Like My Facebook Page

Anda follow blog saya, saya akan follow blog anda kembali. =)

Tazkiyatun Nafs

Satu persoalan timbul dalam benakku,“ Layakkah kita menagih cinta insan seandainya cinta Tuhan belum tergapai?Sedangkan cinta Allah adalah segalanya, cinta Rasul lambang cinta kepada-Nya, cinta ibu bapa tulus selamanya, cinta saudara ukhwah kerana-Nya dan cinta pada’nya’ pelengkap kasih-Nya…Hamparkanlah cinta kepada Yang Selayaknya..Jadi,jika mengharap cinta sejati, dambalah kasih Ilahi, itulah cinta hakiki..tepuk dada, tanya iman, tanya akal fikiran, tanya hati, tanya diri sendiri…Sejauh manakah taraf cinta kita ini? ”
gravatar

Bayi Tunjuk Isyarat Bagus Dalam Kandungan

Seorang ibu yang bimbang mengenai kesihatan bayi yang dikandungnya mendapati anaknya itu membuat isyarat bagus semasa perutnya diimbas di sebuah hospital di Kent, Britain, lapor sebuah akhbar semalam.

Ibu bayi itu, Donna Sayer, 29, dan seorang jururawat tergelak selepas mereka melihat bayi itu memberikan isyarat bagus semasa diimbas.

Menurut Donna yang merupakan seorang pengurus makanan dan minuman di Kelab Kriket Kent, bayi itu seolah-olah mahu memberitahu bahawa dirinya berada dalam keadaan baik.

Wanita itu berkata, pemeriksaan itu dibuat selepas jururawat berkenaan menyatakan bayi dalam kandungannya normal.

Namun, bagi mendapatkan kepastian mengenai bentuk bayi itu, satu pemeriksaan imbasan dibuat.

Donna dari Whitstable yang dijangka melahirkan anak dalam bulan Mei ini berkata, semua pihak berasa hairan apabila melihat gambar tersebut.

Credit:Kosmo