Tiada idea !
Assalamualaikum,
Lama rasanya tak melawat ke blog ni. Boleh jadi sudah bersawang agaknya blog ni. Hehe. Sebenarnya saye takde mase yang cukup dan sesuai untuk menjenguk dan mengepost sesuatu di blog ini dan tiada idea apa yang ingin dikongsikan bersama di blog ini. Lagipun saya ni bukanlah seorang yang rajin membuat karangan mahupun esei.
Tapi, kalau dalam exam yang ada melibatkan esei ni, entahlah, tiba-tiba je macam mencurah-curah idea keluar untuk ditulis atas kertas jawapan. Ade je perkara yang ingin ditulis di dalam esei. Lebih-lebih lagi kalau esei yang melibatkan suatu perkara fiksyen laa. Haha. Kalau kat blog ni pulak, hurmm, seperti kekurangan idea. Kebanyakkan post-post saye sebelum ini pon adalah suatu perkongsian dari emel saye yang dihantar oleh rakan-rakan.
Pernah juga terfikir untuk menulis blog yang berupa diari, ataupun kisah dan pengalaman yang dihadapi sepanjang hari. Ini kerana saya merasakan bahawa pengalaman-pengalaman yang berguna dan memberikan manfaat yang dihadapi seharian serta mampu meningkatkan motivasi diri perlu dikongsi bersama penjenguk blog ini agar kita sama-sama dapat berubah menjadi yang lebih baik.
Seandainya dalam kalangan pembaca post ini yang ingin mengemukakan sebarang idea, bolehlah memberikan komen di bawah post ini yer. Semoga segala apa yang kalian cadangkan, rekemenkan akan memberikan manfaat kepada para penjenguk yang lain.
Rasanya setakat ini sahajalah apa yang saya post untuk kali ini. Memang sesuai sangat dengan tajuk post " Tiada idea ! ". Hehe. Insyaallah, sekiranya berkelapangan dan mempunyai idea, akan saye kongsikan di blog ini. Sekian, wassalam.