Like My Facebook Page

Anda follow blog saya, saya akan follow blog anda kembali. =)

Tazkiyatun Nafs

Satu persoalan timbul dalam benakku,“ Layakkah kita menagih cinta insan seandainya cinta Tuhan belum tergapai?Sedangkan cinta Allah adalah segalanya, cinta Rasul lambang cinta kepada-Nya, cinta ibu bapa tulus selamanya, cinta saudara ukhwah kerana-Nya dan cinta pada’nya’ pelengkap kasih-Nya…Hamparkanlah cinta kepada Yang Selayaknya..Jadi,jika mengharap cinta sejati, dambalah kasih Ilahi, itulah cinta hakiki..tepuk dada, tanya iman, tanya akal fikiran, tanya hati, tanya diri sendiri…Sejauh manakah taraf cinta kita ini? ”
gravatar

Rahsia Muka Depan Facebook

Teringat kembali sewaktu kecil selalu terutamanya ketika tadika.Cikgu selalu bagi kerja sekolah sambungkan titik-titik gambar.Nanti terhasillah satu gambar kan?Tapi,tetiba terfikir nak buat begitu setelah terlihat kepala-kepala pada muka depan login Facebook.Gunakan kreativiti korang untuk menyambungkan kepala-kepala tersebut.Adakah kelihatan seperti gambar di bawah?

Apa pandangan korang setelah melihat gambar di atas?Jadi,fikir-fikirkanlah.Samada ianya kebetulan atau disengajakan?

gravatar

Jom Download : Haq (2011)


This image has been resized. Click this bar to view the full image. The original image is sized 720x701px.

Kisah ini memaparkan kehidupan tradisional keluarga Melayu di sebuah kampung yang berunsurkan kegelapan kuasa ghaib, kharomah, rahsia and pertentangan antara dua saudara dalam memperjuangankan kebenaran yang hakiki. Kisah ini berkisarkan tentang Haq, seorang pemuda penyayang dan jujur yang dianugerahkan oleh Allah S.W.T dengan kelebihan kuasa ghaib (Kharomah) dan Badrul (Bad) yang merupakan seorang yang bijak yang juga merupakan adik angkatnya. Haq berupaya untuk mengalihkan objek dengan mengunakan kuasa mindanya.

Satu kemalangan telah berlaku berpunca daripada kedegilan Bad yang menyebabkan kematian ibu kandung Haq di depan mata mereka semasa mereka kecil. Dengan ini, jaringan rahsia, rasa bersalah dan cemburu mula berkembang. Beberapa tahun kemudian, sekembalinya Haq dari belajar diluar negara, beliau disambut dengan penuh kegembiraan kecuali daripada Bad, yang tidak berpelajaran tinggi, lebih suka menghabiskan masanya bercampur dengan samseng kampung daripada mengusahakan perusahaan ladang dan pertanian milik keluarga.

Ini merunsingkan Haq and bapanya, Haji Ibrahim yang bukan sahaja mendidik Bad seperti anaknya malah mengambil kedua orang tua Bad untuk bekerja dengannya. Bad kesal, dia hanya menyalahkan takdir dan keadaan dan mempersoalkan kenapa Haq mempunyai kuasa sedangkan dia hanya seorang anak kepada pembantu rumah. Bapa kandung Bad telah lama menderita sakit meninggal dunia walaupun berkali–kali cuba dirawati oleh Haji Ibrahim.

Haji Ibrahim juga terkenal dalam masyarakat, dianugerahkan Allah untuk merawat penyakit. Bad menjadi lebih marah kerana kegagalan bapa angkatnya itu menyembuhkan penyakit ayahnya dan juga kepada takdir kerana dia tidak mempunyai kuasa untuk mengubah keadaan sekelilingnya. Dengan kemarahan ini jugalah beliau menyalahkan semua orang dan Tuhan, malah telah bersekongkol dengan ilmu hitam dan syirik kepada Allah.

Bad lalu menghilangkan diri. Masa berlalu, Haq telah menceritakan segala–galanya tentang kematian ibunya kepada ayahnya semasa Haji Ibrahim sakit tenat. Kepulangan Bad ke kampung semasa hari pengkebumian Haji Ibrahim mengejutkan semua pihak. Bad, kemudian telah membawa Haq dan pembantunya Aina ke kota lalu mengambil Haq sebagai rakan kongsinya.

Di kota, barulah Haq tahu bahawa Bad mempunyai empayar perniagaan yang besar lagi kukuh. Di situ juga Haq telah berkenalan dengan Zahra yang merupakan pembantu Bad yang mengoda dan materialistik. Bad telah memperkenalkan Haq tentang dunianya yang penuh kekayaan, kekuatan dan kehausan kuasa. Pada masa yang sama, Haq telah tertarik kepada kejelitaan Zahra walaupun dia tahu tentang perhubungan antara Zahra dan Bad.

Haq mula dapat menghidu kehadiran kejahatan yang bersembunyi di dalam diri Bad dan kebenaran tentang kematian Haji Ibrahim juga terserlah. Bad juga telah menunjukkan belangnya. Haq terpaksa mencari kekuatan dan keberanian untuk berhadapan dengan kebenaran dan keputusan itu akan merubah hidup mereka selama- lamanya.

IMDB : Haq (2010) – IMDb

Release Date: 27 January 2011
Language: Malay
Subtitle: Info Not Available
Genre: Action / Drama
Running Time:
Director: C.L. Hor, Jumaatun Azmi
Cast: Adi Putra, Nanu Baharudin, Raja Farah, Zul Huzaimy

Title: Haq
Source: SDTVRip
Format: AVI
Size: 700MB
Resolution:720X544
Bitrate:1123Kbps
Language : Malay
Subtitle : English
credits to VarthX

Hotfile Single (Single Link 700MB)

FileServe Download (Single Link 700MB)

gravatar

Jom Download : Sanctum (2011)

Sanctum (2011) R5 LiNE RMVB | 340 MB

iMDB: http://www.imdb.com/title/tt0881320
Plot: The 3-D action-thriller Sanctum follows a team of underwater cave divers on a treacherous expedition to the largest, most beautiful and least accessible cave system on Earth. When a tropical storm forces them deep into the caverns, they must fight raging water, deadly terrain and creeping panic as they search for an unknown escape route to the sea. Master diver Frank McGuire has explored the South Pacific's Esa-ala Caves for months. But when his exit is cut off in a flash flood, Frank's team-including 17-year-old son Josh and financier Carl Hurley are forced to radically alter plans. With dwindling supplies, the crew must navigate an underwater labyrinth to make it out. Soon, they are confronted with the unavoidable question: Can they survive, or will they be trapped forever?
Genre: Action | Adventure | Drama | Thriller
Language: English
Subtitle: None
Format: RealMedia
Source: Sanctum (2011) R5 LiNE AC3 XViD-T0XiC-iNK
Trailer: http://www.imdb.com/video/imdb/vi1483905305/
inFO: http://nfomation.net/info/1298485371.Sanctum__2011__R5_LiNE.txt

Search Subtitle: HERE

Sample
http://www.mediafire.com/?0kt9g63ydvj9sw8

Download Link
YourPaste.Net | Paste.To | Paste2.Org

gravatar

Jom Download : Khurafat-Perjanjian Syaitan (2011)

This image has been resized. Click this bar to view the full image. The original image is sized 509x736px.

This image has been resized. Click this bar to view the full image. The original image is sized 907x1023px.

“KHURAFAT-Perjanjian Syaitan” mengisahkan perjanjian terlarang, persekongkolan antara manusia & syaitan.Satu bentuk penyelewengan yang nyata dalam Aqidah Islam dan amat ditegah dalam Agama.Manusia, disogok dengan nafsu serakah dan dendam membara, tanpa mengira akibat dan bahana, rela membelakangkan Allah untuk memperoleh apa yang dicita walau dengan apa cara, akhirnya hanyut dengan bisikan dan tipu daya syaitan durjana.

Kisah bermula dengan Johan, seorang pemuda yang bekerja sebagai Pembantu Perubatan di sebuah hospital kerajaan. Dia sudah berkahwin dan mempunyai seorang isteri bernama Ayshah. Seawalnya pasangan ini hidup aman & bahagia, namun tanpa disangka ujian melanda di pertengahan jalan, kesan daripada ‘gangguan misteri’ yang berterusan.

Dalam pada masa gangguan-gangguan itu, hadir pula seorang perempuan tua yang tidak Johan kenali namun sering menyapa dan cuba mendekati Johan sewaktu di tempat kerja. Tanda tanya dan trauma yang melanda Johan & Ayshah tidak habis di sana, malah ditambah dengan munculnya bekas teman wanita Johan yang bernama Anna.Walaupun setelah mengetahui Johan sudah berumah tangga dan bergelar suami yang sah pada Ayshah, Anna masih terus mengganggu dan merayu untuk menerimanya semula. Ini menyebabkan Johan bertambah runsing dan bertekad untuk mempertahankan rumah tangganya dengan segala daya.

Tidak lama setelah berkali-kali ditolak cintanya, Anna ditemui mati;bunuh diri. Kematian Anna adalah kemuncak bagi segala siri kejadian misteri yang berlaku dalam hidup Johan & Ayshah.

Apa yang menghantui dan menggangu Johan & Ayshah sebenarnya? Adakah ini semua hanya halusinasi dan gangguan minda mereka atau adakah ini semua merupakan petanda-petanda bagi merungkai jawapan bagi semua persoalan mereka?

Segalanya akan terjawab bila anda menyaksikan “KHURAFAT-Perjanjian Syaitan” yang akan ditayangkan serentak di pawagam seluruh Malaysia pada 13 Januari 2011.

IMDB: Khurafat: Perjanjian syaitan (2011) – IMDb

Pay Per View Version.
Wait for DVDrip for better Quality.
English HardSubbed

credits to teamaryzs

Hotfile Single Link Download (585MB)

gravatar

FaceBlog - Ala-ala Facebook Untuk Para Blogger

Facebook kini sudah menjadi satu fenomena ataupun trend masa kini.Facebook boleh menghubungkan manusia tidak kira dimana,di pejabat,di rumah,di tandas,dan di mana-mana sahaja.Facebook juga boleh diaccess bukan sahaja melalui komputer bahkan kini sudah boleh diaccess melalui handset.Kini,satu lagi laman sosial menyerupai Facobook telah diwujudkan bernama FaceBlog.Ia diwujudkan bertujuan untuk membina dan mengumpul satu komuniti blogger khususnya Malaysia dan dunia amnya.Selain itu,ia juga bertujuan untuk mengeratkan hubungan sesama blogger.Untuk menyertai FaceBlog anda boleh klik pada banner dibawah ini.Marilah kita bersama memeriahkan dunia blog di Malaysia.


gravatar

Pelajar India Dibuli Pelajar Melayu




eiii...ni tak habis2 isu racist kat malaysia ni..dulu kes karam singh walia..kes yang melayu kononnya macam nk tunjuk samseng..
[kadang2 pikir memang betol pe karam cakap tu..budak samseng tu yang emo tak tentu pasal sebab menjadi satu kebanggaan bila tunjuk samseng..pastu kawan2 upload dalam youtube..lagi menjadi2la..kn?a

ni plak kes budak sekolah..

kalau bangsa lain nak kutuk melayu...punye la marah..ni APA KES??
sudahla weh..kita kan rakyat malaysia berbilang kaum..so xbaik lah kalau macam ni...

gravatar

Bahana Shisha - Shisha 400 Kali Lebih Bahaya Berbanding Rokok (Bahagian 2)


Antara 45 minit sehingga satu jam, itu tempoh purata yang dihabiskan penghisap shisha pada satu-satu masa. Tapi tahukah anda, tempoh itu bersamaan menghisap 50 hingga 70 batang rokok?

Ikuti bahagian kedua laporan "Bahana Shisha" bersama Siti Khadijah Jaafar.

Berbanding rokok, shisha menggunakan jumlah tembakau yang banyak. Tidak hairanlah kandungan nikotin, karbon monoksida dan bahan kimia lain, berkali ganda tingginya.

Dr Sallehudin Abu Bakar/Pengarah Kesihatan DBKL
"Kita boleh tengok dari segi asap yang dihasilkan oleh penghisap shisha itu sendiri bahkan dia boleh memenuhi satu ruang kita boleh nampak jadi karbon monoksida ni kita tau kesan dia kepada kesihatan iaitu dari sifat kimia karbon monoksida yang bercompete dengan hemoglobin badan untuk mnerima oksigen."

Siti Khadijah Jaafar/sitikhadijah@tv3.com.my
"Laporan Pertubuhan Kesihatan Sedunia, WHO menyatakan penghisap shisha menyedut 50 hingga 200 sedutan dalam masa 20 hingga 80 minit dan dianggarkan sebanyak 0.15 hingga 1 liter asap disedut."

Kanser mulut, paru-paru, dan kecatatan janin - antara yang menanti. Berkongsi paip shisha juga boleh menyebabkan jangkitan kuman serta risiko penyakit tibi.

Selain aspek kesihatan, amalan menghisap shisha turut mendapat perhatian dari sudut agama. Kajian mengenai hukum amalan ini sedang dijalankan Bahagian Perancangan dan Penyelidikan JAKIM.

Datuk Wan Mohamad Sheikh Abdul Aziz/Pengarah JAKIM
"Dari segi label hukumnya samada dia makruh atau haram tapi makruh atau haram dalam konteks ini sebenarnya bukan persoalan penting persoalan semangat syariah ialah dia membawa mudarat, memang benda mudarat ditegah samada pada tahap makruh atau pada tahap haram. Makruh ni benda yang Allah benci, Allah tak suka jadi mesti kita elak."

Sehingga kini, Melaka dan Kelantan mengharamkan penggunaan shisha secara terbuka.

Credit:TV3

gravatar

Bahana Shisha - Shisha 400 Kali Lebih Bahaya Berbanding Rokok (Bahagian 1)


Hookah, okka, nargeela atau argeela, nama yang berbeza tetapi merujuk benda yang sama...shisha.

Di negara ini, sejak diperkenalkan 10 tahun lalu, trend menghisap shisha terus jadi ikutan namun, yang tidak diketahui atau diambil mudah, kesan kesihatannya kepada pengguna. Ikuti kupasan Siti Khadijah Jaafar.

Sama seperti rokok, bahan asasnya ialah tembakau. Bezanya shisha menggunakan penuras air serta haba dari pembakaran arang. Untuk menikmatinya, shisha disedut melalui saluran ini. Lebih 30 perisa tembakau termasuk strawberi, mangga, pudina dan limau ditawarkan.

Siti Khadijah Jaafar/sitikhadijah@tv3.com.my
"Dahulu shisha dihidangkan di hotel-hotel mewah dan di restoran makanan di negara timur tengah. Kini dengan harga antara RM10 hingga RM15 ia mudah didapati serta menjadi pilihan muda mudi masa kini."

Di Malaysia, perniagaan shisha tumbuh bak cendawan selepas hujan. Kini, shisha tidak lagi terhad di restoran arab malah turut ditawarkan di medan selera.

Peniaga
"Dia kalau ada sambutan orang ramai ada time football season ke hari minggu ke memang pack sini."

Melepaskan tekanan antara alasan pengguna menghisap shisha.

Pelanggan
"saya isap shisha tu rasa seronoklah feeling lebih, penat tu isaplah. Batuk biasalah."

Pelanggan
"First time isap memang peninglah tapi second takdelah."

Dalam keasyikan, ramai yang tidak sedar mudarat shisha. Apa tidaknya, menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia, WHO, shisha 400 kali ganda lebih bahaya berbanding rokok.

Bahagian kedua esok mengupas lebih lanjut kesan shisha kepada kesihatan dan penggunaannya dari sudut agama.

Credit:TV3

gravatar

Rahsia Disebalik Google

Nama "Google" berasal dari kesilapan mengeja "googol," yang merujuk kepada 10100 (angka 1 diikuti seratus angka sifar). Kata kerja "google" dalam Bahasa Inggeris boleh didapati di dalam Merriam Webster Collegiate Dictionary dan Oxford English Dictionary, bermaksud "menggunakan enjin gelintar Google untuk memperoleh maklumat dari Internet."

Misi Google adalah untuk menetapkan maklumat dunia dan membuatnya boleh dicapai dan berguna secara universal. Slogan tidak rasmi syarikat ini telah diciptakan oleh mantan pekerja dan jurutera pertama Gmail iaitu Paulus Buchheit, "Jangan jahat". Terdapat pelbagai kritikan terhadap Google, antaranya ia berkaitan dengan masalah kebimbangan mengenai privasi maklumat peribadi, hak cipta dan sensor.

"Google" merupakan sistem yang dicipta oleh 'mereka' dalam usaha untuk pengawalan minda kita 'Mind Control'. Ia juga memiliki persamaan seperti laman sosial "Facebook" . Apa yang kita taipkan untuk pencarian. Ia pasti akan rekodkan untuk tujuan semakan mereka dimasa akan datang. Pasti anda berasa hairankan, bagaimana saya mengetahui perkara yang agak tidak logik ini. Rahsianya mereka dapat mengetahui melalui "google analytic" dan "adsense."

1. Enter your search term [e.g. footy scores]

2. Select “one day in advance” and click “Google Search”

3. Google searches the web as it will look tomorrow

Baru-baru ini ada isu ditimbulkan mengenai nyalaan besar matahari akan berlaku pada tahun 2013. Sumbernya boleh diperolehi disini. Ada juga terdapat pendapat menyatakan bahawa zaman teknologi ini akan berakhir pada tahun 2038, ideanya bermula dari sini. Kesemua teknologi akan hancur dan hilang, selepas dari tarikh itu kita akan kembali ke zaman lampau, 'back to basic'. Duit akan menjadi kertas kosong dan tiada nilainya. Selepas duit menjadi kertas kosong secara automatik emas akan berharga seperti yang pernah kita baca mengenai penggunaan emas dan perak kembali digunakan. Selain emas dan perak, benda yang paling berharga adalah air yang bersih.

Kisah yang berlaku dimesir itu adalah salah satu agenda illuminati. Mengapa? kerana terdapat perkara yang berharga disana iaitu harta benda Firaun, Ia merupakan harta nenek moyang untuk ratu elizabeth bagi melakukan "Big Ritual" seperti apa yang terdapat di dalam cerita "APOCALYPTO"

Cookies google akan tamat pada tahun 2038. Mengapa 2038, Y2k38 ?. Mengapa google cookie tidak akan tamat sehingga tahun 2100? Ini kerana, mereka telah pun mengetahui mengenai zaman itu tidak ada lagi teknologi yang dimiliki didalam dunia ini lagi pada tahun itu.

Apa perkaitan mind control dan google?. Google mengawal apa yang kita baca, kita lihat, kita dengar, kita tengok dan pelbagai lagi. Bukankah itu memperlihatkan kita telah sedia dikawal dan mereka tidak mahu kita mengakses serta mengetahui apa yang ada disana.

Mind control .. everything you know from Google and related is wrong

Google & Gmail
Google = goo+girl
Gmail = g + male

gravatar

Jom Download : Gantz (2011)


Gantz (2011) DVDRip 450MB MKV Download
Movie info
After trying to rescue a man on the subway tracks, two teens wake up in a roomdominated by a mysterious black sphere that sends them to hunt down and kill aliens hiding on Earth.

Info: http://www.imdb.com/title/tt1525835/
Release Date: 29 January 2011 (Japan)
Genre: Action
Cast: Kenichi Matsuyama, Kazunari Ninomiya and Takayuki Yamada
Quality: DVDRip
Subtitle: English Dubbed

Download link
Mediafire
http://www.mediafire.com/?sls8ma67dzk5ezg
http://www.mediafire.com/?6beufdgnxlmvwrv
http://www.mediafire.com/?7s248visrapqobc

Enterupload Single Link
http://www.enterupload.com/jrdrsqxszsmt/Gantz.2011.HDRip.Ganool.com.mkv.html

Source : Ganool
OR
Format : MKV | Size : 450 MB
Resolution : 720 x 480
Duration : 130 Mins
Language : Jap - Dubbed English
Download link
Video Sample : http://www.enterupload.com/uduwcnae6fkp

Cramit
http://cramit.in/x1nogave7vd4
http://cramit.in/xiwrvlua8wv1
Enterupload
http://www.enterupload.com/bw4ve5ny1cfq
http://www.enterupload.com/n2baqfvh3dhk
Cramit Single Link
http://cramit.in/7dz66wok4b9r
Source : smokeymovie

gravatar

5 Tips Bagaimana Membina Sikap Rajin Bersyukur Untuk Wanita

Kesyukuran yang selalu dipanjatkan dengan sepenuh hati akan memberi kesan tersendiri pada Anda. Perubahannya ketara. Anda akan jadi girang, gembira, bersemangat.

Berikut adalah 5 tips bagaimana untuk merasai kesan sikap bersyukur,khas untuk seorang wanita.

Tips 1: Tiap kali Anda bangun di awal pagi, ucapkan syukur.

Ucap syukur kerana Anda dapat tidur malam tadi. Anda dapat rehatkan badan Anda. Ucapkan syukur kerana Anda masih hidup hari ini, kerana Ana saja boleh mati ketika sedang tidur. Sesiapa saja berisiko besar untuk mati ketika sedang tidur. Selepas bangun, ucapkan syukur. Tanamkan azam di dalam hati Anda mahu capai tahap terbaik dalam apa jua perkara yang Anda lakukan hari ini.

Tips 2. Ketika Anda menyediakan makanan dan minuman untuk suami dan anak-anak, ucapkan syukur.

Ketika Anda sibuk menyediakan sarapan untuk suami dan anak-anak, niatkan untuk menggembirakan hati mereka. Mereka gembira merasai hidangan Anda, kesannya Anda akan gembira sama. Apabila terlihat senyuman mereka, ucapkan syukur di dalam hati kerana Anda berjaya menggirangkan hati mereka dengan air tangan Anda. Usah pertikaian rasa penat, mengantuk, lemas badan,malas ataupun rasa terpaksa. Hadirkan syukur pada Tuhan kerana Anda ada seorang suami yang menyayangi Anda (dan untuk Anda sayangi) serta anak-anak sebagai penyeri hidup.

Tips 3. Lihat sekeliling Anda, cari keindahan di sebaliknya.

Hidup Anda indah sebenarnya, cuma Anda tak nampak selama ni. Lihat sekeliling anda, sekeliling rumah Anda, bunga-bunga Anda, dengar kicauan burung, rasai desiran angin, nikmati kehijauan dedaunan. Rasai ketenangan ketika Anda menatap semua itu. Kemudian, ucapkan syukur kerana Anda diberi peluang menikmati keindahan alam.

Tips 4. Jadikan tugasan sebagai peluang untuk Anda berbakti.

Seorang suri rumah, pasti sangat sibuk. Memasak, mengemas, membersih, menghias. Anda pasti banyak tugas yang perlu dilakukan! Jika di lihat dari perspektif lain, tugas-tugasn seorang suri rumah sebenarnya adalah peluang untuk dia beroleh pahala. Niatkan dalam hari Anda melakukan semua pekerjaan Anda dengan bakti kepada suami, kepada anak-anak, bakti kepada keluarga Anda keseluruhannya. Banyakkan memberi tenaga, banyakkan main peranan. Lakukan kesemuanya dengan kasih sayang. Apa yang Anda curahkan, Anda akan dapat semula. Percayalah, apabila suami Anda puas hati dengan apa yang Anda buat, anak-anak memuji usaha Anda, hati Anda pasti girang dibuatnya. Syukurilah semua itu!

Tips 5. Ingat selalu perkara-perkara yang Anda syukuri.

Kebanyakan orang jadi tidak bermotivasi sebab fikiran mereka disesakkan dengan masalah duniawi. Kesannya, mereka jadi gelisah, rasa tidak selesa. Mungkin Anda pernah mengalami hal yang sama. Fikiran Anda sesak dengan hal-hal di tempat kerja, karenah memualkan rakan sekerja, tugasan bertimbun,perangai orang-orang yang berurusan dengan Anda, hutang piutang yang perlu dibayar, gaji yang tinggal sedikit, keinginan yang semakin membanyak.Semua ni membuat Anda hilang semangat mahu meneruskan hidup. Anda dilanda tekanan-tekanan halus. Anda cepat melenting, pemarah dan pendendam.

Untuk jadi suri rumah bermotivasi serta wanita bermotivasi, maafkan kesalahan orang lain sebelum Anda tidur. Ketika Anda tidur, kemaafan itu akan mencuci segala kemarahan dan dendam dalam fikiran Anda.

Esok paginya, Anda bangun dengan rasa girang. Nak bersyukur pun senang sebab fikiran anda tak sesak dengan perkara-perkara yang menyakitkan hati.

Bila Anda sudah bangun dan menjalani kehidupan seharian, amalkan selalu rasa bersyukur. Hargai dan ucapkan terima kasih di dalam hati. Hargai orang-orang di sekeliling Anda dan hargai apa yang mereka buat pada Anda. Hargai benda-benda yang Anda gunakan. Hargai makanan atau minuman yang suami Anda buatkan. Hargai kenakalan anak-anak di waktu pagi sebab dari gelagat sebegitulah, bisa tersenyum. Walaupun kekadang perangai mereka menyakitkan hati, namun Anda pasti tersenyum! Hargai anak Anda dan ucap terima kasih padanya kerana menjadi penyeri hidup Anda selama ini, walaupun dia dah besar panjang.

Seterusnya, untuk Anda bersemangat selalu, ingatlah perkara-perkara yang Anda syukuri. Latih diri Anda melakukan perkara ini. Kesannya pasti mujarab. Ada syarat. Jangan pernah ingat hal-hal buruk di masa lalu, walau cuma sesaat! Ia akan memadam kegirangan Anda secara automatik.

Disiplinkan fikiran. Hal ni sukar untuk kali pertama. Namun apabila Anda rajin menghargai dan mensyukuri segala-galanya bermula dari perkara-perkara kecil,pasti Anda dapat membina kekuatan mental. Anda akan mahir menangkis fikiran negatif lalu mengubahnya kepada perkara lain. Kawalan emosi Anda juga akan jadi semakin kukuh.

gravatar

Apakah Erti Valentine's Day?

Bagaimana hukum aqidah mereka sekiranya apa yg mereka lakukn adalah bertujuan utk memperingati St.valentine? Siapa St.valentine sebenarnya?

Kenapa namanya dikaitkan pd hari kekasih sehingga dinamakan sbg hari valentine??

Bagaimana pula hukumnya sekiranya mrk yg menyambut hari kekasih ini adalah disebabkan terikut-ikut dgn budaya??

Sejarah Sambutan Hari Valentine

Bila kita membicarakan tentang sejarah sambutan hari Valentine, maka kita akan dapati bahawa terdapat empat pendapat berkaitan dgnnya:

Pendapat pertama: mengaitkannya dgn pesta sambutan kaum Rom kuno sebelum kedatangan agama Kristian yg dinamakanLupercalia. Lupercalia merupakan upacara penyucian diri yg berlangsung dari 13-18 Februari. 2 hari pertama mereka menyembah dewi cinta bagi kaum Rom kuno yg bernama Juno Februata.

Pada hari ini para pemuda Rom memilih nama-nama gadis-gadis yang menjadi pilihan mereka lalu dimasukkan ke dalam sebuah kotak. Setiap pemuda tersebut kemudiannya akan mencabut nama tersebut dari dalam kotak itu secara rawak. Nama gadis yang tertera di dalam kertas tersebut akan menjadi pasangan yang akan menjadi objek hiburan seksnya selama setahun.

Pada 15 Februari, mereka meminta perlindungan dewa Lupercalia dari gangguan serigala. Pada hari ini mereka akn menyembelih seekor anjing dan kambing. Kemudian mereka akn memilih 2 pemuda Rom yang dianggap paling gagah utk menyapukan darah binatang tersebut ke badan mereka lalu mencucinya pula dgn susu.

Setelah itu diadakan perarakan besar2an yg diketuai 2 pemuda tersebut & mrk berdua akn memukul org ramai yg berada di laluan mereka dgn kulit binatang & para wanita akn berebut2 utk menerima pukulan tersebut krn mereka beranggapan ia akn menambahkan kesuburan mereka.

Pendapat ke-2: mengaitkannya dgn kematian paderi St. Valentine ketika pemerintahan Raja Rom yang bernama Claudius II. The Catholic Encyclopedia Vol. XV sub judul St. Valentine menulis ada 3 nama Valentine yang mati pada 14 Februari, seorg di antaranya dilukiskan sbg yg mati pd masa Romawi. Namun demikian tidak pernah ada penjelasan siapa â€Å“St. Valentineâ€� yg dimaksud, juga dgn kisahnya yg tidak pernah diketahui ujung-pangkalnya krn tiap sumber mengisahkan cerita yg berbeza. Terdapat 2 versi cerita berkaitan dengan St. Valentine ini.

Versi pertama. Pd masa pemerintahan Claudius II, k'jaan Rom yg menyembah dewa-dewi amat memusuhi penganut agama Kristian & para mubaligh Kristian telah dipenjara serta disiksa. St. Valentine sebagai seorang yg tegar menganut agama Kristian & aktif menyebarkan ajaran tersebut turut dipenjarakan oleh Cladius II.

Dikhabarkan St. Valentine walaupun dipenjarakan, beliau tetap mengajar & menyebar agama tersebut di kalangan banduan2 penjara di samping membantu tawanan2 penjara meloloskan diri dari penjara. Kegiatan ini telah diketahui oleh Cladius II & beliau memerintahkan St. Valentine diseksa & akhirnya dihukum bunuh pd 14 Februari.

Pengorbanan yg dilakukan oleh St Valentine ini dianggap oleh penganut Kristian sbg 1 pengorbanan yg besar demi kecintaan beliau terhadap agamanya. Malah St. Valentine disamakan dgn Jesus yg dianggap oleh penganut Kristian mati krn menebus dosa yg dilakukan oleh kaumnya.

Dikatakan juga bahawa ketika di dalam penjara, beliau telah jatuh cinta dengan anak salah seorang pegawai penjara dan di akhir hayatnya sebelum dibunuh, beliau sempat menulis sepucuk surat cinta kepada gadis tersebut yg bertandatangan From your Valentine (Daripada Valentinemu).

Versi kedua. Claudius II beranggapan bahawa anggota tentera yg muda & masih bujang adalah lebih tabah dan kuat ketika berada di medan peperangan berbanding dgn mereka yg telah berkahwin. Justeru itu Cladius II menghalang para pemuda dari berkahwin.

Namun demikian St.Valentine menentangnya dgn keras dan beliau telah melakukan upacara pernikahan terhadap para pemuda2 Rom secara sulit. Aktiviti St. Valentine ini akhirnya dapat diketahui oleh Cladius II lalu beliau mengarahkan St. Valentine ditangkap dan dihukum gantung pd 14 Februari 269 M.

Pendapat ke-3: Ia dirayakn sempena kejatuhan k'jaan Islam Andalusia di Sepanyol. St. Valentine merupakan individu yang memainkan peranan penting dlm usaha menjatuhkan k'jaan Islam pd masa itu. Disbbkan sumbangan beliau itu, St. Valentine dianggap sebagai kekasih rakyat. Tanggal 14 Februari 1492 merupakan tarikh kejatuhan Islam di Sepanyol & dianggap pd hari itu hari kasih sayang krn mereka menganggap Islam adalah agama yg zalim.

Pendapat ke-4: Sambutan hari Valentine ini bersempena dgn sifat burung yg musim mengawan burung yg jatuh pd 14hb Februari. Ini merupakan pendapat tradisi org Inggeris.

Kita dpt melihat dgn jelas bhw asal-usul sambutan Hari Valentine ini tidak ada hubung-kaitnya dgn budaya serta agama bagi umat Islam.

Hukum sambut Valentine

Sebagaimana yang termaktub di dlm al-Quran dan al-Sunnah serta disepakati oleh generasi awal umat Islam hari kebesaran bagi umat Islam yg disyariatkan bagi kita menyambutnya hanyalah Hari Raya Aidilfitri & Aidiladha.

Anas bin Malik r.a berkata: Nabi SAW pernah datang ke Madinah sedangkan penduduknya memiliki 2 hari raya. Pada kedua-duanya mereka bermain-main (bergembira) di masa jahiliah. Lalu baginda bersabda: â€Å“Sesungguhnya Allah telah menggantikan kedua-duanya bagi kamu semua dengan dua hari yang lebih baik, iaitu hari raya Aidiladha dan Aidilfitriâ€�. (riwayat al-Nasaai, no: 959).

Oleh itu hendaklah umat Islam membataskan diri dgn menyambut hari2 perayaan yg diiktiraf oleh Allah & Rasul-Nya khusus utk umat Islam. Setelah berakhir zaman salafussoleh iaitu 3 kurun terbaik bg umat Islam, pelbagai hari perayaan telah ditambah ke dlm kalendar umat Islam seperti Maulid al-Rasul, Israk Mikraj, Maal Hijrah, Nuzul al-Quran dan lain-lain.

Namun demikian apa yg mendukacitakan adalah umat Islam pada zaman kini telah mula merayakan hari2 perayaan yg langsung tidak berkaitan dgn umat Islam. Malah ia berasal dari budaya serta agama golongan yang ingkar kepada perintah Allah S.W.T. sepertisambutan Tahun Baru Masihi, Hari Halloween dan juga Hari Valentine yg sedang kita perbincangkan ini.

Terdapat larangan drpd Baginda s.a.w. utk meniru budaya orang bukan Islam & bagi mereka yg meniru budaya seperti ini ditakuti mereka akn tergolong bersama dlm golongan tersebut. Sabda baginda: �Barang siapa menyerupai satu kaum, maka dia termasuk golongan mereka�. (riwayat Imam Abu Dawud, hadis no: 3512).

Tentang hukum menyambut Hari Valentine, Sheikh al-‘Utsaimin berkata: â€Å“Maka bila dlm merayakan Hari Valentine tersebut bermaksud utk mengenangkan kembali St. Valentine, maka tidak diragukan bhw org itu telah kafir. Dan jika tidak bermaksud begitu namun sekadar ikut2an kpd org lain, maka org itu telah melaksanakan dosa besarâ€�.

Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia kali ke-71 yg bersidang pd 22-24 November 2005 memutuskan: â€Å“Bahawa amalan merayakan Valentine’s Day tidak pernah dianjurkan oleh Islamâ€�.

Harus kita ingat bahawa golongan yg memusuhi Islam, akn sentiasa berusaha menanamkan benih-benih kesesatan dlm jiwa umat Islam supaya mereka jauh dari jln yg lurus lagi diredai Allah SWT.

Firman-Nya: Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (wahai Muhammad) sehingga engkau menurut agama mereka (yang telah terpesong itu). Katakanlah (kepada mereka): â€Å“Sesungguhnya petunjuk Allah (agama Islam itulah petunjuk yang benar). (al-Baqarah: 120)

Rujukan: dari bicara agama utusan malaysia.

Lalu bagaimana dengan ucapan â€Å“Be My Valentine?â€�

Ken Sweiger dalam artikel â€Å“Should Biblical Christians Observe It?â€� (www.korrnet.org) mengatakan kata â€Å“Valentineâ€� berasal dari Latin yang berarti : â€Å“Yang Maha Perkasa, Yang Maha Kuat dan Yang Maha Kuasaâ€�.

Kata ini ditujukan kepada Nimrod dan Lupercus, tuhan orang Romawi. Maka disadari atau tidak, -tulis Ken Sweiger- jika kita meminta orang menjadi â€Å“to be my Valentineâ€�, hal itu berarti melakukan perbuatan yang dimurkai Tuhan (karena memintanya menjadi â€Å“Sang Maha Kuasaâ€�) dan menghidupkan budaya pemujaan kepada berhala. Dalam Islam hal ini disebut Syirik, yang artinya menyekutukan Allah Subhannahu wa Ta’ala.

Adapun Cupid (berarti: the desire), si bayi bersayap dengan panah adalah putra Nimrod â€Å“the hunterâ€� dewa Matahari. Disebut tuhan Cinta, karena ia rupawan sehingga diburu wanita bahkan ia pun berzina dengan ibunya sendiri! . Layaknya seorang muslim segera bertaubat mengucap istighfar, â€Å“Astaghfirullahâ€�, wa naudzubillahi min dzalik. (Dari berbagai sumber).

sumber: http://www.salafy.or.id/salafy.php?menu=detil&id_artikel=443

gravatar

Bayi Tunjuk Isyarat Bagus Dalam Kandungan

Seorang ibu yang bimbang mengenai kesihatan bayi yang dikandungnya mendapati anaknya itu membuat isyarat bagus semasa perutnya diimbas di sebuah hospital di Kent, Britain, lapor sebuah akhbar semalam.

Ibu bayi itu, Donna Sayer, 29, dan seorang jururawat tergelak selepas mereka melihat bayi itu memberikan isyarat bagus semasa diimbas.

Menurut Donna yang merupakan seorang pengurus makanan dan minuman di Kelab Kriket Kent, bayi itu seolah-olah mahu memberitahu bahawa dirinya berada dalam keadaan baik.

Wanita itu berkata, pemeriksaan itu dibuat selepas jururawat berkenaan menyatakan bayi dalam kandungannya normal.

Namun, bagi mendapatkan kepastian mengenai bentuk bayi itu, satu pemeriksaan imbasan dibuat.

Donna dari Whitstable yang dijangka melahirkan anak dalam bulan Mei ini berkata, semua pihak berasa hairan apabila melihat gambar tersebut.

Credit:Kosmo

gravatar

'Delete' 14 Februari A.K.A Hari Kekasih Dalam Kalendar Minda Kita!

APA PANDANGAN ANDA TENTANG HARI KEKASIH

Apa istimewanya tanggal 14 Februari? Ia disambut dengan penuh kegembiraan oleh sebilangan besar rakyat dunia pada masa kini. Saban tahun, ramai tertunggu-tunggu akan tibanya tarikh tersebut. Kononnya ia adalah hari kekasih yang mana merupakan detik yang tepat buat pasangan yang hangat bercinta meluahkan rasa kasih dan cinta sesama mereka. Tidak kira dalam bentuk apa sekalipun, asalkan hasrat hati mereka tercapai.

Jika diperhatikan, budaya menyambut hari kekasih ini sudah mendapat tempat dan begitu popular dalam kalangan masyarakat kita termasuklah yang beragama Islam. Ia lebih tertumpu kepada golongan remaja biarpun ada dalam kalangan kita yang sudah berumahtangga sekalipun turut sama meraikan.

Menyimpang

Hari kekasih begitu sinonim dengan pemberian hadiah berupa coklat dan bunga mawar merah. Ia adalah lambang kasih sayang yang sangat istimewa yang diberikan. Bunga mawar dipersembahkan dalam hiasan dan balutan yang cantik manakala coklat pula disampaikan dengan bentuk dan kotak yang menarik sama ada berbentuk hati dan sebagainya. Tidak cukup dengan hadiah, ada yang meraikan dengan makan malam istimewa dan juga 'pembuktian' ketulusan cinta yang dibina. Walaupun ia jauh sekali menyimpang daripada budaya dan syariat umat Islam, namun kerana nafsu, ia dikira 'halal'.

Hari ini, umat Islam terpaksa berhadapan dengan pelbagai bentuk ancaman sama ada dari sudut budaya mahupun agama. Kita telah dijajah dari keseluruhan cara hidup, mentaliti, kelakuan dan juga amalan kerohanian yang sudah boleh dilihat adanya percampuran dengan unsur-unsur dari barat. Jadi, tidak hairanlah jika sambutan yang diraikan oleh golongan kristian turut sama disertai oleh umat Islam yang mudah terpengaruh.

Justeru, hari kekasih langsung tidak ada dalam sejarah Islam. Malah Islam sentiasa bersifat universal dan tidak dibatasi waktu, tempat,objek dan juga motif untuk menunjukkan kasih sayang. Hal ini sesuai dengan hadis Rasulullah SAW yang bermaksud, "Cintailah saudara se-Islam seperti kamu mencintai dirimu sendiri." (Riwayat Bukhari). Jadi ikutan siapakah hari kekasih ini? Apabila kita leka, kita secara tidak langsung akan meminggirkan suruhan agama dan lebih kepada mengikut hawa nafsu dan mencari keseronokan hidup. Tanpa kita sedar, rupanya kita menyambut hari pemujaan penganut kristian.

Asal-usul Hari Kekasih

Menurut catatan sejarah, pelbagai kisah yang diceritakan mengenai asal usul sambutan hari kekasih ini. Ada yang mengatakan, sebelum abad ke-17 masihi, masyarakat Rom meraikan Hari Valentine pada 14 Februari setiap tahun sebagai hari mencintai tuhan atau patung pujaan mereka. Manakala dalam penceritaan lain, hari kekasih ini diraikan oleh penganut Kristian yang memuja seorang paderi bernama St. Valentine dengan menganggap beliau seorang yang mulia kerana sanggup berkorban dan mati demi kasih sayangnya terhadap agama Kristian dan penganut-penganutnya. Walau apa pun, jelas sekali ia langsung tiada kaitan dengan hari kebesaran buat umat Islam untuk turut sama meraikannya.

Allah telah berpesan kepada hamba-Nya, amal buruk jangan dikerjakan tidak kira dalam apa jua bentuk kelakuan sekalipun tetapi manusia sering melakukan sebaliknya. Apa-apa yang dilarang, itulah yang dibuatnya. Sama ada disebabkan ceteknya ilmu agama atau kerana terlalu mengikut hawa nafsu, jawapannya ada pada diri sendiri. Yang pasti, sambutan hari kekasih sudah menjadi trend dan mereka yang tidak meraikannya dipandang kolot dan 'out dated'.

Hakikatnya, sifat manusia ini lemah. Mudah terpengaruh dengan anasir-anasir jahat yang sengaja ingin memusnahkan dan melemahkan pegangan umat Islam. Golongan yang tidak senang dengan kehebatan Islam cuba merosakkan budaya dan akidah walau dengan apa cara sekalipun. Jika kita perhatikan, sebelum tiba tarikh 14 Februari, sebilangan besar media massa di seluruh dunia berlumba-lumba menyiarkan tentang kemeriahan menyambut hari kekasih, pasaraya dan pusat membeli belah pula membuat promosi besar-besaran dari segi hiasan, potongan harga dan juga tayangan filem-filem cinta bagi membesarkan lagi sambutan hari kasih sayang ini.

Sebagai umat Islam yang diwajibkan patuh pada ajaran Islam dan berpegang kepada al-Quran dan as-Sunnah, tinggalkanlah perbuatan yang sia-sia ini. Ia bukanlah hiburan yang boleh mengembirakan hati kita malah memesongkan akidah. Kita wajar tahu yang beramal mengikut sesuatu yang bertentangan dengan suruhan Allah itu boleh menjejaskan akhlak, akidah dan juga keimanan kita terhadap Allah SWT.

Tiada istilah menyambutnya sekadar suka-suka. Keterlibatan kita dengan sambutan hari kekasih yang jelas khusus untuk golongan kristian sudah dikira salah malah jatuh kepada perkara haram kerana menggalakkan pasangan berdua-duaan dan menyalurkan rasa kasih sayang diluar batas syariat. Walau bagaimanapun, bagi yang sudah berkahwin, amat digalakkan berkasih sayang tetapi janganlah membesar-besarkan tarikh 14 Februari sebagai hari yang istimewa buat diri dan pasangan tetapi jadikan setiap hari adalah hari kekasih. Selain memperolehi kebahagiaan, kita juga diberi ganjaran pahala di atas amal kebaikan yang dilakukan setiap hari.

Sumber: ILUV ISLAM

gravatar

Illuminati Bunuh Michael Jackson

Michael Jackson (MJ) adalah seorang manusia yang sangat penyayang. Banyak hartanya yang telah dihabiskan dalam membantu dan menyokong gerakan-gerakan amal seperti Afrika Amerika, mangsa AIDS, mangsa dera kanak-kanak dan bermacam-macam lagi. Walaupun dah berbuat pelbagai kebaikan, MJ masih gagal mencari ketenangan hati. Dia cumalah seorang budak yang terperangkap di dalam badan seorang lelaki. Impiannya adalah untuk menjadi budak kecil selama-lamanya. Impian ini ditambah pula dengan sejarahnya didera semasa kecil menyebabkan dia membina Neverland, tempat untuk seluruh kanak-kanak di dunia bermain dan gembira di situ.
Kenangan MJ bersama anak-anaknya (kanan) Prince Michael 1, Paris dan Blanket
Namun MJ telah membuat satu keputusan yang bakal memberikan impak yang sangat besar di dalam hidupnya. Melihat kehidupan dan ketenangan yang dimiliki oleh abangnya (Jermaine) setelah memeluk Islam, MJ telah membuat satu kenyataan gempar di satu press conference pada tahun 1989.

“Saya telah melihat Islam di dalam abang saya, saya telah membaca buku tentang Islam dan suatu hari nanti saya mahu rasakan ketenangan dan keamanan Islam itu”.

Sejak kenyataan itu hidup MJ tidak sama seperti dahulu lagi. Dituduh berasmara dengan kanak-kanak, ditambah dengan pandangan-pandangan negatif daripada media Amerika Syarikat, membuatkan MJ berada di tahap tertekan. Semua ini dilakukan agar peminat-peminat MJ melihatnya sebagai satu ikon yang gagal seterusnya membuatkan influence MJ berkurangan.

Melarikan diri daripada tekanan pihak media Amerika, MJ telah tinggal di England selama beberapa tahun. Di England, MJ berkawan rapat dengan Yusof Islam. Dari Yusof Islam, MJ belajar serba sedikit tentang Islam. Malah semasa di England, MJ telah berkawan rapat dengan seorang pencipta lagu, Zain Bhika yang telah menciptakan lagu “Give Thanks To Allah” khas untuk dinyanyikan oleh MJ bila-bila masa dia bersedia.

Semasa kes asmaranya dengan kanak-kanak dijalankan, MJ telah melarikan diri dan menetap di Bahrain. Di sana dia menjadi tetamu khas kepada anak Sultan Bahrain. Di sinilah MJ mula mendalami Islam. MJ belajar sembahyang, baca Al-Quran dan macam-macam lagi selama 3 tahun.

Akhirnya pada November 2008, MJ pulang ke Los Angeles dan membuat majlis memeluk Islam secara rasmi di rumah kawan karibnya. Pada December 2008, MJ telah pun pergi menunaikan haji bersama Sultan Bahrain dan anaknya.

Untuk konsert terakhirnya, MJ mempunyai agenda yang tersendiri. Dia memaklumkan yang ini adalah konsert terakhirnya dan berhasrat untuk mengumumkan yang dia adalah seorang Muslim. Malah MJ juga mahu menyanyikan lagu Give Thanks to Allah pada konsertnya tersebut bersama Yusof Islam. Sebab itulah MJ memilih London sebagai tempat konsert terakhirnya bukannya di USA kerana takutkan pihak berkuasa USA.
Bekas pengurus Michael Jackson
Pada 12.30 25 Jun, MJ memeluk pengurusnya dan mengucapkan selamat malam. MJ berkata, "Selepas berlatih selama 2 bulan akhirnya saya dah bersedia untuk konsert ini”. Selepas melambaikan tangan dan mengucapkan selamat malam, MJ pun pulang ke hotel. Tapi kira-kira jam 2.26 pagi, MJ didapati telah meninggal dunia.

Semasa 911 dihubungi, banyak soalan yang ditanya seolah-olah mereka tidak tahu siapa itu MJ dan di mana MJ berada. Nampaknya ada pihak yang cuba melengahkan masa bantuan tiba. Tambah pelik apabila pihak hospital mengatakan hasil autopsy hanya boleh diperolehi selepas 2 bulan sedangkan teknologi sekarang sudah bertambah canggih. Tambahan pula kes ini berlaku di Amerika Syarikat, negara yang mempunyai teknologi termaju.

Oleh kerana itu, keluarga MJ telah pun mengupah private doktor untuk membuat autopsy kepada MJ. Keputusannya dikeluarkan hanya selepas 4 hari. Ternyata MJ mati kerana terlalu banyak dos anaethestic, satu ubat yang mampu membuatkan jantung berhenti berdenyut jika diambil secara berlebihan.
Akhirnya MJ dibawa ke hospital selepas pelbagai kerenah dilakukan pihak hospital
Satu keputusan yang tidak diwar-warkan di media ialah perut MJ tidak mempunyai langsung ubat ini. Tapi darahnya dipenuhi dengan ubat tersebut. Malah badan MJ dipenuhi dengan kesan suntikan seolah-olah ada orang secara paksa menyuntik ubat tersebut ke dalam badan MJ.

Dalam CNN, semasa ditemuramah, Presiden Amerika Syarikat Barack Obama telah mengeluarkan satu kenyataan yang agak pelik.

“Saya suka MJ. Saya membesar mendengar lagunya. Ia satu kehilangan yang besar tapi saya jamin tiada konspirasi dalam kematiannya”.

Pelik juga mengapa seorang Presiden sangat bersungguh-sungguh menyatakan tiada konspirasi dalam kematian MJ sebelum keputusan rasmi autopsy MJ dikeluarkan. Jika benar MJ mahu membunuh diri, mengapa pula MJ bersungguh-sungguh berlatih selama 2 bulan untuk konsertnya? Tambahan pula, orang yang ingin membunuh diri selalunya akan menunjukkan rasa 'kesal' atau 'berat hati' untuk meninggalkan keluarganya. Tak gitu?

Keluarga MJ inginkan MJ dikebumikan secara Islam. Namun CIA telah muncul dan memberi ugutan jika pengebumian MJ yang dilakukan secara Islam dilakukan secara awan (dalam TV). Ugutannya ialah Katherine, ibu MJ tidak akan mendapat hak penjagaan anak-anak MJ sebaliknya Debbie Rowe yang akan dapat. Untuk rekod, Debbie Rowe adalah seorang Yahudi. Beberapa persatuan Yahudi di Amerika Syarikat sekarang sedang bersungguh-sungguh untuk membantu Debbie untuk mendapatkan hak penjagaan anak-anak MJ yang sebenarnya sudah terlalu banyak terdedah dengan Islam.

Akhirnya mereka bersetuju untuk MJ dikebumikan secara Islam di Neverland. Tapi dengan syarat satu pengebumian olok-olok secara Kristian mesti diadakan. Itulah yang anda semua tengok di TV. Sebab itulah keranda MJ ditutup dan tidak dibuka. Ini kerana sebenarnya mayat MJ tidak pernah ada dalam keranda tersebut. Ini semua dilakukan semata-mata untuk mengngaburi mata dunia kononnya MJ bukan seorang Islam.

Saya telah menyediakan "Video Konspirasi Pembunuhan MJ". Walau bagaimanapun, video ini akan dihapus pada bila-bila masa. Bukan kerana saya yang akan membuangnya tetapi Youtube mungkin akan membuang video ini bila bila masa sahaja kerana maklumat yang tidak menyokong Illuminatti dan Zionist. Sekiranya anda tidak tahu apa itu Illuminati. Anda boleh search www.ibnuyaacob.com atau saint-guerre.blogspot.com di ruangan search blog saya. Maklumat ini tidak berguna sekiranya anda tidak kenal apa itu Illuminati.

Selamat menonton. (Video Ini dalam Bahasa Inggeris)

Kepada yang rajin, analisa lirik Michael Jackson
(lagu yang ditujukan kepada secret society illuminati, yang menimbulkan masalah kepada karier Michael Jackson)

skinhead, deadhead, everybody gone bad
situation, aggravation, everybody allegation
in the suite, on the news, everybody dog food
bang bang, shock dead, everybodys gone bad.

chorus:
all i wanna say is that
they don't really care about us
all i wanna say is that
they don't really care about us

beat me, hate me, you can never break me
will me, thrill me, you can never kill me
chew me, sue me, everybody do me
kick me, hike me, don't you black or white me

chorus

tell me what has become of my life
i have a wife and two children who love me
i am the victiom of police brutality, now.
i'm tired of being the victim of hate,
you're rapin' me of my pride
of for god's sake
i look to heaven to fulfill its prophecy....
set me free

skinhead, deadhead, everybody gone bad
trepidation, speculation, everybody allegation
in the suite, on the news, everybody dog food
black man, black mail, throw the brother in jail

chorus

tell me what has become of my rights
am i invisible cause you ignore me?
your proclamation promised me free liberty, now.
i'm tired of being the victim of shame
they're throwing me in a class with a bad name
i can't believe this is the land from which i came.
you know i really do hate to say
the government don't wanna say
but if roosevelt was livin',
he would't let this be, no no.

skinhead, deadhead, everybodys gone bad
situation, speculation, everybody litigation
beat me, bash me, you can never trash me
hit me, kick me, you can never get me

chorus

some things in live they just don't wanna see
but if martin luther was livin'
he wouldn't let this be

skinhead, deadhead, everybody's gone bad
situation, segregation, everybody allegation
in the suite, on the news, everybody dog food
kick me, hike me, don't you wrong or right me

chorus
Kenangan dua orang tokoh terkemuka dunia yang sangat tidak
dijangka akhir hayat mereka akan diselubungi oleh pelbagai konspirasi
Sebelum MJ dikatakan cenderung ke arah Islam, MJ dikatakan agak rapat dengan beberapa orang pemimpin Yahudi. Ini boleh dilihat pada khidmat bekas penasihat kerohanian (keagamaan) Michael Jackson yang merupakan seorang Yahudi iaitu Rabbi Shmuley Boteach.

Kesimpulan

Apabila MJ yang dianggap sebagai bintang paling top di dunia lebih cenderung ke arah Islam, Yahudi atau lebih tepat lagi Illuminati telah merasa tergugat dengan keadaan ini. Bayangkanlah, MJ yang mempunyai pengaruh besar terutamanya dikalangan orang Kristian dan Afrika di Eropah dan benua Afrika 'memeluk Islam'. Mereka bimbang jika pengIslaman MJ akan mempengaruhi berbilion peminat-peminatnya di seluruh dunia. Kini, MJ telahpun pergi meninggalkan sejuta kenangan pahit dan manis. Saat Allahyarham Mikaeel masih bernyawa, pihak-pihak Illuminati melalui agen-agennya, seperti media tidak henti-henti menyerang Allahyarham dengan pelbagai cara. Semoga Allah mencucuri rahmat kepada roh Allahyarham.

Credit : MacJay

gravatar

Tembok Yakjuj dan Makjuj?

Fenomena mengenai Tembok (dinding pemisah) ya’juj-Ma’juj mempunyai pelbagai hujah dan pandangan dari pelbagai pihak serta beraneka ragam teori yang di kemukan, walaubagaimana pun ia sangat baik sebagai bahan renungan (befikir), iaitu untuk mengingat kandungan Al Qur’an. Kebenaran Al Qur’an memang tidak dapat diragukan, tetapi setiap manusia berkewajiban untuk memikirkan (pembuktian) kandungan Al Qur’an sebagai zikir (mengingati) kebesaran Allah. Hanya orang yang mahu mengunakan akalnya adalah sangat beruntung. Tetapi kekuatan daya pemiikiran manusia terbatas, selama tujuan menyingkap fenomena alam untuk mengingat keAgungan Allah dan memikirkan tanda-tanda kekuasaanNYa, EnsyaAllah hidayah dan keampunan akan bersama-sama dengan kita.


Tembok Ya’juj & Ma’juj terbuka

Berdasarkan keterangan Surah al-Kahfi:92-98, fakta relevan mengenali Ya’juj & Ma’juj ialah:
  1. Negeri Ya’juj & Ma’juj = Khazaria & Russia (Gog is the Anglo-American-Israeli alliance and Magog is Russia)
  2. Jalan ke utara = ke utara Iran menuju ke Armenia
  3. Di antara dua gunung = Gunung Caucasus
  4. Kaum hampir mereka tidak memahami perkataan = Kaum Armenia
  5. Tembok besi = Daryal Gorge/Iberian Gates/Caucasian Gates
dan anda semua boleh merujuk buku bagi memahami maksud “tembok yang menyekat Ya’juj & Ma’juj”. Tembok tersebut dipanggil sebagai Daryal Gorge / Iberian Gates / Caucasian Gates, iaitu tembok yang dibuat dari besi bercampur tembaga.

Setelah membuka Google Earth dan mencari Daryal Gorge,
saya menemui lokasi seperti :

pandangan jarak jauh……

Setelah mencari ” Darial Gorge ” menggunakan carian Google Earth saya menjumpai koordinat 42°44′41.00″N 44°37′21.00″E, iaitu terletak di sempadan “Sempadan Georgea dan Rusia”. Kebenaran (letak Ya’juj dan Ma’juj) ini Wallahu’alam..


Setelah didekatkan……

Dari pada gambarajah ini, jangan lupa dengan dengan carian Google Earth dengan memasukan lat, long: 42°44′41.00″N 44°37′21.00″E, jika kita dapat ke lokasi tempat itu pastinya ia akan nampak lebih menarik, kelihatan seperti ada bongkahan-bongkahan besi.

Wallahu’alam.

Credit : Wake Up Project - Rise Of Islam