Like My Facebook Page

Anda follow blog saya, saya akan follow blog anda kembali. =)

Tazkiyatun Nafs

Satu persoalan timbul dalam benakku,“ Layakkah kita menagih cinta insan seandainya cinta Tuhan belum tergapai?Sedangkan cinta Allah adalah segalanya, cinta Rasul lambang cinta kepada-Nya, cinta ibu bapa tulus selamanya, cinta saudara ukhwah kerana-Nya dan cinta pada’nya’ pelengkap kasih-Nya…Hamparkanlah cinta kepada Yang Selayaknya..Jadi,jika mengharap cinta sejati, dambalah kasih Ilahi, itulah cinta hakiki..tepuk dada, tanya iman, tanya akal fikiran, tanya hati, tanya diri sendiri…Sejauh manakah taraf cinta kita ini? ”
gravatar

Filem Tamil Lebih Berani Mendedahkan Penyelewengan Terhadap Masyarakat Miskin?


Baru-baru ini saya pergi menggunting rambut di kedai gunting milik seorang India...sedang saya mendapatkan khidmat tukang gunting itu...kedai itu riuh rendah dengan suara beberapa orang India berbual sambil ketawa....apabila saya perhatikan melalui cermin ....saya dapati mereka sedang leka menonton satu filem Tamil yang agak menarik...tajuknya "Sivaji The Boss"

Saya pun tersebyum sambil bertanya: "Ane...ini filem bagus ka?"

Tukang gunting tu pun menjawab...."Ayoyo tuan...ini filem banyaaakkk bagusss.."

"Hmmm....apa pasal u kata bagusss"

"Ini filem tuan....itu Rajni Khan sudah berlakon jadi dia punya hero...ini hero banyak bagus...banyak baik....dia sudah tolong sama orang miskin.....macam saya....dia kasi hantam sama ...itu menteri...sama dia punya gang....itu raskal...#$%&%#*&^%....punya orang"

"oooooo...itu macam ka?"...u tarak suka tengok filem Melayu kaa?

"Tarak tengoklah tuan...ada satu kali saya tengok....Melayu punya filem..suma ada cinta...kaya....cinta....perempuan...sudah cinta..sama anak dato....tara apa pengajaran tuan......."

Saya jadi panas telinga juga bile dengor ane tukang gunting ni beri komen..'"

Dalam hati saya berkata apa yang best sangat ceghite Tamil ni...yang aku tahu depa ni kalau menari dalam satu filem sampai lima kali tukar baju.!!!

Tetapi ..bila saya tengok sekejap filem ini ternyata ada kebenarannya....Rajini Khan yg melakonkan watak sivaji the boss..berjaya menggunakan bakat dan pengalamannya...memprovokasikan hubungan antara orang kaya dan menteri yg korup....dengan rakyat miskin India...sehingga filem ini adalah di antara box office di india kerana mesej yang hendak disampaikan itu mewakili penderitaan rakyat yg miskin.

Ketika itu barulah timbul rasa segan pada diri saya kerana filem kita banyaknya berkisar pada cinta...moto besar..tahyul...toyol...pocong.....puntianak.....sedangkan mereka pengarah di india sudah maju dari segi kreativiti karya yang bebas dari mana-mana tekanan politik....

Memang benar ...filem Tamil lebih berani di dalam menegakkan hak orang miskin...

Nukilan : Ustaz Ahmad Munawir Salehuddin (Penceramah PerakFM & Pengetua Sek. Men. Tahfiz Darul Ridzuan, Felda Lasah, Sungai Siput, Perak)