Like My Facebook Page

Anda follow blog saya, saya akan follow blog anda kembali. =)

Tazkiyatun Nafs

Satu persoalan timbul dalam benakku,“ Layakkah kita menagih cinta insan seandainya cinta Tuhan belum tergapai?Sedangkan cinta Allah adalah segalanya, cinta Rasul lambang cinta kepada-Nya, cinta ibu bapa tulus selamanya, cinta saudara ukhwah kerana-Nya dan cinta pada’nya’ pelengkap kasih-Nya…Hamparkanlah cinta kepada Yang Selayaknya..Jadi,jika mengharap cinta sejati, dambalah kasih Ilahi, itulah cinta hakiki..tepuk dada, tanya iman, tanya akal fikiran, tanya hati, tanya diri sendiri…Sejauh manakah taraf cinta kita ini? ”
gravatar

Ingatlah!!!

Tersebut di dalam Unbar (Hadis) lima perkara
Racun yang membunuh Dan lima perkara penawar sebagai ubatnya:
A. Dunia itu racunnya Dan zahid itu ubatnya.
B. Harta itu racunnya Dan zakat itu ubatnya.
C. Perkataan yang sia-sia itu racunnya Dan zikir Allah itu ubatnya.
D. Seluruh umur itu racunnya Dan taat itu ubatnya.
E. Seluruh tahun itu racunnya Dan Ramadan itu ubatnya.

Sabda Nabi S.A.W.:
Akan datang kasih mereka lima perkara Dan lupa mereka lima perkara:
A. Kasih mereka kepada hidup — lupa mereka kepada mati.
B. Kasih mereka kepada harta — lupa mereka kepada hisab.
C. Kasih mereka kepada mahligai — lupa mereka kepada kubur.
D. Kasih mereka kepada dunia — lupa mereka kepada akhirat.
E. Kasih mereka kepada makhluk — lupa mereka kepada Allah.

Apabila hampir mati seseorang hamba Allah maka
Terbahagilah dia kepada limabahagi.
A. Hartanya untuk warisnya.
B. Nyawanya untuk Malaikal Maut.
C. Dagingnya untuk ulat-ulat.
D. Tulangnya untuk tanah.
E. Amalan Dan kebajikannya untuk orang yang dianayainya. ,

Apabila bercerailah nyawa dari badan maka terdengarlah seruan dari
Langit tiga kali:
A. Hai anak Adam, adakah engkau tinggal dunia atau
Dunia tinggalkan engkau?
B. Hai anak Adam, adakah engkau himpun dunia atau
Dunia himpunkan engkau?
C. Hai anak Adam, adakah engkau bunuh dunia atau dunia
Bunuhkan engkau?
5. Apabila dihantar ke tempat mandi berserulah suara dari
Langit tiga kali:
A. Hai anak Adam, di manakah badan engkau yang kuat
Mengapa jadi lemah?
B. Hai anak Adam, di manakah lidah engkau yang pitah
Bercakap mengapa diam?
C. Hai anak Adam di manakah kekasih engkau mengapakah
Jadi mulia rakan engkau?

Apabila dibawa ke atas kain kapan maka menyerJah suara
Dari langit tiga kali:
A. Hai anak Adam, engkau herjalan kepada perjalan yang jauh
Dengan tidak berbekal?
B. Hai anak Adam, engkau keluar dari rumah tiada akan engkau
Kembali selama-lamanya?
C. Hai anak Adam, engkau tinggal segala kenderaan maka tiada
Engkau kenderai selama-lamanya?
Dan engkau berpindah kepada negeri yang huru Hara!

Apabila manyat dibawa di atas perusung (keranda) maka
Menyerulah suara dari langit tiga kali:
A. Hai anak Adam amat beruntunglah (bahagialah) kamu jika kamu
Menjadi seorang yang bertaubat.
B. Hai anak Adam amat beruntunglah (bahagialah) kamu
Jika amal mu baik.
C. Hai anak Adam amat beruntuglah (bahagialah) kamu jika
Sahabat mu dalam keredaan Allah — Dan amat rugilah
(celakalah) kamu jika sahabat mu orang yang dimurkai Allah.

Apabila mayat diletakkan untuk disembahyangkan
Maka menyerulah suara dari langit tiga kali:
A. Wahai anak Adam segala amal mu yang telah kamu
Lakukan akan kamu lihat.
B. Wahai anak Adam, jika amal mu itu baik kamu akan lihat baik.
C. Wahai anak Adam, jika amal mu itu buruk maka kamu kan lihat buruk.

Imam Annas bin Malik Radziyallah Anhu berkata, bahawa bumi
Setiap Hari berkata:
A. Wahai anak Adam, kamu berjalan di atas Ku, kamu akan kembali
Ke dalam perut Ku (kubur).
B. Hai anak Adam, kamu berbuat maksiat Dan dosa di atas Ku, Dan
Kamu akan disiksa di dalam perut Ku (kubur).
C. Kamu bergurau di atas Ku, Dan kamu akan menangis di dalam
Perut Ku (kubur).