Anda follow blog saya, saya akan follow blog anda kembali. =)
Tazkiyatun Nafs
Satu persoalan timbul dalam benakku,“ Layakkah kita menagih cinta insan seandainya cinta Tuhan belum tergapai?Sedangkan cinta Allah adalah segalanya, cinta Rasul lambang cinta kepada-Nya, cinta ibu bapa tulus selamanya, cinta saudara ukhwah kerana-Nya dan cinta pada’nya’ pelengkap kasih-Nya…Hamparkanlah cinta kepada Yang Selayaknya..Jadi,jika mengharap cinta sejati, dambalah kasih Ilahi, itulah cinta hakiki..tepuk dada, tanya iman, tanya akal fikiran, tanya hati, tanya diri sendiri…Sejauh manakah taraf cinta kita ini? ”
Synopsis: Could a loving husband fulfill his late wife's wishes? This movie tells a tale of Saadom who is a successful Nasi Kandar businessman in Pulau Pinang. His wife's last wishes before she passed away to take good care of their daughter Mia, changed Saadom's life forever. From a very buzy businessman who is so infatuated with his Nasi Kandar business, Saadom changed into becoming a very dependable father who is very much focused on her daughter's life. As Mia, grows up she gets a bit annoyed with her father's endless care and devotion towards her which at times seem to much to handle. Her friends are also annoyed with Uncle Saadom who tends to follow Mia wherever she goes. Saadom hugs and kisses his daughter in front of her friends, during lunch break Saadom would come to the school to send some lunch meals for her and her friends but this is not well appreciated by her friends because the Nasi Kandar would ruin their diet. He would also be often seen in the school premises in order to make sure of Mia's safety and sometimes he is being forced out of the school by the Principle.
Tahniah buat Malaysia misi membalas dendam dah selesai di laksanakan dengan baik..Malaysia membawa bekalan selesa setelah mengalahkan Indonesia 3-0.... Keeper indonesia nie kata depa kalah disebabkan....laser yang di pancarkan oleh malaysia...sebenarnya bukan orang malaysia yang melakukannya....nasib baik la lepas perlawanan pihak polis dapat menangkap seorang lelaki berpakaian merah putih yang juga merupakan pakaian bagi penyokong Indonesia...jom kita tengok muka orang yang laser semalam...
Inilah sebenarnya insan yang telah menimbulkan protes kepada penjaga gawang Indonesia,Markus pada perlawanan akhir pusingan pertama AFF Suzuki Cup 2010 di Stadium Bukit Jalil semalam.Perlawanan terpaksa dihentikan pada minit ke-53 selama lebih kurang 5 minit sebelum disambung semula pada minit ke-58.Seminit selepas perlawanan bersambung,pasukan Malaysia telah mula menunjukkan taring sebenar dengan menjaringkan gol pertama perlawanan hasil gerakan solo yang cantik daripada Norshahrul Idlan Talaha dari sudut penjuru kanan kotak penalti pasukan Indonesia dan disudahkan dengan tenang oleh penyerang Malaysia,Mohd.Safee Sali.8 minit kemudian Malaysia menambah derita Indonesia sekali lagi berpunca gerakan cantik dari Norshahrul dan disempurnakan dengan rembatan deras oleh Ashari Samsuddin yang masuk menggantikan Amirulhadi Zainal.Mohd.Safee Sali sekali lagi menjadi duri dalam daging buat Indonesia apabila menjaringkan gol ke-2 peribadi perlawanan dan ke-4 kejohanan sekaligus melonjakkan dirinya selaku penjaring terbanyak kejohanan pada minit ke-71.Malaysia menang perlawanan tersebut dengan membenam skuad Indonesia dengan jaringan 3-0 dan membawa bekal yang selesa ke Jakarta pada perlawanan akhir ke-2 pada 29 Disember 2010 (Rabu) ini.
KUALA LUMPUR l SURYA Online - Teror sinar laser bukanlah penyebab kekalahan Indonesia dari Malaysia pada leg pertama final Piala AFF. Tim Merah Putih kalah karena kesalahan individu seorang pemain.
Demikian ditegaskan pelatih timnas Indonesia, Alfred Riedl usai pertandingan yang berakhir dengan skor telak tiga gol tanpa balas di Stadion Bukit Jalil, Minggu (26/12/2010) .
Tuan rumah Malaysia membuka kemenangan melalui gol yang dicetak oleh Mohd Safee pada menit ke-61. Gol kedua dilesakkan oleh Mohd Ashari Bin Samsudin pada menit ke-68, dan gol ketiga kembali dibuat oleh Safee pada menit ke-73.
Sebelum terjadinya gol pertama, pertandingan sempat dihentikan menyusul protes dari kiper Indonesia Markus Horison. Menurut Riedl, Markus dan sejumlah pemain terganggu oleh sinar laser yang menyorot wajah mereka.
“Setelah permainan dihentikan dan dimulai lagi, kami juga bermain bagus. Namun, setelah gol pertama, keadaan berbalik melawan kami. Malaysia semakin percaya diri dan pertahanan kami kacau,” ujarnya.
“Ini bukan soal laser, tetapi kesalahan individual dari satu pemain. Saya tidak tahu apa yang terjadi dengan pemain setelah gol pertama, tetapi itu titik baliknya. Saya akan mendiskusikan itu dengan pemain besok,” tambahnya.
Cerita mengisahkan Eava Ealiana(Nora Danish) merupakan seorang pengarah disebuah syarikat kepunyaan bapanya, Tan Sri Zaini. Sebagai anak tunggal kesayangan, Eava dilimpahi dengan penuh kasih sayang dan kemewahan. Apabila dewasa, Eava dan Remy ditunangkan atas tujuan perniagaan dan niat Datuk Hamzah(bapa kpd Remy) untuk membolot harta Tan Sri Zaini.
Suatu hari Eava terserempak dengan Remy yang sedang bermesra bersama seorang wanita. Kecewa dengan tindakan Remy, Eava memandu keretanya tanpa tujuan lain, hanya semata-mata ingin melarikan diri daripada Remy dan masalah yang dihadapinya dan memandu sehingga sampai di sebuah hotel di tepi pantai Morib. Disitulah pelbagai pengalaman Eava lalui dan terpikat dengan seorang pekerja hotel yang budiman bernama Omar Rudy(Farid Kamil)
Sesiapa yang menyerupai sesuatu kaum maka dia adalah dari kalangan mereka.
Daripada hadith kini sudah jelas menunjukkan bahawa sekiranya kita menyerupai atau merayakan hari raya kaum lain, maka kita tergolong daripada kalangan mereka. Hari ini kita lihat di Malaysia masyarat sudah hilang sensitiviti keagamaan sehingga secara sedar atau pun tidak, mereka telah terkeluar/kufur daripada agama Islam dengan merayakan yang disambut oleh agama lain.
Terutama menjelang hari krismas yang berlangsung setiap tahun pada 25 Disember, dan disambut oleh penganut agama Kristian. Terdapat juga segelintir pekerja Islam di pusat membeli belah yang terpaksa memakai pakaian santa claus atas arahan majikan. Dalam hal ini mereka sepatutnya bertegas untuk tidak melaksanakannya kerana ia ditegah oleh agama Islam, manakala bagi majikan sendiri, mereka perlu sedar sensitiviti agama lain.
KOTA BHARU: Kegembiraan Siti Aishah Zakaria bertukar tragedi sekelip mata apabila beliau dan ibunya maut ketika pulang mengambil keputusan Penilaian Menengah Rendah (PMR) setelah terlibat dalam kemalangan Jalan Kuala Krai-Kota Baharu, di Pekan Kok Lanas, hari ini.
Dalam kejadian 1 tengah hari itu, Siti Aishah, 15, dan ibunya, Azizah Musa, 42, menaiki motosikal dan berhenti di lampu isyarat, telah dilanggar dengan sebuah lori muatan batu pasir dari simpang kanan, yang gagal keluar simpang jalan lalu terbabas serta melanggar lampu isyarat dan mangsa.
Jurucakap Polis Daerah Kota Baharu berkata, akibat hilang kawalan itu juga, lori berkenaan turut terlanggar tiga buah kenderaan lain, yang berhenti di lampu isyarat dan berada di belakang motosikal mangsa, sebelum lori itu terbalik."Dalam pelanggaran itu, Siti Aishah telah diseret oleh lori berkenaan dan tersepit di bawah lori itu apabila ia terbalik, manakala Azizah tercampak dari motosikalnya. Kedua-dua mereka mati di tempat kejadian akibat kecederaan di seluruh anggota badan," katanya kepada pemberita di tempat kejadian.
Jurucakap polis itu berkata kesemua mangsa lain yang terlibat dalam kemalangan itu, termasuk pemandu lori hanya cedera ringan dan mendapatkan rawatan pesakit luar di klinik kesihatan berhampiran.
Ayah Aishah, Zakaria Muhamad, 43, pesara tentera berkata anak dan isterinya baru keluar tiga kilometer dari Sekolah Menengah Maahad Shamsul Maarif sebelum terlibat dalam kemalangan itu.
Beliau berkata ketika kejadian itu berlaku, beliau berada di dalam Kem Tentera Desa Pahlawan berniaga sebagai pembekal pakaian seragam sukan dan guru anaknya memaklumkan bahawa Siti Aishah telah memperoleh keputusan 4A, 4B dan 1C dalam PMR. Katanya, beliau hanya menyedari kejadian itu daripada rakannya melalui telefon pada 1.15 tengah hari dan berkejar ke tempat kejadian.
“Setiba di tempat kejadian saya mendapati mayat isteri saya sudah diangkat manakala mayat anak saya masih berada di bawah tayar lori yang terbalik dan sedang diangkat oleh pasukan penyelamat,” katanya yang kini menjadi pembekal pakaian seragam sukan di Kem Tentera Desa Pahlawan, tidak jauh dari situ.
Mayat kedua-dua mangsa dihantar ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian untuk dibedah siasat. - BERNAMA
KUALA LUMPUR:--- Tiket perlawanan akhir Piala Suzuki AFF antara Malaysia dan Indonesia yang berlangsung 26 Disember ini, mula dijual mulai Khamis ini.
Jurucakap FAM berkata, tiket-tiket pada harga RM30 untuk tempat duduk terbuka dan RM50 bagi berbumbung itu akan dijual mulai pukul 10 pagi hingga 7 petang di perkarangan Stadium Nasional Bukit Jalil di sini.
Katanya, sebanyak 70,000 tiket disediakan untuk para penyokong pasukan kebangsaan manakala 15,000 lagi untuk penyokong Indonesia.
Bahan di sini hanya bacaan ilmiah dalam genre konspirasi untuk bacaan umat Islam dan kami tidak pernah memaksa pembaca mempercayainya 100 peratus. Pembaca dinasihat menjadikan al-Quran dan Hadis Muhammad sebagai sumber rujukan tertinggi. Tujuan di sini hanya untuk pembelajaran dan bagi membangkitkan kesedaran di kalangan umat Islam.
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh saya ucapkan kepada sesiapa yang telah masuk ke blog saya ini.Di luar,boleh dikatakan saya seorang yang pendiam.Tetapi,di blog inilah tempat untuk saya menggoreng apa sahaja yang saya ketahui dan tujuan saya membikin blog ini adalah untuk menyampaikan informasi-informasi yang berguna kepada semua.Semoga dengan terciptanya blog ini dapat memberikan manfaat dan maklumat yang secukupnya kepada anda.Akhir kalam,doakan saya berjaya di dunia dan akhirat.Ameen.
Di sini hamba sediakan satu wadah perjuangan buat Melayu-Islam mengikut cara hamba yang tersendiri.
Perjuangan tidak semestinya dengan mengangkat senjata atau berperang.Cukuplah bagi hamba insan lemah dan serba kekurangan ini kiranya ada sedikit manfaat dari penulisan hamba di blog ini untuk anda semua.
Artikel yang tersiar di sini tidak semestinya dari hamba sendiri,kadang-kadang hamba mengambilnya dari sumber-sumber lain yang hamba kira berguna bagi diri hamba dan anda semua.
Ambillah apa-apa yang anda fikir berguna dan jangan ambil peduli dengan apa yang anda fikirkan tidak berguna.
Setiap insan pasti ada kekurangan pada dirinya dan hamba juga tidak terkecuali dari itu kerana hamba juga bukanlah orang yang paling sempurna.
Selamat membaca dan selamat berjuang untuk agama,bangsa dan negara !
“Setiap artikel yang tersiar di Blog Karya X ini dihasilkan untuk tujuan pendidikan , dakwah , perjuangan islam dan bersifat non-komersil. Pembaca bebas menyalin dan menyebarkan artikel yang terdapat di sini.Harap maklum."
Tiada Hak Cipta Di Dalam Islam (There Are No Copyright In Islam)