Like My Facebook Page

Anda follow blog saya, saya akan follow blog anda kembali. =)

Tazkiyatun Nafs

Satu persoalan timbul dalam benakku,“ Layakkah kita menagih cinta insan seandainya cinta Tuhan belum tergapai?Sedangkan cinta Allah adalah segalanya, cinta Rasul lambang cinta kepada-Nya, cinta ibu bapa tulus selamanya, cinta saudara ukhwah kerana-Nya dan cinta pada’nya’ pelengkap kasih-Nya…Hamparkanlah cinta kepada Yang Selayaknya..Jadi,jika mengharap cinta sejati, dambalah kasih Ilahi, itulah cinta hakiki..tepuk dada, tanya iman, tanya akal fikiran, tanya hati, tanya diri sendiri…Sejauh manakah taraf cinta kita ini? ”
gravatar

Tidur : Menurut Al-Quran,Sunnah & Sains




“Dan Dialah yang menjadikan malam sebagai pakaian bagimu dan tidur sebagai istirahat, dan dijadikan siang untuk bertebaran (mencari rezeki)” Al-Furqan:47

Ayat di atas menjelaskan, badan manusia mempunyai sistemnya yang tersendiri. Sistem ini menyebabkan kita mengantuk dan kurang bertenaga pada waktu malam dan cergas pada waktu siang. Ia dikawal oleh hormon-hormon. Sistem ini dikenali sebagai pusingan biologi atau biological rhythm. Kadangkala ia dinamakan sebagai circadian rhythm.

FISIOLOGI PUSINGAN BIOLOGI
Pada waktu malam, badan manusia, melalui kelenjar pineal, mengeluarkan sejenis hormone yang bernama melatonin. Hormon ini mempengaruhi bahagian otak yang dikenali sebagai hipotalamus. Ia menyebabkan kita tidur. Apabila kita tidur pada jam 10.00 malam dan terjaga pada jam 6.00 pagi, kadar melatonin berada pada tahap optimum dalam darah pada jam 1.30 hingga 2.00 pagi. Selepas itu, kadarnya menurun dan ia berada pada tahap paling rendah apabila bangun daripada tidur pada jam 6.00 pagi.

Pada waktu siang, semasa kita aktif melakukan pelbagai aktiviti, hormone kortisol mempengaruhi kita. Hormon ini berfungsi melajukan jantung dan pernafasan pada waktu siang. Hormon kortisol juga dikenali sebagai hormone stress kerana ia berada pada tahap yang tinggi apabila individu mengalami tekanan. Hormon ini mula keluar pada waktu malam lebih kurang jam 1.00 hingga 2.00 pagi, semasa kita sedang nyenyak tidur, sebagai persiapan bagi menghadapi waktu siang. Pengeluarannya memuncak apabila bangun daripada tidur.

Daripada sudut pusingan biologi, waktu yang dianggap paling produktif adalah antara jam 8.00 pagi hingga 1.00 tengah hari. Gunakan waktu ini bagi melakukan kerja-kerja utama dalam hidup kita. Selepas itu, pada waktu tengah hari dan awal petang, badan kita akan menjadi lesu dan lemah. Para saintis menamakan fasa ini sebagai a midafternoon quiescent phase atau a secondary sleep gate. Jika mempunyai kesempatan, tidurlah sekejap pada waktu ini.

Antara tokoh-tokoh yang menggalakkan tidur pada waktu tengah hari adalah Dr. William A. Anthony (Ph.D) dan Camille W. Anthony, pengarang buku The Art of Napping at Work. David F. Dinges dan Roger J. Broughton di dalam buku mereka Sleep and Alertness: Chronobiological, Behavioural and Medical Aspects of Napping juga bersetuju dengan pendapat ini. Kajian menunjukkan, mereka yang secara rutin tidur selama 30 minit pada waktu tengah hari mempunyai risiko menghidap sakit jantung 30% lebih rendah berbanding mereka yang lain. Hal ini disebutkan oleh David S. Sobel, M.D., dalam artikel Healthy Pleasures dalam Mind I Body Health Newsletter (Online), terbitan 1989. Daripada sudut sunnah, tidur pada waktu tengah hari dikenali sebagai qailulah dan sering dilakukan oleh Rasulullah s.a.w.

Selepas itu, kita akan memasuki fasa produktif yang kedua antara jam 8.30 hingga 10.30 malam. Kita boleh merancang menggunakan waktu ini untuk membaca dan merancang sebelum berehat untuk tidur.

Apa yang dipaparkan ini adalah penerangan ringkas bertujuan membantu kita mengenali mesin yang sedang bekerja di dalam diri kita. Kita boleh menggunakan maklumat ini bagi merancang aktiviti setiap hari. Walau bagaimanapun, ada pelbagai factor lain yang mempengaruhi kecergasan serta focus seperti status kesihatan, persekitaran, pemakanan dan yang seumpamanya. Kita perlu juga memahami factor-faktor ini supaya akhirnya kita dapat meledakkan potensi sehingga tahap optimum.

TIDUR SEBAGAI IBADAH
Tidur perlu dijaga kerana ia adalah ibadah. Ia perlu dimanfaatkan bagi melaksanakan pelbagai ibadah. Berhubung dengan ini, Imam Bukhari dan Muslim menceritakan, “Hendaklah salah seorang di antara kamu bersolat ketika cergas, dan ketika mengantuk pergilah tidur.”

Semasa tidur, sel-sel di dalam badan melalui proses pemulihan. Allen Nicholson, penyelaras klinikal di Pusat Gangguan Tidur, Hospital Columbus Community, Ohio, menjelaskan, semasa tidur badan mengeluarkan hormon pertumbuhan yang berfungsi memperbaiki sel-sel yang rosak. Mengambil arak ataupun minuman yang mengandungi kafein sebelum tidur mengganggu proses ini dan menambahkan keletihan pada waktu siang. Hal ini disebutkan oleh Roxanne Khamsi dalam artikel Experts Attest to Benefits of Sleep, dalam The Cavailer Daily, Inc, University of Virginia bertarikh 4 Mac, 1999.

Penyimpanan maklumat jangka masa panjang atau long-term memory di dalam otak juga berlaku semasa tidur. Mereka yang suka tidur lewat mengganggu proses penyimpanan maklumat ini. Menurut Penolong Profesor Carla B. Green dari Pusat Sains Kebangsaan untuk Pusingan Biologi, mengulangkaji pelajaran hingga lewat malam menjejaskan pusingan biologi individu dan menjejaskan fungsi otak bagi mengingati semula maklumat yang dibaca. Di samping itu, ia menyebabkan letih pada waktu yang tidak menentu pada waktu siang.

Tidur memantapkan system darah dan jantung. Dr. Tom Mackay, seorang pakar berhubung penyakit-penyakit system pernafasan di Pusat Tidur Kebangsaan, Edinburgh Royal Infirmary, Scotland merumuskan, kurang tidur menyebabkan beberapa perubahan kimia berlaku di dalam badan. Keadaan ini meningkatkan risiko individu menghidap penyakit kencing manis, jantung dan strok.

Tidur juga memantapkan system pertahanan badan. Kajian menunjukkan, individu yang tidur 3 hingga 4 jam kurang daripada kadar biasa mengalami tekanan atau stress. Ini melemahkan system pertahanan badan dan menjadikannya mudah dijangkiti kuman. Penemuan ini dilaporkan di dalam majalah perubatan Lancet pada bulan Oktober, 1999.

Berapa jamkah yang diperlukan untuk tidur secara optimum pada waktu malam? Keperluan tidur individu berbeza dengan individu lain. Mengikut satu kajian yang dilakukan oleh Persatuan Barah Amerika, mereka yang tidur kurang dari lapan jam setiap malam adalah lebih sihat daripada mereka yang tidur melebihi lapan jam.

NABI DAN PUSINGAN BIOLOGI
Secara tidak langsung, nabi mengambil kira kehendak pusingan biologi apabila baginda menyuruh para sahabat melayani keperluan badan. Beliau sendiri melayani hak dan keperluan jasad bertujuan menyihatkan diri sebagai persiapan untuk beribadah. Pada suatu masa, terdapat para sahabat yang tidak mahu tidur dan tidak mahu berkahwin. Ada pula sahabat yang berazam untuk berpuasa secara berterusan.

Berhubung dengan perkara ini, nabi berkata: “Demi Allah, akulah manusia yang paling takutkan Allah dan paling bertakwa kepada-Nya tetapi aku berpuasa dan berbuka, aku bersolat dan tidur dan aku juga berkahwin. Sesiapa yang tidak mengikut sunnahku ini, dia tidak termasuk dalam golonganku.” Hadis ini dijelaskan oleh Bukhari dan Muslim.

Pada masa lain, nabi pernah memasuki masjid dan ternampak seutas tali merentangi dua tiang. Beliau diberitahu tali itu kepunyaan Zainab yang berpaut padanya apabila letih selepas melakukan sembahyang. Nabi terus berkata, “Bukalah tali ini! Hendaklah salah seorang di antara kamu bersolat ketika cergas, dan ketika mengantuk pergilah tidur.” Hadis ini dinyatakan oleh Bukhari dan Muslim.

Tambahan daripada itu, nabi melayani fasa yang diistilahkan oleh saintis hari ini sebagai a midafternoon quiescent phase atau a secondary sleep gate, dengan melakukan qailulah. Dalam fasa ini, yang berlaku pada waktu tengah hari dan awal petang, badan individu akan menjadi lemah. Di dalam kitab Misykatul Masabih oleh Fazlul Karim disebutkan, “Tidurlah sekejap di waktu tengah hari atau qailulah bukanlah suatu perbuatan yang keji kerana Rasulullah pernah melakukannya.”

Petikan daripada buku Tip-tip Cemerlang Daripada Quran oleh Dr. Danial Zainal Abidin (Cemerlang dengan Memanfaatkan Pusingan Biologi)

gravatar

Perbualan Antara Rasulullah Dengan Iblis



TELAH diceritakan bahawa Allah SWT telah menyuruh Iblis datang kepada Nabi Muhammad s.a.w agar menjawab segala pertanyaan yang baginda tanyakan kepadanaya. Pada suatu hari, Iblis pun datang kepada baginda dengan menyerupai orang tua yang baik lagi bersih sedang di tangnnya memegang tongkatnya.



Bertanya Rasulullah s.a.w: “ Siapakah kamu ini?” Orang tua itu menjawab:“ Aku adalah Iblis.” “Apa maksud kamu datang berjumpa aku?” Orang tua itu mwnjawab: “ Allah menyuruhku datang kepadamu agar engkau bertanyakan kepadaku.”Baginda Rasulullah s.a.w lalu bertanya. “ Hai Iblis, berapa banyakkah musuhmu dari kalangan umat-umatku?” Iblis menjawab: “Lima belas.”

Engkau sendiri hai Muhammad.
Imam dan pemimpin yang adil.
Orang kaya yang merendah diri.
Pedagang yang jujur dan amanah.
Orang alim yang mengerjakan solat dengan khusyuk.
Orang mukmin yang memberi nasihat.
Orang mukmin yang berkasih sayang.
Orang yang tetap dan cepat bertaubat.
Orang yang menjauhkan diri dari segala yang haram.
Orang mukmin yang selalu dalam keadaan suci.
Orang mukmin yang banyak bersedekah dan menderma
Orang mukmin yang baik budi akhlaknya.
rang mukmin yang bermanfaat kepada orang lain.
Orang yang hafal Al-Quran serta selalu membacanya.
Orang yang berdiri mengerjakan solat di waktu malam sedangkan orang-orang lain tidur nyenyak.
Kemudian Rasulullah s.a.w bertanya lagi kepada Iblis.“Berapa banyakkah pula temanmu dari kalangan umatku?”Jawab Iblis. “sepuluh golongan.”

1. Hakim yang tidak adil2. Orang kaya yang sombong3. Pedagang yang khianat4. Orang pemabuk/peminum arak5. Orang yang memutuskan tali persaudaraan6. Pemilik harta riba’7. Pemakan harta anak yatim8. Orang yang selalu lengah dalam mengerjakan solat/sering meninggalkan solat9. Orang yang enggan memberi zakat/kedekut10. Orang yang selalu berangan-angan dan khayal dengan tidak ada faedah.Mereka semua itu adalah sahabat-sahabatku yang setia.Itulah di antara perbualan Nabi dengan Iblis. Sememangnya kita sedia maklum bahawa Iblis adalah musuh Allah dan manusia. Jadi, kita hendaklah berhati-hati, jangan sampai kita menjadi kawan baik Iblis kerana siapa yang menjadi kawan Iblis bererti menjadi musuh Allah…Nauzubillahimin zalik…

gravatar

Awak Setuju Tak Dengan 15 Soalan Ini???

Awak setuju tak? Bahawa awak tak boleh lari daripada bertujuan hidup di dunia sementara ni adalah untuk mendapat redha Tuhan yang menjadikan awak, iaitu Alloh SWT. Dengan redhaNya, Dia akan mengasihi awak, bila Dia mengasihi awak, insyaAlloh di hayat kekal abadi nanti, Dia akan limpahkan kasih sayangNya kepada awak di syurga.
Awak setuju tak? Bahawa untuk mendapat redha Alloh SWT, awak mestilah redha bahawa Alloh adalah Tuhan seluruh alam ini, awak mestilah redha bahawa Islam adalah cara hidup terbaik untuk awak dan awak mestilah redha bahawa Nabi Muhammad صلى الله عله وسلام adalah utusan Alloh untuk memperkenalkan Alloh dan Islam kepada awak dan lainnya. Redha, bukanlah semata-mata mengakui, tetapi juga adalah yakin tanpa sangsi dan was-was akan ketiga-tiga perkara ini.
Awak setuju tak? Bahawa untuk awak redha yang Alloh adalah Tuhan awak, awak mestilah mentaatiNya, patuh kepada suruhanNya, tunduk kepada laranganNya, memupuk perasaan cinta kepadaNya serta berkeinginan untuk mendapat kasih sayangNya.
Awak setuju tak? Bahawa untuk awak redha yang Islam adalah cara hidup terbaik untuk awak, awak mestilah mengamalkan cara hidup yang ditunjukkan dalam Islam bukan hanya mengikut orang, bukan hanya mengamalkan sebahagian dan meninggalkan sebahagian yang lain, tetapi berusaha mengamalkan seluruhnya dengan perasaan penuh rela dan ikhlas mengamalkannya.
Awak setuju tak? Bahawa untuk awak redha yang Nabi Muhammad صلى الله عله وسلام adalah utusan Alloh bagi memperkenalkan Alloh dan Islam kepada awak dan lainnya, awak mestilah menjadikan Nabi Muhammad صلى الله عله وسلام sebagai ikutan untuk awak dalam setiap amalan seharian kehidupan awak.
Awak setuju tak? Bahawa untuk menuju kepada tujuan meredhai ketiga-tiga keredhaan ini, awak mestilah mempunyai ilmu, yang sebenarnya awak tak dapat kesemuanya dalam waktu awak belajar di sekolah sahaja, tetapi mestilah diteruskan usaha mendapatkan ilmunya sepanjang hayat awak. Dan ilmu itu tidaklah boleh lari daripada panduan utama, iaitu Al-Quran dan hadith yang shohih datangnya daripada Nabi Muhammad صلى الله عله وسلام serta panduan daripada para ulama yang berpegang kepada dua panduan utama ini.
Awak setuju tak? Bahawa awak sekarang ini masih belum berada dalam tujuan utama hidup di dunia, iaitu untuk mendapat redha Alloh SWT. Banyak perkara yang melekakan daripada tujuan itu tetapi awak terus melakukannya.
Awak setuju tak? Bahawa awak perlu berubah, kembali kepada tujuan utama itu, meninggalkan banyak perkara yang melekakan daripada tujuan itu.
Awak setuju tak? Bahawa awak perlu berubah cepat, bukan menunggu nanti bila dah tua, kerana awak tak dapat kepastian bahawa hidup awak akan berpanjangan hingga tua, sedangkan banyak sebab yang membolehkan nikmat usia awak ditarik balik pada usia awak sekarang ini.
Awak setuju tak? Bahawa untuk berubah itu, bukanlah perkara mudah tanpa bimbingan yang kuat kepada diri awak yang lemah yang mudah saja melayani banyak perkara yang melekakan awak daripada tujuan hidup awak.
Awak setuju tak? Bahawa untuk mendirikan rumahtangga, amat penting untuk awak mempunyai pasangan yang cenderung untuk memberikan bimbingan yang kuat kepada diri awak, dan awak juga perlu cenderung bekerjasama dengannya saling sokong-menyokong, ingat-mengingati agar sentiasa membawa keluarga kepada tujuan hidup di dunia ini.
Awak setuju tak? Bahawa apabila awak banyak menjawab “setuju” dengan soalan-soalan ini, kaki awak sebenarnya telah berada satu tapak di atas landasan tujuan sebenar hidup awak di dunia ini.
Awak setuju tak? Bahawa apabila kaki awak telah berada satu tapak di atas landasan tujuan sebenar hidup awak ini, sepatutnya awak tidak mengangkatnya kembali meninggalkan landasan ini, tetapi sebaliknya mengangkat sebelah lagi kaki awak, untuk terus melangkah menyelusuri landasan ini.
Awak setuju tak? Bahawa apabila awak telah melangkah menyelusuri landasan ini, awak perlu terus berada di atas landasan ini, jangan berundur meninggalkan landasan ini.
Awak setuju tak? Bahawa apabila awak telah tetap berada di atas landasan ini, awak tak sepatutnya berseorangan menyelusurinya, tetapi awak perlu membawa semua ahli keluarga, saudara-mara, rakan-rakan dan seluruh masyarakat turut menyertai awak menyelusuri landasan ini.
Maka, sebar-sebarkanlah 15 pertanyaan penting ini kepada semua yang anda sayangi. Saya persilakan untuk awak translate 15 pertanyaan ini kepada bahasa-bahasa lain yang awak tahu dan sebarkannya ke seluruh pelusuk alam. Semoga kita mendapat redha Alloh SWT.

gravatar

Satu Juz Sehari Kenapa Tidak???

Ya ikhwah fillah

Duhai kaum muslimin

Tulisan ini didedikasikan untuk diri ana secara peribadi dan pembaca sekalian agar terbiasa untuk membaca Al Qur'an minimal 1 Juz perhari.

Ya ikhwah, memang terkadang sulit untuk mengaplikasikan 1 juz sehari. Namun, ketika ada kesungguhan dalam diri kita, insyaallah kita boleh melakukannya.

Ada beberapa strategi yaitu 1 juz selepas waktu subuh, atau 1 juz selepas waktu maghrib atau dibahagi setengah juz selepas subuh di tambah setengah juz selepas maghrib.

Ada lagi satu kaedah dimana jika kita susah untuk membaca sekali 1/2 juz pada tiap subuh dan maghrib, maka kita boleh membaca 2 helai.

(4 muka surat ) setiap kali selesai solat, dan ini memerlukan kita istiqamah pada setiap waktu solat.

yang paling penting sekali adalah istiqamah dan kita benar2 bersemangat serta ikhlas dalam melakukannya insyaallah akan jadi mudah.

Ana juga sempat berfikir, kenapa untuk internet kita boleh menghadap hingga berjam – jam lamanya,tetapi untuk Al Qur'an,kita susah untuk 1 juz minima sehari.

Ana juga baru tahap membaca, belum sampai kepada tahfiz.

Saling mendo'akan agar kita semua terbiasa untuk berkomunikasi dengan ALLAH SWT dengan membaca Al Qur'an minima 1 juz sehari.

Jadi,mari kita bersemangat untuk membaca Al Qur'an 1 Juz sehari. Kenapa 1 juz sehari?
Itu sudah dibahas di majalah da'watuna. Bacalah ye.

YANG PALING PENTING KITA MEMBACA AL-QURAN SETIAP HARI!

Ya ALLAH, bimbing kami untuk mencintai Al Qur'an dengan membaca dan mengamalkannya. Amin.

Alhamdulillahirabbil'alamin

gravatar

Berkorban Itu Nikmat

Berkorban ertinya memberikan sesuatu untuk orang lain, mengeluarkan sesuatu bukan untuk kepentingan sendiri atau melakukan sesuatu yang hasilnya bukan untuk diri sendiri. Tapi mengapa pengorbanan itu terhasil nikmat? Mrngapa memerah keringat, menyumbangkan darah, mengucurkan keringat serta bersusah-payah lainnya hanya untuk orang lain selalu memunculkan keteduhan luar biasa di dalam hati?

Mengapa masih tetap memberi, sedang diri dalam kondisi sempit, berusaha menanamkan kebahagiaan untuk orang lain, memberi manfaat pada orang lain saat diri memerlukan, selalu melahirkan kenikmatan dalam diri orang melakukannya.

Saudaraku,

Pernahkah kita merasakan bagaimana nikmatnya menyisihkan wang untuk berinfaq danmembahagiakan orang lain, dalam kondisi kita juga memerlukannya? Bagaimana indah dan damainya hati saat memeras tenaga, memerah fikiran, mengeluarkan apa yang kita punya, untuk kegiatan dakwah ilallah? Bagaimana sejuknya hati dikala kita dapat memberi sesuatu yang berharga yang kita miliki untuk membahagiakan orang lain?

Memberi secara lahir adalah mengeluarkan sesuatu untuk orang lain yang bermaksud mengurangi sesuatu yang kita miliki. Tapi secara maknawi, memberi sesuatu kepada orang lain itu sama dengan memunculkan ketenangan dalaman, kenikmatan dan kecerahan tersendiri bagi yang melakukannya.Kandungan makna inilah yang banyak dilakukan oleh Rasulullah SAW dan para salafussalih. Anas Radhiyallahuanhu pernah mengatakan bahawa Rasulullah tidak pernah diminta sesuatu kecuali dia pasti memberi.

Saudaraku,

Berkorbanlah di jalan ini. Berkorbanlah dengan mengabaikan keinginan syahwat dan mengutamakan keridhaan Allah. Bersabarlah dalam berkorban. Kerana menurut para salafus shalih, sesungguhnya kenikmatan berkorban itu ada pada seberapa besar kita dapat bertahan dan bersabar dalam melakukan pengorbanan dalam beramal soleh. Umar ibn Khattablah yang menyebutkan bahawa lazatnya kehidupan itu pada kesabaran

"Aku telah membuktikan bahawa kenikmatan hidup itu ternyata ada pada kesabaran kita dalam berkorban"

Comments Search

gravatar

Rahsia Kelebihan Solat Tahajjud

" Pada paras alfa, frekuensi otak berada dalam lingkugan 7 hingga 14 kitaran persaat. Paras ini merupakan paras seseorang dapat berhubung dengan minda bawah sedar dengan aktif. Pada paras ini seseorang akan berada dalam keadaan pertengahan antara 'sedar dengan lena'. Aktiviti minda pada ketika ini dalam keadaan tenang,santai dan rehat. Pada tahap ini anda akan berada dalam tahap kesedaran yang tinggi.




Paras alpha amat penting kerana anda dapat meneroka dan mengekstrak kemampuan minda anda. Pada ketika ini minda dan jiwa anda begitu hening sehingga anda berada pada tahap fokus yang tinggi. Fikiran anda begitu terang dan jelas dan mampu menjana minda bawah sedar pada tahap yang tinggi


Paras ini adalah sepertimana anda hampir-hampir hendak tertidur. Malangnya anda tidak dapat kekalkan keadaan ini. Hanya waktu yang singkat sahaja anda berada pada paras alfa ,lalu anda tertidur.Ini berlaku secara semulajadi.

Walaubagaimanapun, paras alpha boleh dicapai dengan menurunkan secara sengaja frekuensi otak ke tahap yang lebih rendah daripada keadaan sedar.

Abu Hurairah Radhiyallahu 'anhu mengatakan bahwa Rasulullah bersabda, 'Tuhan kita Yang Mahasuci dan Mahatinggi turun ke langit dunia. setiap malam ketika tinggal sepertiga malam yang akhir dengan berfirman, 'Siapakah yang mau berdoa kepada-Ku lalu Aku kabulkan? Siapakah yang mau meminta kepada-Ku lalu Aku kabulkan? Siapa yang mau meminta ampun kepada-Ku lalu Aku ampuni?'"

Salah satu caranya ialah dengan anda melakukan qiaimulail. Pada ketika ini apabila anda bangun tidur terutamanya pada pertengahan malam, otak anda dalam keadaan hening dan tenang. Paras kortisol amat rendah pada waktu ini.

"Dan dirikanlah sembahyang itu pada kedua tepi siang (pagi dan petang) dan pada bahagian permulaan daripada malam. Sesungguhnya perbuatan-perbuatan yang baik itu menghapuskan (dosa) perbuatan-perbuatan yang buruk. Itulah peringatan bagi orang-orang yang ingat.
(SUrah Huud:114)

Anda sebenarnya masih dalam keadaan yang mengantuk seperti mahu tidur lagi.Apabila anda melaksanakan solat tahajud misalnya, anda seperti hendak tertidur tetapi masih dalam keadaan berjaga.Pada ketika ini anda sebenarnya berada pada pertengahan antara sedar dan lena yang mana anda sebenarnya pada pada tahap frekuensi alpha . BIla anda dengan sengaja melakukan solat tahajud, anda dapat berada lebih lama dalam keadaan alpa.

Inilah salah satu rahsia kehebatan solat tahajud pada ketika kita melakukan qiaimulail.Begitu juga dengan amalan-amalan berzikir,membaca alquraan, muhasabah diri dan beristiqfar pada melakukan ibadah qiaimulail pada pertengahan malam adalah merupakan aktiviti yang mana meletakkan anda pada tahap paras alpha.


وَبِاللَّيْلِ أَفَلَا تَعْقِلُونَ

dan di waktu malam. Maka apakah kamu tidak memikirkan?
Ash-Shaaffat (37)

Pada tahap ini kesedaran dan fokus anda anda begitu tinggi hinggakan emosi anda akan lebih jelas iaitu seperti apabila anda mengenangkan dosa-dosa dan takut kepada azab Allah , hati anda akan mudah tersentuh dan anda benar-benar dapat merasakan kehebatan,kebesaran dan keagungan Allah. Mata hati anda akan menjadi terang supaya anda benar-benar bersungguh-sungguh untuk membuat persediaan bekalan untuk menghadapi kematian anda pada bila-bila masa .

gravatar

7 Golongan Yang Mendapat Lindungan Allah

Abu Hurairah ra telah meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW telah bersabda: ” Terdapat 7 golongan yang akan mendapat lindungan arasyNya pada hari yang tiada lindungan melainkan lindungan daripadaNya. Pemimpin yand adil; pemuda yang masanya dihabiskan untuk beribadah kepada Allah SWT; seseorang yang hatinya terpaut pada masjid; 2 lelaki yang berkasih sayang dan bertemu dan berpisah kerana Allah SWT; lelaki yang digoda oleh perempuan cantik dan berpengaruh untuk melakukan maksiat tetapi dia menolak dengan mengatakan Aku Takutkan Allah; seseorang yang bersedekah dan menyembunyikannya sehinggakan tangan kanannya tidak mengetahui apa yang diberikan oleh tangan kirinya; dan seseorang yang mengingati Allah ketika bersendirian sehinggakan mengalir air matanya kerana Allah SWT.” Riwayat Muslim

1. Pemimpin (imam) yang adil.

Setiap yang dipertanggungjawabkan akan dipersoalkan kembali kelak. Maka bergembiralah kepada mana-mana peminpin yang dapaat berlaku adil. Pemimpin di sini termasuklah seorang suami yang memimpin isteri dan anak-anak. Seorang isteri yang memimpin anak-anaknya dan sebagainya.
2. Pemuda yang membesar dalam ibadah kepada Allah.

Naungan Ilahi ini juga dijanjikan kepada lelaki dan perempuan yang sentiasa hidup dalam ibadah kepada Allah. Sentiasa menyedari bahawa Allah melihat segala perbuatannya. Di mana segalanya di bawah kawalan dan naungan Ilahi.
3. Lelaki yang hatinya sentiasa rindukan (teringat-ingatkan) rumah Allah.

Begitu jua bagi lelaki yang hatinya sentiasa rindukan rumah Allah. Tertunggu-tunggu setiap masa untuk beribadah di dalamnya. Baik untuk sembahyang wajib lima waktu setiap hari dan untuk ibadah lain.
4. Dua orang lelaki yang cinta mencintai kerana Allah bertemu dan berpisah kerana ALLAH.

Dalam satu hadis Rasulullah bersabda: “Allah telah mengutuskan malaikat kepada seorang lelaki semasa dalam perjalanan untuk menziarahi saudaranya kerana Allah”. Lalu malaikat bertanya: “Nak kemana?” Dijawab: “Aku mahu menziarah saudara ku… … ..” Tanya malaikat lagi: Untuk apa?” lelaki itu menjawab: Tiada apa-apa tujuan.” Ditanya lagi: “Apa hubungan dengan kamu?” Lalu dijawab oleh lelaki itu:” Tiada apa-apa hubungan.” Ditanya lagi: ” Apa budinya kepada kamu?” Dijawab:”Tiada apa-apa pun.” Ditanya lagi:” Apa tujuannya?” Lelaki itu menjawab:

” Aku mencintainya kerana Allah.” Berkata malaikat: sesungguhnya Allah telah mengutusku kepada mu untuk memberitahu bahawa kerana kecintaanmu kepadanya maka ALLAH telah mengizinkan kamu memasuki syurgaNYA.” (Riwayat Muslim)

Perasaan sayang dan kasih terhadap orang lain bukan kerana ada tujuan lain. Bukan untuk memikat anak gadisnya atau hartanya, sebaliknya hanya mengharap keredhaan Ilahi. Hanya kerana Allah hubungan ini dieratkan.

5. Lelaki apabila mengingati ALLAH bersendirian menitis airmatanya.

Hadirnya perasaan takut kepada ALLAH walaupun bersendirian sehingga menitis airmatanya. Ianya bukan saja-saja tetapi hadir dari hati yang menginsafi kebesaran ALLAH.

6. Seorang lelaki yang dirangsang oleh seorang perempuan berdarjat lagi cantik untuk berzina, lalu ia berkata: “Tidak! Aku takutkan ALLAH” (inni akhofullah)

Sesiapa yang takut untuk berbuat kesalahan, takut kepada ALLAH dan azab api neraka akan sentiasa mendapat perlindungan dari-NYA.

7. Lelaki yang bersedekah dan tidak pula dimegah-megahkannya.

Pemberian yang mengharapkan balasan dari Ilahi tidak akan diperbesar-besarkan. sebaliknya akan dilakukan secara tersembunyi. Sehingga digambarkan seolah-olah tangan yang kiri tidak mengetahuinya apa yang disedekahkan oleh tangan kanan. Lupakan kebaikan dan pemberian kita, sebaliknya banyak mengingatkan kesilapan dan kesalah diri kita terhadap ALLAH dan orang lain.

Rebutlah peluang ini, jadilah orang yang beruntung di akhirat. Tiada yang mustahil untuk kita lakukan. Jadilah hambaNYa yang ikhlas dan redha atas segala yang berlaku. Semoga kita semua tergolong dalam golongan orang yang mendapat perlindunganNYA selalu.

gravatar

Kenapa Tak Mahu Berubah???

(Dengan nama Allah, Segala puji bagi Alloh, Selawat dan salam ke atas Rosululloh Shollallahu ‘alaihi wasallam, keluarga, sahabat dan para pengikut Baginda)

Bersempena memperingati peristiwa hijrah yang banyak diulang sebut setiap kali tibanya 1 Muharram, saya ingin membawa para pembaca kepada satu artikel yang pernah saya tulis tidak berapa lama dahulu iaitu berkaitan hijrah diri, berubah daripada satu tahap kepada tahap yang lebih baik di dalam cara kita mengamalkan Islam yang kita anuti.
Quote::

“Sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang bertaqwa, dan orang-orang yang berusaha memperbaiki amalannya. ”
(Maksud ayat 128, surah Al-Nahl)


Daripada ayat ini, ketahuilah bahawa kita dituntut untuk sentiasa memperbaiki amalan kita yang juga memerlukan kita memperbaguskan ilmu untuk memperbaiki amalan serta memperkemaskan iman.

Namun bukan mudah untuk seseorang itu membawa dirinya berhijrah kepada tahap yang lebih baik berbanding dirinya kini. Kenapa tak mahu berubah? Mari kita bermuhasabah diri, adakah perkara-perkara di bawah ini menjadi penyebabnya. Untuk memudahkan, kita ambil satu contoh amalan, iaitu Solat.


Selesa cara sekarang
Melanggar perintah tapi tak nampak apa-apa kemudaratan, maka selesalah kita dengan dosa kita. Kita rasakan tiada beza kalau meninggalkan atau mengerjakannya suruhan Solat fardhu lima kali setiap hari. Kita rasakan tak rugi apa-apa bila tidak solat. Sungguh, perasaan selesa ini amat berbahaya jika kita biarkan.
Tiada teguran
Sudahlah hati berasa selesa dengan dosa yang dibuat, tiada pula yang menegur. Kalau ditegur pun, org yang menegur tidak bersungguh. Atau sekadar dengar teguran di dalam khutbah Jumaat, dalam tazkirah ringkas di radio atau tv tanpa orang yang menegur betul-betul berada di hadapannya, boleh diajak berkomunikasi secara dua hala.
Takut dikata “Kera Sumbang!”
Pernah terfikir untuk berubah, tapi takut menjadi orang asing bagi keluarganya atau rakan-rakannya yang masing-masing melakukan dosa meninggalkan solat. Contohnya sedang menonton konsert Rock bersama rakan-rakan, terfikir untuk bersolat hampir tamat waktunya, tapi tiba-tiba rasa seperti “Kera Sumbang” kalau pergi bersolat, sedangkan rakan-rakan lain tidak.
Gelap mata hati
Banyak mendengar amaran siksaan balasan dosanya, tahu yang mana dosa, yang mana pahala, yang mana larangan yang mana perintah, tapi mata hati dah gelap..tak diendahkan semua itu.
Bisikan syaitan
Mungkin ramai yang akan tidak bersetuju dengan sebab ke lima ini kerana kita tak nampak apa itu bisikan syaitan. Tetapi yakinlah bahawa mereka wujud dan mereka ialah golongan yang tidak berputus asa untuk menghanyutkan manusia dengan dosa. Allah dan rasul-Nya telah mengajar bagaimana melindungi diri daripada kejahatan syaitan. Tapi ramai yang tak mengendahkannya. Maka mudahlah syaitan dan sekutunya mempengaruhi manusia.
Akan berubah, tapi nanti..di hari tua
Ada jugak yang jawab begini. Saya masih muda, nanti dah tua nanti, saya taubatlah, saya duduklah di masjid selalu, sekarang masa untuk dunia, masa untuk akhirat nanti..dah tua nanti. Sebenarnya mereka yang memberi jawapan ini telah tertipu. Tertipu dengan dirinya yang sihat dan usianya yang muda, sedangkan ada orang yang bertemu ajal walaupun tidak sakit, walaupun masih muda. Ajal maut kita tak tahu bila, selagi berkesempatan janganlah bertangguh.
Tiada tunjuk ajar
Teringat saya, Ustaz Masridzi Sat ada cerita, remaja-remaja rosak ahklak yang dibawa ke pusat pemulihan dan perlindungan PERKID ada berkata, mereka pernah rasakan mereka teruk, ada keinginan untuk berubah, tapi tiada siapa nak beri tunjuk ajar. Ibu dan bapa di rumah tak pernah nak tegur, nak tunjuk yang mana salah yang mana betul, jenguk surau dan masjid-masjid pula..Ustaz-ustaz asyik buka kitab dan yang datang mendengar golongan tua-tua belaka.. Maka mereka tak jumpa siapa nak tolong untuk bimbing nak berubah, sedangkan keinginan ada.


Itu antara sebab mengapa kita tidak mahu berhijrah. Ya..memang betul smuanya bergantung kepada hidayah daripada-Nya. Dengan hidayah-Nya sahaja yang boleh membawa cahaya Iman kepada seseorang. Tetapi mengikut akidah Ahli Sunnah Waljamaah, kita bukan disuruh menurut saja apa yang ditakdirkan, sebaliknya perlu berusaha merubah diri sendiri, memohon hidayah daripada-Nya selalu, meminta Iman yang ada sentiasa terpelihara, mengharap diberi pertolongan utk meningkatkan ketakwaan. Itulah anjuran yang sebaiknya.

Allah juga ada menyatakan, hidayah itu perlu diusahakan untuk diperolehi, ada disebut yang maksudnya:

Quote::
Dan (bagi menolak rayuan itu Allah Taala berfirman): “Kalaulah Kami telah tetapkan persediaan (memberikan hidayah petunjuk untuk beriman dan beramal soleh kepada tiap-tiap seorang dengan ketiadaan usaha dari masing-masing), nescaya Kami berikan kepada tiap-tiap seorang akan hidayah petunjuknya (sebelum masing-masing meninggal dunia, supaya tidak terkena azab di akhirat); tetapi telah tetap hukuman seksa dariKu: ` Demi sesungguhnya! Aku akan memenuhi neraka Jahannam dengan semua jin dan manusia (yang pada masa hidupnya tidak berusaha untuk beriman dan beramal soleh)“.

(As-Sajedah, ayat 13)

Allah juga ada menyatakan mendapat hidayah atau tidak, itu sebenarnya adalah pilihan manusia itu sendiri, seperti firmanNya yang bermaksud:

Quote::
Bukankah Allah cukup untuk mengawal dan melindungi hambaNya (yang bertaqwa)? Dan mereka menakutkanmu (wahai Muhammad) dengan yang mereka sembah yang lain dari Allah. Dan (ingatlah) sesiapa yang disesatkan oleh Allah ( dengan pilihannya yang salah), maka tidak ada sesiapapun yang dapat memberi hidayah petunjuk kepadanya. Dan sesiapa yang diberi hidayah petunjuk oleh Allah ( dengan sebab pilihannya yang benar), maka tidak ada sesiapapun yang dapat menyesatkannya. Bukankah Allah Maha Kuasa, lagi berhak membalas dengan azab seksa (kepada golongan yang bersalah)?

(Az-Zumar, ayat 36-37)

Oleh itu, sama-samalah kita bermuhasabah diri, adakah kita memilih untuk ke Syurga atau memilih untuk ke neraka? Sebagai akhirnya, saya senaraikan dosa-dosa besar dan kecil yang sering dipandang ringan oleh umat Islam hari ini yang mana ia perlu diubah agar tidak dilakukan lagi. Sama-samalah kita berazam untuk mengubah diri kita.

Senarai 10 dosa-dosa besar dan kecil yang dipandang ringan oleh umat Islam hari ini:


Meninggalkan solat, terutamanya solat Subuh.
Tidak menunaikan zakat pendapatan.
Mendedahkan aurat kepada golongan ajnabi (orang yang boleh dikahwini). Wanita memakai wangi-wangian untuk dihidu ajnabi.
Mengumpat, mengata, mencarut.
Bersalaman lelaki perempuan (adik-beradik ipar bukanlah haram dikahwini selamanya, tetapi haram sementara, maka elakkan bersalaman dengan adik-beradik ipar berlainan jantina).
Leka dengan hiburan nyanyian hingga lalai mengingat Alloh.
Melewat-lewatkan solat tanpa keuzuran.
Meminggirkan jiran-jiran tetangga.
Boros berbelanja hingga membazir kepada perkara yang tidak perlu.
Tidak menepati masa bila berjanji.

gravatar

Mutaba'ah

1. Qiyamullail


Inilah sarana tazkiyah yang selayaknya sentiasa dilakukan oleh para pelajar. Bangun malam dan melaksanakan shalat tahajjud akan membersihkan hati dan jiwa dari berbagai kotoran. Kebersihan hati akan terlihat pada ketenangan jiwa dan bersihnya fikiran,sehingga belajar berjaya dilakukan dengan optimal dan mencapai hasil yang diharapkan.

Keutamaannya :

Solat Paling Utama Setelah Solat Fardhu
Sarana Ruhani Paling Utama Untuk Dakwah Rasul Dan Para Sahabat
Mempertajam Kepekaan Hati
Salah Satu Ciri Utama Orang Beriman Dan Bertaqwa
Padanya Terdapat Saat Mustajab Untuk Berdoa
Dalil Quran

1. “Dan dirikanlah sembahyang itu pada kedua tepi siang (pagi dan petang) dan pada bahagian permulaan daripada malam. Sesungguhnya perbuatan-perbuatan yang baik itu menghapuskan (dosa) perbuatan-perbuatan yang buruk. Itulah peringatan bagi orang-orang yang ingat.”(11:114)

2.” Dan pada sebahagian malam hari bersembahyang tahajudlah kamu sebagai suatu ibadah tambahan bagimu; mudah-mudahan Tuhan-mu mengangkat kamu ke tempat yang terpuji.”(17:79)

3.”(Apakah kamu hai orang musyrik yang lebih beruntung) ataukah orang yang beribadat di waktu-waktu malam dengan sujud dan berdiri, sedang ia takut kepada (azab) akhirat dan mengharapkan rahmat Tuhannya? Katakanlah: "Adakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui?" Sesungguhnya orang yang berakallah yang dapat menerima pelajaran.”(39:9)

4.” Sesungguhnya Tuhanmu mengetahui bahwasanya kamu berdiri (sembahyang) kurang dari dua pertiga malam, atau seperdua malam atau sepertiganya dan (demikian pula) segolongan dari orang-orang yang bersama kamu. Dan Allah menetapkan ukuran malam dan siang. Allah mengetahui bahwa kamu sekali-kali tidak dapat menentukan batas-batas waktu-waktu itu, maka Dia memberi keringanan kepadamu, karena itu bacalah apa yang mudah (bagimu) dari Al Quran. Dia mengetahui bahwa akan ada di antara kamu orang-orang yang sakit dan orang-orang yang berjalan di muka bumi mencari sebagian karunia Allah; dan orang-orang yang lain lagi berperang di jalan Allah, maka bacalah apa yang mudah (bagimu) dari Al Quran dan dirikanlah sembahyang, tunaikanlah zakat dan berikanlah pinjaman kepada Allah pinjaman yang baik. Dan kebaikan apa saja yang kamu perbuat untuk dirimu niscaya kamu memperoleh (balasan)nya di sisi Allah sebagai balasan yang paling baik dan yang paling besar pahalanya. Dan mohonlah ampunan kepada Allah; sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. (73:20)

Dalil Hadis

1. ‘Seutama-utama puasa sesudah puasa Ramadhan ialah puasa sunat pada bulan Muharram, dan seutama-utama shalat sesudah solat fardhu ialah shalat sunat di waktu malam.’ (HR.Muslim)

2.’Wahai sekalian manusia, sebarkanlah salam, berikanlah makanan, dan shalatlah di waktu malam ketika orang-orang tertidur, maka kalian akan masuk syurga.’ (HR.Tirmidzi)

2. Solat Subuh

Sesiapa yang bersembahyang subuh, maka dia berada di dalam jagaan Allah. Allah akan memberikan cahaya kepada hatinya, melapangkan dadanya dan dia akan dapat menghirup bayu yang paling baik.

Neraca Sebenar

Sembahyang subuh adalah neraca sebenar bagi keimanan. Sesiapa yang mahu mengetahui kedudukannya di sisi tuhannya, hendaklah dia menggunakan neraca sembahyang subuhnya bagi mengetahui kedudukannya itu.

Jika dia seorang yang menunaikan sembahyang subuh terutamanya di masjid, maka dia berada di atas jalan yang lurus. Dia hendaklah berterusan berada dalam keadaan tersebut. Tetapi jika dia tidak pergi sembahyang subuh dan masih lagi tidur, maka dia hendaklah berwaspada daripada kemurkaan Allah. Dia hendaklah bangun daripada tidurnya sebelum terlambat.

Abdullah bin Umar r.a. berkata: “Apabila kami tidak melihat seseorang pada sembahyang subuh dan isyak, kami akan bersangka buruk terhadapnya.”

Sembahyang subuh menyelamatkan seseorang daripada sifat nifaq bagi sesiapa yang bimbang dirinya menjadi munafiq. Abdullah bin Mas‘ud berkata: “Kami sentiasa bersembahyang subuh bersama dengan Rasulullah saw secara berjamaah. Hanya orang munafiq yang terang nifaqnya sahaja yang tidak pergi menunaikannya.”

Tanyalah diri anda, kenapa anda tidak bersembahyang subuh? Adakah kerana kelemahan keimanan, atau kerana malas? Adakah kerana tidak mengetahui ketinggian kedudukan sembahyang subuh? Adakah kerana anda tidak menghormati Allah, tuhan sekalian alam? Atau apakah sebabnya?

Ketahuilah kedudukan dan nilai diri anda melalui sembahyang subuh ini.

Faedah-faedah Sembahyang Subuh

1. Anda akan sentiasa berada di dalam perlindungan dan jagaan Allah swt.

“Sesiapa yang bersembahyang subuh secara berjamaah, maka dia berada di dalam jagaan Allah.” (Hadis sahih)

2. Ia menyelamatkan anda daripada NERAKA.

“Tidak akan masuk neraka sesiapa yang nbersembahyang sebelum terbit matahari dan sebelum ia tenggelam.” (Hadis sahih)

3. Sembahyang anda disaksikan oleh para malaikat.

” Dirikanlah shalat dari sesudah matahari tergelincir sampai gelap malam dan (dirikanlah pula shalat) subuh[865]. Sesungguhnya shalat subuh itu disaksikan (oleh malaikat).”(17:78)

“Malaikat malam dan siang akan berkumpul pada waktu sembahyang subuh.”

4. Dijanjikan syurga.

“Sesiapa yang bersembahyang subuh dan asar akan masuk syurga.” (Hadis sahih)

3. Solat Sunat Dhuha

Shalat Dhuha hukumnya sunnah muakkad (yang ditekankan) . Karena Nabi melakukannya, menganjurkan para sahabat beliau untuk melakukannya dengan menjadikannya sebagai wasiat. Wasiat yang diberikan untuk satu orang oleh beliau, berarti juga wasiat untuk seluruh umat, kecuali bila ada dalil yang menunjukkan kekhususan hukumnya bagi orang tersebut. Dasarnya adalah hadits Abu Hurairah Radhiyallahu 'anhu yang menceritakan :

"Kekasihku Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam memberi wasiat kepadaku dengan tiga hal yang tidak pernah kutinggalkan hingga meninggal dunia : Puasa tiga hari dalam sebulan, dua rakat'at shalat Dhuha, dan hanya tidur setelah melakukan shalat Witir" [Diriwayatkan oleh Al-Bukhari dan Muslim. Oleh Al-Bukhari no. 1981. Diriwayatkan oleh Muslim no. 721, telah ditahrij sebelum ini].

Rosululloh mengatakan; "Setiap amalan pagi ialah hak dari setiap tulang badan kalian. Setiap ucapan Pemujaan Allah (Subhan-Allah) adalah perbuatan amal, dan

setiap ucapan pujian kepada Nya (Al-hamdu lillah) adalah perbuatan amal, dan setiap ucapan pernyataan tauhid (La ilaha illallah) adalah perbuatan amal, dan setiap ucapan Kebesaran Nya (Allahu Akbar) adalah perbuatan amal; dan melaksanakan perintah-Nya dan menghindari segala larangan-Nya adalah perbuatan amal; dan dua Rak`ah sholat dhuha mencukupi semua ini. [Muslim].

Shalat Dhuha adalah shalat sunnat yang dilakukan seorang muslim ketika waktu dhuha. Waktu dhuha adalah waktu ketika matahari mulai naik kurang lebih 7 hasta sejak terbitnya (kira-kira pukul tujuh pagi) hingga waktu dzuhur. Jumlah raka'at shalat dhuha bisa dengan 2,4,8 atau 12 raka'at. Dan dilakukan dalam satuan 2 raka'at sekali salam.

Dari 'Aisyah, ia berkata: Rasulullah Shallallaahu 'alaihi wa Sallam biasanya sholat Dluha empat rakaat dan menambah seperti yang dikehendaki Allah. (HR. Muslim).

Dari 'Aisyah, ia berkata: Aku tidak melihat Rasulullah Shallallaahu 'alaihi wa Sallam dengan tetap melakukan sholat Dluha, tetapi sungguh aku melakukannya dengan tetap. (HR. Muslim)

"Sholatnya orang-orang yang bertaubat itu ketika anak-anak unta merasa panas."

(HR. Tirmidzi)

4. Membaca Al-Quran

(المتعبد بتلاوته) Membacanya sebagai ibadah.

Dalam setiap huruf Al-Qur’an yang kita baca, memiliki nilai ibadah yang tiada terhingga besarnya. Dan inilah keistimewaan Al-Qur’an, yang tidak dimiliki oleh apapun yang ada di muka bumi ini. Allah berfirman (QS. 35 : 29 – 39)

Dari Abdullah bin Mas’ud ra, Rasulullah SAW bersabda, ‘Barang siapa yang membaca satu huruf dari kitabullah (Al-Qur’an), maka ia akan mendapatkan satu kebaikan. Dan satu kebaikan itu dengan sepuluh kali lipatnya. Aku tidak mengatakan bahwa Alif Lam Mim sebagai satu haruf. Namun Alif merupakan satu huruf, Lam satu huruf dan Mim juga satu huruf.” (HR. Tirmidzi)

Dari Aisyah ra, Rasulullah SAW bersabda, ‘Seseorang yang mahir dalam membaca Al-Qur’an, kelak ia akan dikumpulkan bersama para malaikat yang mulia dan suci. Dan orang yang masih terbata-bata membacanya lagi berat, maka ia akan mendapatkan pahala dua kali lipat. (HR. Muslim)

Dari Utsman ra, Rasulullah SAW bersabda, ‘Sebaik-baik kalian adalah yang mempelajari Al-Qur’an dan mengajarkannya). (HR. Bukhari)

“Siapa yang membaca Al Quran, mempelajarinya dan mengamalkannya, maka dipakaikan mahkota dari cahaya pada hari Kiamat, cahayanya seperti cahaya matahari,kedua orang tuanya dipakaikan dua jubah (kemuliaan), yang tidak pernah didapatkan didunia, keduanya bertanya: mengapa kami dipakaikan jubah ini: dijawab: “karena kalian berdua memerintahkan anak kalian untuk mempelajari Al Quran”. (Hadith diriwayatkan oleh Al Hakim dan ia menilanya sahih berdasarkan syarat Muslim (1/568), )

5. Zikir ( seperti mathurat,istighfar Dll.)

Wahai ikhwah, sesungguhnya dzikir memiliki pengaruh yang sangat kuat bagi pemuda islam bagi membentuk karakter diri yang dekat dengan Allah Swt,senantiasa berlindung dan berserah diri secara total kepada-NYA,

“ Sesungguhnya orang-orang yang beriman[594] ialah mereka yang bila disebut nama Allah[595] gemetarlah hati mereka, dan apabila dibacakan ayat-ayatNya bertambahlah iman mereka (karenanya), dan hanya kepada Tuhanlah mereka bertawakkal.”(8:2)

[594]. Maksudnya: orang yang sempurna imannya. [595]. Dimaksud dengan disebut nama Allah ialah: menyebut sifat-sifat yang mengagungkan dan memuliakanNya.

Sungguh amat jauh bezanya seseorang yg sentiasa ingat Allah Swt dgn org yg mudah melalaikan-Nya. Ikhwah hendaklah menjadikan dzikir sebagai rutin sehari-hari sehinga kehidupan ini menjadi lebih indah dalam naungan ridha Allah Swt.

Faedah-faedah Dzikir:

1. Meundukkan setan dan menghidupkan hati

2. Dzikir menyebabkan Allah Swt ingat kepada ahlinya dan tidak melupakannya. “Karena itu, ingatlah kamu kepada-Ku niscaya Aku ingat (pula) kepadamu[98], dan bersyukurlah kepada-Ku, dan janganlah kamu mengingkari (nikmat)-Ku.” (2:152) [98]. Maksudnya: Aku limpahkan rahmat dan ampunan-Ku kepadamu.

“Jika ia mengingat-Ku dalam dirinya maka Aku mengingatnya dalam dzat-Ku, dan jika ia mengingat-Ku dalam kelompok ramai, maka Aku mengingatnya dalam suatu kelompok yg lebih baik dari mereka.” (HR. Bukhari dan Muslim)

“Dan janganlah kamu seperti orang-orang yang lupa kepada Allah, lalu Allah menjadikan mereka lupa kepada mereka sendiri. Mereka itulah orang-orang yang fasik.” (59:19)

3. Dzikir membershkan hati dari Dosa

Lalai dari dzikrullah dan memperturutkan hawa nafsu menyebabkan hati ternoda dgn dosa. Adapun cara membersihkan dosa tersebut ialah dengan dzikir,taubat dan istighfar.

“Barangsiapa setiap hari dan malam membaca subhanallah wa bihamdihi seratus kali, maka terhapuslah dosa-dosanya sekalipun dosa-dosanya seperti buih di laut.” (HR.Bukhari,Muslim dan Malik)

4. Dzikir merupakan sarana untuk menurunkan rahmat dari Allah.

“Tidaklah suatu kelompok manusia berkumpul di suatu rumah dari rumah-rumah Allah, mereka membaca kitab Allah dan mengkajinya di antara mereka, melainkan turunlah atas mereka ketenangan, terlindungilah oleh rahmat, mereka dikelilingi oleh para malaikat, dam mereka disebut-sebut Allah di hadapan orang-orang yg ada di sisi-Nya.” (HR.Muslim dan Tirmidzi)

5. Dzikir Menyibukkan Lisan Dari Berbicara Yg Buruk

6. Dzikir Adalah Salah Satu Tanaman Syurga

“Barangsiapa yg membaca subhanallah’azhim wa bihamdihi(Maha suci Allah yang Maha Agung dan segala puji bagi-Nya), bererti ia telah menana sebuah pohon kurma syurga. (HR.Tirmidzi)

7. Dzikir Merupakan Sarana Untuk Memperoleh Nikmat Dari Allah.

“Barangsiapa membaca la ilaha illallah wahdahu la syarika lahu lahul mulku wa lahul hamdu wa huwa ‘ala kulli syaiin qadir ( tiada Tuhan yg berhak disembah kecuali Allah semata,yg tiada sekutu bagi-Nya. Kepunyaan segala kerajaan dan pujian. Dan Dia Maha Kuasa atas segala sesuatu) seratus kali, maka nilainya sama denga memerdekakan sepuluh budak, dicatan baginya seratus kebaikan, dihapus darinya seratus dosa dan ia dijaga dari gangguan syaitan pada pagi harinya hingga petang harinya, dan tidaklah seseorang datang denga membawa sesuatu yg lebih utama dari apa yg dibawanya kecuali seseorang yg mengerjakan lebih banyak dari itu.(HR.Muslim)

8. Dzikir Menjadikan Hati Yang Keras Berubah Lunak

9. Alah Dan Malaikat Berselawat Kepada Ahli Dzikir

Dzikir mengharuskan Allah Swt dan malaikat-malaikat-Nya berselawat kepada pelakunya. Dan barangsiapa yg Allah dan malaikat-malaikat-Nya berselawat kpdnya maka ia benar-benar beruntung dan sukses

“Hai orang-orang yang beriman, berzdikirlah (dengan menyebut nama) Allah, zikir yang sebanyak-banyaknya. Dan bertasbihlah kepada-Nya diwaktu pagi dan petang. Dialah yang memberi rahmat kepadamu dan malaikat-Nya (memohonkan ampunan untukmu), supaya Dia mengeluarkan kamu dari kegelapan kepada cahaya (yang terang). Dan adalah Dia Maha Penyayang kepada orang-orang yang beriman.” (33:41-43)

10. Zikir Menjauhkan Ahlinya dari Sifat Munafiq

“Sesungguhnya orang-orang munafik itu menipu Allah, dan Allah akan membalas tipuan mereka[364]. Dan apabila mereka berdiri untuk shalat mereka berdiri dengan malas. Mereka bermaksud riya[365] (dengan shalat) di hadapan manusia. Dan tidaklah mereka menyebut Allah kecuali sedikit sekali[366]. “(4:142)

[364]. Maksudnya: Alah membiarkan mereka dalam pengakuan beriman, sebab itu mereka dilayani sebagai melayani para mukmin. Dalam pada itu Allah telah menyediakan neraka buat mereka sebagai pembalasan tipuan mereka itu. [365]. Riya ialah: melakukan sesuatu amal tidak untuk keridhaan Allah tetapi untuk mencari pujian atau popularitas di masyarakat. [366]. Maksudnya: mereka sembahyang hanyalah sekali-sekali saja, yaitu bila mereka berada di hadapan orang.

“Hai orang-orang beriman, janganlah hartamu dan anak-anakmu melalaikan kamu dari mengingat Allah. Barangsiapa yang berbuat demikian maka mereka itulah orang-orang yang merugi.”(63:9)

11. Zikir Memberi Keuntungan di Dunia dan Akhirat

“Apabila telah ditunaikan shalat, maka bertebaranlah kamu di muka bumi; dan carilah karunia Allah dan ingatlah Allah banyak-banyak supaya kamu beruntung.”(62:10)

“Sesungguhnya Allah memiliki malaikat yang berkeliling. Mereka mengikuti majlis-majlis dzikir. Jika mendapatkan suatu majlis yang didalamnya dilakukan dzikir, mereka duduk bersama orang-orang yang berdzikir, sebagian kepada sebagian lain mengapakkan sayapnya, hingga memenuhi apa yang ada di antara langit dan dunia. Apabila mereka telah berpisah mereka terbang dan naik ke langit. Perawi berkata, “Allah bertanya kepada mereka, sedangkan Dia lebih mengetahui tentang mereka. Dari mana kamu sekalian datang?” mereka menjawab, “Kami datang dari para hamba-Mu di bumi, mereka bertasbih (mensucikan-Mu), bertakbir (mengagungkan-Mu), bertahlil (mentahuidkam-Mu) dan memohon kepada-Mu. Di akhir hadits disebutkan: Aku telah mengampuni mereka, memberikan kepada mereka apa yang mereka pinta dan melindungi mereka dari yang mereka berlindung darinya.” (HR. Bukhari) Hadits shahih ini menunjukkan atas keutamaan dzikir berjama’ah, dan dinyaringkan suaranya oleh semua yang berdzikir karena dalam hadits di atas dinyatakan dengan lafazh: Mereka mengingat-Mu, mensucikan-Mu, mengagungkan-Mu dan memuji-Mu dengan lafazh yang jamak (plural). Ibnu Taimiyah, Imam Nawawi dan Ibnu Hajar berkata, “Yang dimaksud dengan majlis dzikir adalah mencakup dzikir kepada Allah dengan beragam bentuknya, seperti takbir, tasbih dan lain-lain, juga seperti membaca Al-Qur’an, berdo'a meminta kebaikan dunia dan akhirat, membincangkan hadits Nabi, mengkaji ilmu syariat (halaqah) dan menghafalnya, berkumpul untuk melaksanakan shalat sunat dan lain-lain.”

gravatar

Tawakkal Melindungi Diri Dari Ujub dan Takbur

Sesungguhnya penyakit yang paling besar serta mematikan yang menimpa hati manusia, serta dapat menjadikan amalan-amalan sia-sia, juga merosak seluruh perbuatan manusia serta melahirkan kekerasan dan kekejian adalah; Riya dan Ujub.

Riya: adalah sebahagian daripada perbuatan syirik menyekutukan Allah, sementara Ujub (Al-'Alamah As-Safarini menyebutkan perbezaan yang terperinci antara ujub dan takabur, bagi yang berkeinginan lihat bukunya Ghadza 'Al-Albab 2/222): adalah sebahagian daripada perbuatan syirik terhadap diri sendiri, kedua sikap ini bersatu pada diri orang yang takabur. (Majmu 'Al-Fatawa 10/277)


Banyak nash-nash yang mencela kedua sikap ini antara lain.

Sabda Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam dalam hadits Haritsah bin Wahab:

"Maukah kalian aku beritakan tentang penghuni neraka; yaitu setiap orang yang berperangai jahat serta kasar (Lihat An-Nihayah 3/180), orang gemuk yang berlebih-lebihan dalam berjalannya (Lihat pula An-Nihayah 1/416), dan orang-orang yang sombong". (Hadits Riwayat Al-Bukhari dalam Tafsir surat Al-Qalam 4918 8/530, At-Tirmidzi bab Jahannam 13, Ibnu Majah bab Zuhud 4, Ahmad dalam Musnadnya 2/169, 214 dan 4/175-306)

Dan dari Ibnu Mas'ud dari Nabi Shallallahu 'alaihi wa sallam, beliau bersabda:

"Tidaklah masuk syurga barang siapa yang di dalam hatinya terdapat kesombongan yang sebesar biji zarah (atom) sekalipun". (Hadist Riwayat Muslim bab Imam 91 1/93 dan At-Tirmidzi bab Al-Birru was-shilah 1998-1999 4/360-361)

Dan dalam satu hadits disebutkan : "Ada tiga hal yang dapat membinasakan diri seseorang iaitu : Sifat kedekut yang ditaati, hawa nafsu yang diikuti serta seseorang yang membanggakan dirinya sendiri". (Hadits ini disebutkan oleh Al-Mundziry dalam kitab At-Targhib wa Tarhib 1/162 yang diriwayatkan oleh Al-Bazzar dan Al-Baihaqi serta dibenarkan oleh Al-Albany)

Said bin Jabir berkata : "Sesungguhnya seorang hamba melakukan perbuatan kebaikan lalu perbuatan baiknya itu menyebabkan ia masuk neraka, dan sesungguhnya seorang hamba melakukan perbuatan buruk lalu perbuatan buruknya itu menyebabkan dia masuk syurga, hal itu kerana perbuatan baiknya itu menjadikan dia bangga pada dirinya sendiri sementara perbuatan buruknya menjadikan ia memohon ampun serta bertaubat kepada Allah kerana perbuatan buruknya itu". (Majmu 'Al-Fatawa 10/277)

Menyembah kepada Allah dan bersikap tawakal kepada-Nya adalah merupakan ubat penawar untuk mencegah kedua penyakit yang buruk ini iaitu Ujub dan Takabur. Syaikhul Islam Ibnu Taimiyah berkata : "Seseorang yang melakukan riya' pada hakikatnya dia tidak melaksanakan firman Allah : (Hanya kepada-Mu aku menyembah), dan orang yang bersikap ujub (bangga kepada diri sendiri) pada hakikatnya dia tidak melaksanakan firman Allah : (Hanya kepada-Mu kami memohon pertolongan) dan barangsiapa yang melaksanakan firman Allah : (Hanya kepada-Mu kami menyembah), maka dia telah keluar dari sikap riya, dan barang siapa yang melaksanakan firman Allah (Hanya kepada-Mu kami memohon pertolongan), maka dia telah keluar dari sikap ujub". (Majmu Al-Fatawa 10/277)

Oleh kerana itulah Ibnul Qayyim berkata : "Sesungguhnya hati manusia dihadapi oleh dua jenis penyakit yang amat besar jika orang itu tidak menyedari adanya kedua penyakit itu akan mencampakkan dirinya kedalam kehancuran dan itu adalah pasti, kedua penyakit itu adalah riya dan takbur, maka ubat dari pada riya adalah : (Hanya kepada-Mu kami menyembah) dan ubat dari penyakit takbur adalah : (Hanya kepada-Mu kami memohon pertolongan)". (Madarijus Salikin 1/54) Disalin dari buku At-Tawakkul 'Alallah wa 'Alaqatuhu bil Asbab oleh Dr Abdullah bin Umar Ad-Dumaiji dengan edisi Indonesia Rahasia Tawakal & Sebab Akibat hal. 116-117 Bab Buah Tawakal, terbitan Pustaka Azzam, Penerjemah Drs. Kamaluddin Sa'diatulharamaini dan Farizal Tirmidzi.

Sumber: http://assunnah.or.id

gravatar

Ikhlaskah Kita???

Mari kita sama-sama menghayati dan mengambil pengajaran dari hadith ini. Semoga setiap amal dan perbuatan kita, semuanya kita lakukan kerana Allah untuk memndapatkan redhaNya.

Dari Abu Hurairoh bahawa telah berkata seorang penduduk Syam yang bernama Natil kepadanya,”Wahai Syeikh ceritakan kepada kami suatu hadits yang engkau dengar dari Rasulullah saw.’ Abu Hurairoh menjawab,’Baiklah. Aku telah mendengar Rasulullah saw bersabda,’Sesungguhnya orang yang pertama kali didatangkan pada hari kiamat adalah seorang laki-laki yang mati syahid dan dia diberitahukan berbagai kenikmatannya sehingga ia pun mengetahuinya. Kemudian orang itu ditanya,’Apa yang telah engkau lakukan di dunia?’ Orang itu menjawab,’Aku telah berperang dijalan-Mu sehingga aku mati syahid.’ Dikatakan kepadanya,’Engkau berbohong, sesungguhnya engkau berperang agar engkau dikatakan seorang pemberani dan (gelar) itu pun sudah engkau dapatkan.’

Kemudian Allah memerintahkan agar wajah orang itu diseret dan dilemparkan ke neraka. Kemudian didatangkan lagi seorang pembaca Al Qur’an dan dia diberitahukan berbagai kenikmatan maka dia pun mengetahuinya. Dikatakan kepadanya,”Apa yang engkau lakukan di dunia?’ Orang itu menjawab,’Aku telah mempelajari ilmu dan mengajarinya dan aku membaca Al Qur’an karena Engkau.’ Maka dikatakan kepadanya,’Engkau berbohong sesungguhnya engkau mempelajari ilmu agar engkau dikatakan seorang yang alim dan engkau membaca Al Qur’an agar engkau dikatakan seorang pembaca Al Qur’an dan engkau telah mendapatkan (gelar) itu.

Kemudian Allah memerintahkan agar wajahnya diseret dan dilemparkan ke neraka. Kemudian didatangkan lagi seorang yang Allah berikan kepadanya kelapangan (harta) dan dia menginfakkan seluruh hartanya itu dan dia diberitahukan berbagai kenikmatan maka dia pun mengetahuinya. Dikatakan kepadanya,”Apa yang engkau lakukan di dunia?’

Orang itu menjawab,’Aku tidak meninggalkan satu jalan pun yang Engkau sukai untuk berinfak didalamnya kecuali aku telah menginfakkan didalamnya karena Engkau.’ Maka dikatakan kepadanya,’Engkau berbohong sesungguhnya engkau melakukan hal itu agar engkau disebut sebagai seorang dermawan dan engkau telah mendapatkan (gelar) itu. Kemudian orang itu diperintahkan agar wajahnya diseret dan dilemparkan ke neraka.” (HR. Muslim)

Semoga kita sentiasa berbuat dan beramal kerana Allah

Comments Search

gravatar

Karakteristik Ahli Syurga

Artikel sebelum ini menggambarkan profill 'ahli syurga" yang sederhana. Sudah tentu bukan hanya Yasir ra. dan keluargannya, Khubai bin Adi ra. atau Maryam Binti Imran. Para rasul dan Nabi Allah, dan hampir semua sahabat ra. merupakan ahli-ahli syurga yang bukan sekadar yakin akan masuk syurga, tetapi juga sudah merasakan nikmatnya hidup dalam naungan Islam seolah-olah mereka sudah berada di dalam syurga.

Para ahli syurga, dapat kita saksikan bukan hanya di akhirat, melainkan juga di dunia. Mereka tidak pemah merasa takut atau sedih dengan apa pun yang terjadi dalam kehidupannya. Mereka itulah wali-wali Allah sebagaimana difirmankan-Nya,

"Ingatlah, sesungguhnya wali-wali Allah itu, tidak ada kekhawatiran atas mereka dan tidak (pula) mereka bersedih hati. (Yaitu) orang-orang yang beriman dan mereka selalu bertakwa." (Yunus: 62-63)

Mereka hidup seperti raja-raja yang kononnya segala keinginannya dipenuhi, dan ke mana pun mereka pergi, dikawal pasukan khusus yang selalu siaga menjaga keselamatan mereka. Bagaimana boleh seperti itu? Kerana mereka adalah kekasih-kekasih Allah, yang bukan hanya dijamin segala keperluannya, melainkan juga dilindungi dari segala bahaya. Dan, yang melindungi bukan makhluk yang lemah seperti kita, tapi Allah yang Mahakuat lagi Mahaperkasa.

Allah berfirman (dalam hadits qudsi) , "Barangsiapa memusuhi wali(kekasih)-Ku, maka Aku menyatakan perang kepadanya. Dan tidaklah hamba-Ku mendekatkan diri kepada-Ku dengan sesuatu yang lebih Aku cintai daripada mengamalkan apa-apa yang telah Aku wajibkan kepadanya. Tetapi hamba-Ku (yang ingin mendapatkan kecintaan-Ku) tidak akan pernah berhenti melakukan amal-amal sunnah (selain yang wajib) sehingga Aku mencintainya. Dan apabila Aku telah mencintainya, maka Aku adalah matanya yang digunakannya untuk melihat. Aku adalah telinganya yang digunakannya untuk mendengar. Aku adalah tangannya yang digunakannya untuk menggapai. Aku adalah kakinya yang digunakannya untuk melangkah. Dan apabila dia meminta sesuatu kepada-Ku pasti akan Kuberi, dan bila dia berlindung kepada-Ku pasti akan Aku lindungi." (h.r. Bukhari)

Dr. Musthafa Dieb Al-Bugha dan Syaikh Muhyiddin Mistu dalam kitab Al-Wafiy fi Syarhil Arba'in An-Nawawi menjelaskan, makna yang dapat kita fahami dari hadits ini di antaranya adalah: Pertama, para wali atau kekasih Allah adalah hamba-hamba pilihan yang melaksanakan ketaatan dengan penuh keikhlasan kepada-Nya. Allah menyifati mereka dengan dua sifat, yaitu iman dan takwa. Dalam hal ini, para wali Allah yang paling utama adalah para nabi dan rasul, yang ma'shum dari kesalahan dan dosa, yang dikukuhkan dengan mu'jizat (bukti-bukti akan kebenaran pengakuannya sebagai nabi dan rasul) daripada-Nya.

Setelah para nabi dan rasul, wali-wali Allah yang utama adalah para sahabat ra. yang menjalankan kitab Allah dan sunnah-sunnah Rasul-Nya. Kemudian generasi yang datang sesudah mereka, yang terdiri dari yang menggabungkan diri ke dalam barisan mereka hingga sekarang. Namun tidaklah seseorang menjadi wali Allah yang sebenarnya kecuali dalam pribadinya memang terwujud iman dan takwa, mengikuti Rasulullah saw., mengambil petunjuk serta meneladaninya.

Kedua, Allah berpihak kepada wali-wali-Nya, mencintai mereka dan sentiasa melindungi mereka dari segala bahaya. Siapa saja yang menyakiti atau melakukan tindakan melampaui batas terhadap harta, jiwa dan kehormatan mereka, maka Allah mengumumkan perang kepadanya. Dan jika Allah memeranginya, pasti dia akan binasa, meskipun kebinasaannya boleh saja ditangguhkan oleh Allah hingga masa yang lama.

Ketiga, amal yang paling utama dan paling dicintai Allah adalah fardhu (yang telah diwajibkan-Nya) seperti solat lima waktu, zakat, puasa Ramadhan, dan haji. Termasuk kewajipan-kewajipan yang terkait dengan orang lain, seperti bertindak adil dan bertanggungjawab bagi pemimpin, menunaikan hak-hak isteri bagi suami (atau sebaliknya) serta hak-hak anak bagi orang tua (atau sebaliknya) dan sebagainya.

Keempat, termasuk pengertian melakukan kewajipan adalah meninggalkan maksiat. Bahkan, kewajipan meninggalkan maksiat harus lebih didahulukan daripada mengamalkan ketaatan-ketaatan yang hukumnya wajib. Apalagi yang sunnah.

Kelima, kedekatan dan kecintaan Allah tidak akan pernah diraih oleh seseorang kecuali dengan menunaikan amal-amal fardhu serta melaksanakan amal-amal sunah, seperti shalat, puasa, umrah, memperbanyak sedekah, zikir, membaca AI-Qur'an, dan lainnya.

Dalam hal ini kita tahu, tidak ada yang lebih indah dan lebih manis bagi orang yang mencintai sesuatu daripada berdialog dengannya, berzikir (mengingat-ingat dan menyebut-nyebut namanya), serta mendengarkan ucapan-ucapan kekasihnya.

Allah berfirman, "Maka ingatlah Aku (zikirlah) , niscaya Aku akan mengingatmu." (AI,Baqarah: 152)

Dalam sebuah hadits qudsi Allah juga berfirman, ''Aku ini tergantung pada praduga hamba-Ku terhadap-Ku. Aku senantiasa bersamanya selama dia mengingat-Ku. ]ika hamba-Ku itu mengingatKu di dalam hatinya, maka Aku mengingatnya di tempatyang lebih baik daripadanya." (h.r. Bukhari dan Muslim) Termasuk berzikir kepada-Nya di sini adalah banyak membaca AI-Qur'an, mendengarkannya disertai dengan merenungkan, memahami dan menghayati (tadabbur) maknanya. Sebab, Al-Qur'an adalah firman Allah. Ibnu Mas'ud ra. mengatakan, "Barangsiapa mencintai AI-Qur'an bererti mencintai Allah dan Rasul-Nya."

Termasuk dalam pengertian mengamalkan sunah-sunah adalah menjaga diri dari perbuatan-perbuatan makruh (yang dibenci Allah, meskipun status hukumnya tidak haram) dengan penuh sikap wara' (hati-hati).

Itulah perbuatan-perbuatan yang memastikan seorang hamba mendapatkan kecintaan Allah. Dan barangsiapa yang telah mendapatkan kecintaan Allah, maka Allah pasti akan memberi balasan kepadanya berupa kesediaan untuk selalu taat kepada-Nya, sibuk berzikir dan beribadah kepada-Nya, sehingga semakin dekat kepada-Nya dan mendapatkan bahagian terbesar dari apa yang ada di sisi-Nya.

Keenam, buah dari kecintaan Allah kepada wali-Nya tampak dalam ungkapan-Nya, "Dan apabila Aku telah mencintainya, maka Aku adalah matanya yang digunakan melihat. Aku adalah telinganya yang digunakan untuk mendengar. Aku adalah tangannya yang digunakan untuk menggapai. Aku adalah kakinya yang digunakan untuk melangkah. Dan apabila dia meminta kepada-Ku pasti akan Kuberi, dan bila dia berlindung pasti akan Aku lindungi."

Ibnu Rajab mengatakan, yang dimaksud hadith ini adalah barangsiapa yang bersungguh-sungguh mendekatkan diri kepada Allah dengan amal-amal fardhu dan diiringi amal-amal sunah, maka Allah akan mendekat kepadanya dan mengangkatnya dari darjat iman pada darjat ihsan, sehingga ia menjadi hamba yang beribadah kepada-Nya dengan kesedaran bahawa Allah hadir dan mengawasinya, seakan-akan dia melihat-Nya. Dengan demikian, hatinya dipenuhi dengan ma’rifat (pengenalan kepada Allah), cinta kepada-Nya, merasa takut dan hina di hadapan-Nya, merasakan kehangatan rindu kepada-Nya, sehingga dengan bashirah (mata hatinya) dia melihat-Nya.

Ketika hati seseorang dipenuhi dengan cinta kepada Allah, maka akan hilang segala bisikan jiwa dan hawa nafsu dari dalam hatinya selain Allah swt. Tidak ada keinginan kecuali yang sesuai dengan keinginan kekasihnya. Ketika itu, seorang hamba tidak berbicara kecuali dengan mengingat-Nya, tidak bergerak kecuali sesuai dengan perintah-Nya. Ia berbicara, mendengar, melihat, berjalan dan menggapai, semuanya semata-mata dengan izin dan ridha Allah swt. Inilah yang dimaksud dengan ungkapan, "Akulah telinganya yang digunakan untuk mendengar, dan seterusnya..."

Ketujuh, di antara pemuliaan Allah terhadap wali-wali-Nya adalah jika dia meminta, nescaya Allah akan memberinya, dan jika berlindung kepada-Nya, Allah pasti melindunginya. Ertinya, dia telah berada pada puncak kekuatan kemanusiaannya. Tidak ada lagi satu kekuatan pun yang dapat menghalang kehendak-hendak-Nya.

Jelas, kerana memang sumber segala kekuatan hanya satu, iaitu Al-Qawiyul Aziz, Allah yang Mahakuat lagi Mahaperkasa. Bukankah doktrin hidup orang yang beriman adalah bismillahi tawakkaltu’alallah la haula•wala quwwata illa billah (Dengan nama Allah, aku berserah diri kepada Allah. Tidak ada daya dan kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah)? Sedangkan doa serta amal-amal ibadah adalah jambatan mengenal kekuatan Allah yang Mahakuat lagi Mahaperkasa. Sementara itu, Allah telah menjamin bahawa doa-doa mereka akan dikabulkan.

Subhanallah.

gravatar

Tutuplah Keaiban Saudaramu

"Sesungguhnya orang-orang yang ingin agar (berita) perbuatan yang amat keji itu tersiar di kalangan orang-orang yang beriman, bagi mereka azab yang pedih di dunia dan di akhirat. Dan Allah mengetahui, sedang, kamu tidak mengetahui." (24:19)

Ikhwahfillah rahimakumullah...

Allah amat murka kepada mereka yang menyebarkan keaiban di dalam masyarakat. Sehingga disebabkan mereka maka masyarakat menganggap kejahatan itu merupakan suatu yang biasa dan masyarakat merasa tidak aman daripada buah mulut orang lain. Kerana itulah Allah SWT mengharamkan mengumpat sebagaimana yang difirmankan di dalam ayat berikut:

"Hai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan dari prasangka, sesungguhnya sebahagian prasangka itu adalah dosa dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan orang lain dan janganlah sebahagian kamu mengumpat sebahagian yang lain. Suka kah salah seorang di antara kamu memakan daging saudaranya yang sudah mati? Maka tentulah kamu merasa jijik kepadanya. Dan bertakwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Penerima taubat lagi Maha Penyayang." (49:12)

Keaiban kadangkala dianggap suatu yang baik untuk dikongsi di atas banyak sebab, antaranya untuk melepaskan tekanan perasaan, untuk menimbulkan rasa insaf, sebagai pelajaran bagi orang lain, untuk menjadikan diri dipandang mulia, memberi alasan dan sebagainya. Atas apa alasan pun, membocorkan keaiban merupakan suatu yang dilarang oleh Allah dan Rasul. Rasulullah SAW bersabda:

"Seorang Muslim itu saudara bagi Muslim yang lain. Dia tidak menganiayanya dan tidak pula membiarkan dia teraniaya. Siapa yang menolong keperluan saudaranya maka Allah akan menolong keperluannya pula. Siapa yang menghilangkan kesusahan seorang Muslim, Allah akan menghilangkan kesusahannya di hari kiamat. Dan siapa yang menutup keaiban seorang Muslim, maka Allah SWT akan menutup keaibannya di hari akhirat." (HR Bukhari)

Siapa yang merosakkan nama baik atau harta benda orang lain, maka minta maaflah kepadanya sekarang ini, sebelum datang hari di mana mata wang tidak laku lagi. Kalau ia mempunyai amal baik, sebahagian dari amal itu akan diambil sesuai dengan kadar aniaya yang dilakukannya. Seandainya ia tidak mempunyai amal baik maka dosa orang lain itu diambil dan ditambahkan kepada dosanya." (HR Bukhari)

"Tiada seorang yang menutupi aurat( keaiban) orang di dunia, melainkan Allah akan menutupi keaibannya di hari kiamat." (HR Muslim)

Bahkan, keaiban yang dilarang untuk diceritakan itu bukan cuma keaiban orang lain. Keaiban diri sendiri juga harus dan perlu ditutup oleh setiap orang. Rasulullah SAW bersabda:

"Semua umat ku selamat kecuali orang yang terang-terangan melakukan dosa. Dan termasuk terang-terangan itu adalah seorang yang melakukan dosa di waktu malam gelap mendadak pagi-pagi diceritakan kepada orang lain. Padahal semalam Allah telah menutupi dosanya itu tetapi setelah paginya dia membuka apa yang Allah tutup itu." (HR Bukhari dan Muslim)

Keburukan dan kelemahan seseorang yang disebar-sebarkan akan menimbulkan perpecahan dan sangka buruk di dalam masyarakat. Perasaan ukhuwwah akan hilang dan digantikan dengan perasaan benci-membenci dan saling menaruh perasaan dendam. Biasanya seseorang yang membuka keaiban diri kepada orang lain akan menggoda orang yang mendengar untuk membuka keaiban dirinya pula untuk memberi nasihat atau sekadar balasan perkongsian tadi. Kalau tidak pun orang yang mendengar akan mula berburuk sangka atau termotivasi untuk melakukan perbuatan yang sama.

Seandainya keaiban tadi adalah keaiban orang lain pula, maka itu sudah masuk ke dalam kategori mengumpat dan seperti yang Allah fimankan tadi, perbuatan itu diumpamakan sperti memakan daging saudara kita yang telah mati. Jelas perbuatan ini merupakan punca perpecahan dan perbalahan sesama muslim. Bahkan, seperti juga membuka aib sendiri, membuka keaiban orang lain juga memotivasi orang yang mendengar untuk berkongsi keaiban orang lain yang dia ketahui juga. Maka tersebar luaslah keburukan dan keaiban di dalam masyarakat sehingga terbuka luaslah pintu-pintu kehancuran, fitnah dan perpecahan di dalam masyarakat.

Setiap orang mempunyai keaiban dan tidak ada seorang pun yang terlepas dari melakukan kesalahan. Rasulullah SAW bersabda, "Setiap daripada kamu adalah orang yang berbuat salah, dan sebaik-baik orang yang berbuat salah adalah orang yang bertaubat."( HR Ahmad). Maka, selagi mana perbuatannya itu tidak dilakukan secara terang terangan maka perlakuan itu haruslah dirahsiakan dan dia tidak dihukum disebabkan dosanya itu.

Dari Umar bin Khattab ra, katanya "Manusia pada zaman Rasulullah SAW berhukum dgn dasar wahyu, dan sekarang wahyu telah tidak turun lagi, sekarang kamu kami hukum dengan menurut apa yang nyata bagi kami tentang kerja mu. Barang siapa yang nyata bagi kami baik, kami amankan dan kami benarkan. Kami tiada mengetahui sesuatu yang dirahsiakan, hanya tuhan yang menghitung yang dirahsiakannya itu. Siapa yang nyata bagi kami jahat, tidak kami amankan dan tidak kami benarkan, walaupun dia mengatakan bahawa yang dirahsiakan hatinya baik. (HR Bukhari)

Bahkan barangsiapa yang melakukan kesalahan yang sepatutnya dijatuhi hukuman hudud sekalipun ke atasnya, lalu Allah menutupi keaibannya itu, maka dia seharusnya menyembunyikan keaibannya itu lalu bersungguh-sungguh bertaubat kepada Allah SWT. Rasulullah SAW bersabda:

"Barangsiapa yang melakukan kesalahan hudud lalu disegerakan hukumannya di atas dunia, maka adalah Allah terlalu adil untuk mengenakan padanya hukuman kali kedua di akhirat. Barang siapa yang melakukan kesalahan hudud lalu kesalahannya ditutup oleh Allah SWT, sehingga dia terlepas darinya, maka Allah adalah teramat pemurah untuk menghukum orang yang telah dilepaskan dari hukuman oleh-Nya." (HR Ahmad, dia berkata hasan gharib. Al-Hakim, dia berkata sahih menurut persyaratan Bukhari dan Muslim)

Prof. Dr. Yusuf al-Qardhowi menulis di dalam bukunya Taubat bahawa seseorang yang melakukan dosa-dosa seperti zina, minum arak, dan sebagainya yang tidak melibatkan kezaliman terhadap orang lain, maka dia harus menyembunyikan kesalahannya itu. Tidak perlu diakui di hadapan pemerintah dan mintak untuk dihukum kerana Allah telah menutupi kesalahannya. Akan tetapi seandainya dia tetap ingin mengakui kesalahannya di hadapan pemerintah maka itu juga tidak mengapa.

Termasuklah di sini, seseorang yang menyaksikan perbuatan zina atau seumpamanya, sedangkan tidak cukup saksi. Maka seharusnya dia tidak melaporkan kejadian tersebut dan tetap merahsiakannya. Seandainya dia tetap melaporkan kejadian tersebut, maka dialah yang akan menerima hukuman 80 sebatan.

Prinsip ini jelas berbeza daripada teori kaunseling barat yang meminta orang yang di kaunseling untuk membuka seluas-luasnya seluruh cerita mengenai dirinya. Kita disuruh untuk memendam seluruh keaiban diri.

Persoalan timbul, bagaimanakah caranya untuk mencari jalan keluar dari sesuatu permasalahan seandainya masalah tidak dapat dikongsi. Jawapannya, mungkin soalan tadi dapat kita umumkan dan tidak kita kaitkan dengan mana-mana peribadi. Begitu juga dengan cara menegur, boleh menggunakan kaedah yang umum supaya keaiban pihak yang ditujukan teguran itu ditutup.

Mungkin ada yang masih berhujah, bagaimana kalau teguran secara umum tadi tidak berkesan? Perlu diingat, ada orang yang melakukan maksiat kerana dia tidak tahu, ada yang melakukannya kerana terlupa atau terlalai dan ada juga yang melakukannya disebabkan tidak tahan. Orang yang melakukan dosa disebabkan dia tidak mampu menahan godaan tadi, sedangkan dia tahu perbuatan itu merupakan dosa, dan dia cuba sedaya-upaya untuk menyembunyikan keaibannya itu, maka dosanya adalah dengan Allah SWT dan hak dia adalah keaibannya itu dilindungi seandainya secara tidak sengaja terbongkar.

Rasulullah SAW bersabda: "Demi Allah ia tidak beriman, Demi Allah ia tidak beriman, Demi Allah ia tidak beriman." Orang bertanya, "Siapakah orang itu wahai Rasulullah?" Rasul menjawab, "Orang yang tidak aman jiran tetangganya kerana kejahatannya." (HR Bukhari)

Mudah-mudahan kita tidak termasuk di dalam golongan yang menyebabkan tetangga kita merasa tidak aman dari kejahatan kita. Bayangkan suasana tempat tinggal yang kita berasa tidak aman dari tersebarnya keaiban diri kita. Tentu tidak selesa bukan?

Bertapa indahnya sistem kemasyarakatan yang telah Allah SWT buat untuk kita. Dilarang menzalimi, dilarang mendedahkan keaiban diri sendiri dan orang lain, dilarang mencari-cari kesalahan, dilarang mengumpat, dianjurkan saling memberi hadiah, dianjurkan menyebarkan salam, disuruh mendoakan orang yang bersin, disuruh memberi salam dan pelbagai lagi sarana yang Allah SWT tunjukkan pada kita dalam rangka mewujudkan masyarakat saling sayang-menyayangi dan kasih-mengasihi. Rasulullah SAW bersabda:

"Tuhan menciptakan rasa kasih sayang itu seratus bahagian. Sembilan puluh sembilan dari padanya disimpan di sisi-Nya. Satu bahagian sahaja yang diturunkannya ke duna. Dengan kasih sayang itulah para makhluk saling berkasih sayang, sehingga kuda mengangkat kakinya kerana takut anaknya terinjak." (HR Bukhari)

"Siapa yang tidak mencintai tidak akan dicintai." (HR Bukhari)

"Anda lihat orang-orang yang beriman itu dalam kasih mengasihi, saling cinta-mencintai dan saling tolong-menolong, seperti sebatang tubuh. Kalau ada satu anggota badan yang sakit, maka seluruh tubuh akan ikut menderita tidak dapat tidur dan kepanasan." (HR Bukhari)

Benarlah firman-Nya:

"Dan Yang mempersatukan hati mereka (orang-orang yang beriman). Walaupun kamu membelanjakan semua (kekayaan) yang berada di bumi, niscaya kamu tidak dapat mempersatukan hati mereka, akan tetapi Allah telah mempersatukan hati mereka. Sesungguhnya Dia Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana." (8:63)

Seandainya kita membelanjakan seluruh kekayaan yang ada di langit dan di bumi sekalipun, tak akan pernah terjadinya penyatuan hati antara dua orang sekalipun. Akan tetapi dengan berpandukan sistem yang dia turunkan dan ajaran yang Da ajarkanlah, maka lahirlah suatu kaum yang tak pernah di kenal dan tak pernah terbayang oleh manusia lantaran terlalu dalamnya kecintaan di antara sesama mereka.

Mereka ibarat satu tubuh, tidak pernah terlintas untuk menyakiti tubuh yang lain. Tidak pernah terlintas untuk membiarkan tubuh yang lain. Tidak pernah menghina dan mencaci tubuh yang lain. Tidak pernah hilang kerjasama di antara mereka. Tidak pernah diam suatu anggota melihat anggota lain terzalimi. Begitulah kuat dan kukuhnya perhubungan di antara mereka.