Amalkan 3 Serangkai Ilmu
Kita belajar Ilmu Fiqh untuk mengesahkan amal zahir. Belajar Ilmu Tauhid (Aqidah) supaya hati (roh) kenal Allah dan tidak sesat jalan hidup.
Kita belajar dan menghayati ilmu tasawwuf agar dapat mengubati penyakit mazmumah seperti ego, bongkak, takabbur atau riak. Penyakit penyakit ini adalah syirik kecil yang tersembunyi pada diri kita yang boleh membatalkan amal Fiqh dan amal Tauhid.
Ilmu tasawwuf mendidik hati manusia yang berakhlak "keras/kasar/biadab". Tasawwuf mengajar jadi "ihsan", sentiasa yakin bahawa "Allah tahu dan melihat apa yang kita buat". Buat hati jadi lembut, perangai juga lembut, tidaklah lagi melihat keburukan orang, mengata orang, memaki hamun orang,mengaibkan orang, dan suka buruk sangka terhadap orang. Tasawwuf mengajar kita supaya sentiasa bersedia memaafkan kesalahan orang lain. Belajar Fiqh dan Tauhid sahaja tidak cukup untuk mendidik hati. Ilmu Tasawwuf menjernihkan hati.
Kesimpulannya : Ilmu Aqidah adalah pokoknya, Fiqh adalah batangnya, Tasawwuf adalah buahnya.
Semoga posting ini ada manfaatnya. Wallahu'alam. =)