. Pandangan kita terhadap permasalahan umat perlu kepada satu dimensi yang menyeluruh, tidak terhad pada satu-satu sudut semata-mata. Bukan sekadar isu politik, ekonomi, gejala sosial, pendidikan atau akidah sahaja. Sebaliknya ia merupakan timbunan isu yang saling tali menali antara satu sama lain.

Realiti umat Islam juga perlu diteropong pada peringkat global dan memahami hubung kait antara permasalahan tempatan, serantau dan antarabangsa merupakan satu kemahiran yang wajib dimiliki untuk kita mempunyai satu pandangan yang menyeluruh, seimbang dan betul. Kemudian, pandangan dari pelbagai sisi itu pula perlu disokong dengan fakta-fakta yang benar. Rasional fakta dan angka tidak mudah diketepikan oleh semangat, emosi dan dorongan perasaan.

Untuk mengeluarkan bangsa kita daripada kemelut isu-isu kini yang tidak berpenghujung, seterusnya meningkatkan keupayaan umat ini ke tahap mampu menjadi pemimpin dan teladan kepada bangsa-bangsa lain, di peringkat nasional dan antarabangsa, kita perlu mempunyai tasawur yang jelas mengenai perkara-perkara berikut:-

  1. Matlamat dan halatuju
  2. Kekuatan jiwa
  3. Generasi muda
  4. Generasi pemimpin
  5. Jati diri dan identiti
  6. Kerangka pemikiran
  7. Wanita dan institusi keluarga
  8. Pendidikan

Mungkin ada lagi perkara-perkara lain yang tidak tersenarai. Bagaimanapun, saya percaya bahawa perbincangan mengenai senarai di atas sudah memadai untuk memberikan gambaran kasar tentang ramuan asas yang diperlukan dalam projek membina sebuah bangsa yang diimpikan.

gravatar

Bukan Sekadar Wanita

Umar al-Khattab pernah berkata: “Aku impikan rumah ini dipenuhi dengan ‘rijal-rijal’ seperti Muaz b. Jabal, Abu Ubaidah Al-Jarrah, Salim hamba Huzaifah untuk aku gunakan mereka untuk menegakkan kalimah Allah”.

Kata-kata hebat yang lahir dari insan yang hebat. Mengimpikan ‘rijal’ lebih dari perhiasan duniawi. Fikrahnya sangat jelas, menyeru kepada pembentukan ‘rijal’ dakwah yang mantap untuk menegakkan panji-panji Islam. Dengan itu, akan tertegaklah kalimah Allah di muka bumi ini.

Bagaimana untuk menghasilkan ‘rijal’ dakwah yang mantap ini? Tentulah memerlukan satu proses tarbiyah yang benar-benar mantap. Merangkumi segala aspek. Ruhi, jasmani, akal, aqidah, akhlaq, dan amalnya. Ia adalah proses untuk membentuk manusia, bukanlah semudah menguli tepung. Ia merupakan satu proses yang memerlukan kesungguhan dan pengorbanan. Ia juga memerlukan kesabaran yang sangat tinggi. Bukan calang-calang orang boleh melakukan ini. Tetapi cuba bayangkan seandainya impian ini jadi kenyataan suatu hari nanti. Nescaya dunia ini akan makmur di bawah naungan Islam. Tentu kita akan rasa sangat gembira. Kerana di situ ada hasil titik peluh kita.

Tangan Yang Lembut Itu

Siapa sangka tangan lembut seorang wanita mampu menggoncang dunia? Siapa sangka wanita yang disangka lemah mampu merubah masyarakat? Siapa kata wanita tidak boleh berdakwah?

Di sinilah hebatnya wanita. Memiliki keistimewaan tersendiri. Dari manakah lahirnya seorang ‘rijal’ kalau bukan dari rahim seorang wanita. Mungkin kadangkala terselit rasa lemah dan rendah diri kerana wanita tidak berpeluang berjuang di medan jihad seperti orang lelaki. Tetapi betapa bertuahnya seorang wanita. Seorang wanita yang luarannya lemah lembut mampu untuk mengandung, melahirkan, membesarkan, mengasuh dan mendidik seorang ‘rijal’. Bukankah itu satu kemuliaan yang Allah kurniakan hanya buat wanita.

Bukan sekadar itu. Wanita juga dimuliakan dengan suaminya. Tetapi bagaimana? Dalam sebuah riwayat dituturkan, bahawasanya Ibnu ‘Abbas berkata:

“Sesungguhnya seorang perempuan telah datang kepada Rasulullah, lalu ia berkata:‘Wahai Rasulullah, saya ini utusan dari kaum perempuan untuk menemuimu. Jihad ini diwajibkan Allah kepada kaum laki-laki. Jika mereka menang, mereka mendapat pahala, dan jika mereka terbunuh, mereka tetap hidup di sisi Tuhan mereka, dan mendapat ganjaran. Sedangkan kami kaum perempuan hanya membantu mereka. Maka, apa bahagian kami dalam hal in?’ Rasulullah Saw menjawab, ‘Sampaikanlah kepada perempuan-perempuan yang kamu temui, bahwa taat kepada suami dan mengakui hak-haknya adalah sama dengan itu (jihad di jalan Allah)’.” (Fiqh Sunnah, Sayyid Sabiq)

Wanita Juga ‘Rijal’

Jika anda wanita, anda juga boleh menjadi rijal. Sejarah telah membuktikan bagaimana peranan Khadijah di sisi Rasulullah. Beliaulah suara pertama dari kaum wanita dalam menguatkan dakwah dan risalah Muhammad saw. Ketika baginda Rasulullah baru menerima wahyu, beliau menguatkan Rasulullah dengan kata-katanya:

“Demi Allah, Tuhan tidak akan mengecewakan engkau sama sekali. Sesungguhnya engkau menghubungkan silaturrahim, menghubungkan keluarga dan mengangkat beban berat, memberi kepada orang yang memerlukan, menerima dan menghormati tetamu, serta menolong orang-orang yang susah.”

Wanita pertama sebagai syuhada adalah Ummu Amr bin Yasir yang bernama Sumayyah. Beliau dan suaminya disiksa, agar mereka keluar dari agama Islam. Tetapi mereka tetap bertahan dan sabar, sehingga dia mati syahid bersama suaminya. Besarnya peranan seorang wanita ketika hijrah Rasulullah, Asma’ bintu Abu Bakr. Dalam keadaan beliau sedang sarat mengandung, merentas padang pasir menghantar makanan buat baginda ar-Rasul. Menahan perit tamparan Abu Jahal, demi mempertahankan agama Allah. Beliau juga merupakan ibu kepada seorang ‘rijal’ yang berjaya melakar nama dalam sejarah Islam, ‘Abdullah Ibnu Zubair.

Jadilah Wanita ‘Rijal’

Seandainya seorang wanita itu mengangkat dirinya dengan Islam, beramal untuk Islam, dia boleh menjadi aset yang sangat penting dalam usaha mengembalikan khilafah di bumi Allah ini. Namun jika wanita itu merendahkan dirinya dengan melakukan kerosakan di bumi ini, dia boleh menjadi punca jatuhnya ummat tersebut.

‘Rijal’ atau tidak seorang wanita itu bergantung pada dirinya sendiri. Samada dia mahu menjadi seorang wanita ‘rijal’ atau sebaliknya. Namun, ia bukanlah satu perkara yang mudah. Memerlukan persiapan yang rapi serta tarbiyah yang teliti.

Oleh itu, marilah kita sama-sama mempersiapkan diri kita untuk menjadi seorang isteri, ibu, serta wanita yang berhati ‘rijal’ sodiq (benar). Jadilah bukan sekadar wanita.

gravatar

Kejohanan Futsal Islami (KAHFI) 2010

Dalam usaha untuk mempromosi aktiviti riadah kepada masyarakat, Kelab Remaja ISMA (KRIM) NS dengan kerjasama Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA) NS, mengambil inisiatif untuk menganjurkan Kejohanan Futsal Islam (KAHFI) 2010 seperti berikut:

Tarikh: Ahad, 7 Februari 2010
Tempat: Kompleks Belia & Sukan Negeri Sembilan, Paroi
Masa: 8.00 pagi – 4.00 petang
Yuran: RM100 setiap pasukan

Objektif-objektif penganjuran KAHFI 2010 ini adalah:

  • Memupuk budaya bersukan untuk kesihatan tubuh badan dan minda khususnya di kalangan remaja dan belia.
  • Mengeratkan hubungan persaudaraan Islam di kalangan peserta.
  • Sebagai pencetus untuk terus melakukan aktiviti bersukan secara istiqamah pada masa-masa akan datang.

Untuk syarat-syarat pendaftaran dan peraturan pertandingan, sila layari laman web KRIM Negeri Sembilan atau laman web PEMBINA Negeri Sembilan.

Kepada para remaja dan belia di sekitar Negeri Sembilan dan kawasan yang berhampiran yang berminat, ayuh sertai KAHFI 2010. Mudah-mudahan dengan usaha kita ini, Allah SWT merahmati kita semua. Borang penyertaan dan pamplet program boleh diperolehi di sini. Pastikan anda menghantar borang tersebut sebelum tarikh tutup penyertaan pada 3 Februari 2010.

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau ingin mendapatkan maklumat lanjut berhubung Kejohanan Futsal Islam (KAHFI) 2010, sila hubungi wakil KRIM NS iaitu Saudara Norhelmi bin Jamil (019-2445736) atau wakil PEMBINA NS iaitu Saudara Mohd Firdaus bin Sabturani (019-2749117).

gravatar

Imam Hasan Al-Banna: Antara Manhaj Islah dan Manhaj Perubahan (Siri 1)

Untuk memahami metod perubahan dan pengislahan yang dibawa oleh Imam Hasan Al-Banna, eloklah kita mengkaji beberapa analisa pemikiran dan sisi pandangan tokoh ini terhadap dakwah berasaskan kerangka penulisan beliau seperti tercatat dalam risalah Majmuah Rasail dan Muzakkirat Da’ie wa Dai’yah.

Imam Hasan Al-Banna menjelaskan antara ciri-ciri dakwah IM ialah tadarruj fil al-khutuwat (beransur-ansur dalam setiap tahap). Beliau juga telah menggariskan peringkat-peringkat amal iaitu pertama Marhalah Takrif, peringkat propaganda, pengenalan, mengemukakan gagasan fikrah dan menyampaikan kepada khalayak dalam pelbagai peringkat bangsa. Kemudian Marhalah Takween iaitu memilih ansor (pendokong) dan menyediakan barisan tentera, menyiapkan sof dari kalangan para mad’u, kemudian kepada Marhalah Tanfiz (pelaksanaan), amal dan intaj (menghasilkan produk).

Peringkat 1: Dakwah Umum

Objektif:

Marhalah ini ialah marhalah mendidik umat, menyedarkan masyarakat dan merubah kebiasaan umum, menyucikan jiwa dan ruh, menebarkan prinsip-prinsip kebenaran, jihad, amal dan kebaikan di kalangan manusia (Muzakkirat Da’ie wa Daiyah).

Wasilah:

1. Mengadakan kelas-kelas pengajian, ceramah-ceramah, ucapan, penulisan, delegasi, kembara, perhimpunan, lawatan dan lain-lain lagi (Hal nahnu qaumun ‘amaliyun). Ini merupakan dari sebahagian wasilah takrif.

2. Memilih anasir-anasir solih untuk memikul beban jihad dan mengumpul sebahagian daripada mereka dalam satu kumpulan (Risalah Taklim). Ini merupakan proses takween (pembentukan). Antara metod di marhalah ini ialah usrah, katibah, pasukan pengakap, jaulah, latihan kesukanan dan lain-lain lagi (Risalah Muktamar ke-5).

3. Melaksanakan kerja-kerja kebajikan dan khidmat umum seperti membina masjid dan memakmurkannya, membuka dan menyelia sekolah dan perpustakaan, mewujudkan kelab-kelab, mendamaikan manusia di desa dan bandar, menjadi pengimbang antara golongan kaya yang alpa dan golongan fakir yang memerlukan bantuan dengan melakukan kerja-kerja keihsanan, mengumpul derma dan bantuan untuk diedarkan pada sempena-sempena tertentu, majlis-majlis perayaan (Dakwatuna fi thaurin jadeed), mengadakan institusi, melaksanakan kerja-kerja khidmat kemasyarakatan (Hal nahnu qaumun amaliyun). Ini merupakan sebahagian daripada wasilah pelaksanaan dalam pengertiannya yang umum dan ia merupakan sebahagian dari maksud daripada proses marhalah takrif (Risalah Taklim).

Peringkat 2: Dakwah Khusus

Objektif:

Menyampaikan dakwah kepada seluruh pemimpin yang terdiri dari pimpinan negara, para menteri, pemerintah, ulama, senator, ahli parlimen dan pemimpin parti politik. Seruan ketika ini ialah dakwah ke arah manhaj dan agenda perubahan yang dibawa oleh Ikhwan, projek dan programnya tersendiri berada di hadapan para pemimpin tersebut, menuntut mereka mengemudi negara Mesir di atas landasan Islam dengan penuh keberanian tanpa rasa curiga, jelas tanpa ada sangkaan, keraguan dan kesangsian. Jika mereka menerima seruan dakwah ini dan berjalan dengan cara ini untuk satu matlamat, maka kami akan membantu mereka. Jika sekiranya mereka memilih untuk berkonfrontasi, maka kami mengisytiharkan perang terhadap para pemimpin atau ketua parti politik atau organisasi yang tidak bekerja membantu Islam atau tidak berjalan atas satu jalan ke arah mengembalikan hukum Islam dan keagungannya.

Contoh Aktiviti:

Antara contoh aktiviti di fasa ini ialah menubuhkan lujnah (biro) perlembagaan dan undang-undang untuk mengkaji struktur dan sistem pemerintahan, membuat perbandingan antara sistem ini dengan sistem-sistem Islam dan menerangkan aspek perbezaan tersebut.

Peringkat 3: Menegakkan Daulah

Ia merupakan fasa yang tidak dicapai oleh Imam Hasan al-Banna ketika hayatnya dalam bentuk yang menyeluruh. Namun ada usaha-usaha menuju ke arah tersebut dengan pencalonan diri Imam Hasan al-Banna untuk bertanding dalam Majlis Perwakilan (anggota parlimen) pada tahun 1942 dan 1944 walaupun akhirnya beliau menarik diri.

Manakala dari aspek penglibatan Ikhwan dalam perang Palestin telah memberikan kesan kepada politik Mesir dan sekutunya. Termasuk ketika itu usaha melakukan pembunuhan terhadap Imam Hasan al-Banna secara licik tidak membuka ruang bagi beliau menentukan langkah-langkah seterusnya dari marhalah ini.

Apa pun yang terjadi, kita boleh membuat rumusan berdasarkan tulisan beliau di dalam Majmuah Rasail sebagai peringkat perjuangan menegakkan daulah.

Objektif:

Fasa ini ialah peringkat membebas dan memerdekakan negara dari segala bentuk kekuasaan luar (asing) yang bukan Islam samada dari aspek politik, ekonomi, spiritual. Membaiki kerajaan hingga menjadi kerajaan yang benar-benar Islam melalui kaedah nasihat dan peringatan. Jika kerajaan ini enggan maka hendaklah disingkirkan dan dijauhkan (pecat) (Risalah Taalim).

Peringkat 4: Mengembalikan Khilafah

Peringkat ini dilakar oleh Imam Hasan al-Banna secara teorikal. Beliau menjelaskan bahawa jika terbentuk sebuah kerajaan Islam dalam pelbagai negara di dunia Islam, semestinya kerajaan tersebut mengadakan kerjasama kebudayaan dan ilmu, kemasyarakatan, ekonomi antara sesama rakyat seIslam. Kerajaan itu juga menjalinkan perjanjian, menganjurkan dewan perhimpunan, muktamar antara negara-negara itu sehingga membentuk kelompok ummah Islamiah.

Jika sekiranya sempurna perkara tersebut kepada umat Islam, akan terhasil dari perhimpunan itu seorang ketua yang bertindak sebagai penghubung ikatan, tempat berhimpun segala gugusan umat dan tempat kecintaan segala jiwa dan hati (Risalah Muktamar Khamis).