Like My Facebook Page

Anda follow blog saya, saya akan follow blog anda kembali. =)

Tazkiyatun Nafs

Satu persoalan timbul dalam benakku,“ Layakkah kita menagih cinta insan seandainya cinta Tuhan belum tergapai?Sedangkan cinta Allah adalah segalanya, cinta Rasul lambang cinta kepada-Nya, cinta ibu bapa tulus selamanya, cinta saudara ukhwah kerana-Nya dan cinta pada’nya’ pelengkap kasih-Nya…Hamparkanlah cinta kepada Yang Selayaknya..Jadi,jika mengharap cinta sejati, dambalah kasih Ilahi, itulah cinta hakiki..tepuk dada, tanya iman, tanya akal fikiran, tanya hati, tanya diri sendiri…Sejauh manakah taraf cinta kita ini? ”
gravatar

Petua agar hidup lebih bahagia

Petua Agar Hidup Lebih Bahagia


SETIAP orang mengimpikan hidup yang bahagia. Namun bukan semua orang bernasib baik. Masih belum bertemu kebahagiaan yang dicaricari. Salah satu cara untuk mencapai kebahagiaan ialah memiliki hubungan baik dengan mereka yang berada di sekeliling kita.

Untuk mendapatkan hidup yan lebih sihat dan bahagia, jalinkanlah hubungan baik dengan sesiapa sahaja, iaitu mulakan dengan diri sendiri, keluarga, pasangan, dan rakan-rakan. Alangkah indahnya hidup ini sekiranya kita mempunyai hubungan baik dan mesra dengan sesiapa sahaja di sekeliling kita. Hidup menjadi lebih sempurna.


Setiap pagi, telinga kita mendengar sapaan mesra dan mata melihat senyuman manis daripada pasangan, keluarga dan rakan-rakan. Menjalin dan membina hubungan baik dan mesra bukanlah sesuatu yang mudah tetapi bukan juga sesuatu yang terlalu sukar untuk dilakukan. Bagaimanakah harus anda memulakan langkah untuk menuju ke arah itu agar hidup ini lebih bermakna?

Diri Sendiri
Berteman dengan Diri Sendiri

Menjadi teman yang baik kepada diri sendiri merupakan langkah pertama memiliki hubungan yang sihat. Katakan pada diri sendiri, “Saya suka pada diri saya seadanya.” Katakan dengan sekerap mungkin. Layan diri anda dengan istimewa, orang lain akan melihat anda sebagai seorang yang istimewa juga. Perlakuan mereka terhadap anda merupakan cermin perasaan anda terhadap diri sendiri.

Cipta Keseimbangan

Jangan berharap seseorang, baik pasangan mahupun rakan-rakan dapat memuaskan semua kehendak emosi anda. Jika anda berharap seseorang dapat menjadi kawan, orang yang dipercayai, pasangan jiwa sekali gus penasihat, dan setiap saat dapat membahagiakan anda, maka bersiaplah untuk menghadapi kerenggangan hubungan. Variasi dalam perhubungan akan menjadikan hubungan lebih baik biarpun tidak seperti yang anda harapkan.

Belajar Meminta Maaf

Meminta maaf perlu sesuai dengan caranya. Untuk menjadikan permintaan maaf anda diterima dengan ikhlas, terdapat tiga perkara yang perlu anda lakukan:

1. Luahkan penyesalan anda, tunjukkan keikhlasan dengan tindakan. Berani memikul tanggungjawab akibat tindakan anda.

2. Jangan membuat alasan untuk diri anda sendiri atau menyalahkan orang lain

3. Cadangkan cara untuk memperbaiki kesalahan. Anda memang tidak dapat mengulang masa lalu, namun anda boleh mencuba untuk memperbaiki kesilapan yang telah terjadi. Berjanjilah anda akan melakukan sesuatu agar hal tersebut tidak akan berulang lagi.

Cubalah bersungguh-sungguh memaafkan

Sekiranya anda berani meminta maaf, anda juga harus berani memaafkan. Menerima permintaan maaf orang lain dengan hati yang ikhlas akan membuatkan hati anda lebih tenang. Lakukan perkara berikut :

- Harapan. Katakan pada orang yang meminta maaf tentang harapan anda terhadap dirinya.

- Sabar. Anda perlu menerima dengan baik sekiranya situasi yang terjadi tidak seperti yang diharapkan.

- Ketegasan. Lakukan sesuatu yang bermanfaat untuk memperbaiki hubungan pada masa depan. Anda bolehlah mengajak teman yang pernah menyakiti anda untuk berbincang dan membuat persetujuan untuk ‘melupakan’ masa lalu.

- Jangka panjang. Daripada anda terus mengingat-ingat kesalahan orang lain, lebih baik anda fokuskan diri untuk mencapai tujuan masa depan dengan lebih baik.

gravatar

10 Amalan Terbalik Di Akhir Zaman

Marilah kita bermuhasabah atau menilai dan menghitung kembali tentang
amalan harian kita. Kadang-kadang kita akan dapati amalan kita adalah
terbalik atau bertentangan dari apa yang patut dilakukan dan dituntut
oleh Islam. Mungkin kita tidak sedar atau telah dilalaikan atau
terikut-ikut dengan budaya hidup orang lain. Perhatikan apa yang dipaparkan
dibawah sebagai contoh amalan yang terbalik:-
1. Amalan kenduri arwah beberapa malam yang dilakukan oleh keluarga
simati selepas sesuatu kematian (malam pertama, kedua, ketiga, ketujuh
dan seterusnya) adalah terbalik dari apa yang dianjurkan oleh Rasulullah
di mana Rasulullah telah menganjurkan jiran tetangga memasak makanan
untuk keluarga simati untuk meringankan kesusahan dan kesedihan mereka.
Keluarga tersebut telah ditimpa kesedihan, terpaksa pula menyedia
makanan dan belanja untuk mereka yang datang membaca tahlil. Tidakkah
mereka yang hadir makankenduri tersebut khuatir kalau-kalau mereka
termakan harta anak yatim yang ditinggalkan oleh simati atau harta
peninggalan simati yang belum dibahagikan kepada yang berhak menurut Islam?
2. Kalau hadir ke kenduri walimatul urus (kenduri kahwin) orang kerap
salam berisi (hadiah wang yang diberi semasa bersalam). Kalau tak ada
duit nak dikepit dalam tangan, maka segan ia nak pergi makan kenduri.
Tetapi kalau ia menziarah orang mati, tidak segan pula salam tak berisi.
Sepatutnya kalau menziarah keluarga si matilah kita patut memberi
sedekah. Kalau ke kenduri kahwin, tak bagi pun tak apa kerana tuan rumah
panggil untuk diberi makan bukan untuk ia menambah pendapatan.
3. Ketika menghadiri majlis pemimpin negara kita berpakaian cantik
kemas dan segak tetapi bila mengadap Allah baik di rumah maupun di
masjid, pakaian lebih kurang saja bahkan ada yang tak berbaju. Tidakkah ini
suatu perbuatan yang terbalik.
4. Kalau menjadi tetamu di rumah orang dan di beri jamuan, kita rasa
segan nak makan sampai habis apa yang dihidangkan kerana rasa segan dan
malu, sedangkan yang dituntut dibanyakkan makan dan dihabiskan apa yang
dihidang supaya tuan rumah rasa gembira dan tidak membazir.
5. Kalau bersolat sunat di masjid amat rajin, tapi kalau di rumah,
sangat malas. Sedangkan sebaik-baiknya solat sunat banyak dilakukan di
rumah seperti yang dianjurkan oleh Rasulullah untuk mengelakkan rasa
riak.
6. Bulan puasa adalah bulan mendidik nafsu termasuk nafsu makan yang
berlebihan tetapi kebanyakan orang mengaku bahawa dalam carta
perbelanjaan setiap rumah orang Islam akan kita dapati perbelanjaan di bulan
puasa adalah yang tertinggi dalam setahun. Sedangkan sepatutnya
perbelanjaan di bulan puasa yang terendah. Bukankah terbalik amalan kita?
7. Kalau nak mengerjakan haji, kebanyakan orang akan membuat kenduri
sebelum bertolak ke Mekah dan apabila balik dari Mekah tak buat kenduri
pun. Anjuran berkenduri dalam Islam antaranya ialah kerana selamat dari
bermusafir, maka dibuat kenduri, bukan kerana nak bermusafir, maka
dibuat kenduri. Bukankah amalan ini terbalik? Atau kita mempunyai tujuan
lain.
8. Semua ibubapa amat bimbang kalau-kalau anak mereka gagal dalam
periksa. Maka dihantarlah ke kelas tuisyen walau pun banyak belanjanya.
Tapi kalau anak tak boleh baca Quran atau solat, tak bimbang pula bahkan
tak mahu hantar tuisyen baca Quran atau kelas khas mempelajari Islam.
Kalau guru tuisyen sanggup dibayar sebulan RM20.00 satu pelajaran 8 kali
hadir tapi kepada Tok Guru Quran nak bayar RM15.00 sebulan 20 kali
hadir belajar pun menggeletar tangan.Bukankah terbalik amalan kita? Kita
sepatutnya lebih berbimbang jika anak tidak dapat baca Al Quran atau
bersolat dari tidak lulus periksa.
9. Kalau bekerja mengejar rezeki Allah tak kira siang malam, pagi
petang, mesti pergi kerja. Hujan atau ribut tetap diharungi kerana hendak
mematuhi peraturan kerja. Tapi ke rumah Allah (masjid) tak hujan, tak
panas, tak ribut pun tetap tak datang ke masjid. Sungguh tak malu
manusia begini, rezeki Allah diminta tapi nak ke rumahNya segan dan malas.
10. Seorang isteri kalau nak keluar rumah samada dengan suami atau
tidak, bukan main lagi berhias. Tetapi kalau duduk di rumah, masyaAllah.
Sedangkan yang dituntut seorang isteri itu berhias untuk suaminya, bukan
berhias untuk orang lain. Perbuatan amalan yang terbalik ini membuatkan
rumahtangga kurang bahagia.
Cukup dengan contoh-contoh di atas. Marilah kita berlapang dada
menerima hakikat sebenarnya. Marilah kita beralih kepada kebenaraan agar hidup
kita menurut landasan dan ajaran Islam yang sebenar bukan yang digubah
mengikut selera kita. Allah yang mencipta kita maka biarlah Allah yang
menentukan peraturan hidup kita.
Sabda Rasullullah SAW: "Sampaikanlah dariku walaupun satu ayat."
(Riwayat Bukhari)

gravatar

Akibat banyak tidur???

Terlalu banyak tidur atau tidur lebih dari lapan jam sehari tak hanya akan membuat Anda dicap sebagai pemalas tapi juga membuat Anda cepat mati. Wah....!
Penelitian yang dilakukan oleh Institusi American Cancer Society ini melibatkan 1000 orang relawan dari beberapa negara bagian di Amerika, dan berhasil mengungkapkan bahwa orang yang tidur lapan jam sehari ternyata berisiko 12% meninggal lebih cepat. Risiko ini meningkat menjadi 17% pada orang-orang yang tidur sembilan jam sehari. Risiko kematian yang paling besar terjadi pada seseorang yang tidurnya mencapai sepuluh jam sehari, yaitu mencapai 34%.

Mengapa tidur lebih dari lapan jam sehari tidak dianjurkan? Profesor Daniel F. Kripke, salah seorang peneliti mengatakan bahwa terlalu banyak tidur sama seperti terlalu banyak makan. Tubuh tidak memerlukan lebih dari yang ia perlukan, terlalu banyak tidur hanya akan membuat organ tubuh melemah. "Sebaiknya setiap orang mempunyai kebiasaan tidur 6,5 jam sehari, tapi harus tidur yang berkualiti. "Tak ada alasan untuk menambah jam tidur, tubuh akan memberitahu kita berapa banyak jam yang ia perlukan untuk beristirahat, " ujar Prof... Daniel.


Jadi, merujuk pada penelitian di atas maka dapat diambil kesimpulan bahwa tidur tujuh jam sehari adalah yang terbaik. Penelitian tersebut menunjukkan bahwa tubuh paling merasa nyaman jika hanya tidur selama tujuh jam. Tak masalah juga jika tidur kurang dari tujuh jam sehari. Misalnya, enam atau lima jam sehari. "Tapi ingat, tidak baik bagi kesehatan apabila Anda terus menerus tidur kurang dari lima jam sehari dalam waktu yang cukup lama," ujar Prof. Daniel mengingatkan.

"Kalau selama ini Anda tidur lebih dari yang diperlukan oleh tubuh, maka mulai sekarang hilangkan kebiasaan tersebut. Tidurlah yang berkualiti dan yakinlah bahwa tidur selama tujuh jam sehari telah mencukupi dan membawa impak yang positif bagi kesehatan Anda," ujarnya.

gravatar

Pokok Gharqad (Pokok Yahudi)


Hanya menyampaikan. ....

kalau sapa 2 yang nampak pokok Gharqad ada di tanam di Malaysia nie....harap- harap dapat panggil majlis suroh tebang ok.... Nama lain African boxthorn.

"Hadith sahih riwayat Al-Bukhari dan Muslim:
"Tidak akan berlaku kiamat sehinggalah orang-umat Islam berperang dengan orang-orang Yahudi (di sebuah tempat)...

Orang-umat Islam akan membunuh mereka beramai-ramai sehinggakan apabila mereka
bersembunyi di sebalik batu dan pokok, tiba-tiba pokok-pokok dan batu-batu itu bersuara menjerit memanggil umat Islam agar membunuh orang-orang Yahudi itu, kecuali pokok 'Gharqad', kerana ia adalah pokok Yahudi". Dengan masa yang agak singkat, beliau menceritakan akan gementarnya puak-puak yahudi tentang kebenaran hadith ini, maka dengan rancaknya mereka sekian lama mencari tapak untuk menanam pokok-pokok gharqad ini, dan kini telah ditanam secara meluas di tanah palestin. betapa gilanya orang yahudi ini, yang menentang orang islam, tetapi dalam masa yang sama mempercayai kesahihan hadith ini.

Entah kenapa, hati aku teramat tertarik dengan hadith ini. selepas solat terawih, aku masuk ke dunia cyber ini, mencari maklumat mengenai perkara berkaitan dengan hadith tersebut. Banyak artikel yang terdapat dalam internet yang aku jumpa mengenai pokok gharqad ini, ianya juga dikenali dengan nama boxthorn.

Dalam banyak-banyak halaman internet yang paling menarik perhatian aku ialah halaman kerajaan yahudi ini sendiri di israel. Halaman ini ialah Jewish National Fund.(
http://www.jnf. org/ dari maklumat yang ada di halaman itu, yahudi ini ada satu dana kebangsaan yahudi yang khas untuk penanaman pokok!!!

Bayangkan, satu dana kebangsaan khas untuk tujuan tersebut di samping TUJUAN UTAMAnya adalah mencari tanah untuk puak-puak yahudi ini tinggal. jnf.org ini juga menyatakan mereka telah berjaya menanam sebanyak 220 juta pokok dan projek2 lain.

wallahualam la pokok apa yg ditanam sebanyak 220 juta itu. tetapi jika benar, pokok gharqab ini yang ditanam mereka, maka sahlah yahudi ini sememangnya mengakui kebenaran Islam tetapi tetap menentang Islam."