Like My Facebook Page

Anda follow blog saya, saya akan follow blog anda kembali. =)

Tazkiyatun Nafs

Satu persoalan timbul dalam benakku,“ Layakkah kita menagih cinta insan seandainya cinta Tuhan belum tergapai?Sedangkan cinta Allah adalah segalanya, cinta Rasul lambang cinta kepada-Nya, cinta ibu bapa tulus selamanya, cinta saudara ukhwah kerana-Nya dan cinta pada’nya’ pelengkap kasih-Nya…Hamparkanlah cinta kepada Yang Selayaknya..Jadi,jika mengharap cinta sejati, dambalah kasih Ilahi, itulah cinta hakiki..tepuk dada, tanya iman, tanya akal fikiran, tanya hati, tanya diri sendiri…Sejauh manakah taraf cinta kita ini? ”
gravatar

Air Mata.. Gugurlah..!!!



Gugurlah engkau kerana TAKUTku pada YANG ESA
Gugurlah engkau kerana TAKUTku pada AZAB DI ALAM BAQA
Gugurlah engkau kerana TAKUTku pada AZAB NERAKA
Gugurlah engkau kerana TAKUTku menghadapi DASYATNYA AKHIRAT SANA
Gugurlah engkau kala KEINSAFAN di atas segala DOSA-DOSA
Gugurlah engkau kala RASA HINANYA diriku di sisi YANG MAHA ESA
Gugurlah engkau kala ku MEMOHON diampun DOSA DAN ALPA
Gugurlah engkau kala ku MERAYU taubatku DITERIMA
Gugurlah engkau kala kumemohon PETUNJUK-NYA
Gugurlah engkau kala kumemohon segala BANTUA-NYA
Gugurlah engkau kala ku memohon mati dalam RAHMAT-NYA
Gugurlah engkau kala kumemohon menghuni SYURGA-NYA
Gugurlah engkau kala kumengharap REDHA-NYA
Gugurlah engkau kala kumengharap CINTA-NYA
Gugurlah engkau kala kurindu pada PENCIPTA ku YANG NYATA
Gugurlah engkau kala kurindu HAMPIR PADA-NYA
Gugurlah engkau kala ku rindu pada KEKASIH-NYA
Gugurlah engkau kala ku SUJUD pada yang Kuasa
Gugurlah engkau kala ku TADABBUR Kalam yang Esa
Gugurlah engkau kala ku ZIKIR pada Yang Kuasa
Gugurlah engkau kerana YANG ESA

Kerana kuingin setiap titismu menjadi PEMBELA ku
Kerana kuingin setiap titismu menjadi SAKSI ku
Kerana kuingin setiap titismu PENYELAMAT diriku
Kerana kungin setiap titismu MEMBAWA ku KESYURGA idamanku
Kerana kuingin setiap titismu ku DAPAT MELIHAT wajah Rabbku..
Kerana kuingin setiap titismu BAWA BAHAGIA ABADI buatku
WALAU ENGKAU HANYA SETITIS AIR MATA MEMBASAHI PIPIKU...
Namun Nilainya hanya Tuhan sahaja yang tahu..............