Like My Facebook Page

Anda follow blog saya, saya akan follow blog anda kembali. =)

Tazkiyatun Nafs

Satu persoalan timbul dalam benakku,“ Layakkah kita menagih cinta insan seandainya cinta Tuhan belum tergapai?Sedangkan cinta Allah adalah segalanya, cinta Rasul lambang cinta kepada-Nya, cinta ibu bapa tulus selamanya, cinta saudara ukhwah kerana-Nya dan cinta pada’nya’ pelengkap kasih-Nya…Hamparkanlah cinta kepada Yang Selayaknya..Jadi,jika mengharap cinta sejati, dambalah kasih Ilahi, itulah cinta hakiki..tepuk dada, tanya iman, tanya akal fikiran, tanya hati, tanya diri sendiri…Sejauh manakah taraf cinta kita ini? ”
gravatar

Zaman Nabi s.a.w tiada hospital, tiada penjara, tiada universiti.. kenapa?



Tiada hospital kerana tiada orang sakit, jika ada pun mereka akan solat sunat 2 rakaat dan penyakit akan sembuh, kenapa? kerana mereka punya pegangan iman yang sangat kuat, yakni Allah menyembuhkan, bukannya ubatan, jika tak sembuh, mereka akan redha dan anggap kesakitan itu kafarah dosa..

Tiada penjara kerana susah nak jumpa orang buat perkara dilarang, kerana iman mereka sangat tinggi dalam mentauhidkan Allah dan hukum Allah digunapakai. Jika ada pun tawanan perang yang beberapa hari kemudian akan peluk Islam..

Tiada universiti kerana semua akan belajar di Masjid Nabi s.a.w segala ilmu Allah..

Ada pemimpin pulak kata...

'ZAMAN NABI (s.a.w) TAK ADA PISAU CUKUR, SEBAB ITU NABI (s.a.w) TAK CUKUR JANGGUT!'

Zaman ini pulak ada orang berpengaruh kata..

'ANDAINYA HUDUD DIJALANKAN, NESCAYA KITA TAK CUKUP BATU NAK BUAT JALAN'... Terfikir pulak, rupanya pada pandangan beliau, rakyat Malaysia ni ramai yang jahat dan pasti direjam jika hudud dijalankan!

Berhati-hatilah selalu dan perbanyakkanlah berzikir dan mengingati Allah supaya kita tidak tergolongan didalam 72 golongan yang akan ke neraka kelak.hanya 1 golongan yang akan ke syurga di antara 73 golongan..moga Allah SWT melindungi kita dari termasuk kedalam golongan tersebut..NAUZUBILLAH..

gravatar

Air Mata.. Gugurlah..!!!



Gugurlah engkau kerana TAKUTku pada YANG ESA
Gugurlah engkau kerana TAKUTku pada AZAB DI ALAM BAQA
Gugurlah engkau kerana TAKUTku pada AZAB NERAKA
Gugurlah engkau kerana TAKUTku menghadapi DASYATNYA AKHIRAT SANA
Gugurlah engkau kala KEINSAFAN di atas segala DOSA-DOSA
Gugurlah engkau kala RASA HINANYA diriku di sisi YANG MAHA ESA
Gugurlah engkau kala ku MEMOHON diampun DOSA DAN ALPA
Gugurlah engkau kala ku MERAYU taubatku DITERIMA
Gugurlah engkau kala kumemohon PETUNJUK-NYA
Gugurlah engkau kala kumemohon segala BANTUA-NYA
Gugurlah engkau kala ku memohon mati dalam RAHMAT-NYA
Gugurlah engkau kala kumemohon menghuni SYURGA-NYA
Gugurlah engkau kala kumengharap REDHA-NYA
Gugurlah engkau kala kumengharap CINTA-NYA
Gugurlah engkau kala kurindu pada PENCIPTA ku YANG NYATA
Gugurlah engkau kala kurindu HAMPIR PADA-NYA
Gugurlah engkau kala ku rindu pada KEKASIH-NYA
Gugurlah engkau kala ku SUJUD pada yang Kuasa
Gugurlah engkau kala ku TADABBUR Kalam yang Esa
Gugurlah engkau kala ku ZIKIR pada Yang Kuasa
Gugurlah engkau kerana YANG ESA

Kerana kuingin setiap titismu menjadi PEMBELA ku
Kerana kuingin setiap titismu menjadi SAKSI ku
Kerana kuingin setiap titismu PENYELAMAT diriku
Kerana kungin setiap titismu MEMBAWA ku KESYURGA idamanku
Kerana kuingin setiap titismu ku DAPAT MELIHAT wajah Rabbku..
Kerana kuingin setiap titismu BAWA BAHAGIA ABADI buatku
WALAU ENGKAU HANYA SETITIS AIR MATA MEMBASAHI PIPIKU...
Namun Nilainya hanya Tuhan sahaja yang tahu..............

gravatar

Peringatan buat diri sendiri & sahabat - sahabat FB...



Jenuh dah ustaz / ustazah / sahabat-sahabat bagitau...
Jangan share masalah di facebook .
Jangan letak aksi yang mengAIBkan diri..
Yang lagi tak faham bila share semua hal family / hal kerja / hal2 yang tidak sepatutnya.

Ya Allah, masa taip / masa klik post, tak rasa malu ke?
Kita yang tak share pulak rasa malu tak tau nak cakap...

Ramai pengguna FB berkongsi pautan dari youtube , tanpa mereka sedari apa yang di kongsi di halaman FB Mereka itu adalah perkara2 kemaksiatan.

Contohnya video lagu2 ,dan cerita2 yang lagha. Tahukah anda terdapat gambar2 yang mededahkan AURAT..? Dan selepas itu rakan2 anda juga berkogsi pula pautan dari anda.. Begitulah seterusnya setiap jam ke jam.. Cepatnya Dosa tersebarkan..

Status Facebook pun Allah kira juga..
Jangan ingat Allah itu tidak tahu perkara-perkara online ini.

Maka tulislah status-status yang baik2 & bermanfaat dan tidak pula mencambah dosa.
Moga Facebook itu menjadi sebahagian wasilah kita ke syurgaNya,
Bukan gari yang merantai kita ke nerakaNya.

gravatar

Pengakuan Tentera : "Israel Hancur Jika jemaah Solat Subuh Sebanyak Solat Jumaat"



Seorang ulama besar Pakistan, Syaikh Maulana Tariq Jamil menyampaikan pengalaman da'wahnya ketika pergi da'wah di negri Jordania. ketika di Jordania Beliau pergi ke daerah perbatasan Jordania-Israel. Sampai di daerah perbatasan, ketika rombongannya Syaikh Maulana Tariq Jamil selesai menunaikan solat subuh disalah satu masjid di dekat perbatasan, tiba-tiba seorang tentara Israel dari luar melihat kearah dalam Masjid. Setelah melihat sebentar lalu tentara Israel itu langsung pergi. Maka Syaikh Maulana Tariq Jamil menghampiri tentara Israel itu dan bertanya apa yang dia tadi lakukan.

"Saya hanya ingin melihat berapa jumlah orang Islam yang hadir solat subuh di Masjid,"kata tentara Israel itu. Syaikh Maulana Tariq Jamil sambil keheranan bertanya "kenapa?" Dia pun menjawab "di dalam kitab kami (Kitab Taurat) ada tertulis "Jika diseluruh dunia jumlah orang Islam yang hadir untuk solat subuh berjemaah di masjid sama banyak dengan jumlah jemaah solat Jumat, maka saat itu Israel akan hancur." tetapi ketika tadi saya lihat di masjid jumlah orang Islam yang datang untuk solat subuh berjemaah masih sedikit, maka hati saya tenang, karena umat Islam pasti tidak bisa kalahkan kami."Mendengar pembicaraan ini Syaikh Maulana Tariq Jamil sangat keheranan.

Seperti mana sudah ketahui bahwa solat subuh adalah solat yang paling sulit ditunaikan, karena subuh adalah saat masih gelap, dingin dan saat orang-orang sedang tidur. Jika mana solat subuh bisa ditunaikan maka solat lainnya pastilah akan mudah ditunaikan.

Sebagian besar umat Islam tidak mengetahui pengakuan tentara Israel ini, bahwasanya Israel akan hancur jika jemaah solat subuhnya umat Islam yang hadir sebanyak solat Jumat.

Orang Yahudi selalu berusaha dengan berbagai cara supaya umat Islam bisa meninggalkan Solat 5 waktunya. Karena orang Yahudi faham jika mana Orang Islam meninggalkan solat fardhunya maka ALLAH SWT pasti tidak akan menolong umat Islam. Sehingga semua usaha umat Islam untuk membela Palestina selalu mengalami kegagalan.

gravatar

Tipu Daya Syaitan Ketika Kita Ingin Beribadat

Ketahuilah tipu daya syaitan kepada kita ketika kita ingin melakukan ibadat :

1- Apabila kita nak buat ibadat syaitan akan melarang kita, katanya " jangan kamu lakukan" maka kata padanya " aku perlu mencari bekalan akhirat".Kalau kita berjaya.

2- Syaitan akan cuba menangguhkan ibadat kita,katanya " nanti dulu,kita masih muda lagi nanti tua kita beribadatlah", maka katakan padanya " Kematianku bukan ditanganmu, aku takut mati dalam keadaan menangguhkan amal".kalau kita berjaya.

3- Syaitan akan galakkan kita buat ibadat banyak2,katanya "cepatlah buat amal agar boleh buat banyak2 amal" maka katakan padanya "Amal yg sedikit lagi sempurna lebih baik dari banyak tapi tak sempurna".kalau kita berjaya.

4- Syaitan akan suruh pula buat amalan yg sempurna agar dilihat oleh orang ibadatnya elok.katakan padanya " Ibadatku hanya dinilai oleh Allah bukannya manusia".kalau kita berjaya.

5- Syaitan akan puji ibadat kita biar kita rasa ujub dalam ibadat kita katanya " Tinggi darjatmu kamu orang terpilih disisi Allah"katakan padanya "Semua keagungan hanya milik Allah, Allahlah yg menentukan darjat manusia, semua ibadatku adalah taufik dari Allah, sekiranya tanpa taufik-Nya apakah erti amalanku jika dibandingkan dgn ibadatku yg bercampur dgn dosaku yg banyak".kalau kita berjaya.

6- Jika dia gagal lagi,Syaitan akan berkata " Bersungguh2lah buat ibadat secara sembunyi, nanti Allah akan memberitahu orang lain bahawa kamu orang ikhlas".Ini boleh menyebabkan kita merasakan diri kita sudah baik dan ikhlas. Katakan padanya " Hei laknat, engkau tak henti2 mengodaku dgn berpura2 menyuruh aku mengelokkan ibadat sedangkan engkau mahu merosakkan ibadatku,jika dikehendaki Allah, dialah yg menzahirkan hambanya ikhlas atau tidak, aku tidak kira amalan aku dilihat orang atau tidak, itu bukan urusan manusia".

7- Gagal cara itu, syaitan akan berkata " Hai manusia jgn engkau menyusahkan dirimu, segalanya telah ditetapkan pada azali, kalau syurga tetap bahgia walau ibadat sikit, kalau neraka tetap neraka walau ibadat banyak sekalipun".katakan padanya " Aku hamba Allah, wajib mengikut perintah Allah, sekiranya aku masuk neraka dalam keadaan taat lebih aku sukai daripada masuk neraka dalam keadaan maksiat"

Semoga Allah merahmati kita, sesungguhnya tipudaya syaitan amat banyak utk kita lalui, nasihat ustaz carilah guru mursyid agar selamat dunia akhirat.

Rujukan Minhajul Abidin Imam Al Ghazali.

gravatar

Apa Itu Nikah Gantung?


Nikah gantung (atau dalam Bahasa Arab disebut Nikah Khitbah) sebenarnya bermaksud pernikahan di mana pasangan pengantin tidak duduk serumah dalam satu-satu tempoh yang ditetapkan hasil persetujuan bersama kedua-dua belah pihak. Tanggungjawab pemberian nafkah oleh suami kepada isteri juga diringankan dan boleh dilepaskan.

Dalam kata lain, majlis akad nikah diadakan terlebih dahulu tapi majlis kenduri kahwin (walimatul urus) diadakan kemudian. Penangguhan majlis kenduri kahwin tersebut boleh hingga menjangkau tempoh bertahun-tahun lamanya.

Akan tetapi rukun-rukun perkahwinan seperti biasa perlu diikuti iaitu perlu ada suami, isteri, wali, saksi dan akad (Ijab Qabul). Tidak ketinggalan juga maskahwin pun perlu dibayar. Untuk hantaran boleh ditanggunhkan dulu.

Sebab-sebab biasa nikah gantung ini dibuat adalah seperti:

Suami masih tidak mampu menyara sepenuhnya kos hidup isteri seperti rumah sewa, pakaian dan sebagainya.
Pasangan masih lagi menuntut dan masih belajar.
Belum bersedia memberi komitmen sepenuhnya dalam menunaikan tanggungjawab berumahtangga.
Setelah majlis akad nikah berlangsung, kedua-dua pasangan perlu tinggal secara berasingan sehingga benar-benar bersedia untuk memikul tanggungjawab sebagai suami dan isteri. Pada kebiasaannya pasangan ini akan tinggal di rumah ibubapa masing-masing.

Tujuan utama nikah gantung ini dilakukan ialah bagi mengelakkan berlakunya penzinaan dan kelahiran anak luar nikah. Setelah kedua-dua pasangan ini melalui nikah gantung, mereka boleh bertemu, berdating, dan bermesra. Malah jika melakukan seks pun hingga melahirkan anak ianya tidak salah dan tidak haram. Anak yang mereka lahirkan itu adalah sah hukumnya.

Walaupun mereka nikah gantung, mereka adalah pasangan suami-isteri yang sah di sisi agama Islam dan undang-undang Kerajaan Malaysia.

Dari sini anda dapat lihat bahawa kesucian institusi kekeluargaan itu dapat terus dipelahara. Si gadis yang hamil dalam tempoh nikah gantung tidak perlu berasa panik dan gerun oleh kerana anak yang dikandung adalah sah. Dengan ini kes-kes dan isu pembuangan bayi tidak akan berlaku.

Di sinilah anda boleh lihat bahawa ajaran Islam itu amatlah mudah dan mampu meringankan umatnya dalam menjalani kehidupan seharian.

Semoga dengan perkongsian ini memberi manfaat buat anda.

gravatar

Tinggal Ibu Lumpuh Di Hotel Bajet

Ibu adalah ibarat mentari yang menyinari setiap saat. Ibu adalah nafas kehidupan. Betapa besarnya kasih seorang ibu kepada kita. Cintanya yang dalam kepada kita sudah ditanamkan sejak kita masih berada di dalam perutnya. Belaian lembut dari jemari nya melebihi sutra. Harapan dan kasih sayangnya melebihi rindunya seorang kekasih. Cinta seorang Ibu kepada anaknya begitu hebat hingga tak mampu kita mengukurnya. Bersyukurlah kita yang dilahirkan dan memiliki ibu yang selalu setia mendampingi kita setiap saat


Sabda rasulullah s.a.w yang maksudnya: “ Redha Allah bergantung pada redha dua ibu bapa, dan murka Allah bergantung pada murka kedua-dua ibu bapa.” Riwayat al-Hakim.


gravatar

Jumaat Penghulu Segala Hari

JUMAAT adalah hari paling mulia serta mempunyai beberapa fadilatnya untuk direnungi.Kitab As Sabi’ iyahti Fi Mawa’izhil Bariyyat banyak memaparkan peristiwa agung yang berlaku pada Jumaat.Antara peristiwa itu ialah perkahwinan Nabi Adam dan Hawa; Nabi Yusuf dengan Zulaiha: Nabi Musa dengan Shafura binti Syuaib; Rasulullah saw dengan Khadijah; Rasulullah dengan Siti Aisyah binti Abu Bakar serta Ali bin Abi Thalib dengan Fatimah Zahara binti Muhammad.

Daripada Abu Hurairah katanya, Rasulullah bersabda, maksudnya: “Sebaik-baik hari yang terbit matahari ialah Jumaat, pada hari itulah, Adam diciptakan dan pada hari itulah juga dia dikeluarkan dari syurga.

“Pada Jumaat juga kiamat akan berlaku. Pada hari itu tidaklah seorang yang beriman meminta sesuatu daripada Allah melainkan akan dikabulkan permintaannya.” (Hadis riwayat Muslim).

Dalam hadis lain, Rasulullah bersabda yang bermaksud : “Hari yang dijanjikan ialah hari kiamat, hari yang disaksikan ialah hari Arafah dan hari yang menyaksikan ialah hari Jumaat. Matahari tidak terbit dan tidak terbenam pada mana-mana hari yang lebih mulia dan afdal daripada hari Jumaat.

“Pada hari itu terdapat suatu masa di mana seorang hamba mukmin apabila meminta (berdoa) kepada Allah sesuatu kebaikan melainkan Allah memakbulkan doanya atau ia meminta Allah melindunginya daripada sesuatu kejahatan melainkan Allah melindunginya daripada kejahatan.” (Hadis riwayat Tirmizi).

Solat Jumaat dua rakaat yang difardukan ke atas umat Islam membuktikan hari itu adalah semulia hari yang perlu ambil manfaat untuk mendapatkan ganjaran Allah daripada setiap amal ibadat yang dilaksanakan.

gravatar

JANGAN TINGGAL SOLAT JUMAAT...



Meninggalkan solat Jumaat merupakan perbuatan yang ditegah kerana solat jumaat hukumnya adalah fardhu ain ke atas setiap individu muslim. Orang yang meringan-ringankan hukum Allah ini akan mengundang kemurkaan-Nya dan mereka bakal menerima balasan yang setimpal dengan dosa yang dilakukan.

Bahkan orang yang enggan mentaati suruhan Allah pintu hatinya lama-kelamaan akan tertutup daripada mendapat hidayah menjadikan mereka semakin sesat dan tanpa segan terus melakukan dosa-dosa yang lain.

Sesungguhnya orang yang dibenarkan meninggalkan solat Jumaat hanyalah mereka yang menghadapi kesukaran yang mencapai darjah keuzuran syar’i sepertimana yang berlaku kepada orang sakit dan orang musafir.

Oleh itu sekiranya seseorang itu tiada sebarang alasan yang munasabah di sisi syarak untuk meninggalkan solat Jumaat, maka hendaklah mereka mengerjakannya kerana solat Jumaat selain dariapada suatu kewajiban dalam beribadat kepada Allah S.W.T ia juga merupakan suatu syiar Islam yang wajib dipelihara demi menjaga kesucian agama.

Dari Abdullah bin Umar dan Abu Hurairah r.a keduanya menceritakan bahawa mereka mendengar daripada Rasulullah s.a.w ketika baginda sedang berkhutbah di atas mimbar, sabdanya:

“Hendaklah orang-orang yang suka meninggalkan Jumaat menghentikan perbuatan mereka itu, atau adakah mereka mahu Allah membutakan hati mereka dan sesudah itu mereka betul-betul menjadi orang yang lalai?” – H.R Muslim.

gravatar

Habislah kita jikalau meninggalkan Quran didalam kehidupan ini...



"Kitab (Al Qur'an) ini tidak ada keraguan di dalamnya, menjadi petunjuk bagi orang-orang yang bertaqwa."

(Al Baqarah : 2)

dan,

Rasulullah SAW bersabda :

"Aku tinggalkan untuk kalian dua perkara. Kalian tidak akan sesat selama berpegangan dengannya, yaitu Kitabullah Al Qur'an dan sunnah Rasulullah SAW".

(HR. Muslim)

Jika meninggalkan Quran dan Sunnah, habislah, sesatlah kita...
Mari kembali kepadaNya, sebelum kita dikembalikan kepadaNya...

gravatar

Jangan Jadi Seperti Mereka

Jangan jadi seperti penganut Kristian yang menyembah tanpa pengetahuan.
Jangan jadi seperti penganut Yahudi yang mengetahui tetapi tetap kufur.

Peganglah Quran dan Sunnah kuat-kuat. Dan amalkan. Semoga kita tergolong dalam golongan Mukminin.

Maksud firman Allah:

Dan katakanlah, "Kebenaran itu datangnya dari Tuhanmu; maka barangsiapa yang ingin (beriman) hendaklah ia beriman, dan barangsiapa yang ingin (kafir) biarlah ia kafir". Sesungguhnya Kami telah sediakan bagi orang-orang zalim itu neraka, yang gejolaknya mengepung mereka. Dan jika mereka meminta minum, niscaya mereka akan diberi minum dengan air seperti besi yang mendidih yang menghanguskan muka. Itulah minuman yang paling buruk dan tempat istirehat yang paling jelek.

(AlKahfi:29)

dan..

Maksud firman Allah LAGI :

Dan di antara manusia ada orang yang menyembah Allah dengan berada ditepi {tidak dengan penuh keyakinan}; maka jika ia memperoleh kebajikan, tetaplah ia di dalam keadaan itu, dan jika ia ditimpa oleh suatu bencana, berbaliklah ia ke belakang {kembali kafir lagi}. Rugilah ia di dunia dan di akhirat. Yang demikian itu adalah kerugian yang nyata.

(AlHajj:11)

gravatar

Kita suka jika musuh-musuh Islam itu hancur !

"Kita suka jika musuh-musuh Islam itu hancur. Dan kita juga suka duduk diam. Maka sukalah juga dengan kenyataan bahawa itu semua hanya angan-angan kosong sahaja."

Allah swt akan tetap menghancurkan mereka sekalipun kita berdiam diri. Tapi rugilah jika tidak dapat ambil bahagian dalam peluang yang telah Allah sediakan di dunia ini.

Maksud firman Allah:

"Dan barangsiapa mengambil Allah, RasulNya dan orang-orang yang beriman menjadi penolongnya, maka sesungguhnya pengikut (agama) Allah itulah yang pasti menang."

(Al Maidah:56)

dan,

Maksud firman Allah:

"Dan Allah telah berjanji kepada orang-orang yang beriman di antara kamu dan mengerjakan amal-amal soleh bahawa Dia sungguh-sungguh akan menjadikan mereka berkuasa di bumi, sebagaimana Dia telah menjadikan orang-orang yang sebelum mereka berkuasa, dan sungguh dia akan meneguhkan bagi mereka agama yang telah diredhaiNya untuk mereka, dan Dia benar-benar akan menukar (keadaan) mereka, sesudah mereka berada didalam ketakutan menjadi aman sentosa. Mereka tetap menyembahKu dengan tiada mempersekutukan sesuatu apapun dengan Aku. Dan barangsiapa yang (tetap) kafir sesudah (janji) itu, maka mereka itulah orang-orang yang fasik."

(AnNuur:55)