Like My Facebook Page

Anda follow blog saya, saya akan follow blog anda kembali. =)

Tazkiyatun Nafs

Satu persoalan timbul dalam benakku,“ Layakkah kita menagih cinta insan seandainya cinta Tuhan belum tergapai?Sedangkan cinta Allah adalah segalanya, cinta Rasul lambang cinta kepada-Nya, cinta ibu bapa tulus selamanya, cinta saudara ukhwah kerana-Nya dan cinta pada’nya’ pelengkap kasih-Nya…Hamparkanlah cinta kepada Yang Selayaknya..Jadi,jika mengharap cinta sejati, dambalah kasih Ilahi, itulah cinta hakiki..tepuk dada, tanya iman, tanya akal fikiran, tanya hati, tanya diri sendiri…Sejauh manakah taraf cinta kita ini? ”
gravatar

Selamat Menyambut Awal Muharram 1434H


Assalamualaikum.

Di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan Selamat Tahun Baru ( Awal Muharram 1434 ) kepada semua umat Islam di dunia.


Sabda Nabi saw : “Orang yang melakukan hijrah yang sebenar ialah yang meninggalkan perkara yang dilarang oleh Allah”. (Riwayat Imam al-Bukhari)

Tiada yang lebih mulia dan indah dari penghijrahan jiwa dan hati yang tulus, merubah diri ke arah kebaikkan dan memaafkan serta melupakan segala perkara yang lalu dan terus istiqamah dalam amal ibadah dan berdakwah, dengan pengharapan tiada lain hanya inginkan keredhaanNya.

Hapuskan dendam, bersihkan hati dan luruskan niat.

Salam Maal Hijrah 1434H :')
Semakin dekat kita dengan kematian.

Semoga tahun baru lebih baik dari tahun-tahun sebelum ni. InsyaAllah.

gravatar

Bangun Tahajjud !


gravatar

Amalkan 3 Serangkai Ilmu


Kita belajar Ilmu Fiqh untuk mengesahkan amal zahir. Belajar Ilmu Tauhid (Aqidah) supaya hati (roh) kenal Allah dan tidak sesat jalan hidup.
Kita belajar dan menghayati ilmu tasawwuf agar dapat mengubati penyakit mazmumah seperti ego, bongkak, takabbur atau riak. Penyakit penyakit ini adalah syirik kecil yang tersembunyi pada diri kita yang boleh membatalkan amal Fiqh dan amal Tauhid.

Ilmu tasawwuf mendidik hati manusia yang berakhlak "keras/kasar/biadab". Tasawwuf mengajar jadi "ihsan", sentiasa yakin bahawa "Allah tahu dan melihat apa yang kita buat". Buat hati jadi lembut, perangai juga lembut, tidaklah lagi melihat keburukan orang, mengata orang, memaki hamun orang,mengaibkan orang, dan suka buruk sangka terhadap orang. Tasawwuf mengajar kita supaya sentiasa bersedia memaafkan kesalahan orang lain. Belajar Fiqh dan Tauhid sahaja tidak cukup untuk mendidik hati. Ilmu Tasawwuf menjernihkan hati.

Kesimpulannya : Ilmu Aqidah adalah pokoknya, Fiqh adalah batangnya, Tasawwuf adalah buahnya.

Semoga posting ini ada manfaatnya. Wallahu'alam. =)

gravatar

Tiada idea !

Assalamualaikum,

Lama rasanya tak melawat ke blog ni. Boleh jadi sudah bersawang agaknya blog ni. Hehe. Sebenarnya saye takde mase yang cukup dan sesuai untuk menjenguk dan mengepost sesuatu di blog ini dan tiada idea apa yang ingin dikongsikan bersama di blog ini. Lagipun saya ni bukanlah seorang yang rajin membuat karangan mahupun esei.

Tapi, kalau dalam exam yang ada melibatkan esei ni, entahlah, tiba-tiba je macam mencurah-curah idea keluar untuk ditulis atas kertas jawapan. Ade je perkara yang ingin ditulis di dalam esei. Lebih-lebih lagi kalau esei yang melibatkan suatu perkara fiksyen laa. Haha. Kalau kat blog ni pulak, hurmm, seperti kekurangan idea. Kebanyakkan post-post saye sebelum ini pon adalah suatu perkongsian dari emel saye yang dihantar oleh rakan-rakan.

Pernah juga terfikir untuk menulis blog yang berupa diari, ataupun kisah dan pengalaman yang dihadapi sepanjang hari. Ini kerana saya merasakan bahawa pengalaman-pengalaman yang berguna dan memberikan manfaat yang dihadapi seharian serta mampu meningkatkan motivasi diri perlu dikongsi bersama penjenguk blog ini agar kita sama-sama dapat berubah menjadi yang lebih baik.

Seandainya dalam kalangan pembaca post ini yang ingin mengemukakan sebarang idea, bolehlah memberikan komen di bawah post ini yer. Semoga segala apa yang kalian cadangkan, rekemenkan akan memberikan manfaat kepada para penjenguk yang lain.

Rasanya setakat ini sahajalah apa yang saya post untuk kali ini. Memang sesuai sangat dengan tajuk post " Tiada idea ! ". Hehe. Insyaallah, sekiranya berkelapangan dan mempunyai idea, akan saye kongsikan di blog ini. Sekian, wassalam.