Like My Facebook Page

Anda follow blog saya, saya akan follow blog anda kembali. =)

Tazkiyatun Nafs

Satu persoalan timbul dalam benakku,“ Layakkah kita menagih cinta insan seandainya cinta Tuhan belum tergapai?Sedangkan cinta Allah adalah segalanya, cinta Rasul lambang cinta kepada-Nya, cinta ibu bapa tulus selamanya, cinta saudara ukhwah kerana-Nya dan cinta pada’nya’ pelengkap kasih-Nya…Hamparkanlah cinta kepada Yang Selayaknya..Jadi,jika mengharap cinta sejati, dambalah kasih Ilahi, itulah cinta hakiki..tepuk dada, tanya iman, tanya akal fikiran, tanya hati, tanya diri sendiri…Sejauh manakah taraf cinta kita ini? ”
gravatar

Petua agar hidup lebih bahagia

Petua Agar Hidup Lebih Bahagia


SETIAP orang mengimpikan hidup yang bahagia. Namun bukan semua orang bernasib baik. Masih belum bertemu kebahagiaan yang dicaricari. Salah satu cara untuk mencapai kebahagiaan ialah memiliki hubungan baik dengan mereka yang berada di sekeliling kita.

Untuk mendapatkan hidup yan lebih sihat dan bahagia, jalinkanlah hubungan baik dengan sesiapa sahaja, iaitu mulakan dengan diri sendiri, keluarga, pasangan, dan rakan-rakan. Alangkah indahnya hidup ini sekiranya kita mempunyai hubungan baik dan mesra dengan sesiapa sahaja di sekeliling kita. Hidup menjadi lebih sempurna.


Setiap pagi, telinga kita mendengar sapaan mesra dan mata melihat senyuman manis daripada pasangan, keluarga dan rakan-rakan. Menjalin dan membina hubungan baik dan mesra bukanlah sesuatu yang mudah tetapi bukan juga sesuatu yang terlalu sukar untuk dilakukan. Bagaimanakah harus anda memulakan langkah untuk menuju ke arah itu agar hidup ini lebih bermakna?

Diri Sendiri
Berteman dengan Diri Sendiri

Menjadi teman yang baik kepada diri sendiri merupakan langkah pertama memiliki hubungan yang sihat. Katakan pada diri sendiri, “Saya suka pada diri saya seadanya.” Katakan dengan sekerap mungkin. Layan diri anda dengan istimewa, orang lain akan melihat anda sebagai seorang yang istimewa juga. Perlakuan mereka terhadap anda merupakan cermin perasaan anda terhadap diri sendiri.

Cipta Keseimbangan

Jangan berharap seseorang, baik pasangan mahupun rakan-rakan dapat memuaskan semua kehendak emosi anda. Jika anda berharap seseorang dapat menjadi kawan, orang yang dipercayai, pasangan jiwa sekali gus penasihat, dan setiap saat dapat membahagiakan anda, maka bersiaplah untuk menghadapi kerenggangan hubungan. Variasi dalam perhubungan akan menjadikan hubungan lebih baik biarpun tidak seperti yang anda harapkan.

Belajar Meminta Maaf

Meminta maaf perlu sesuai dengan caranya. Untuk menjadikan permintaan maaf anda diterima dengan ikhlas, terdapat tiga perkara yang perlu anda lakukan:

1. Luahkan penyesalan anda, tunjukkan keikhlasan dengan tindakan. Berani memikul tanggungjawab akibat tindakan anda.

2. Jangan membuat alasan untuk diri anda sendiri atau menyalahkan orang lain

3. Cadangkan cara untuk memperbaiki kesalahan. Anda memang tidak dapat mengulang masa lalu, namun anda boleh mencuba untuk memperbaiki kesilapan yang telah terjadi. Berjanjilah anda akan melakukan sesuatu agar hal tersebut tidak akan berulang lagi.

Cubalah bersungguh-sungguh memaafkan

Sekiranya anda berani meminta maaf, anda juga harus berani memaafkan. Menerima permintaan maaf orang lain dengan hati yang ikhlas akan membuatkan hati anda lebih tenang. Lakukan perkara berikut :

- Harapan. Katakan pada orang yang meminta maaf tentang harapan anda terhadap dirinya.

- Sabar. Anda perlu menerima dengan baik sekiranya situasi yang terjadi tidak seperti yang diharapkan.

- Ketegasan. Lakukan sesuatu yang bermanfaat untuk memperbaiki hubungan pada masa depan. Anda bolehlah mengajak teman yang pernah menyakiti anda untuk berbincang dan membuat persetujuan untuk ‘melupakan’ masa lalu.

- Jangka panjang. Daripada anda terus mengingat-ingat kesalahan orang lain, lebih baik anda fokuskan diri untuk mencapai tujuan masa depan dengan lebih baik.