Tangguh Sebat Cetus Debat
Ramai bercanggah pendapat Jaip tunda rotan Kartika
KUALA LUMPUR: Tokoh agama serta pemimpin masyarakat dan politik bercanggah pendapat berhubung keputusan Jabatan Agama Islam Pahang (Jaip) menangguhkan pelaksanaan hukuman sebat terhadap Kartika Sari Dewi Shukarno berhubung kesalahan meminum arak.
Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim), Datuk Mohd Nakhaie Ahmad, berkata keputusan Jaip menggambarkan sesetengah pihak kurang yakin dengan pelaksanaan undang-undang syariah. "Hukuman itu tidak wajar ditangguhkan dengan alasan untuk menghormati Ramadan. Jika berpegang kepada alasan itu, maka semua hukuman terhadap pesalah yang ingin dijalankan pada bulan ini (Ramadan) perlu ditangguhkan". Bekas Yang Dipertua Yadim, Datuk Dasuki Ahmad, juga berpendapat hukuman itu seharusnya diteruskan walaupun pada bulan Ramadan bagi mengelak salah tanggapan masyarakat terhadap pelaksanaan undang-undang syariah. "Apabila mahkamah sudah menjatuhkan hukuman dan pesalah sedia menerima hukuman terbabit, apa salahnya jika melaksanakannya walaupun di bulan Ramadan. Tujuan kita hendak mendidik bukannya mendera".
Tapi.. kenyataan Tun Dr Mahathir & Shahrizat paling BAHAYA!!
Sementara itu, bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, melalui laman blognya mempersoalkan hukuman sebat yang dijatuhkan mahkamah terhadap Kartika, sama ada ia keputusan tepat dan adakah terdapat peruntukan dalam undang-undang Syariah di negara ini.
TIDAK SEDARKAH MEREKA YG MEREKA BERCAKAP TENTANG HUKUM HUDUD.. HUKUM ALLAH!! JIKA MEREKA MENDAKWA HUDUD ITU ZALIM MAKA MEREKA MENUDUH ALLAH ITU ZALIM!! ASTARGHFIRULLAH. ..
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil pula memuji tindakan Ketua Hakim Syarie Pahang, Datuk Abdul Rahman Yunus mengarahkan hukuman itu ditangguhkan.
"Apa yang kita risau, corak hukuman itu boleh memberikan impak buruk kepada negara ini seperti Malaysia dianggap mengamalkan sistem yang zalim," katanya.
"Saya tidak melihat perkara ini sebagai satu isu asalkan pelaksanaannya tidak menunjukkan ia dibuat atas faktor Kartika ini seorang wanita. Bagi saya, ini bukannya cara terbaik untuk mendidik apatah lagi hukuman ini keputusan yang tepat atau tidak. "Kita perlu melihat perkara ini dalam konteks yang lebih luas. Dasar wanita yang baru juga akan mengambil kira semua ini agar tidak ada pihak yang teraniaya atau menjadi mangsa hanya kerana mereka ini seorang wanita," katanya.